Anda di halaman 1dari 5

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN.

Sistem pengesanan banjir yang lama sudah ketinggalan zaman dan tidak cekap
seperti kaedah mengambil bacaan air secara manual dari permukaan air. Kaedah ini
memerlukan pemerhatian dan penyelenggaraan yang berterusan. Oleh itu, ia tidak
relevan lagi. Pengesan banjir yang lebih kompleks menggunakan GSM digunakan
sebagai cara penghantaran maklumat banjir. Walau bagaimanapun, ini masih tidak
relevan kerana banyak peranti berkongsi frekuensi yang sama dengan GSM, ini
merupakan kelemahan utama GSM. Komunikasi boleh diganggu oleh pengguna
yang tidak sah. Sekiranya berlaku kesilapan seperti salah tafsiran data, peranti akan
menghantar spam SMS secara berterusan yang akan menyebabkan peningkatan
kos kewangan. Seterusnya, produk sedia ada sangat mahal dan sukar dipasang
berbanding dengan versi terkini. Modul GSM memerlukan kad sim yang boleh
menyebabkan timbul beberapa masalah berkaitan dengan perkakasan tertentu.
Akhir sekali, pengesan banjir lama tidak selamat dan bersih kerana kebanyakannya
menggunakan apungan yang menyentuh air dan sentiasa diperlukan untuk
dibersihkan.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Perubahan kebiasaan masyarakat saat ini yang kurang peduli dengan keadaan
alam sekitar dan cenderung merosak alam menyebabkan banyak bencana terjadi di
Malaysia. Salah satu bencana yang sering terjadi adalah banjir. Banjir terjadi
disebabkan jumlah air yang melebihi dari kapasiti saluran air yang tersedia sehingga
terjadi limpahan air dari sungai atau tasik. Banjir merupakan salah satu
permasalahan yang rutin terjadi di Malaysia terutama di musim tengkujuh. Hal
tersebut memberi impak buruk dan mengganggu aktiviti masyarakat serta
mengakibatkan kerugian material dan kerosakan harta benda di daerah yang
dilanda banjir. Bersamaan dengan timbulnya permasalahan banjir yang semakin
kompleks beberapa tindakan untuk meminimumkan masalah ini sudah dilakukan
mulai dari perbaikan saluran air sampai kepada mendidik masyarakat untuk tidak
membuang sampah pada saluran air. Akan tetapi tindakan tersebut masih belum
cukup dan banjir masih terjadi di beberapa daerah, di samping itu banjir boleh baik
datang secara tiba-tiba tidak kira siang atau malam sehingga menyebabkan
keresahan di kalangan masyarakat. Berdasarkan permasalahan tersebut, dengan
adanya kemajuan teknologi saat ini khususnya di bidang teknologi maklumat dan
komunikasi hal tersebut dapat ditangani menggunakan pemproses mikro. Penulis
akan mengembangkan suatu teknologi dengan membuat alat yang dapat berfungsi
sebagai amaran awal bencana banjir menggunakan pemproses mikro Arduino
sebagai pengendali utama alat yang dipadukan dengan penderia ultrasonik sebagai
alat pengukur ketinggian air. Penulis juga memasang siren sebagai alarm di lokasi
daerah yang terdedah banjir, selain itu penulis juga memanfaatkan ESP32 sebagai
alat komunikasi sekali gus antara muka data ke telefon pintar. Pemproses mikro
yang digunakan iaitu ESP32 berfungsi sebagai pengawal dari keseluruhan sistem
yang akan mengelola data yang diperoleh dari penderia ultrasonik dan akan dikirim
ke LCD serta dapat di akses melalui laman sesawang dan dapat digunakan di
beberapa platform aplikasi seperti android, IOS, Windows. Dari idea dan pemikiran
di atas maka penulis memilih tajuk projek tahun akhir iaitu “MEMBANGUN ALARM
PENGESAN BANJIR MENGGUNAKAN ARDUNIO””. Terdapat tiga poin penting
yang menjadi fokus penulis dalam penelitian ini iaitu pertama mengesan potensi
terjadinya banjir di suatu daerah yang sering dilanda banjir, kedua memberikan
amaran peringatan melalui siren dan lampu peringatan di lokasi banjir, ketiga
memberikan informasi peringatan melalui media internet sebagai bentuk peringatan
awal kepada masyarakat agar segera menyelamatkan harta benda berharga serta
pergi ke tempat yang lebih selamat untuk meminimumkan terjadinya korban jiwa.

PENYATAAN MASALAH

Perancangan bandar adalah satu proses yang tidak dapat dipisahkan daripada
pembangunan sesebuah Negara. Ini kerana pembangunan bandar adalah untuk
menjadikan sesebuah negara itu maju dari sudut ekonomi mahupun kemodenannya.
(ADI 2018) Walau bagaimanapun, sekiranya pembangunan sesebuah bandar tidak
dirancang dan dikawal dengan teliti, ianya akan mendatangkan beberapa kesan buruk
seperti kesesakan jalan raya, pencemaran alam sekitar dan peningkatan risiko banjir
atau banjir kilat. Di dalam kes banjir, pengurusan saliran yang cekap dan teknik yang
betul dapat mengurangkan risiko berlakunya banjir kilat.(CHONG, 2021)
Proses pembangunan menyebabkan banyak kawasan telah dimodenkan.
Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari
kawasan bukit. (SANI,2016) Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan
tapak bangunan. Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya
banjir. Jika dahulu anak-anak sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini
kawasan tersebut telah ditimbus dengan tanah. Apabila hujan turun, air akan mengalir
dari kawasan bukit ke kawasan yang lebih rendah dan kemudian bertakung. Lama-
kelamaan air ini akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.

Berdasarkan masalah yang dinyatakan ini, kajian yang dijalankan adalah bagi
membangunkan satu sistem penggera keselamatan kecemasan banjir yang
berkonsepkan sistem ultrasonic di sekitar kawasan tepi sungai ataupun kawasan
terpencil. Hal ini kerana masalah banjir kilat yang berlaku perlu diatasi sepenuhnya bagi
menggelakkan kerosakan harta dan kehilangan nyawa yang membawa kepada
kerugian banyak pihak.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama projek ini adalah untuk membina satu sistem pengesan banjir secara
automatik, dimana sistem ini menggunakan sensor ultrasonic sebagai input, ESP32,
paparan LCD, pembaz dan lampu amaran sebagai output. Objektif kajian adalah

i. Membangunkan peranti rangkaian penderia untuk mengesan paras air.

ii. Membangunkan unit pemprosesan dan penghantaran menggunakan ESP32.

1.4 Skop

Agar dalam perlaksanaan projek tahun akhir ini lebih terarah dan tidak terjadi
peluasan masalah, maka penulis membatasi permasalahan kepada beberapa hal,
di antaranya :
1. Menggunakan pemproses mikro arduino sebagai pengendali sistem.

2. Menggunakan sensor ultrasonik sebagai alat untuk mengesan ketinggian

air dari permukaan tanah.

3. Menggunakan siren dan aplikasi web(blynk) untuk antara muka amaran melalui

telefon pintar yang dapat di akses melalui berbagai platform antara lain :
android, IOS, windows mahupun aplikasi web.

4. Kaedah pembangunan projek menggunakan prototaip.

1.4 KEPENTINGAN PROJEK

Kepentingan projek ini dapat dilihat daripada kebaikan yang diperoleh melalui
pembangunan keseluruhan system ini.Kebaikannya adalah:

 Dapat mengelakkan kehilangan nyawa, harta benda dan keselamatan


penduduk.
 Penduduk dapat besiap-sedia apabila mahu berlakunya banjir.
 Dapat memeriksa kadar air banjir secara live monitering menggunakan
telefon pintar.
 Penduduk akan dapat amaran penggeraan sekiranya mahu berlakunya
banjir.

1.5 SKOP KAJIAN

Skop kajian ini bertumpu di kawasan perumahan, kawasan rendah dan juga
kawasan perindustrian yang sering mengalami masalah sistem perparitan yang
menyebabkan banjir kilat. NYATAKAN TEMPAT/SPESIFIK TEMPAT

Antara skop kajian yang dikenal pasti adalah untuk mereka bentuk sistem
penggera banjir yang boleh memberikan amaran awal mengenai paras air sehingga
ke tahap yang membahayakan. Paras air ini di kelaskan kepada empat tahap iaitu
tahap selamat, sederhana, berjaga-jaga dan yang terakhir ialah tahap kecemasan.

Selain itu, satu model dengan sistem penggera turut dihasilkan yang mana
berkonsepkan mampu beli dan ekonomi, mesra pengguna dan juga mudah untuk
dialihkan ke kawasan yang sepatutnya.

1.6 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, bab ini memberi penerangan yang jelas tentang penyataan
masalah, membincangkan perkara asas berkenaan kepentingan dalam
membangunkan projek “ALARM PENGESAN BANJIR MENGGUNAKAN
ARDUNIO”. Selain itu, latar belakang kajian, kepentingan kajian, objektif kajian,
dan skop kajian juga dibincangkan dalam bab ini. Bab seterusnya memperkukuhkan
lagi perspektif kajian ini melalui kajian literatur.

Anda mungkin juga menyukai