Anda di halaman 1dari 4

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Air merupakan keperluan asas yang penting dalam kehidupan seharian


manusia. Namun begitu, kuantiti air yang sangat banyak atau berlebihan yuga boleh
menimbulkan masalah. Perubahan angin pula menyebabkan kadar hujan
mencatatkan peningkatan sehingga 40 peratus melebihi paras biasa. Fenomena
hujan dengan angin kencang merupakan ciri utama musim perantaraan monsun
dan dianggap biasa.

Projek inovasi ini ialah sebuah projek bidang elektronik direka bagi
mengesan banjir. Pengesan banjir yang ada pada masa kini hanya menggunakan
sistem amaran kawasan sekitar sahaja. Maka dengan projek yang akan kami
merekabentuk sistem baharu iaitu menggunakan GSM sebagai perantaran
maklumat dengan pantas. Projek ini menggunakan PIC 16F877A sebagai mikro
pengawal kepada keseluruhan sistem pengesan banjir. Projek ini dapat mengesan
paras air pada tahap sederhana dan tinggi yang sudah ditetapkan ukurannya
menggunakan sensor prob. Menurut En.Muhamad Nabil bin Mansor daripada Pusat
Latihan Teknologi Tinggi ADTEC Kulim, jika paras air berada pada paras merbahaya
siren akan berbunyi bagi memberi amaran kepada penduduk sekeliling kawasan
pengesan banjir ini dipasang. Sistem ini juga mampu menghantar SMS ke nombor
telefon yang telah disetkan bagi memberi amaran kepada pengguna tentang
keadaan banjir di tempat sistem dipasangkan.
1.2 Latar Belakang Kajian

Banjir adalah ancaman musim yang terjadi apabila meningkatnya paras air
dari saluran yang ada dan menggenangi wilayah sekitarnya. Banjir merupakan
ancaman alam yang paling sering terjadi dan paling banyak merugikan.

Bencana banjir termasuk bencana alam yang pasti terjadi pada setiap
datangnya musim hujan, seperti yang terjadi di daerah Kota Belud. Banjir
disebabkan oleh alam sekitar dan manusia sendiri. Banjir juga berlaku disebabkan
oleh beberapa faktor seperti hujan,sistem perparitan,pemendapan sungai dan lain-
lain.

1.3 Penyataan Masalah

Bencana yang dikaji adalah bencana banjir yang meliputi bagaimana cara
mengatasi banjir tersebut kerana banjir sering kali terjadi disebabkan alam atau
faktor manusia.

Negeri-negeri di pantai timur dan pantai barat Malaysia akan mengalami


musim banjir pada setiap tahun. Musim banjir ini berlaku sama ada diakhir atau
awal tahun. Untuk mengelakkan perkara ini terjadi apabila tiba musim banjir, satu
alat amaran banjir yang bertujuan untuk mengurangkan kemalangan yang tidak
diingini berlaku. Cara penggunaan alatan ini ialah dengan meletakkan alat ini
berdekatan tempat seperti di sungai. Dengan adanya Global System Mobile(GSM),
pengguna senang untuk mendapat maklumat dengan segera. Apabila air mencapai
paras kritikal, alat ini akan berfungsi secara automatik GSM, siren juga berfungsi
apabila paras air meningkat ke peringkat yang tertentu untuk memberitahu para
penduduk berdekatan bahawa kemungkinan akan berlakunya banijr.

1.4 Tujuan

Projek ini bertujuan memberi kemudahan kepada masyarakat dan juga pihak
tertentu dengan tahap keselamatan penduduk. Projek ini juga dapat membantu
penduduk untuk mengelak daripada tragedi atau kerugian yang tidak diingini.
Selain itu, penduduk dapat mengurangkan kos kerosakan disebabkan banjir.
Dengan ini, penduduk tidak terlalu risau akan pembelanjaan membaiki kerosakan.
1.5 Objektif

Dalam menjalankan projek Alat Pengesan Banjir, terdapat beberapa objektif


yang ingin dicapai setelah menyiapkan projek ini. Bagi merealisasikan sesuatu
projek, agar dapat ianya betul-betul mencapai kehendak adalah bermula dengan
penetapan objektif yang berkesan dan mampu dicapai setelah projek selesai kelak.
Kami telah menetapkan beberapa objektif bagi merealisasikan projek kami.

Objektif yang ingin dicapai melalui projek ini ialah :


i) Merekabentuk alat pengesan banjir yang berfungsi untuk memberi
amaran kenaikan paras air.
ii) Mengaplikasikan teknologi PIC dalam pembangunan litar pengesan
banjir.
iii) Membantu mengurangkan kadar kerosakan harta benda penduduk
akibat banjir

1.6 Skop Projek

Skop projek merupakan salah satu perkara penting dalam sesebuah laporan.
Melalui skop projek, kita dapat mengetahui tentang fungsi dan kegunaan PIC dan
GSM. Projek ini dicipta bagi mengesan paras kenaikan air di sungai-sungai yang
kerap mengalami masalah banjir. Ia dikawal dengan menggunakan PIC16F877A
dan disambung kepada Global System Mobile (GSM). Programmable Intergrated
Circuit (PIC) berfungsi sebagai satu peranti yang mengawal litar, manakala GSM
pula berfungsi sebagai penghantaran maklumat kepada pengguna. Litar projek ini
dibina menggunakan perisian PROTEL 99 SE dan PIC diaturcara menggunakan
(MPLAB). Lukisan 3D dibuat menggunakan AutoCAD. Projek ini direkabentuk bagi
mengesan banjir di kawasan Kota Belud. Skop projek ini difokuskan di kawasan
Kampung Layang-Layang.

KESIMPULAN

Dalam bab ini fenomena banjir telah dikaji dan difahamkan bahawa banjir
terjadi disebabkan oleh alam sekitar dan juga manusia. Objektif yang didapati dalam
bab ini salah satunya ialah memberi amaran kepada penduduk berdekatan tentang
kenaikan paras air dengan lebih awal. Agar dapat membantu mengurangkan kadar
kerosakan harta benda penduduk akibat banjir.

Anda mungkin juga menyukai