Anda di halaman 1dari 13

Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim PPG Ambilan Jun 2011 Tutorial 1 : SCE3110 NAMA PELAJAR : SITI

PUSPA BINTI MOHD KAMSAN OPSYEN : PPG / SAINS 1 Jawab semua soalan
i. (a) Apakah maksud banjir? (2 markah)

Banjir merujuk kepada limpahan air atau kenaikan aras air sehingga melebihi daya tampungan atau kemampuan sesebuah tasik, sungai atau lautan.

(b) i. ii. iii.

Nyatakan punca-punca berlakunya banjir. Hujan Lebat yang Berterusan Hakisan Sungai

(2 markah)

Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan

(c) i.

Jelaskan empat kesan berlakunya banjir terhadap alam sekitar.

(2 markah)

Kerosakkan fizikal Struktur-struktur seperti bangunan rosak akibat air bah banjir. Tanah runtuh juga mungkin berlaku.

ii. iii.

Bekalan air Pencemaran bekalan air. Air bersih akan sukar dicari. Tanaman dan bekalan makanan Kekurangan bekalan makanan akibat kemusnahan tanaman yang dimusnahkan air banjir.

iv.

Penyakit - takungan najis keluar bersama-sama limpahan air sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun dan malaria.

(d) i.

Huraikan empat langkah bagi mengurangkan risiko akibat banjir. (4 markah) Menyediakan Sistem Perparitan

Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik. ii. Projek Pendalaman Sungai Menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak. iii. Memelihara Hutan Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi. iv. Mengawal Aktiviti Manusia Kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya. 2. a) Berikan proses-proses pembentukan bagi batuan di bawah i) Batuan igneus Proses penyejukan & pembekuan magma yg cair & panas ii) Batuan enapan mendapan (sedimen) serta fosil iii) Batuan metamorfosis Igneus b) i) Nyatakan punca-punca gempa bumi. (2markah) (2 markah) (2 markah) (2 markah)

Terbentuk melalui proses simentasi & mampatan bahan-bahan

Tehasil melalui perubahan tekanan & suhu batuan enapan & batuan

1. Adanya retakan dan pelepasan sistem disuatu tempat yang kemudian bergerak dan berubah dengan cepat akibat desakan tenaga dari dalam bumi(endogen) atau dari luar bumi (eksogen). 2. Pergerakan magma di dalam gunung berapi. 3. Letupan gunung berapi, dan hentaman meteor.

4. Kerak bumi membengkok dan berlipat. 5. Lantunan "Iisostatic" . Lantunan "Iisostatic" merujuk kepada tanah yang terbenam ditindih lapisan air batu yang tebal dan berat, melantun naik semula disebabkan lapisan air batu yang terkumpul di bahagian atas telah cair atau beralih. 6. Aktiviti manusia seperti pembinaan empangan yang berskala besar ii) Nyatakan kesan-kesan gempa bumi. 1. Pergerakan jisim Gempa bumi telah menghasilkan gegaran yang kuat terhadap kerak bumi menyebabkan ketidakstabilan tanah terutamanya di kawasan cerun dan seterusnya menyebabkan berlakunya gerakan jisim seperti tanah runtuh. 2. Kenaikan dan kejatuhan aras laut Gempa bumi boleh menyebabkan berlakunya gelinciran pada kerak bumi. Sekiranya gempa bumi tersebut menyebabkan berlakunya pengangkatan daratan berhampiran pinggir laut maka aras laut akan jatuh. Tetapi sebaliknya gempa bumi tersebut menyebabkan kejatuhan daratan maka aras laut akan meningkat. 3. Memusnahkan hutan pinggir pantai Tsunami yang terhasil akibat gempa bumi di dasar laut akan menyebabkan air masuk ke dalam hutan- hutan pinggir pantai. Kesannya hutan-hutan pinggir pantai akan dicemari dengan air masin. Keadaan ini boleh menyebabkan kemusnahan hutan tersebut. 3 Kelahiran dan kematian bintang adalah suatu fenomena alam semesta yang sangat menakjubkan. Tempat kelahiran bintang dinamakan Nebula. (a) Apakah itu nebula? (2 markah) (2 markah)

Nebula merupakan awan antara bintang yang terdiri daripada debu, gas, dan plasma.

(b)

Bagaimanakah bintang dilahirkan di nebula?

(3 markah)

Nebula terbentuk ketika awan molekul yang sangat besar meletup dengan disebabkan oleh daya gravitinya sendiri. Apabila awan meletup dan berkecai, ia membentuk sehingga ratusan bintang baru. Bintang yang baru terbentuk mengionkan gas yang ada di sekitarnya lalu terciptalah nebula pancaran.

(c)

Apakah penyebab kematian sebuah bintang?

(2 markah)

Apabila kandungan hidrogen di teras bintang kehabisan, teras bintang mengecut dan membebaskan banyak haba dan memanaskan lapisan luar bintang. Lapisan luar bintang yang masih banyak hidrogen mengembang dan bertukar warna merah dan dikenali sebagai bintang raksaksa merah yang boleh mencapai 100 kali saiz matahari sebelum membentuk bintang kerdil putih. Sekiranya bintang tersebut bersaiz lebih besar daripada matahari, ia akan membentuk superraksaksa merah. Super raksaksa merah ini kemudiannya membentuk Nova atau Super nova dan kemudiannya membentuk bintang neutron atau Lohong gelap. (d) Apakah dua perkara yang dihasilkan apabila bintang bersaiz besar mengembang dan meletup? (2 markah) Lohong hitam dan sisa-sisa supernova. (e) Apakah nama proses letupan bintang raksasa ini? Supernova (1 markah)

4. 4

Rajah 1 Rajah 1 menunjukkan perederan Bulan mengelilingi Bumi yang mengakibatkan fenomena fasa-fasa Bulan. (a) Berpandukan Rajah 1, nyatakan fasa-fasa bulan pada kedudukan P,Q,R DAN T P Bulan Separa Baru Q Bulan Sabit Baru R Anak Bulan T Bulan Purnama Lama (4 markah)

(b)

Lukisan fasa-fasa Bulan dalam di ruang Q, S dan U.(3 markah) Q S U

(b)

Selain fenomena fasa-fasa Bulan, nyatakan tiga lagi fenomena alam akibat putaran dan peredaran Bulan.(3 markah) 1. Manusia di Bumi hanya dapat melihat satu bahagian bulan yang sama yang menghadapi Bumi. 2. Pasang-surut 3. Terjadinya Gerhana matahari dan gerhana bulan.

Sj/js/2013

Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim PPG Ambilan Jun 2011 Tutorial 2 : SCE3110 Jawab Semua soalan 1. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan atmosfera? (5 markah)

Atmosfera Bumi ialah suatu lapisan gas yang melitupi bumi, berada di permukaan bumi disebabkan oleh daya tarikan graviti bumi. Ia mempunyai ketebalan 650 km. Atmosfera terdiri daripada 5 lapisan berdasarkan kepada perbezan suhu iaitu lapisan troposfera, stratosfera, mesosfera, termosfera dan eksofera. Setiap satu daripada lima lapisan yang terdapat di dalam atmosfera Bumi mempunyai kepekatan dan fungsi yang berbeza. Komposisi gas yang terkandung dalam atmosfera adalah nitrogen (N2) 78.08%, oksigen (O2) 20.95%, argon 0.93%, serta karbon dioksida (CO 2) 0.03% dan selebihnya adalah gas-gas nadir iaitu neon (Ne), helium (He), kripton (Kr), hidrogen (H2), xenon (Xe), ozon (O3), metan dan wap air. Atmosfera melindungi hidupan di Bumi dengan menyerap pancaran solar ultraungu, memanaskan permukaan menerusi penahanan haba (kesan rumah hijau), dan mengurangkan suhu lampau di antara siang dan malam (kepelbagaian suhu harian). 75 % dari atmosfera bumi ada dalam 11 km dari permukaan tanah. Atmosfera tidak mempunyai sempadan mendadak, tetapi menipis perlahan-lahan dengan bertambahnya ketinggian, dan tidak ada batas pasti antara atmosfera dan angkasa lepas (b) Huraikan peranan atmosfera dalam mengawal suhu permukaan Bumi. (5 markah) Peranan atmosfera dalam mengawal suhu permukaan bumi: 1. Bertindak sebagai penebat kepada kemasukan bahangan suria. Atmosfera bertindak sebagai penebat kepada bahangan dengan membenarkan bahangan gelombang pendek waktu siang tetapi bahangan gelombang panjang/terestial bebas ke angkasa. Atmosfera menstabilkan suhu permukaan bumi sehingga tidak begitu panas pada waktu siang dan tidak begitu sejuk pada waktu malam (tindakan stratosfera atau lapisan ozon). 2. Bertindak sebagai pemantul kepada bahangan suria yang datang dari matahari.

Atmosfera menapis bahangan ultra ungu / ultra lembayung yang membahayakan semua bentuk kehidupan di bumi dan meningkatkan suhu permukaan bumi. 3. Agen penapis kepada bahangan suria yang merbahaya. Atmosfera memantul, menyebar, menyerap dan menyerakkan bahangan yang sampai di bahagian atmosfera seterusnya mengurangkan kadar pemanasan permukaan bumi. 4. Bertindak sebagai pengatur haba bumi dan atmosfera dengan cara mewujudkan edara numum atmosfera. Atmosfera bertindak sebagai pengatur haba bumi dan mewujudkan edaran umum atmosfera dengan mengurangi suhu ekstrem siang dan malam. Di kawasan tropika, (khatulistiwa yang berlebihan haba) tidak ekstrem panas dan kawasan ekstrem sejuk dan sejuk dunia (kawasan kurang haba) tidak ekstrem sejuk. 5. Bertindak sebagai agen penyebar kepada bahangan suria sampai ke permukaan bumi. Atmosfera menerima bahang dan lembapan daripada permukaan bumi dan menyebarkannya dan memulangkan bahang dan lembapan dari permukaan bumi. (c) Jelaskan bagaimana atmosfera tercemar oleh tindakan manusia. (10 markah) Tindakan-tindakan manusia yang boleh mencemarkan udara adalah seperti aktiviti pembakaran terbuka, aktiviti penebangan hutan, Penggunaan bahan bakar seperti bahan api fosil, kenderaan dan perindustrian, Aktiviti Harian Manusia dan Aktiviti pembangunan dan perindustrian.

1. Aktiviti pembakaran terbuka Pembakaran terbuka adalah salah satu penyebab utama kepada berlakunya pencemaran atmosfera. Pembakaran terbuka kebanyakannya dikesan berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan. Pembakaran secara terbuka ini telah menyebabkan pembebasan asap yang mengandungi gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan juga sulfur dioksida. Asap-asap yang dibebaskan bertindak meningkatkan kandungan karbon dioksida di udara. Keadaan ini membawa kepada peningkatan suhu, kerana lebih banyak

kandungan karbon dioksida yang berupaya menyerap haba daripada cahaya matahari. Keadaan pencemaran menjadi lebih serius pada musim panas yang berpanjangan kerana ia turut menyumbang kepada masalah jerebu di mana kehadiran zarah terampai (jerebu) di ruang atmosfera akan mengganggu dan mengurangkan jarak kebolehlihatan dan walaupun karbon dioksida dianggap bukan sebagai bahan pencemar utama tetapi kepekatan gas ini di dalam atmosfera boleh bertambah disebabkan oleh pertambahan pembakaran bahan api fosil. Kadar kepekatan karbon dioksida yang tinggi boleh menyebabkan peningkatan suhu atau dikenali sebagai kesan rumah hijau. Bumi juga menjadi panas kerana tiada pokok yang menghalang pancaran matahari. 2. Aktiviti penebangan hutan Aktiviti penebangan hutan menyebabkan peningkatan suhu sekitar disebabkan ketiadaan pelindung yang menghalang pancaran matahari, dan lebihan gas karbon dioksida dalam atmosfera kerana gas ini tidak dapat diserap oleh pokok. Seterusnya akan mengurangkan hujan atau mengubah corak hujan yang lazimnya berlaku sehingga mewujudkan fenomena kemarau. Pengurangan kelembapan udara ekoran daripada fungsinya untuk membebaskan wap-wap air ke udara melalui proses transpirasi sudah hilang atau berkurangan. Udara sekitar menjadi kering dan cuaca menjadi panas. Hutan tidak lagi mampu berfungsi untuk menyederhanakan suhu dengan cara memerangkap bahangan matahari dan membebaskan wap-wap air menerusi proses perpeluhan. 3. Penggunaan bahan bakar seperti bahan api fosil, kenderaan dan perindustrian. Pembakaran bahan api fosil meningkatkan pengeluaran asap oleh kilang-kilang dan membebaskan gas seperti metana, nitrogen oksida, hidroflourokarbon dan kira-kira 21.3 bilion tan karbon dioksida (CO2) setahun, tetapi adalah dianggarkan bahawa prosesproses semulajadi hanya mampu menyerap kira-kira separuh jumlah itu, maka karbon dioksida dalam atmosfera mencatat kenaikan bersih 10.65 bilion tahun setahun (satu tan karbon dalam atmosfera bersamaan dengan 44/12 atau 3.7 tan karbon dioksida). Karbon dioksida merupakan salah sejenis gas rumah hijau yang menguatkan pemaksaan bersinar, maka menyumbang kepada pemanasan global yang mana purata suhu permukaan Bumi naik sebagai kesannya. 4. Aktiviti Harian Manusia Isi rumah menyumbang kepada pencemaran udara melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk dan penyaman udara. Apabila cecair 8

penyejuk digunakan, gas Klorofluorokarbon (CFC) akan dilepaskan ke udara. Bahanbahan pencemar ini (CFC kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia. Penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga menyebabkan pencemaran udara. 5. Aktiviti pembangunan dan perindustrian Perkembangan ekonomi dunia bergantung kepada industri-industri yang menghasilkan barang untuk dieksport atau untuk aktiviti perniagaan domestik. Namun, ini telah menambah buruk keadaan pencemaran udara dunia. Pelepasan nitrogen, sulfur dioksida, hidrokarbon dan karbon dioksida telah membawa kesan sampingan kepada kehidupan alam sekitar. Selain itu, bukan sahaja gas-gas pencemar dilepaskan oleh industri, manakala habuk-habuk yang mampu mengakibatkan sesak nafas manusia juga dilepaskan. 2. Kisah bagaimana alam semesta tercipta belum lagi faham sepenuhnya. Kebanyakan ahli sains percaya bahawa ia bermula daripada suatu letupan besar. Idea letupan ini dikenali sebagai Teori Letupan Besar (Big Bang Theory). (a) Huraikan sejarah alam semesta berdasarkan Teori Letupan Besar. (10 markah)

Dalam fizik kosmologi, Letupan Besar (Big Bang) merupakan teori saintifik yang mengatakan alam semesta muncul dari keadaan yang sangat tumpat dan panas lebih kurang 13.7 bilion tahun dahulu. Teori Letupan Besar adalah berdasarkan cerapan anjakan merah hukum Hubble tentang jarak galaksi yang apabila disertakan sekali prinsip kosmologi mendapati ruang angkasa mengembang menurut model Friedmann-Lematre bagi kerelatifan am. Ditentuluarkan ke masa silam, pemerhatian ini menunjukkan yang alam semesta mengembang dari keadaan ketika tenaga dan jirim dalam alam semesta ini sangat panas dan tumpat. Ahli fizik tidak bersetuju sepenuhnya tentang apa yang berlaku sebelum itu, walaupun kerelatifan am meramalkan ketunggalan graviti.

Istilah Letupan Besar digunakan bagi merujuk titik apabila pengembangan yang dicerap (Hukum Hubble) bermula kira-kira 13.7 bilion (1.37 10 10) tahun dahulu (2%) dan bagi yang lebih umum iaitu digunakan untuk merujuk paradigma kosmologi terkini menerangkan asal dan pengembangan alam semesta, begitu juga komposisi jirim awal melalui nukleosintesis seperti yang diramalkan oleh teori Alpher-Bethe-Gamow. Satu kesan daripada letupan besar adalah keadaan alam semesta kini berbeza dari keadaan pada masa dahulu atau akan datang (evolusi semula jadi alam semesta sentiasa mengambil tempat). Daripada model, George Gamow pada 1948 dapat meramalkan, sekurang-kurangnya secara kualitatif, akan kewujudan sinaran latar belakang gelombang mikro kosmik (CMB). CMB ditemui pada 1960-an dan kemudian mengesahkan teori Letupan Besar mengatasi lawannya, teori keadaan tetap.

Rajah 1 : Menurut teori Letupan Besar, alam semesta muncul dari keadaan yang sangat tumpat dan panas. Sejak itu, ruang angkasa mengembang dengan masa membawa galaksi bersama.

10

(b)

Pilih mana-mana lima ahli astronomi dan nyatakan satu sumbangan mereka dalam bidang astronomi. (10 markah) SUMBANGAN Ptolemy mempertahankan prinsip geosentrik dan pergerakan memusat yang sekata ( uniform circular motion). Namun beliau menambah epicycle, deferents dan equants. Beliau mengatakan bahawa pergerakan planet mengikut bulatan yang kecil iaitu epicycle plato mengatakan bumi berbentuk sfera yang berputar pada kadar yang seragam Ia membawa kepada kepercayaan pergerakan memusat yang sekata. Aristotle membuat anggaran mengenai saiz bumi adalah kirakira 1/3 daripada saiz asalnya. Beliau juga mempertahankan teori geosentrik iaitu matahari, bulan dan bintang mengelilingi bumi. Copernicus memperkenalkan teori heliosentrik iaitu matahari sebagai pusat sistem suria. Teori ini menimbulkan kontrovesi kerana bertentangan dengan ajaran gereja. Belaiu mempercayai bahawa bumi berputar di atas paksinya sendiri dan mengelilingi matahari sekali setahun. Galileo telah membuat inovasi terhadap teleskop sehingga dapat membesarkan sehingga 30 kali ganda yang akhirnya membolehkannya membuat pemerhatian terhadap angkasa. Beliau menemui bulan-bulan Jupiter, bentuk-bentuk Venus dan permukaan bulan melalui teleskopnya Tycho mengumpulkan pemerhatian lengkap mengenai

BIL 1

AHLI ASTRONOMI Ptolemy

Plato

Aristotle

Copernicus

Galileo

Tycho

kedudukan matahari, bulan, dan planet selama 20 tahun

11

Beliau juga mencadangkan satu model sistem solar iaitu matahari dan bulan mengelilingi bumi dan planet dikelilingi oleh matahari

3.

Ahli sains mula menghantar roket ke angkasa sejak akhir tahun 1950-an lagi sebagai usaha untuk mempelajari lebih banyak aspek tentang alam semesta. (a) Nyatakan empat prob angkasa dan misinya Misi Mengkaji planet Marikh. 1971 Mengkaji asteroid. Dijangka tiba di asteroid destinasi pada 2014 Prob paling jauh pernah beroperasi. mengambil gambar Musytari dan uranus beserta bulannya. Mengkaji lingkaran asteroid Bolehkah kapal atau prob angkasa mendarat di semua planet dalam Sistem Suria? Kaitkan alasan anda dengan ciri-ciri antara planet terrestrial and gaseous. ( 12 markah) (8 markah)

Prob Mariner 9 Rosseta Voyager 1 Pioneer 10 (b)

Secara umum, planet terbahagi kepada dua jenis utama iaitu planet raksasa gas besar dan planet terrestrial (raksasa darat kecil) berbatu. Menurut jaraknya dari Matahari (dekat ke jauh), Planet dalam sistem Suria kita yang merupakan planet batuan ialah Utarid (Mercury), Zuhral (Venus), Bumi (Earth) dan Marikh (Mars). Manakala planet gas ialah Musytari (Jupiter), Zuhal (Saturn), Uranus dan Neptun (Neptune). Planet terrestrial atau dinamakan planet batuan atau planet dalam adalah planet yang sebagian besar terdiri atas batu silikat. Dalam Sistem Suria, planet kebumian adalah planet-planet terdekat dengan matahari. Istilah terrestrial berasal dari bahasa Latin untuk Bumi (Terra dan Tellus), dan definisi alternatif yang semestinya bahawa ini adalah planet-planet yang, dalam beberapa gaya yang dikenal, "mirip Bumi". Kapal atau prob angkasa boleh mendarat di semua planet terrestrial kerana planet-planet ini mempunyai permukaan yang berkepadatan yang tinggi. Planet raksasa gas pula memiliki struktur permukaan yang berkepadatan rendah, maka kapal atau prob angkasa tidak boleh mendarat di planet-planet gas. Ini sebahagian besar planet ini terdiri dari kombinasi hidrogen, helium, Apabila kapal atau prob angkasa mendarat dijangka akan adalah kerana

dan gas-gas lain.

tenggelam ke dalam gas-gas. 12

Perbezaan yang paling ketara antara planet batuan dengan planet gas ialah saiz. Planet gas adalah jauh lebih besar daripada planet batuan. Planet gas yang bersaiz paling kecil adalah sepuluh kali lebih besar daripada Bumi yang merupakan planet batuan yang paling besar. Lebih-lebih dari segi jisim, planet gas yang paling kecil mempunyai jisim lima belas kali lebih daripada Bumi. Selain itu, permukaan planet gas terdiri daripada gas manakala permukaan planet batuan adalah terdiri daripada batu silikat. Atmosfera di planet batuan terdiri daripada nitrogen dan karbon dioksida manakala atmosfera di planet gas terdiri daripada hidrogen dan helium. Tambahan pula, planet batuan adalah lebih dekat dengan matahari dan dikenali sebagai planet dalam manakalah planet gas adalah jauh daripada matahari dan dikenali sebagai planet luar. Namun, planet gas memutar dengan kelajuan yang lebih cepat daripada planet batuan. Ketumpatan planet batuan adalah lima kali daripada air manakala ketumpatan planet gas adalah lebih kurang sama dengan air. Satu lagi aspek perbezaan adalah dari segi jumlah satelit natural. Planet gas mempunyai satelit yang banyak manakala planet batuan mempunyai satelit dalam bilangan yang kecil di mana Utarid dan Zuhral tidak mempunyai satelit, Bumi mempunyai satu dan Marikh mempunyai dua satelit.

Sj/js/2013

13

Anda mungkin juga menyukai