Anda di halaman 1dari 4

BAB 4

DAPATAN DAN ANALISIS

4.1 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan hal-hal tentang senarai peralatan penting


untuk pembangunan projek ini. Apakah metod pengujian yang akan dilaksanakan
bagi memastikan pojek ini berjalan dengan lancar. Apakah keputusan dan kalibrasi
selepas pengujian dilakukan. Pembaikpulih dan penyelanggaraan yang perlu
dilaksanakan serta dapatan dan analisis kajian.
.

4.2 SENARAI ALATAN PENGUJIAN

Projek ini mempunyai dua signifikan iatiu rekabentuk perkakasan dan


pembangunan pengatucaraan. Aspek perkakasan adalah sangat penting dimana
berperanan untuk mengawal keseluruhan sistem ini dan sebagai modul penghantar
dan penerima untuk menghantar dan menerima isyarat secara tanpa wayar. Sistem
Alat Pengesan Banjir ini mengandungi tiga komponen iaitu :-

 Sensor level air


 PIC16F877A
 Global System Communication (GSM)

4.3 KAEDAH PENGUJIAN

Projek ini akan memulakan pengujian fasa pertama pada litar-litar dan
metod-metod seperti litar sensor level air, litar mikro pengawal dan GSM. Kesemua
bahan ini perlu diuji terlebih dahulu untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik.
Semua komponen akan disambungkan berupa litar simetik. Pada peringkat ini, litar
akan disimulasi beberapa kali untuk memastikan hasil kerja yang baik. Akan ada
dua bahagian litar. Pertama adalah pengesan level air dan kedua adalah litar PIC.
Setelah litar lengkap berfungsi ia akan dipindahkan ke Printed Circuit Board (PBC).
Sebelum itu, PBC akan direkabentuk menggunakan peralatan perisian protel.
Langkah seterusnya dalam merekabentuk perkakasan ialah memasang litar pada
papan PBC. Kesemua komponen akan dimasukkan ke atas papan PBC kemudian
diuji semula untuk memastikan ianya betul-betul berfungsi atau tidak. Jika litar tidak
berfungsi, pemeriksaan akan dibuat pada bahagian penyambungan kemudian litar
akan diuji semula sehingga ianya berfungsi. Selepas itu, kedua-dua bahagian litar
akan digabungkan dan fungsinya akan turut diuji.

Fasa kedua ialah pengujian pada pengaturcaraan. Pengaturcaraan ialah


untuk litar PIC. Perisian yang digunakan untuk memprogramkan PIC ialah MPLAB
untuk pengujian dan melakukan debug. Bahasa penghimpun yang digunakan ini
adalah untuk merekabentuk kod pada sistem ini. Arahan AT juga digunakan untuk
mengawal mesej pada modem GSM yang digunakan dalam sistem ini. Aliran
aturcara ini bermula dengan sensor level air kemudian isyarat akan dihantar ke litar
PIC. Isyarat yang diterima PIC akan mendapat maklumbalas berdasarkan kepada
kod yang telah diprogramkan. Keputusan keadaan level banjir adalah bergantung
kepada isyarat daripada litar PIC. Aliran keseluruhan sistem Alat Pengesan Banjir
dapat ditunjukkan seperti rajah 4.1.

MULA

Pengesan Level
Air
Mobil
GSM Mikro pengawal

Pusat Kawalan

TAMAT

.
Rajah 4.1 : Carta Alir Amaran Pengesan Banjir
4.4 KEPUTUSAN PENGUJIAN DAN KALIBRASI

Pada akhir pjek ini apabila alat pengesan banjir ini berjaya disiapkan,
pengujian akan dijalankan di lokasi yang dipilih sebagai prototaip iaitu di sungai
kawasan Kampung Layang-layang daerah Kota Belud. Sensor akan dipasang pada
bawah permukaan air untuk mendapat keputusan data dengan betul.

Litar sensor air akan berfungsi mengesan semua level air banjir tersebut.
Litar ini juga akan menghantar isyarat kepada litar PIC untuk pemprosesan data
yang telah diprogramkan oleh aturcara. Pada masa yang sama isyarat akan
dihantar ke mobil GSM seterusnya mesej banjir dihantar ke telefon bimbit tertentu.
Contoh paparan mesej dapat ditunjukkan seperti Jadual 4.1.

Level Paparan Mesej Pusat Kawalan Mobil GSM


Normal Normal
Normal

Level 1 Level 1 Level 1


Level 1

Level 2 Level 2 Level 2


Level 2

Level 3 Level 3 Level 3


Level 3
Waning

Jadual 4.1 : Contoh Paparan Mesej

4.5 MEMBAIKPULIH DAN PENYELENGGARAAN

Pembangunan projek ini adalah satu proses yang mudah dan tidak
memerlukan kos yang tinggi seperti metod pengesan banjir yang lain. Namun
demikian ia juga perlu melalui proses membaikpulih dan penyelenggaraan. Lawatan
ke kawasan projek perlu dilakukan selalu untuk memeriksa masalah-masalah yang
berpotensi akan berlaku. Kebersihan sensor perlu dijaga daripada kotoran, sawang
labah-labah, sarang serangga dan sebagainya yang mungkin akan menyebabkan
gangguan ukuran. Sensor perlu dibersihkan menggunakan span yang lembut.
Selain daripada itu, ukuran sensor perlu diperiksa dari masa kesemasa bagi
mengesahkan ketepatan data yang diberi.

4.6 DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN

Sistem Alat pengesan Banjir ini dibangunkan untuk menentukan level air
yang semakin meningkat dengan memberi amaran kepada kawasan-kawasan yang
berpotensi untuk mendapat ancaman banjir. Dengan berasaskan penggunaan GSM
sebagai komponen dalam sistem alat pengesan banjir ini, ia telah membuktikan
keberkesanannya menghantar mesej amaran banjir dengan cepat dan berkesan
melalui SMS. Sistem ini berpotensi untuk menghantar amaran banjir dengan melalui
alat pesanan ringkas telefon bimbit hanya dalam beberapa saat sahaja kepada
orang ramai di kawasan ancaman banjir. Sistem ini berkebolehan menjadi alat
kemudahan untuk penduduk kampung bagi mengelak dan mengurangkan
kerosakan harta benda akibat ancaman banjir pada suatu hari nanti. Dengan ini,
projek ini akan berjaya mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan.

4.7 KESIMPULAN

Objektif utama yang ingin dicapai dalam projek ini adalah menghantar mesej
amaran dengan cepat semasa bencana banjir kepada orang ramai melalui SMS.
Untuk merealisasikannya, modul GSM digunakan untuk melaksanakan
penghantaran data secara tanpa wayar dan ini harus disokong dengan komponen
litar seperti sensor dan PCI. Bagi membolehkan keseluruhan komponen ini
berfungsi dengan baik, proses pengujian haruslah dilaksanakan mengikut prosedur
yang betul. Apabila projek ini sudah mula digunakan kelak, ia perlu diselanggarakan
dan dibaikpulih dari masa kesemasa supaya ia boleh terus berfungsi dengan baik.
Diharapkan projek ini mampu untuk memberi kemudahan yang sangat bermanfaat
kepada penduduk daerah Kota Belud.

Anda mungkin juga menyukai