Anda di halaman 1dari 2

TELUR REBUSKU SAYANG

Kiriman pada Monday, December 30 @ 15:25:53 EST


oleh Admin

Anonymous writes "Aku ada cerita ni... lawak la juga..


tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun
yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk
berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada
satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu
kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi
petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku
kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan
meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak
pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak
sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja,


tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku
katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar
akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus
lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku
order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum
balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan
sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa
amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak
pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,i steri
aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam
ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang
diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku
sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku
pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi
malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun
tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi
mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan
kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega
rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji
telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la..
aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das
lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb..
aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan
angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau
telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon
berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku
tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa
ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah..
aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng
sikit dan lepaskan angin taufan tu...
PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja
makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power
gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada
sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja
makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'.
Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas
tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu
dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku
buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni
le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup
mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda
pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak
mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja
makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun
ada!!. ?
"

Anda mungkin juga menyukai