Anda di halaman 1dari 24

Aplikasi GIS

C5352-Sistem Maklumat Tanah

Pengenalan
Beberapa kajian kes telah menunjukkan guna pakai (aplikasi) GIS telah mempertingkatkan rasionaliti proses mengambil keputusan dengan membantu memperbaiki ketepatan serta pencapaian data. GIS boleh diaplikasikan di manamana bidang tetapi keberkesanan dan kepentingan aplikasi tersebut menjadi suatu persoalan yang penting dalam implimentasi aplikasi berkenaan.

Aplikasi GIS Dalam Bidang


1.

Hartanah, penduduk dan infrastruktur Maklumat hartanah dan penggunaannya adalah asas kepada fungsi bagi kehidupan masyarakat. Data GIS dapat digunakan dalam penentuan lokasi guna tanah dan pemilihan tapak perkhidmatan dan laluan perkhidmatan. Antaranya termasuklah:

Sambungan Aplikasi GIS Dalam Bidang Hartanah, penduduk dan infrastruktur


i.

Perancangan dan pengurusan kemudahan asas dan masyarakat Penggunaan GIS dalam kemudahan asas tertumpu kepada keperluan memberikan perkhidmatan yang mempunyai tahap kekesanan kos yang tinggi. Contoh: lokasi paip air, pembetungan dan pendawaian. GIS mampu mengendalikan dan membuat analisis bagi rekod yang diperlukan oleh jurutera atau pengurus perkhidmatan ini.

Sambungan Aplikasi GIS Dalam Bidang Hartanah, penduduk dan infrastruktur


ii.

Pemilihan Tapak Pembangunan GIS dapat menentukan tapak yang sesuai digunakan untuk sesuatu pembangunan. Contoh: pemilihan tapak stesen janakuasa dan pusat sukan.

Sambungan Aplikasi GIS Dalam Bidang Hartanah, penduduk dan infrastruktur


iii.

Perancangan Laluan Ia termasuklah penyelesaian masalah seperti pemilihan laluan perpindahan penduduk dalam perancangan bencana alam. Selain itu, ia juga dapat menentukan laluan terpendek bagi kenderaan kecemasan (ambulan, bomba).

Sambungan Aplikasi GIS Dalam Bidang Hartanah, penduduk dan infrastruktur


iv.

Sistem Pandu Arah Kenderaan Merupakan teknologi GIS yang baru dan digunakan secara meluas pada masa kini. Aplikasi ini digunapakai bersama teknologi GPS. GIS berperanan menyediakan data spatial dan atribut dalam aplikasi ini sementara GPS berperanan untuk memberikan kedudukan atau lokasi kenderaan pada suatu masa ketika.

Sambungan Aplikasi GIS Dalam Bidang


2.

Pengurusan Alam Sekitar GIS menawarkan keupayaannya dari segi pengumpulan, penganalisaan, kefahaman maklumat dan pengurusan ke atas alam sekitar. GIS mampu mengumpul dan menyimpan maklumat tanah-tanih untuk interpolasi dan digunakan dalam permodelan sifat dan kepelbagaian ciri tanah-tanih. Projek Co-ordinated Information On The European Commision (CORINE) telah menyediakan pangkalan data spatial alam sekitar sebagai input terhadap polisi-polisi alam sekitar di Eropah.

Sambungan Aplikasi GIS Dalam Bidang Pengurusan Alam Sekitar


Namun begitu, aplikasi GIS dalam bidang pengurusan alam sekitar memerlukan masa dan kos yang tinggi. Penggunaan GIS dalam menjalankan Penilaian Kesan Terhadap Alam Sekitar (EIA) sesuai digunakan dalam pembinaan empangan, pembalakan, dan apa-apa projek pembangunan yang akan mendatangkan kesan negatif terhadap alam sekitar.

Sambungan Aplikasi GIS Dalam Bidang


3.

Perancangan dan Pengurusan GIS merupakan alat yang berkesan di dalam membuat sesuatu keputusan polisi awam. Antara penggunaan GIS yang terlibat dalam perancangan dan pengurusan adalah:

Sambungan Aplikasi GIS Dalam Bidang Perancangan dan Pengurusan


i.

a) b)

c)

GIS dan Polisi Awam Dalam membuat keputusan ini GIS digunakan untuk: Menentukan bila dan di mana polisi awam diperlukan; Menjalankan analisis bagi membantu di dalam merumuskan polisi-polisi awam; dan Menentukan sejauh mana polisi berjaya dan mencapai matlamat dan objektif yang ditentukan.

Sambungan Aplikasi GIS Dalam Bidang Perancangan dan Pengurusan


Contoh:GIS digunakan dalam perancangan dan kawalan guna tanah dan pembangunan dalam suatu bandar atau wilayah. Terdapat tiga fungsi GIS di dalam model perancagan ini: Membuat unjuran pola-pola pembangunan masa hadapan; Memodel dan menjalankan analisis alternatif-alternatif perancangan; dan Mengawal dan mengawasi perubahan di dalam pembangunan masyarakat setempat.

a) b) c)

Sambungan Aplikasi GIS Dalam Bidang Perancangan dan Pengurusan


ii.

Sistem Maklumat Sumber Tanah Pengurusan tanah dan sumber banyak melibatkan penggunaan maklumat ruang seperti air, udara dan tanah-tanih. Pengurusan maklumat ini termasuklah kajian hidrologi, sains tanah-tanih, perhutanan, pengurusan alam sekitar, perikanan dan hidupan liar, geologi dll. GIS menyokong di dalam pengurusan strategi dengan menyediakan pangkalan data yang lengkap bagi perancangan penggunaan air ataupun penentuan zonzon perancangan sumber air dan tanah.

Sambungan Aplikasi GIS Dalam Bidang Perancangan dan Pengurusan


iii.

Pengurusan dan Pentadbiran Tanah (LIS) Aplikasi GIS sebagai satu alat yang dapat membantu PBN @ PBT mengurus dan mentadbir hal ehwal tanah dengan lebih cekap. Aplikasi GIS dapat mempermudahkan dan mempercepatkan urusan pentadbiran tanah seperti pengurusan cukai tanah, pengambilan balik tanah dll. Selain itu, ia juga digunakan dalam pengurusan sumber hutan, sumber asli dll.

Sambungan Aplikasi GIS Dalam Bidang Perancangan dan Pengurusan


iv.

Perancangan Dan Pengurusan Bandar Melibatkan aktiviti bagaimana tanah bandar digunakan. (guna tanah) Pendekatan GIS dapat menyimpan dan menganalisis maklumat untuk membantu dalam membuat sesuatu keputusan yang berkaitan dengan perancangan bandar. Maklumat yang diperlukan dalam aplikasi ini terdiri daripada data spatial dan atribut setiap lot tanah, bangunan yang didirikan, pemilikan tanah, infrastruktur dll.

Kesimpulan
Pendekatan GIS dipercayai dapat mempertingkatkan rasionaliti prosesproses keputusan perancangan Ini kerana maklumat geografi disimpan dan diproses dalam bentuk data primer, analisis yang lebih kuantitatif, tepat dan analisis berulang-ulang dapat dilakukan apabila ahli profesional hanya menentukan kriteria-kriteria yang digunakan dalam perisian GIS. Walau bagaimanapun, keberkesanan GIS amat bergantung kepada data rujukan spatial yang terkini dan rekabentuk pangkalan data yang bersesuaian.

Take Home Quiz


Soalan 1 a) Berikan definisi umum GIS (4 markah) b) Terangkan dengan ringkas subsistem GIS berikut: (i) Perolehan dan kemasukan data (6 markah) (ii) Penyimpanan dan pengurusan data (5 markah) (iii) Manipulasi dan analisis data (5 markah) (iv) Persembahan dan pengeluaran data (5 markah)

Take Home Quiz


Soalan 2
a)

b)

Tarifkan model data raster dan vektor. Seterusnya, senaraikan LIMA (5) kebaikan dan LIMA (5) keburukan bagi kedua-dua model data tersebut. (16 markah) Dengan bantuan gambarajah, terangkan maksud persembahan data titik, garisan dan poligon dalam GIS. (9 markah)

Take Home Quiz


Soalan 3
a)

b)

c)

Senaraikan LIMA (5) sebab kenapa perlunya mewujudkan pangkalan data. (5 markah) Senaraikan LIMA (5) fungsi DBMS. (5 markah) Terangkan model data hubungan. (15 markah)

Take Home Quiz


Soalan 4 a) Berikan definisi analisis ruang (spatial). (5 markah) b) Senaraikan EMPAT kaedah analisis ruang yang boleh dilakukan oleh perisian GIS. (10 markah) c) Terangkan aplikasi GIS dalam bidang-bidang berikut dengan memberikan contoh yang sesuai. (10 markah) (i) Pentadbiran Tanah (ii) Pendidikan (iii) Alam Sekitar (iv) Kemudahan Awam Dan Utiliti (v) Perancangan Bandar Dan Wilayah

LATIHAN
Soalan 1 a) Berikan definisi sistem maklumat. (3 markah) b) Beserta contoh-contoh yang sesuai, terangkan aktiviti-aktiviti sistem maklumat berikut: (i) Input (ii) Output (iii) Pemprosesan (iv) Maklumbalas (v) Kawalan c) Senaraikan ENAM (6) ciri maklumat yang baik.

LATIHAN
Soalan 2 a) Beserta dengan contoh, terangkan data atribut dan data spatial dalam GIS. b) Jelaskan kaedah kemasukan data spatial berikut: (i) Kaedah Pendigitan (ii) Kaedah Pengimbasan

UJIAN Pada 27 November 05


Tips Penting Ciri-ciri maklumat yang baik; Peranan sistem maklumat; Konsep sistem maklumat; Jenis data (asal, sekunder dan terbitan); Sumber data spatial GIS; Sumber dan teknik perolehan data atribut; Konsep data spatial GIS Komponen data geografi (spatial, atribut, kartografi dan masa) DBMS Model data Rekabentuk pangkalan data (konseptual, logikal dan fizikal)

Sekian, terima kasih!

Anda mungkin juga menyukai