Anda di halaman 1dari 26

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

FAKULTI KEMANUSIAAN, SENI DAN WARISAN

AG10403 PENGENALAN KEPADA GIS DAN REMOTE SENSING

NAMA PENSYARAH : MUSTAPHA ABD. TALIP

NAMA TUTOR : MISS AISYAH SAINUDDIN

NAMA PELAJAR : 1. ENNIE YAPP BA14161276

2. SHANDRA PAULUS BA14161205

3. BETTY PIUS BA14161059

4. JESSICA SALAPAN BA14161090

5. ERWINA BT NUAR BA14161072

6. VINARNEY LIGHT BA14161224

7. FREDERICA NICHOLAS BA14161080

SOALAN 14 : DENGAN MERUJUK KEPADA AGENSI-AGENSI KERAJAAN


DI MALAYSIA,BINCANGKAN SEJAUH MANA PERANAN YANG
DIMAINKAN OLEH AGENSI TERSEBUT DALAM
MENGENDALIKAN DATA GIS DI JABATAN MASING-
MASING.
1.0PENGENALAN
1.1DEFINISI GEOGRAFI
Geografi adalah ilmu yang mempelajari tentang lokasi serta
persamaan dan variasi keruangan atas fenomena fizikal dan manusia
di atas permukaan bumi. Kata geografi berasal daripada Bahasa Yunani
iaitu geo sebagai bumi dan graphien iaitu menulis atau menjelaskan.

1.2DEFINISI SISTEM INFORMASI GEOGRAFI (GIS)


Menurut Anon (2001), Sistem Informasi Geografi adalah suatu
sistem informasi yang dapat menghubungkan antara data keruangan
dengan data atribut objek yang dihubungkan secara geografis di bumi.
Di samping itu, GIS juga dapat menggabungkan data, mengatur data
dan melakukan analisis data yang akhirnya akan menghasilkan
keluaran yang dapat dijadikan acuan dalam pengambilan keputusan
pada masalah yang berhubungan dengan geografi.

Aronoff (1989), telah menjelaskan GIS dalam bentuk yang mudah


iaitu, sistem informasi yang didasarkan kepada kerja komputer yang
memasukan,mengolah,memanipulasi dan menganalisis data serta
memberi huraian. Menurut Calkin dan Tomlinson (1984), Sistem
Informasi Geografi merupakan sistem komputerisasi data yang penting.

Sistem Informasi Geografi atau lebih dikenali sebagai Geographic


Information System (GIS) adalah suatu sistem informasi yang
dirancang untuk bekerja dengan data yang berasaskan keruangan atau
berkoordinat geografi. Dengan kata lain, GIS adalah suatu sistem asas
data dengan kemampuan khusus untuk menangani data yang
berasaskan keruangan.

2.0BAGAIMANA AGENSI PEMBANGUNAN DI MALAYSIA MENGAPLIKASIKAN DATA


GIS
Menurut Rogers, pengertian pembangunan adalah suatu proses perubahan
sosial dengan kepentingan yang luas dalam suatu masyarakat untuk kemajuan
sosial dan pembangunan (termasuk bertambah besarnya kebebasan, keadilan
dan kualiti pembangunan) untuk rakyat melalui pengawalan yang lebih besar
daripada perubahan masayarakat itu sendiri.

Menurut Shoemaker, pembangunan merupakan suatu jenis perubahan sosial


di mana idea-idea baru dapat diperkenalkan kepada suatu sistem sosial untuk
menghasilkan pendapatan perkapita dan tingkat kehidupan yang lebih tinggi
melalui kaedah moden bagi tahap sistem sosial.

Manakala bagi pengertian sempit pembangunan, ia boleh didefiniskan


sebagai kemajuan ekonomi Negara melalui peningkatan pembangunan dan taraf
hidup rakyat negara.

Sistem Maklumat Geografi (GIS) semakin meluas penggunaanya selaras


dengan kemajuan dan perkembangan data dalam komputer, revolusi kuantitatif
analisis spatial serta kemajuan GIS dalam menganalisis kerja-kerja menggunakan
data dalam bentuk paparan grafik yang lebih menarik, mudah dan cepat dengan
kos yang rendah.

Dalam bidang pembangunan negara Malaysia ini sendiri, penggunaan GIS


semakin meluas selaras dengan teknologi moden yang dibekalkan oleh pihak
kerajaan dan swasta. Bagi bidang pembangunan negara Malaysia, kementerian
yang menjadi peneraju ialah Kementerian Kerja Raya. Antara agensi-agensi yang
menjadi tulang belakang kepada Kementerian Kerja Raya ialah Lembaga Lebuh
Raya (LLM), Lembaga Pembangunan Industri (CIDB), Lembaga Jurutera Malaysia
(LJM), Lembaga Arkitek Malaysia (LAMA), Lembaga Juru Ukur Bahan Malaysia
(IJBM), Pusat Pembangunan Perkhidmatan Profesional (PSDC).

Dalam proses pembangunan Negara Malaysia, agensi-agensi tersebut


telah mengaplikasikan GIS bagi memperoleh kepentingan. Contohnya Agensi
Lembaga Lebuh Raya yang menekankan kepada pengurusan jalan raya dan lalu
lintas termasuklah apa jua aspek tambahan yang berkaitan dengan
pembangunan lebuh raya.

Dalam bidang Kejuruteraan Awam, kerja-kerja GIS lebih tertumpu kepada


pengurusan projek pembinaan, pengurusan sumber air, penilaian alam sekitar,
penyelenggaraan jambatan dan sebagainya yang bersifat pengurusan dan
penyelenggaraan. GIS juga banyak digunakan dalam kerja-kerja pengurusan
infrastruktur termasuklah bekalan air, elektrik, penyaliran, bekalan gas, lebuh
raya dan telefon. Dalam pembinaan lebuh raya seperti yang dijalankan oleh
Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), GIS digunakan untuk membina,
mengurus dan menyelenggara lebuh raya tersebut (Keat Loong, 1998). Data-
data terkumpul seperti jambatan, jenis turapan, keadaan turapan, rumah tol,
kualiti permukaan jalan, kawasan tempat rehat, jenis tanah, jenis tumbuhan dan
kontur merupakan data penting yang membolehkan ia diurus dengan baik.

Dengan penggunaan GIS, kos yang minimum dapat ditentukan dalam


pengiraan kerja-kerja tanah dan sebagainya dengan lebih ekonomik. Contohnya
jika sesebuah kawasan yang baru hendak dibangunkan dan kesesuaian jalan
raya, kedudukan bangunan dan sebagainya adalah sesuatu yang melibatkan
jangka masa yang panjang. Dengan menggunakan GIS, kesesuaian penetapan
kedudukan jalan raya dan bangunan yang sesuai mengambil masa yang singkat
dan seterusnya menjimatkan kos projek tersebut.

Bidang pengangkutan seperti analisis rangkaian lalu lintas yang lebih


teratur di mana jurutera lalu lintas dapat mengaturkan arah kenderaan berat
melalui jalan yang telah ditetapkan tanpa mengganggu jalan raya utama pada
suatu masa puncak. GIS juga dapat membantu pengguna jalan raya memilih
laluan yang terdekat untuk sampai ke sesuatu destinasi dan dapat memberitahu
kedudukan persimpangan, jalan sehala dan sebagainya. Ianya juga boleh
digunakan dalam sistem trafik seperti menentukan arah pergerakan kenderaan
yang lebih sistematik. Sistem pengawalan lalu lintas dan kelicinan pergerakan
juga boleh menggunakan GIS iaitu dengan mengatur kedudukan persimpangan,
kedudukan lampu isyarat, kesesuaian had laju, kedudukan tempat pusing
kenderaan dan sebagainya dengan lebih sistematik dan cepat.

Dengan teknologi masa sekarang, terdapat kenderaan yang boleh


menggunakan peta berdigit (GPS) yang dipasang dalam kenderaan tersebut
yang membolehkan pemilik kenderaan tersebut mengetahui kesesakan lalu
lintas atau memilih jalan yang terdekat untuk sampai ke tempat yang dituju.
Selain itu, kerja-kerja penyelenggaraan jalan juga dapat dikenalpasti dengan
cepat seperti keadaan lapisan permukaan jalan raya dan kecerunan jalan raya
tersebut.
Lembaga Juru Ukur Bahan Malaysia juga merupakan salah satu agensi
yang berkepentingan terhadap perancangan bandar dan wilayah. Di luar negara
tahun 1980-an menyaksikan perkembangan yang hebat aplikasi teknologi GIS
dalam komuniti perancangan bandar dan wilayah. Ini boleh dirujuk kepada fakta
bahawa perancangan bandar dan wilayah yang strategik termasuklah
perancangan penggunaan tanah dan pengangkutan memerlukan reka bentuk
dan penggunaan sistem maklumat yang khusus. Bagi tujuan ini sistem maklumat
menggunakan teknologi GIS adalah sesuai untuk mengabungkan maklumat
dalam pelbagai sektor. Di Malaysia penggunaan GIS dalam bidang perancangan
bandar bermula pada pertengahan tahun 1990-an.

Penggunaan model berasaskan komputer dalam amalan perancangan dan


pembelajaran di dalam bidang perancangan bandar dan wilayah melalui sedikit
perubahan utama yang mendapat impak yang amat mendalam. Salah satu kunci
perubahan penggunaan GIS ini menaik secara mendadak adalah kuasa
pemprosesan, kos rendah, dan perisian GIS yang senang-guna. Ia juga
dipengaruhi oleh pembangunan pangkalan data yang besar, membuatkan GIS
menjadi peralatan yang diperlukan untuk tugasan perancangan seperti
memantau penggunaan tanah, penguatkuasaan dan memproses kebenaran
merancang.

GIS menawarkan pembentangan serentak untuk unit geografi atau objek


dimana kedudukan tempat boleh digambarkan dengan satu atau lebih sifat.
Sebagai contoh, semua tanah dalam bandar boleh disetkan sebagai data
geografi. Tanah ini mungkin ada ciri-ciri seperti tuan tanah, nombor tanah, dan
jenis zon. Semua maklumat ini adalah sangat sesuai untuk aplikasi perancangan
berdasarkan ruang, dan GIS menyediakan peralatan yang diperlukan untuk
menganalisi maklumat ini untuk kedua tugasan perancangan bandar dan
wilayah.

GIS boleh digunakan untuk mengumpul, menganalisis, dan memaparkan


data yang berkaitan dengan ruang. Data perancangan boleh dikumpulkan dan
disimpan dalam pangkalan data GIS. Apabila ianya dikumpulkan, kepelbagaian
maklumat dapat dipersembahkan mengikut fungsi menggunakan lapisan data
yang sesuai. Lapisan data ruang ini boleh dipersembahkan dalam bentuk peta
(pelan), laporan, dan carta.
Satu contoh analisis perancangan yang boleh dibuat menggunakan
pangkalan data GIS untuk daerah yang disediakan rancangan tempatan.
Matlamat pembangunan pangkalan data ini adalah untuk menyimpan dan
menganalisis data bagi tujuan perancangan. Selepas data ini diserahkan kepada
Pihak Berkuasa Perancang Tempatan data tersebut boleh diguna pakai bagi
tujuan pemantauan pembangunan yang berlaku dalam kawasan berkenaan.
Ianya mengandungi lapisan data digital guna tanah, jaringan jalan, topografi, zon
perancangan yang dicerap melalui kajian lapangan dan pendigitan kertas peta
menggunakan kaedah GIS . Daripada lapisan data digital ini, kepentingan
analisis ruang dan pembentangan keputusan boleh dipersembahkan dengan
menggunakan GIS.

Secara kesimpulannya, Sistem Maklumat Geografi (GIS) sangat membantu


agensi-agensi dalam negara Malaysia khususnya bagi menyelengara,
mempercepatkankan dan mengurangkan kos pelan pembangunan yang sedai
ada dan yang akan dibangunkan.
3.0BAGAIMANA AGENSI KESIHATAN DI MALAYSIA MENGAPLIKASIKAN DATA GIS

Sistem maklumat geografi (GIS) merupakan satu sistem terkini yang


berasaskan komputer dan menggunakan elemen-elemen geografi dalam
memproses data bagi menghasilkan maklumat dan peta yang dibuat
secara digital. Kini, penggunaan GIS semakin meluas kerana input yang
dihasilkan dapat membantu menyelesaikan sesuatu masalah secara menyeluruh
(NasirNayan, 2007). Kepesatan dan kemajuan dalam bidang teknologi terutama
dalam bidang GIS telah membantu agensi kesihatan di Malaysia untuk
meningkatkan lagi pengurusan mereka dalam bidang kesihatan terutama dalam
membuat pemantauan, menganalisis dan menyimpan rekod-rekod berkaitan
dengan masalah kesihatan di sesuatu kawasan. GIS merupakan teknik yang
sesuai iaplikasikan dalam pengurusan kesihatan umum kerana kebanyakkan
data yang digunakan dan dihasilkan dalam bidang kesihatan mempunyai dimensi
ruang atau lokasi yang boleh dipetakan menggunakan kaedah GIS. (Colledge et
al., 1996).

Sistem Pencegahan Wabak Denggi merupakan satu projek kesihatan yang


bernaung dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sistem Pencegahan
Wabak Denggi SPWD menggunakan data GIS untuk membantu Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) menangani wabak denggi yang boleh menjejaskan
kesihatan rakyat. Antara peranan SPWD ialah mengurangkan kejadian kes,
wabak dan kematian akibat denggi, mempercepat tindakan pencegahan dan
pembangunan system pengurusan yang lebih berkesan dan meningkatkan
kecekapan pemantauan secara tepat. SPWD menggunakan aplikasi GIS untuk
memperoleh data-data berkaitan dengan lokasi kawasan yang sering mengalami
penularan penyakit denggi. Daripada data yang diperolehi SPWD dapat
mencadangkan langkah yang perlu diambil untuk mengawal wabak penyakit
tersebut daripada merebak ke kawasan yang lain.

SPWD yang berperanan untuk mengurangkan kejadian kes iaitu penyakit


demam denggi telah menggunakan sistem maklumat geografi untuk meletakkan
koordinat bagi kawasan yang mempunyai penyakit tegar. Aplikasi GIS yang
berfungsi untuk memaparkan maklumat reruang di bumi membantu SPWD untuk
mengesan kawasan-kawasan yang mempunyai penyakit tegar. Disampingitu, GIS
juga dapat melihat bagaimana bakteria yang menyebabkan penyakit berjangkit
dapat menular dengan cepat berdasarkan keadaan geografi kawasan tersebut.
Oleh yang demikian, GIS membolehkan SPWD mengetahui kawasan yang dilihat
berpotensi untuk diserang wabak penyakit tersebut dan akhirnya dapat
mengurangkan kejadian kes dengan melihat kepada pemaparan data maklumat
reruang kawasan tersebut.

Melalui GIS, SPWD berperanan dalam mempercepat tindakan pencegahan


iaitu menerusi tindakan segera yang dapat dilakukan dan dirancang oleh KKM
dalam mengatasi masalah penyakit demam denggi. Melalui lakaran peta, GIS
dapat menandakan kedudukan kawasan yang telah dikesan mempunyai pesakit
demam denggi. Dengan data yang diperolehi, SPWD dapat membuat analisis
tentang bagaimana langkah pencegahan segera dapat dilakukan hanya dengan
merujuk kepada peta yang diperolehi daripada GIS.

Peranan GIS yang seterusnya ialah pembangunan sistem pengurusan yang


lebih berkesan dan meningkatkan kecekapan pemantauan secara tepat. Aplikasi
GIS berupaya untuk membuat pantauan mengenai sesuatu penyakit kerana
setiap pesakit yang menghidap penyakit akan ditandai koordinat alamat mereka
dan disimpan dalam pangkalan. GIS memberi paparan kawasan kawalan yang
tepat dan terperinci. Oleh yang demikian, SPWD dapat membuat pemantauan
secara berterusan.
4.0BAGAIMANA AGENSI KOMUNIKASI DI MALAYSIA MENGAPLIKASIKAN DATA GIS

Perkembangan teknologi komputer dan perisian masa kini telah memainkan


peranan utama bagi menghasilkan sesuatu sistem pengendalian maklumat yang
terkini,lengkap dan pantas. Ia turut membantu proses membuat
keputusan,perancangan dan pengawasan dalam setiap aktiviti termasuklah
aktiviti berkaitan komunikasi.

Sistem informasi geografi merupakan salah satu teknologi canggih yang


mampu menghasilkan pengurusan lebih sistematik dan berkesan. Teknik ini telah
digunakan dalam pelbagai agensi atau projek antaranya ialah dalam hal
berkaitan dengan komunikasi. Secara umumnya, komunikasi adalah berkaitan
dengan proses penyampaian maklumat yang disampaikan kepada penerima dari
sumber melalui saluran-saluran tertentu secara langsung atau tidak langsung
dengan maksud memberikan kesan kepada penerima maklumat tersebut.

Pengawal selia utama Telekomunikasi Malaysia ialah Suruhanjaya Komunikasi


dan Multimedia Malaysia (SSKM). Ia mengeluarkan lessen di bawah Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Perkhidmatan Pos 1991 dan Akta
Tandatangan Digital 1997.
Teknologi telekomunikasi atau biasa juga disebut teknologi komunikasi
adalah teknologi yang berhubungan dengan komunikasi jarak jauh. Teknologi
inilah yang memungkinkan seseorang dapat mengirimkan informasi atau
menerima informasi ke atau dari pihak lain yang letaknya berjauhan. Teknologi
ini membuat jarak seperti tak ada lagi. Ratusan atau bahkan ribuan kilometer
bukanlah menjadi hambatan untuk berkomunikasi secara online karena
kehadirannya.

Setakat ini, teknologi telekomunikasi telah melahirkan pelbagai aplikasi


baharu yang menggunakan data GIS sebagai bahan utama. Antaranya ialah ATM
(Automatic Teller Machine), perkhidmatan telefonis bank, Komputer Kerja
Kumpulan (Work Group Computing) dan sebagainya. Perbankan Internet
(Internet Banking), belanja secara elektronik (E-commerce), dan pembelajaran
jarak jauh (E-learning) juga merupakan contoh lain yang telah dicipta dengan
adanya sarana telekomunikasi. Berbagai peralatan informasi (information
appliance) yang memiliki kemampuan untuk mengakses informasi melalui
sarana telekomunikasi juga telah tercipta contohnya internet TV, iaitu peralatan
yang memungkinkan televisyen dapat digunakan untuk mengakses internet.

Selain istilah telekomunikasi, terdapat istilah sejenis iaitu komunikasi data.


Komunikasi data hanyalah sebahagian dari telekomunikasi yang secara khusus
berkenaan dengan perpindahan data atau informasi dalam bentuk digital dari
suatu peranti ke peranti yang lain. Contohnya peranti telefon bimbit yang
menggunakan perkhidmatan bluetooth, infra merah, internet, mengesan lokasi
dan sebagainya.

Melalui peranan teknologi telekomunikasi ini, data Sistem Informasi


Geografi atau GIS menjadi aplikasi utama yang membantu agensi komunikasi ini.
Aplikasi GIS ini telah digunakan oleh agensi Telekomunikasi Malaysia untuk
memudahkan setiap urusan yang melibatkan agensi tersebut. Hal ini demikian
kerana GIS mempunyai fungsi yang hebat dan banyak. Antara fungsi GIS yang
utama adalah mengumpul dan memasukan data,storan dan pengurusan
data,manipulasi dan analisis data serta pemaparan atau persembahan data.

Oleh sebab itu, agensi Telekomunikasi Malaysia ini telah mengaplikasikan


data GIS ke dalam agensi mereka bagi memudahkan proses urus niaga iaitu
pengesanan lokasi antara penjual dan pemilik jualan. Biasanya aplikasi ini hanya
digunakan oleh syarikat besar. Aplikasi ini digunakan untuk memudahkan penjual
melakukan transaksi di sebuah lokasi yang ingin dituju dengan mengesan lokasi
tersebut menggunakan telefon pintar. Hal ini juga memudahkan pemilik jualan
untuk melakukan pengesanan lokasi penjual semasa menjalankan tugas. Ketika
aplikasi ini dimuat turun pada telefon pintar penjual, maka sistem GPS akan
menunjukkan kedudukan penjual tersebut di mana pun ia berada. Hal ini bagi
melancarkan proses pelaksanaan tugas dan melancarkan jualan. Sememangnya
perisian GIS yang mengandungi sistem GPS ini meningkatkan produktiviti
peniagaan pada zaman moden ini.

Selain itu, agensi Telekomunikasi Malaysia turut mengaplikasikan data GIS


dengan menggalakan e-dagang. Memandangkan e-dagang menyediakan
peluang kepada perniagaan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing,
pembangunannya dipergiat lagi menerusi penubuhan infrastruktur asas
termasuk penyediaan dan penggalakan pelbagai mekanisme transaksi
elektronik. Penyertaan sektor swasta terutamanya institusi kewangan dan
persatuan industri penting dalam penyediaan pertukaran kewangan bagi
transaksi dalam talian untuk peniaga dengan peniaga dan peniaga dengan
pengguna. Beberapa pelan tindakan di bawah perkhidmatan perbankan internet
dan Program e-Niaga MSC dilaksanakan secara perintis bagi menggalakkan lagi
komunikasi dan transaksi elektronik melalui transaksi perniagaan secara dalam
talian yang selamat bagi peniaga dengan peniaga dan peniaga dengan penjual
terutamanya di kalangan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS). Oleh itu, bagi
menggalakkan penggunaan e-dagang serta menangani masalah berkaitan
dengan perlindungan pengguna dan keselamatan maklumat, beberapa langkah
diambil untuk menggubal undang-undang baru seperti Rang Undang-undang
Transaksi Elektronik, Rang Undangundang Aktiviti Kerajaan Elektronik dan Rang
Undang-undang Perlindungan Maklumat Peribadi yang masih di peringkat awal
penyediaan.

Berbicara tentang perlindungan dan keselamatan, agensi Telekomunikasi


Malaysia turut mengaplikasikan data GIS ke dalam agensi mereka berdasarkan
faktor seperti ini. Antara perkhidmatan yang berkaitan dengan keselamatan ialah
perkhidmatan telefonis bank. Sebenarnya perkhidmatan telefonis bank ini boleh
meliputi perkhidmatan yang lain seperti menunjukkan maklumat peta secara
dinamik, iaitu terus berhubungan dengan perkhidmatan di tapak supaya dapat
mengesan samada perkhidmatan tersebut masih beroperasi.
Contohnya, bukannya kesemua ATM dan stesen minyak beroperasi 24 jam,
dan juga bukannya kesemua klinik merupakan klinik 24 jam. Perkhidmatan
tersebut juga mungkin tergendala atas sebab kecemasan. Untuk mengelakkan
pemberian maklumat yang tidak tepat, talian terus ke perkhidmatan tersebut
adalah penting.

Jika dibandingkan dengan peta tradisional yang dicetak atau dilukis di atas
kertas, GIS dapat memaparkan maklumat dengan lebih perinci dan cepat.
Dalam contoh di atas, kalau kita menggunakan peta tradisional, kita memang
memerlukan peta yang berlainan skala dan kepingan yang banyak untuk
memaparkan maklumat yang bertindihan di atas satu kawasan. Dengan
menggunakan GIS, bukan sahaja masa dapat dijimatkan, cara penyusunan dan
penyimpanan maklumat juga menjadi lebih teratur dan menjimatkan ruang.

Berdasarkan beberapa contoh di atas, jelaslah GIS memainkan peranan


yang sangat penting dalam kehidupan harian kita yang semakin kompleks dan
canggih. Dengan penggunaan GIS khususnya dalam agensi Telekomunikasi
Malaysia, aktiviti-aktiviti harian kita dapat dipermudahkan supaya kesilapan
dapat dikurangkan. Selain itu, penggunaan GIS juga dapat menjamin
keselamatan kita dan menyelamatkan nyawa yang terancam. Bagaimanapun,
pihak agensi Telekomunikasi Malaysia yang menggunakan GIS haruslah berhati-
hati dalam penggunaan sistem yang mengintegrasikan banyak maklumat supaya
keselamatan dan kebebasan individu dalam masyarakat tidak terjejas.

5.0 BAGAIMANA AGENSI KEWANGAN DI MALAYSIA MENGAPLIKASIKAN DATA GIS

Kementerian Kewangan di Malaysia merupakan kementerian yang menggubal


dan melaksana dasar fiskal kewangan dan ekonomi bagi mempertingkat
pengagihan serta pengurusan sumber kewangan dilaksanakan dengan cekap
dan berkesan. Antara agensi-agensi kewangan yang terdapat di Malaysia adalah
Jabatan Perbendaharaan Malaysia, Majlis Tindakan Ekonomik Negara dan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Agensi ini turut menggubal dan menyediakan
prosedur, prinsip dan tatacara sistem pengurusan kewangan dan perakaunan
untuk dilaksanakan oleh semua jabatan atau agensi kerajaan. Agensi ini juga
berperanan dalam menyediakan belanjawan tahunan dan memantau
pelaksanaan belanjawan tahunan. Umumnya, Sistem Maklumat Geografi (GIS)
merupakan sistem atau pangkalan data yang direka bentuk dengan cekap untuk
mengumpul, menyimpan, menganalisis, mengemaskini dan memaparkan
maklumat yang dirujuk secara geografi yang bermaksud yang boleh diketahui
atau dikenalpasti lokasinya.

Agensi kewangan biasanya memfokuskan kepada komponen GIS iaitu


ekonomi. Agensi Jabatan Perbendaharaan Malaysia menggunakan aplikasi GIS
untuk mengenalpasti pembahagian zon dan perancangan kawasan untuk
dibangunkan. Aplikasi GIS digunakan oleh agensi-agensi kewangan kerajaan
untuk mengenalpasti lebih banyak kawasan yang mampu menjana dan
merangsang ekonomi negara. Data-data kawasan yang berpotensi menjana
pendapatan negara akan dianalisis, disimpan dan dikumpul untuk tujuan
pembangunan. Kawasan yang mempunyai banyak sumber akan dibangunkan
sebagai usaha untuk menambah pendapatan negara. Melalui aplikasi GIS,
kawasan-kawasan yang terdapat di sekitar Malaysia yang mempunyai banyak
data spatial dapat dikenalpasti dan dianalisis.

Seiring dengan teknologi maklumat yang pesat membangun, beberapa


perisian GIS dapat digunakan dalam agensi-agensi kerajaan. Pembaharuan dan
penambahbaikan dapat dilakukan ke atas sistem sedia ada sekaligus
mempermudah urusan dan menjimatkan masa. Sebagai contoh, perisian GIS
moden yang diperkenalkan boleh diakses melalui komputer. Menerusi aplikasi
GIS, agensi-agensi kewangan dapat mengumpul data geospatial iaitu maklumat
yang menentukan lokasi dan ciri-ciri alam semulajadi atau buatan manusia di
muka bumi dapat dianalisis dan dirujuk pada bila-bila masa sahaja. Hal ini
membolehkan kakitangan-kakitangan agensi kewangan seperti Jabatan
Perbendaharaan dan Malaysia Majlis Tindakan Ekonomik Negara dapat membuat
keputusan dengan lebih tepat dan bermaklumat dalam menentukan belanjawan
yang sesuai untuk tujuan pembangunan di sesuatu kawasan tersebut. Aplikasi
GIS turut digunakan agensi kerajaan dalam perancangan sistem penyampaian.

Selain itu, peranan yang dimainkan oleh agensi kewangan dalam


mengaplikasi GIS adalah menerusi kemudahan perbankan yang menggunakan
mesin-mesin ATM. Menerusi perisian data GIS, data-data pemilik akaun akan
direkod untuk tujuan pengesahan dalam mesin ATM. Hal ini memudahkan pihak
bank dan agensi kewangan untuk mengenalpasti identiti pemilik akaun untuk
mengelakkan sebarang kekeliruan. Selain itu, perkhidmatan bank lebih mudah
untuk melakukan proses-proses seperti menganalisis data spatial dengan hanya
menekan papan kekunci komputer.

Kesimpulannya, Sistem Maklumat Geografi (GIS) merupakan satu aplikasi


yang penting dalam institusi serta agensi kewangan. GIS menggabungkan
teknologi komputer dengan tenaga manusia atau pekerja dalam menghasilkan
pangkalan data, menganalisis data dan sebagainya. Analisis-analisis serta
pengumpulan data tersebut boleh membantu para penyelidik, ahli ekonomi dan
sekaligus pemimpin negara Malaysia untuk memahami masalah yang timbul,
membuat keputusan serta membuat perancangan bagi pembangunan pada
masa akan datang.

6.0BAGAIMANA AGENSI PERTANIAN DI MALAYSIA MENGAPLIKASIKAN DATA GIS

Pertanian adalah salah satu sumber asli atau semulajadi yang membantu
memenuhi keperluan asas manusia (Sugianto dan Arna, 2009). Menurut Nurshid
(1988) dalam penulisan karyanya yang bertajuk Pelajaran Geografi suatu
Pendekatan dan Analisis Keruangan pertanian merupakan dasar kehidupan
ekonomi manusia yang menjadi asas sumber bahan makanan sejak berabad
tahun yang lalu. Oleh yang demikian kerana perkembangan sistem maklumat
dan perisian yang semakin canggih pada alaf ini mampu memainkan peranan
penting dalam memajukan sumber ekonomi negara kita.

Perisian Sistem Maklumat Geografi (GIS) adalah teknologi yang membantu


dalam proses membuat keputusan, perancangan dan pengawasan sektor
pertanian seperti aktiviti pengurusan ladang (Abdullah, 1995). Geographic
Information System (GIS) ataupun Sistem Maklumat Geografi adalah satu sistem
maklumat berasaskan komputer yang boleh menyunting, menyimpan,
memanipulasi, menganalisa dan memaparkan maklumat spatial dan atribut bagi
menyelesaikan pelbagai ujikaji yang kompleks serta masalah pengurusan.
Penggunaan GIS ini telah terbukti berkesan di dalam pelbagai disiplin
terutamanya yang melibatkan pengurusan yang merujuk kepada kedudukan di
atas muka bumi (Cheong Kwok Wai, 1999).

Sistem Maklumat Geografi membantu capaian maklumat untuk Kajian


guna tanah oleh pihak kerajaan. Hal ini demikian kerana, sebelum sesuatu
kawasan pertanian berskala besar diusahakan pegawai pertanian akan meminta
bantuan pegawai perkhidmatan alam sekitar menjalankan kajian di lokasi
tersebut. Perkara ini bertujuan agar satu Laporan Impak Alam Sekitar dapat
dihasilkan untuk mengkaji kesesuaian tanah tersebut dalam pembukaan lokasi
pertanian dan menjamin kualiti alam sekitar. Proses bermula apabila sistem ini
mula mencerap data dengan bantuan imej satelit di ruang angkasa lalu
memproses data tersebut sebagai ruang spatial ke dalam perisian komputer.
Imej tersebut akan dianalisis dengan keadaan sekeliling sebagai data vektor dan
raster untuk kegunaan pemetaan sebagai sumber pegawai pertanian.
Selain itu, sistem ini juga dapat membantu dalam mencegah dan
mengawal masalah serangga serta makhluk perosak di kawasan pertanian. Data
GIS melalui proses pemetaan akan mencerap data spatial di kawasan yang
sering mengalami masalah serangan-seranggan perosak secara pemetaan
wilayah. Peta tersebut akan menjadi panduan para petani untuk mengenalpasti
kawasan-kawasan bermasalah dan mampu menggelakkan daripada melakukan
aktiviti pertanian di lokasi tersebut.

Di samping itu, Geography Information System atau sistem maklumat


geografi mampu mengenalpasti bentuk muka bumi yang sesuai untuk aktiviti
pertanian. Kapal robotik atau UAV akan diterbangkan untuk mencerap imej
bentuk muka bumi dari atas permukaan udara. Data yang dicerap akan
dimasukkan ke dalam Sistem Maklumat Geografi bagi mengesan bentuk-bentuk
muka bumi yang terdapat di sesuatu kawasan berdasarkan kesesuaiannya untuk
aktiviti pertanian. Sebagai contoh, kawasan tanah rendah yang sering dilanda
banjir tidak sesuai untuk aktiviti pertanian kerana mampu menjejaskan kualiti
hasil tanih.

Secara kesimpulannya, aplikasi GIS sangat berperanan penting dalam


bidang pertanian. Sistem ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan kualiti
hasil pertanian tetapi ia juga mampu menambahkan produktiviti ekonomi
pertanian negara. Usaha yang lebih efektif dalam memperkenalkan lagi system
maklumat geografi perlu dilakukan oleh pihak berwajib supaya mampu memberi
faedah yang berterusan.

7.0BAGAIMANA AGENSI PELANCONGAN DI MALAYSIA MENGAPLIKASIKAN DATA


GIS

Pelancongan mempunyai pelbagai maksud mengikut perspektif dan


pandangan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak
langsung dalam industri pelancongan. Menurut Pertubuhan Pelancongan
Sedunia, iaitu salah satu badan PBB, pelancongan juga merujuk kepada aktiviti
perkhidmatan kepada pelancong. Pelancongan telah menjadi aktiviti masa
lapang yang popular di seluruh dunia.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula, agensi pelancongan


merupakan badan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan pelancongan
tertentu seperti menguruskan penempahan tiket pengangkutan, memberikan
maklumat destinasi percutian dan sebagainya untuk orang ramai yang ingin
melancong. Agensi pelancongan ini berada di bawah Kementerian Pelancongan
dan Kebudayaan Malaysia. Terdapat banyak agensi pelancongan yang berdaftar
di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia seperti Amazing
Borneo Tours & Events Sdn.Bhd, Borneo Adventure Sdn.Bhd, Borneo Nature Tours
Sdn.Bhd dan banyak lagi. Agensi-agensi pelancongan ini diwujudkan kerana
untuk mengelakkan para pelancong ditipu apabila datang melancong di sesuatu
tempat yang mereka pilih.

Di Malaysia terdapat banyak tempat yang menarik untuk dilawati oleh


pelancong dari seluruh dunia. Namun malangnya, terdapat beberapa negeri
yang masih menggunakan sistem manual untuk pelancong menjelajah dan pergi
ke sesuatu tempat contohnya, pelancong akan merujuk kepada majalah, buku,
risalah dan peta manual untuk mencari sesuatu tempat. Pelancong juga tidak
dapat menyimpan maklumat dengan selamat menggunakan sistem manual.
Tambahan pula, pelancong menghadapi masalah mencari tempat di Malaysia
seperti negeri Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Mereka terpaksa bertanya
kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Situasi
ini boleh menyebabkan pelancong menghadapi kesukaran dalam mencari
tempat dan selalunya maklumat yang diterima tidak tepat serta susah untuk
menyimpan sesuatu maklumat penting dengan selamat.

Perubahan dunia teknologi yang semakin canggih boleh membantu kita


dan pelancong untuk mencari sesuatu tempat yang kita tidak pernah tahu atau
lawat sebelum ini. Teknologi tersebut ialah Geographical Information System
(GIS). Dengan menggunakan Geographical Information System (GIS), pelancong
boleh mencari dan mendapatkan maklumat tentang sesuatu tempat dengan
mudah. Pelancong hanya perlu merujuk kepada peta di komputer dan klik pada
tempat yang dikehendaki untuk mendapatkan maklumat. Peta ini juga boleh
dibesarkan kepada saiz tertentu dan kelihatan lebih menarik untuk pandangan
yang lebih jelas.
Bidang pelancongan mengaplikasikan Geographical Information System
(GIS) kerana GIS mempunyai banyak peranan dalam agensi tersebut. Antaranya
ialah mencari sesuatu tempat dengan mudah dan menyusun fail mengenai
pelancongan seperti peta dengan mudah. Menurut Dangermond (1988),
penggunaan GIS sebagai alat menilai produk pelancongan berupaya untuk
memperkemaskan kaedah sedia ada menerusi penambahbaikan ciri-ciri seperti
meningkatkan keberkesanan dan produktiviti melalui penggunaan peta-peta dan
maklumat geografi, memperbaiki pengurusan sistem maklumat dan proses
membuat keputusan lebih cepat dan berkesan.

Peranan Gis yang pertama dalam agensi pelancongan ialah memudahkan


pelancong mencari sesuatu tempat. Teknologi GIS telah menjadi alternatif
menggantikan cara lama di mana pencarian lokasi sesuatu kawasan tidak perlu
dilakukan secara manual seperti merujuk peta atau berada di lokasi tersebut.
Kini, dengan adanya perisian ArcGis, lokasi sesuatu tempat atau kawasan yang
dikehendaki boleh diperolehi dengan cara yang lebih mudah, cepat dan tepat
tanpa perlu berada ke lokasi tersebut. Perisian GIS ini telah digunakan dalam
agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam kerja pengurusan dan penganalisisan
maklumat namun belum digunakan secara meluas. Oleh itu, timbul satu idea
untuk mengaplikasikan GIS dalam pembangunan pencarian lokasi sesuatu
kawasan telah wujud bagi menggalakkan perkembangan teknologi maklumat di
negara ini. Teknologi ini bukan sahaja telah memudahkan agensi kerajaan dan
swasta tetapi turut memudahkan pelancong untuk mencari tempat yang ingin
dilawati. Di Malaysia, terdapat beberapa tempat menarik yang susah dicari
kerana tempat tersebut berada di luar bandar contohnya kawasan rekreasi
seperti sungai. Dengan adanya perisian GIS, para pelancong dapat merancang
perjalanan percutian mereka terlebih dahulu. Keadaan ini memudahkan mereka
kerana mereka hanya terus melawat tempat-tempat yang ingin dilawati dan
tidak perlu lagi bertanya kepada orang atau merujuk kepada peta.

Selain itu, pengurusan maklumat pelancongan juga lebih teratur dan


sistematik. Apabila pelancong melawat atau bercuti di Malaysia, mereka sering
berdepan dengan masalah kekurangan maklumat tentang sesuatu tempat.
Malahan, mereka terpaksa mencari maklumat itu sendiri melalui internet. Seperti
yang kita tahu, maklumat dalam internet adalah kurang dan kadangkala
maklumat tersebut tidak betul. Maklumat-maklumat dalam katalog, buku dan
risalah juga kadangkala tidak dapat membantu kerana maklumat-maklumat
yang terdapat dalam katalog, buku dan risalah adalah maklumat lama dan
jarang diperbaharui. Keadaan ini menyebabkan pelancong mengalami masalah
mencari tempat dan pelancong boleh sesat dengan menggunakan maklumat
lama dan maklumat yang tidak tepat. Namun, dengan adanya perisian GIS,
segala maklumat yang berkaitan dengan tempat pelancongan atau percutian
akan dimuatkan dalam pangkalan data yang menggunakan perisian GIS.
Pengurusan sesebuah aktiviti pelancongan akan menjadi lebih mudah kerana
semua maklumat mengenai percutian di Malaysia telah dimuatkan dalam satu
pangkalan data yang dapat menguruskan data pelancongan dengan lebih
sistematik. Selain itu, analisis-analisis tertentu yang berkaitan dengan aspek
ruangan dan pelbagai aspek lain yang turut dimuatkan dalam perisian GIS ini
memudahkan proses perancangan percutian pelancong di Malaysia. Ini adalah
kerana adanya paparan dan gambaran yang jelas mengenai pusat pelancongan
yang terkenal di Malaysia.
8.0BAGAIMANA AGENSI PERTAHANAN DI MALAYSIA MENGAPLIKASIKAN DATA GIS

GIS merupakan salah satu penggunaan teknologi yang paling canggih dan
popular dalam bidang pertahanan. Bidang pertahanan banyak mengaplikasi GIS
dalam bidang tersebut. Sebagai contoh, mempertahankan zon-zon sempadan
daripada dicerobohi oleh pengganas dan individu-individu tanpa izin. Di
Malaysia, zon sempadan yang sering dicerobohi ialah di sepanjang kawasan
perairan Sandakan dan Lahad Datu. Oleh itu, pengaplikasian data GIS dalam
bidang pertahanan adalah sangat diyakini keberkesanan penggunaannya.

Seorang pakar geografi dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) yakin


penggunaan radar teknologi tinggi di pulau-pulau dan kapal maritim mampu
memantapkan lagi kawalan keselamatan, khususnya di Zon Selamat Timur
Sabah (Esszone).

Pensyarah Kanan dan Ketua Unit Pusat Informasi Geografi (GIS) UMS
Mustapha Abd Talip berkata ini kerana radar berkualiti memudahkan pasukan
keselamatan negara mengesan pergerakan bot penjenayah yang cuba
memasuki kawasan perairan negeri ini.

Beliau menjelaskan lagi bahawa perairan negeri ini sangat luas yang
menyukarkan pihak berkuasa untuk mengawalnya. Oleh itu, penggunaan radar
yang lebih canggih dengan menambah frekuensi lebih tinggi di pulau-pulau dan
lokasi tertentu boleh membantu mengawal kemasukan anasir jahat, termasuk
kumpulan penculik. Mustapha berkata kedudukan Sabah yang sangat dekat
dengan negara jiran serta wujudnya 'laluan-laluan tikus' turut membawa kepada
aktiviti penyeludupan dan ancaman jenayah merentas sempadan. Beliau juga
berpendapat penggunaan radar merupakan satu daripada pilihan terbaik bagi
meningkatkan keberkesanan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah
(Esscom) yang dipertanggungjawabkan menyelaras operasi pelbagai agensi
pertahanan dan keselamatan bagi mempertahankan kedaulatan dan
keselamatan rakyat Sabah.

Esscom ditubuhkan pada 1 April tahun lepas susulan insiden pencerobohan


pengganas Sulu di Kampung Tandou, Lahad Datu pada Februari tahun
lepas.Beliau turut menjelaskan walaupun Esscom berjaya mengekang
gelombang kedua pencerobohan pengganas Sulu, namun keupayaannya
membanteras penculikan masih rapuh. Maka di sinilah letaknya kepentingan
radar yang canggih selain menggunakan Kapal Terbang Tanpa Pemandu (UAV)
bagi mengesan dan seterusnya mengambil inisiatif untuk mengawal keadaan.
Mustapha berkata tiga insiden penculikan yang berlaku di Semporna dan Lahad
Datu dalam tempoh enam bulan memberi pengajaran berharga kepada semua
pihak terutama Esscom. Dalam hal ini, beliau berkata tambahan anggota dan
aset sahaja tidak memadai untuk memastikan kawasan Esszone selamat. Beliau
dengan tegas dan yakin mengatakan bahawa kes jenayah mampu mengesan
kehadiran mereka lebih awal sekiranya bidang pertahanan mempunyai aset yang
canggih termasuk radar.

Sistem Maklumat Geografi (GIS) juga banyak diaplikasikan dalam bidang


pertahanan di Malaysia kerana dapat mengesan berlakunya bencana alam.
Contohnya kejadian bencana seperti tsunami. Mereka menggunakan Sistem
Maklumat Geografi (GIS) untuk mengetahui maklumat terkini dan lokasi di
manakah yang paling teruk mengalami kerosakan pembangunan. Citra
Satelit dan GIS dalam Mitigasi Bencana Alam dapat memberikan maklumat awal
darurat dan informasi bencana untuk penilaian, analisis dan pemantauan
bencana alam seperti angin taufan, banjir, tornado, tsunami, dan gempa bumi
dengan skala kerosakan dari kecil ke besar untuk wilayah di seluruh dunia.

Seterusnya, dengan aplikasi data Sistem Maklumat Geografi (GIS) dapat


menganalisis tahap serapan air yang berada di satu tempat seperti bandar.
Melalui kaedah analisis penyerapan air ini, ia dapat mengelakkan daripada
berlakunya banjir di bandar tersebut. Hal ini demikian kerana, Sistem Maklumat
Geografi (GIS) menggunakan peta informasi yang dapat menentukan keadaan
geografi dan keadaan penduduk terutamanya ketika banjir berlaku di mana-
mana kawasan tertentu.Antara kemampuan GIS untuk pengawasan daerah
bencana alam adalah memantau luas wilayah bencana alam, pencegahan
terjadinya bencana alam pada masa datang, menyusun rencana-rencana
pembangunan kembali daerah bencana, Penentuan tingkat bahaya erosi,
prediksi ketinggian banjir, prediksi tingkat kekeringan dan sebagainya.

Oleh itu, dalam rangka lebih mengefisienkan kegiatan perencanaan


kegiatan mahupun operasi yang terkaitan dengan bidang pertahanan, GIS
sangat diperlukan kerana ianya adalah sumber data/informasi canggih, lengkap
dan cepat ditampilkan serta sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan turut
mengalami penambahbaikan dari semasa ke semasa dalam membantu proses
pengambilan keputusan yang bijaksana. Jelaslah bahawa, dengan penggunaan
radar yang lebih canggih sistem pertahan di Malaysia akan lebih terkawal dan
berkesan.

9.0BAGAIMANA AGENSI PENGANGKUTAN DI MALAYSIA MENGAPLIKASIKAN DATA


GIS

Sistem Maklumat Geografi (GIS) merupakan suatu teknologi penting bagi


sesebuah negara terutamanya bagi negara membangun seperti Malaysia. Jika
dahulu, teknologi ini hanya digunakan oleh pasukan tentera bagi mengkaji
kedudukan serta merancang strategi menghapuskan musuh berdasarkan
keadaan muka bumi. Namun, teknologi tersebut kini sudah boleh diakses oleh
orang awam demi kepentingan pembangunan sesebuah negara. Maklumat yang
dikendalikan adalah dengan menggunakan GIS yang merupakan satu gabungan
operasi yang melibatkan perancangan, pemerhatian, pengumpulan,
penyimpanan, pengurusan serta penganalisisan data bagi menghasilkan
maklumat yang boleh digunakan dalam proses membuat keputusan.

Perisian GIS sebenarnya banyak digunakan di agensi-agensi kerajaan dan


swasta dalam kerja pengurusan dan penganalisisan maklumat. Sebagai
contohnya pengangkutan di Malaysia adalah dikendalikan oleh Kementerian
Pengangkutan. Boleh dikatakan hamper seluruh agensi kerajaan di Malaysia
yang menggunakan teknologi ini untuk kegunaan di jabatan mereka masing-
masing. Misalnya seperti Jabatan Penerbangan Awam, Jabatan Pengangkutan
Jalan dan sebagainya. Dalam pengangkutan udara, juruterbang pesawat boleh
menggunakan ruang udara dengan lebih fleksibel iaitu melalui system GPS
(Global Positioning System). GPS sangat berguna untuk menunjukkan sesuatu
arah atau perjalanan yang ditujui. Kehadiran GIS mampu memberikan satu
kemudahan untuk mengatasi sebarang kekurangan yang telah dinyatakan. Salah
satu keupayaan GIS adalah dalam menyimpan dan menguruskan kedua-dua data
digital kartografi dan pangkalan data maklumat atribut serta membolehkan data-
data tersebut dimanipulasikan secaraserentak.
Sistem GIS yang digunakan dalam jabatan penerbangan dapat
mengenalpasti bentuk muka bumi kawasan penerbangan, koordinat, ancaman-
ancaman gangguan signal, ramalan cuaca dan sebagainya. Penggunaan sistem
radar dalam bidang navigasi yang mana aplikasi gelombang elektromagnetik
pada radar juga akan membantu mengesan jarak, ketinggian, arah dan
sebagainya. Selainitu, aplikasi GIS juga dapat membantu pesawat mendarat dan
berlepas dengan selamat, masa penerbangan ke sesuatu destinasi juga dapat
diminimumkan kerana laluan penerbangan yang lebih praktikal. Semasa dalam
penerbangan pula, penumpang-penumpang pesawat mudah mendapat
maklumat berguna seperti jadual dan ramalan masa penerbangan pesawat.
Aplikasi GIS sebagai kaedah yang dapat membantu dalam membuat keputusan
dan arah tuju bidang penyelidikan GIS untuk kepentingan pada masa depan.

Dalam pengangkutan darat, teknologi GIS telah memainkan peranan


penting melalui sistem GPS bagi menentukan kedudukan seseorang atau sesuatu
tempat. Melalui sistem GPS, ia dapat menganalisis rangkaian lalu lintas dengan
lebih teratur dimana ianya dapat membantu pengguna jalan raya memilih laluan
yang terdekat untuk sampai ke sesuatu destinasi dan dapat memberitahu
kedudukan persimpangan, jalan sehala dan sebagainya.Kemudian, ia juga boleh
digunakan dalam system trafik seperti menentukan arah pergerakan kenderaan
yang lebih sistematik. Sistem pengawalan lalu lintas dan kelicinan pergerakan
juga boleh menggunakan GIS seperti mengatur kedudukan persimpangan,
kedudukan lampu isyarat, kesesuaian had laju, kedudukan tempat pusing kereta
dan sebagainya dengan lebih sistematik dan cepat. Selain itu, penggunaan
sistem GPS ini juga sangat penting bagimana-mana organisasi pengangkutan
awam yang melibatkan penjadualan dan perancangan laluan, pada masa yang
sama memastikan pengangkutan awam berjalan mengikut jadual.

Di samping itu, penggunaan peta digital melalui sistem GPS yang


dipasang dalam kenderaan membolehkan pemilik kenderaan tersebut mengesan
kesesakan lalulintas. Pengesan data atau penerima akan menentukan kedudukan
kenderaan manakala peta asas digunakan menentukan lokasi kenderaan itu
berada dan rancangan kawasan adalah untuk menentukan lokasi kenderaan itu
berada serta merupaka nsatu subset kepada peta asas. Pengguna juga dapat
menggunakan peta navigasi secara langsung, mengemaskini keadaan trafik
masa sebenar, melayari satu per satu peta navigasi bagi tujuan perjalanan yang
optimum, memberi maklumat kelajuan, jarak perjalanan dan kadar masa yang
diambil untuk tiba ke satu-satu destinasi. Dengan pengaplikasian GIS, kita juga
mampu membangunkan dan mengemaskini data GIS, mencari dan menerokai
peta, mencari tempat dan alamat, mengenalpasti sesuatu lokasi, garis-garis
ukuran dan kawasan. Ianya mampu menganalisis data dengan pantas dan
mempercepatkan pengemaskinian maklumat secara berterusan dalam
memberikan data maklumat yang terkini kepada pengguna.

Oleh yang demikian, aplikasi GIS dalam pelbagai bidang telah


menunjukkan keupayaan GIS dalam proses penyimpanan data-data statistic bagi
analisis corak pembangunan sesebuah organisasi. Senario pengurusan maklumat
telah mula berubah dengan penggunaan GIS sebagai pemangkin kepada
penyimpanan maklumat secara interaktif untuk menjalankan pemprosesan data
secara geografi dan secara tidak langsung meningkatkan analisis data secara
bersepadu.

10.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, GIS menjadi alat yang penting dalam perspektif komputer


pada masa kini kerana GIS mempunyai keupayaan aplikasi dalam pelbagai
bidang, misalnya perancangan bandar dan kartografi, penilaian kesan alam
sekitar dan pengurusan sumber asli. Selain itu, GPS atau Sistem Kedudukan
Global menjadi alat untuk memberi maklumat tentang sesuatu lokasi
pelancongan dan manfaat dalam mengesan sesuatu bahan tertentu. GIS juga
memainkan peranan dalam perspektif perniagaan, dimana alat ini adalah sangat
berkesan dalam pengiklanan dan pemasaran, jualan, dan logistik di mana ianya
digunakan untuk mencari dan memulakan perniagaan seperti tapak perniagaan
yang strategik. Sebagai umum, pengguna GIS boleh melibatkan dengan polis
dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang, strategi perancangan,
perhutanan, industri, jurutera alam sekitar, profesional hartanah, profesional
telekomunikasi, organisasi tindak balas kecemasan, jabatan kerajaan (daerah
dan persekutuan), kesihatan, pengangkutan, geografi, dan pembangunan
pemasaran (kewangan). Penyelidikan ini menyediakan platform untuk
memahami lebih lanjut tentang komponen, kaedah, dan aplikasi GIS, terutama
bagi pengguna baru yang mempunyai minat untuk mempelajari tentang alat GIS.
Akhir sekali, walaupun terdapat beberapa kelemahan di dalam GIS, tetapi
kelemahan tersebut tidak akan menghalang dan menghentikan pengguna GIS
untuk mengaplikasikan di dalam kehidupan seharian yang sebenar.

RUJUKAN

Anon, 1989, Libraries. Pasific. Information Bull.

Andi Sunyoto, Integrasi Modul GPS Receiver dan GPRS untuk Penentuan Posisi
dan Jalur Pergerakan Objek Bergerak.

Diakses pada 21 Mac 2015 di World Wide Web:

Drajat, 2010. Pengaruh Teknologi Informasi Dalam Bidang Geografi.


http://drajat45freeman.wordpress.com/2010/10/28/pengaruh-teknologi-informasi-
dalam-bidang-geografi/.

Diakses pada 21 Mac 2015 di World Wide Web:

http://www.mygeoportal.gov.my/ms/berita/1569.aspx

Diakses pada 21 Mac 2015 di World Wide Web:

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penggunaan-radar-teknologi-
tinggi-mampu-mantapkan-kawalan-kes

Fauziah binti Hj. Abu Hanifah, 2009. Buletin: Geospatial Sektor Awam. Edisi 1.

Fabian Adi, 2007. Memantau Lokasi Objek Melalui Web Menggunakan Teknologi
GPS dan GPRS.
Johanes, 1989. Membangun Berbagai Aplikasi Handphone.

M.Shalahuddin dan Rosa, 2008. Belajar Cepat Memprogram Perangkat


Telekomunikasi Mobile.

Muhammad Aziz dan Slamet Pujiono, 2006. Sistem Informasi Geografis Berbasis
Desktop dan Web.

Mohd Ayob et al. 2014. International Journal Of Environment, Society And Space.
Halaman 35-49.

Mulia, 2009. Sistem Informasi Konsep & Aplikasi. Pustaka Pelajar, Malaysia.

NasirNayan,2007.http://www.scribd.com/doc/94638622/PENGGUNAAN-GIS-
DALAM-JABATAN-KESIHATAN

Ruslan Nuryadin, Panduan Menggunakan MapServer, Informatika, Bandung,


2005.

Zulkarimen Nasution, 2007. Komunikasi Pembangunan PengenalanTeori dan


Penerapannya.

Anda mungkin juga menyukai