Anda di halaman 1dari 43

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Air merupakan keperluan asas yang penting dalam kehidupan seharian


manusia. Akan tetapi, keadaan air yang menenggelami kawasan yang luas akan
menimbulkan pelbagai masalah. Keadaan ini diiktiraf sebagai banjir.

Mengikut kajian kaji cuaca, hujan lebat terjadi disebabkan oleh perubahan
angin monsun timur laut. Perubahan angin ini menyebabkan kadar hujan mencatatkan
peningkatan sehingga 40 peratus melebihi paras biasa. Fenomena hujan dengan angin
kencang merupakan ciri utama musim perantaraan monsun dan dianggap biasa.

Banjir akan mengakibatkan kehilangan harta benda, nyawa dan juga


menjejaskan kelancaran lalulintas. Mengikut perspektif perancangan pula, banjir boleh
menjejaskan aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan. Segala perancangan terpengaruh
yang terpaksa dihentikan atau ditangguh. Hal ini juga mencerminkan keperluan untuk
mencari penyelesaian yang sesuai atau memperbaiki sistem perancangan yang
digunakan.

Banjir merupakan satu bencana alam yang sukar untuk dicegah tetapi adalah
tidak mustahil untuk kita mengawalnya.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Negeri negeri di pantai timur dan pantai barat Malaysia akan mengalami
musim banjir pada setiap tahun. Musim banjir ini berlaku sama ada diakhir atau awal
tahun. Ketika banjir berlaku, kebanyakkan lubang dan parit sukar dilihat akibat paras
air yang telah menutupi lubang dan parit tersebut. Untuk mengelakkan perkara ini
terjadi apabila tiba musim banjir, satu alat amaran banjir akan dicipta bertujuan untuk
2

mengurangkan kemalangan yang tidak diingini berlaku. Cara penggunaan alatan ini
ialah dengan meletakkannya berdekatan sistem perairan, lubang atau lopak air. Alat
ini juga boleh digunakan untuk member amaran kepada pengguna jalan raya semasa
banjir berlaku, terutama dikawasan yang terjadinya air lintang seperti di kawasan yang
rendah. Alat ini berfungsi apabila, air mencapai paras kritikal dan secara automatik
lampu amaran dan siren akan menyala.

1.3 OBJEKTIF

Dalam menjalankan projek Alat Pengesan Banjir, terdapat beberapa objektif


yang ingin dicapai setelah menyiapkan projek ini. Bagi merealisasikan sesuatu projek,
agar dapat ianya betul-betul mencapai kehendak adalah bermula dengan penetapan
objektif yang berkesan dan mampu dicapai setelah projek setelah projek selesai kelak.
Kami telah menetapkan beberapa objektif bagi merealisasikan projek kami.

Objektif yang ingin dicapai melalui projek ini ialah :

i. Mencipta sebuah alat pengesan banjir yang berfungsi untuk memberi amaran
kenaikan air dan amaran air lintang dijalan raya.
ii. Menguji keberkesanan alat tersebut dengan simulasi mudah iaitu bekas air.
iii. Mengira kuasa yang digunakan oleh litar.

1.4 SKOP

Bagi melaksanakan projek ini, beberapa skop projek telah ditetapkan bagi
tujuan kelancaran perjalanan projek agar tidak terkeluar dari garis panduan yang telah
dibuat. Skop projek merupakan salah satu perkara penting dalam sebuah laporan.
Melalui skop projek, kita dapat mengetahui had-had perlaksanaan projek yang direka
cipta supaya mencapai objektif yang ditetapkan. Skop projek yang telah ditetapkan
adalah untuk memudahkan lagi kerja yang akan dilakukan. Ianya telah ditetapkan
seperti berikut

i. Alat ini hanya digunakan apabila musim banjir berlaku.


ii. Alat ini digunakan di kawasan jalan raya
3

BAB 2
KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Kajian literasi ialah satu analisa terhadap sesuatu projek. Analisa ini dibuat
dari analisis projek yang pernah dijalankan dan disertakan dengan data kajian yang
pernah dijalankan. Setiap projek mempunyai bentuk dan spesifikasi yang diperlukan.

Kajian lepas penting untuk dijadikan sebagai satu rujukan di dalam kajian.
Maklumat serta fakta yang penting dikumpulkan untuk tujuan rujukan serta bagi
membantu kajian supaya kajian yang dijalankan menepati tujuan kajian. Projek sistem
pengesan banjir ini adalah bertujuan untuk menghasilkan satu sistem keselamatan
rumah. Sistem ini dibina untuk memberitahu bahawa banjir akan berlaku dan
memberitahu setiap tahap peringkat air. Bagi melaksanakan projek ini, beberapa
kajian telah dibuat bagi memastikan projek terhasil dengan sempurna. Kajian yang
dilakukan ialah :-

i. Kerja mengenalpasti kategori banjir.


ii. Jenis jenis sistem.
iii. Bahagian bahagian yang terkandung dalam sistem untuk berfungsi.

2.1.1 Banjir

Apabila air larian permukaan tidak dapat diserap sepenuhnya oleh permukaan
tanah, akan menyebabkan berlalunya pengumpulan air. Kenaikan paras air sungai
yang disebabkan oleh keadaan yang sama juga adalah salah satu punca pengumpulan
air tersebut. Terdapat dua jenis banjir yang lazim berlaku di Malaysia.
4

2.1.2 Banjir Hujan Kilat

Banjir ini berlaku di sebabkan oleh hujan kilat yang terhasil akibat daripada
aliran konvensional udara. Kejadian hujan kilat sering diikuti dengan kehadiran guruh
dan kilat. Ia berlaku dalam tempoh yang singkat tetapi boleh menyebabkan banjir
terutamanya di kawasan tadahan kecil dan bandar yang tidak mempunyai sistem
saliran yang baik dan berkesan. Ia juga boleh surut dengan cepat mengikut keadaan
kawasan hujan.

2.1.3 Banjir Hujan Kawasan

Banjir yang bergantung kepada keadaan semula jadi hujan dan melibatkan
ltawasan yang luas. Ciri-ciri hujan kawasan adalah ianya tidak lebat tetapi berterusan.
Pada kebiasaannya, hujan kawasan tidak berselang seli dengan kilat atau guruh.
Faktor banjir hujan kawasan adalah saliran tidak dapat menampung air hujan yang
turun dalam waktu yang lama. Banjir jenis ini adalah lebih buruk sedikit berbanding
banjir kilat kerana banjir hujan kawasan akan menghasilkan kenaikan paras air yang
lebih tinggi. Oleh sebab itu, banjir ini juga mengambil masa yang lama untuk surut.
Faktor yang mempengaruhi berlakunya banjir Terdapat beberapa faktor utama yang
menyumbang kepada kejadian banjir besar seperti yang pernah di alami di Malaysia.

2.1.4 Hujan yang Berterusan

Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku.


Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi
air aka n melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.

2.1.5 Proses Perbandaran

Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan.


Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari
kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak
bangunan. Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir.
Jika dahulu anak-anak sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan
tersebut telah ditimbus dengan tanah. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari
5

kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung. Lama-kelamaan air
akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku. Hakisan sungai halusan yang kerap
berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula jadi dan
pembuangan sisa domestik manusia. Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun
dengan lebat, air akan mengalir deras dan menghakis tebing- tebing sungai. Akhirnya
tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya
sungai akan menjadi cetek.

2.1.6 Kekurangan Hutan Tadahan

Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan


dan haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem
dunia dengan merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke
permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus hingga 20%. Kemudian air yang
diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses
pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara.
Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi. Pemusnahan hutan menyebabkan
hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan
lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak
mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan
air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.

2.1.7 Sistem Perparitan dan Saliran yang Tidak Terancang

Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan


sistem perparitan yang dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang
banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat
berlaku.
6

2.2 KAJIAN PENYELIDIK TERDAHULU

2.2.1 Pengesan Banjir Keluaran Syarikat CAREL

Sistem Pencegahan banjir ciptaan CAREL adalah alat yang direka untuk cepat
dan dengan pasti mengesan kebocoran air yang tidak diingini, untuk melindungi
peralatan atau persekitaran khas seperti bilik komputer, pejabat, makmal, kemudahan
industry, bilik dandang. Kelebihan peranti termasuk operasi yang mudah, tanpa
konfigurasi dan penyelenggaraan yang diperlukan dan sambungan mudah. Hanya
sambungkan bekalan kuasa, sensor dan peranti isyarat. Biasanya, pengesan dipasang
di peralatan elektrik, manakala sensor yang terletak di kawasan yang dikawal. Apabila
sensor adalah basah dengan air, sistem isyarat diaktifkan. Dua jenis penguji digunakan
untuk bertindak balas terhadap keperluan yang berbeza dari aplikasi. Satu rangkaian
sensor disambung dalam siri selari boleh diwujudkan bagi mengawal sekumpulan
mata pada masa yang sama dengan pengesan yang sama. Sistem ini mempunyai
nisbah harga atau prestasi yang tiada tandingan dan mewakili satu penyelesaian untuk
pelbagai jenis aplikasi. Rujuk rajah 2.1

Rajah 2.1: Pengesan Banjir Keluaran Syarikat CAREL

2.2.2 Alat Pengesan Banjir Ridoma

Pengesan banjir ini mengesan paras air dan membunyikan amaran melalui
siren pada rajah 2.2. Peralatan yang digunakan :

i. Hon kereta terpakai


ii. Kayu sebagai tiang
iii. Gayung dan pelampung
7

Kotak frame
i. Wayar
ii. Suis dan limit suis

Rajah 2.2: Alat Pengesan Banjir RIDOMA

2.2.3 Flood Warning Sensor (Sistem Amaran Banjir Lestari)

Sistem Amaran Banjir (SFWS1) adalah satu inovasi mudah dan murah untuk
mengeluarkan amaran awal banjir, rajah 2.3. Inovasi ini dapat membantu komuniti
untuk mengambil langkah keselamatan dan bersiap sedia sebelum banjir berlaku.
Sistem amaran ini dibina sebagai satu litar penggera paras air yang mudah yang akan
mengeluarkan bunyi apabila paras air sama tahap pra-set. Litar ini menggunakan
tenaga solar yang am menjimatkan dan mudah untuk digunakan. Inovasi ini telah diuji
fungsi dan ketahanannya. Inovasi ini murah dan mampu untuk dimiliki oleh seti
komuniti. Mereka boleh memasang sistem amaran ini di sekitar tempat tinggal mereka
terutamanya di kawasan yang kerap berlaku banjir agar mereka lebih bersedia setiap
kali banjir dan dapat mengelak daripada kerosakan besar harta benda malah
kehilangan nyawa daripada berlaku.
8

Rajah 2.3: Flood Warning Sensor (Sistem Amaran Banjir Lestari)

2.3 TEORI

2.3.1 Kaedah Formula Empirik :

Kaedah ini telah digunakan secara meluas dalam mengira kadar alir banjir
sejak bertahun-tahun lamanya. Kaedah ini banyak melibatkan penggunaan formula
empirik, lengkungan, jadual dan rules of thumb. Bentuk asas formula bagi kaedah
formula empirik ialah:

Q = CAJ ( S/A )^X

Di mana ;

Q = kadar alir banjir dalam unit meter padu per saat atau kaki padu per
saat
C = angkali yang bergantung kepada keadaan cuaca dan
kawasan tadahan.
A = luas kawasan tadahan dalam unit kilometre per segi atau batu per segi
J = purata keamatan hujan
S = cerun lembangan saliran
x = kuasa eksponen
9

2.3.2 Kaedah Rasional

Kaedah rasional mewujudkan hubungan terus antara air larian dan ukur dalam
lebat hujan. Hubungan sebegini telah digunakan sekian lama dalam penentuan kadar
alir banjir. Kaedah ini digunakan secara meluas dalam menganggarkan kadar alir
banjir di kawasan bandar yang mana keluasannya tidak melebihi 50 km per segi.
Kaedah rasional adalah berdasarkan kepada formula di bawah:

Qp  CiA

Di mana

Qp = kadar alir puncak yang dihasilkan daripada suatu ribut


tertentu dan dianggap berlaku selepas masa tc apabila
seluruh kawasan tadahan memberi sumbangan.
C = pekali tanpa dimensi bagi air larian yang nilainya
bergantung kepada ciri-ciri tadahan.
A = luas kawasan tadahan.
i = keamatan hujan purata bagi tempoh yang sama dengan
tempoh masa tumpuan, tc.
tc = masa tumpuan (Time of Concentration) masa perjalanan
hujan dari titik yang paling jauh ke stesen penolokan

2.3.3 Kaedah Unit Hidrograf

Kaedah mula diperkenalkan oleh Sherman pada tahun 1932. Unit Hidrograf
merupakan satu hidrograf air larian permukaan yang terhasil dari satu unit kuantiti
hujan berkesan dalam tempoh tertentu. Curahan yang berlaku dianggap seragam di
keseluruhan kawasan tadahan. Satu unit hujan adalah sebarang jumlah yang diukur
sebagai ukur dalam pada tadahan, biasanya 1 cm atau 1 inci. Hubungan hujan
berkesan dengan air larian permukaan berdasarkan 3 prinsip utama iaitu:

i.. Tidak berubah dengan masa – jika keamatan berlainan tetapi


jangkamasanya sama ia akan menghasilkan air larian pada tempoh
yang sama.
10

ii. Berkadar terus (porpotional) – dua unit hujan berkesan yang berlainan
keamatannya menimpa satu kawasan tadahan dalam tempoh yang sama
akan menghasilkan satu hidrograf yang mempunyai titik ordinit
berkadar terus antara satu sama lain.

iii. Boleh digabungkan (superposition) – hidrograf jumlah air larian


melalui prinsip penggabungan antara hidrograf hujan berkesan dalam
tempoh siri atau terpisah

2.3.4 Kaedah Unit Hidrograf Sintetik

t p  Ct L.Lca 
0.3

Pendekatan asal untuk kaedah ini telah diperkenalkan oleh Snyder Ramírez
pada tahun 2000. Kaedah ini menggunakan tiga parameter utama iaitu lebar dasar
hidrograf, aliran puncak dan susulan lembangan dalam menghasilkan unit hidrograf.
Rumus-rumus penting yang dikemukan oleh Snyder bagi kaedah ini ialah:

Di mana ;

Ct = pekali empirikal yang bergsntung kepada kawasan

tadahan (0.2-2.2)
L = panjang sungai dalam km
Lca = panjangsungai dari titik tumpuan ke pusat graviti
kawasan tadahan.

2.3.5 Kaedah Analisis Korelasi

Melalui kaedah ini satu hubungan di antara ciri-ciri fizikal saliran dan data
aliran banjir diwujudkan. Salah satu formula yang biasa digunakan ialah formula
Myers.

Q p A

Di mana;

p = skala myers dalam bentuk peratusan


11

A = luas saliran

2.3.6 Kaedah Analisis Frekuensi

Terdapat pelabagai kaedah yang dicadangkan di bawah analisis ini. Antaranya ialah

2.3.6.1 Kaedah Extreme Gumbel


Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan kadar alir yang mungkin
berlaku dalam Tr tahun kala kembali. Terdapat dua cara yang boleh digunakan
melaui kaedah ini. Perbandingan nilai kadar alir yang diperolehi melalui
kedua-dua cara ini boleh dilakukan bagi mendapatkan keputusan yang lebih
tepat.

i. Plotan nilai Q vs Tr di atas kertas plotan khas Gumbel. Nilai Tr


diperolehi melalui rumus yang dikemukakan oleh Weibull. Garis lurus terbaik
yang dilukis hendaklah merentasi koordinat (2.33tahun,Qav) di mana Qav
ialah nilai purata kadar alir.

ii. Nilai kadar alir diperolehi melalui persamaan Gumbel iaitu

QT  Qav   0.78 y  0.45

  1 
y   ln  ln 1  
  T 
 n  Q2m 
     Q 2 av 
n 1 n 

Di mana:

Qav = kadar alir purata


T = Tr = kala kembali
Σ = sisihan piawai
Q2m = nilai kadar alir kuasa dua untuk setiap m tahun sehingga
tahun
12

n = bilangan kejadian

2.4 KAJIAN SPESIFIKASI REKABENTUK DIPASARAN

Rajah 2.4 : Sistem Amaran Banjir Automatik Fotonik

Peranti yang dikenali sebagai Sistem Amaran Banjir Automatik Fotonik (Flood-
SMS) pada rajah 2.4, juga mengurangkan berjuta-juta bernilai Ringgit kerosakan harta
terutamanya semasa banjir kilat.

Pada tahap pertama dan kedua, penduduk akan menerima SMS yang
menyatakan banjir telah berlaku dan meminta supaya sentiasa bersiap-sedia. Bagi
tahap bahaya, mereka akan diminta untuk mengambil segala tindakan yang perlu
untuk menyelamatkan nyawa.
Kesemua isyarat SMS yang dihantar adalah melalui sistem Global Mobile
System (GSM) yang telah diprogramkan ke dalam modem pelanggan.Sistem ini
menggunakan kuasa bateri yang rendah dan boleh beroperasi tanpa sebarang risiko
kejutan elektrik yang berpunca daripada litar pintas akibat air.

Produk ini menggunakan pengesan fotonik serta mikro-pengawal dan modem


GSM. Pengesan akan mengesan kesemua tiga tahap yang dinyatakan dan
mencetuskan mikro-pengawal untuk menyampaikan isyarat SMS yang sesuai melalui
modem GSM.

Produk yang dicadangkan di sini menggunakan gentian optik untuk mengesan


kenaikan paras air. Satu fakta mengenai sistem gentian optik adalah kekebalnya
daripada sebarang kejutan elektrik, terutamanya yang timbul daripada litar pintas
disebabkan oleh air.
13

Serat optik atau fotonik sensor disusun dalam ruang tiub plastik dan ditempatkan
di kawasan yang sering dilanda banjir dengan gentian disambungkan kepada litar
elektronik.

Penggunaan modem GSM membolehkan sistem untuk memenuhi keperluan


pengguna yang tidak terhad menjadikannya sesuai digunakan di kawasan perumahan
yang sering dilanda banjir.

Selain itu, mesej SMS yang dihantar juga boleh dihantar sejauh 2 km dengan
penggunaan gentian optik.

2.5 KAJIAN KOMPONEN YANG AKAN DIGUNAKAN TERDAHULU

Projek yang ingin direka ini dihasilkan berdasarkan dari rujukan dan
kajian ke atas model-model litar kawalan penggera keselamatan yang mudah.
Litar yang digunakan untuk tujuan perlaksanaan projek ini menggunakan
gabungan antara beberapa komponen asas elektronik seperti penggera, perintang,
suis, transistor, terminal probe, dan juga litar bersepadu atau lebih dikenali
sebagai Integerated Circuit (IC).

Antara komponen IC yang digunakan adalah terdiri daripada beberapa


jenis yang biasa digunakan. Sehubungan itu, untuk tujuan konsep gabungan, litar
kawalan perlu dimodifikasi supaya ianya dapat berkomunikasi dengan komputer
dengan sempurna. Oleh itu, IC seperti CD4066BE dan transistor BC148
digunakan bagi memastikan litar beroperasi dengan baik dan mencapai objektif
projek.

Terdapat pelbagai cara penyambungan yang boleh digunakan. Untuk


pemilihan yang digunakan, beberapa komponen tersebut amat sesuai kerana ia
mudah untuk digunakan berbanding dengan peranti elektronik yang lain. Selain
dari itu, bahan-bahan rujukan amat penting untuk membuat perbandingan serta
kajian dalam menghasilkan projek ini. Berdasarkan maklumat yang diperolehi
dari rujukan atau jurnal, suatu projek yang baik dapat dihasilkan bagi
meningkatkan kualiti dan kecekapan projek yang sedia ada.
14

2.5.1 Konsep Sistem Penggera Pengesan Banjir

Sistem penggera pengesan banjir ini mengandungi tiga komponen asas


bagi membolehkannya ia beroperasi sebagai suatu sistem yang lengkap. Ianya
dapat digambarkan dengan jelas melalui struktur gambarajah seperti yang
ditunjukkan pada Rajah 2.5 berikut

Pengesan (sensor) Litar kawalan

Penggera
Rajah 2.5: Blok Konsep Sistem Penggera Banjir

2.5.2 Kawalan Litar Pengesan Banjir

Sistem pengesan banjir adalah satu produk yang dihasilkan untuk


mengesan tahap air yang semakin meningkat pada setiap peringkat. Banyak
bahan yang diperlukan bagi menghasilkan model sistem ini. Merujuk kepada
produk sedia ada yang hampir sama konsepnya dengan prototaip ini.
Kebiasaannya alat pengesan banjir yang sedia ada menggunakan sensor yang
mahal kosnya seperti water lever sensor. Dalam sistem yang direka ini
penggunaan sensor yang mahal digantikan dengan sensor probe sebagai sensor
yang digunakan seperti suis bagi mendapatkan mengesan setiap peningkatan
tahap air.

2.5.3 Sensor probe

Sensor adalah alat yang berfungsi terhadap fizikal seperti air, cahaya,
haba, bunyi, tekanan, kemagnetan atau gerakan yang tertentu dengan menghantar
isyarat kepada litar kawalan yang berhubung dengan kuantiti yang diukur.
15

Bagi prototaip ini, sensor yang digunakan adalah jenis probe di mana
isyarat sensor ini akan dihantar kepada litar dengan fungsi sebagai suis probe
diletakkan dalam air. Air pada kebiasaanya mengalirkan arus yang sangat lemah.
Oleh itu, sensor jenis probe amat sesuai bagi menggantikan water lever sensor
dan ianya murah. Rujuk Rajah 2.6.

Rajah 2.6: Sensor Jenis Probe

2.5.3.1 Fungsi Pemindahan

Terdapat hubungan fungsi di antara isyarat fizikal dan isyarat eletrik


output. Menurut pada kebiasaanya, isyarat yang dihantar oleh sensor adalah 1
atau 0 sahaja mengikut kod litar kawalan.

2.5.4 Penggera buzzer

Pada kebiasaannya, litar-litar kawalan dijadikan bahagian yang paling


utama dan lengkap dalam satu rekaan dan kawalan terhadap sistem penggera.
Penggera seperti loceng dan siren adalah merupakan peranti yang boleh
menghasilkan gelombang bunyi yang kuat apabila diaktifkan dengan mengenakan
nilai voltan tertentu pada litar penggera berkenaan.

Penggera yang baik adalah penggera yang mampu menghasilkan bunyi


yang bising dan kuat untuk pengguna. Tahap kekuatan bunyi penggera itu
bergantung kepada jenis bahan binaan dan saiznya.

Semakin besar saiz penggera semakin kuat bunyi yang akan dihasilkan.
Oleh itu, bekalan kuasa yang lebih tinggi juga diperlukan bagi memacu litar
16

penggera berkenaan. Penggera boleh terdiri dari pelbagai bunyi seperti siren,
buzzer atau speaker yang mempunyai tahap kekuatan bunyi tersendiri.

Bagi projek ini, jenis penggera yang digunakan adalah buzzer 9V di mana
ianya lebih sesuai dan saiznya menepati dengan penggunaan litar dan bahan
yang berkonsepkan hidraulik. Rujuk rajah 2.7.

Rajah 2.7: buzzer 9V

2.5.5 Perintang

Perintang ataupun resistor adalah jenis komponen yang menghasilkan


rintangan terhadap aliran arus dan menyebabkan voltan susut merentasinya. Nilai
perintang adalah berbeza-beza mengikut kepada litar kawalan yang hendak
digunakan.

Bagi kawalan sistem penggera ini, nilai perintang yang akan digunakan adalah
180K, 2.2k dan 30 Ohm. Kesemua perintang yang digunakan ini amat bersesuaian
dengan jumlah arus yang hendak digunakan iaitu 9V. Jika tanpa perintang yang
sesuai, litar ini mungkin tidak akan berfungsi dan boleh terbakar sekiranya nilai
rintangan terlalu rendah. Rujuk rajah 2.8

Rajah 2.8: Perintang tetap


17

2.5.6 Mikropengawal IC

IC disini membawa maksud sebagai Interface Controller. Pelbagai jenis


kumpulan IC yang boleh didapatkan pada masa kini. Sebagai contoh ialah IC 4000B
siri dan IC 7400 siri. Bagi melaksanakan projek ini, jenis mikropengawal IC yang
digunakan adalah 4000B siri. Jenis IC ini digunakan kerana ia berupaya menghantar
dan memanipulasikan input yang berunsur air. Ia juga berfungsi untuk menghantar
output kepada buzzer untuk menghasilkan bunyi.

2.5.6.1 Integrated Circuit 4066

Selain. itu, IC lain yang juga digunakan dalam projek ini adalah jenis
CD4066BE. Ianya mampu untuk mengalirkan arus air dengan sempurna. Jika IC jenis
ini tidak digunakkan, litar tidak akan dapat berfungsi. Ini disebabkan aliran kuasa arus
elektrik di dalam air sangat lemah. Ia tidak berupaya untuk menghasilkan input untuk
dihantar ke litar tetapi dengan CD4066B ini, ia mampu untuk menghasilkan input dan
menghantar ke output yg diwakili buzzer. CD4066 ini juga adalah satu jenis relay
yang mempunyai 14 pin di mana pada pin ke 7 dan 14 bertujuan untuk kemasukan dan
keluaran arus. Pin-pin yang lain pula berfungsi untuk memproses input. Rujuk rajah
2.9

Rajah 2.9 : Integrated Circuit CD4066BE


18

2.5.7 Light Emitting Diode LED

Light emitting diode merupakan salah satu output yang digunakan dalam
menghasilkan projek pengesan banjir ini. Ianya berbeza jika dibandingkan dengan alat
alat pengesan banjir yg lain, sistem ini direka dengan lebih teperinci kerana dapat
setiap tahap telah disetkan dengan satu led. Bagi projek ini, kami mengunakkan LED
bersaiz 5mm dan dari jenis bright light. LED ini akan bernyala apabila air naik pada
paras sensor dan isyarat akan diproses oleh IC terlebih dahulu sebelum output
dihantar ke LED. Rujuk rajah 2.10

Rajah 2.10: skematik light emitting diode

Rajah 2.11: Light Emitting Diode

2.5.8 Transistor

Transistor adalah kompenen semikonduktor eletrik yang mempunyai 3 kaki


eletrod iaitu Dasar , Pengumpul dan Pemancar. Ianya berfungsi untuk meninggikan
arus dan voltan. Terdapat dua jenis transistor iaitu jenis NPN dan PNP. Bagi
19

menjalankan projek ini, kami mengunakkan transistor dari jenis NPN yang berkod
BC148. Transistor jenis ini amat sesuai digunakkan untuk meninggikan arus pada litar
pengesan banjir. Transistor lain tidak dapat digunakkan kerana tidak mampu
mengalirkan arus yang tinggi dan sesuai untuk LED atau buzzer berfungsi dengan
baik. Jika transistor lain digunakkan, LED mungkin menyala dalam keadaan malap
manakala buzzer mengeluarkan bunyi yang perlahan.rujuk rajah 2.12

Rajah 2.12: Transistor jenis NPN BC148

2.5.9 Suis

Suis adalah sejenis alat yang boleh memutuskan dan menyambung litar eletrik.
Pelbagai jenis suis pada masa kini antaranya SPDT, SPST dan lain - lain lagi. Dalam
projek ini, suis yang sesuai digunakkan adalah dari jenis SPST.

a) Suis SPST

Suis SPST amat sesuai digunakkan bagi menjalankan projek ini. Rekabentuk
suis ini lebih efisyen dan mudah digunakkan. Ianya juga bersaiz kecil dan mudah
dipetik.
20

Rajah 2.13: Suis SPST

2.5.10 Global System Mobile

a) Fungsi GSM

Salah satu fungsi utama dari jaringan GSM adalah untuk akses yang lebih
mudah pada platform satelit di seluruh negara. Menggunakan teknologi digital, baik
melalui suara dan saluran data dalam sistem. minimum, saluran ini beroperasi pada
jaringan generasi kedua (2G), tetapi banyak menggunakan sistem generasi ketiga (3G)
atau lebih tinggi untuk menawarkan layanan yang memuaskan kepada penguna. Hal
ini pertukaran informasi data berkadaran tinggi melalui satelit dan menara mudah alih
di seluruh rangkaian dan perusahaan. Secara khusus, rangkaian adalah penting dalam
membangunkan akses di seluruh dunia untuk layanan telefon kecemasan. Hal ini juga
bertanggung jawab untuk membangun teknologi pesan teks selama tahun 1990-an.

b) Sejarah dan Asal GSM

Penciptaan jaringan GSM terjadi pada tahun 1982 dengan pertemuan antara
para ahli komunikasi yang pakar pada Konferensi European Conference of Postal and
Telecommunications Administrations. Tujuan asalnya adalah untuk mengatasi
infrastruktur mudah alih di Eropah, tapi dengan cepat meluas ke negara-negara lain.
Pakar industri ini membantu memudahkan protokol komunikasi dari satu sistem ke
sistem lain.
21

c) Frekuensi yang Digunakan GSM

Rangakaian GSM yang ada pada rajah 2.14 beroperasi pada frekuensi yang
berbeza bergantung pada sistem yang digunakan, sama ada 2G atau 3G. Setiap
frekuensi kemudian dibahagi lagi menjadi saluran yang berbeza yang
berkemungkinkan untuk dikirim pesanan ringkas yang akan diterima melalui
hubungan GSM. Jaringan di Amerika Utara beroperasi pada frekuensi yang berbeza
dari yang di Eropah atau Asia. Sebahagian besar ada hubungannya dengan
menggunakkan telefon bimbit di bahagian-bahagian tertentu di dunia, dan fakta bahwa
Kanada dan Amerika Syarikat telah memperuntukkan frekuensi tertentu untuk
keperluan lain.

Rajah 2.14: Lakaran dalam GSM

d) Penerangan

A - Petunjuk Kuasa LED.


B - DC Jack Barrel / soket, input Kuasa untuk TC35 Lembaga Pembangunan GSM. 7
- 15VDC.
C - DB9 untuk komunikasi RS232, perempuan.
D - UART aktiviti penunjuk LED. D7 disambung untuk menghantar pin TC35. D8
disambung untuk menerima pin TC35
E - Antena, untuk meningkatkan kekuatan isyarat modem.
F - Buzzer, untuk menawarkan penunjuk bunyi apabila terdapat panggilan masuk
G - butang Push, menawarkan input manual untuk carian rangkaian.
H - Dua set pin header untuk antara muka luaran, P2 dan P3.P2 adalah konfigurasi
IGT, carian automatik.
22

I - 3.5mm MIC soket input (input audio).


J - 3.5mm Headphone soket (output audio).
K - Mod LED penunjuk.
L - pin Extended untuk input MIC dari TC35 modul.
M - TC35 Modul GSM.
N - pin Extended dari TC35 Modul GSM.

2.5.11 Panel Solar

Tenaga solar adalah teknologi yang dicipta untuk mendapatkan tenaga


daripada cahaya matahari. Tenaga matahari ini telah digunakan dalam banyak
teknologi tradisional sejak beberapa abad yang lepas secara meluas. Antara contoh
penggunaan tenaga matahari adalah (pemanasan air, pemanasan banguna dan juga
dalam masakan). Malah, tenaga matahari juga boleh menghasilkan tenaga elektrik
melalui enjin pemanasan dan fotovoltaik. Melalui teknologi terkini, penghasilan
daripada solar panel boleh menghasilkan tenaga elektrik setiap hari.

Sekarang, sudah banyak rumah, kilang dan industri yang memasang solar
panel untuk menghasilkan tenaga elektrik sama ada untuk tujuan perniagaan ataupun
untuk kegunaan sendiri.Tidak hairan mengapa tenaga solar ini menjadi sumber tenaga
boleh baharu penting pada masa hadapan nanti. Ini kerana faktor perubahan cuaca
dibumi dan berlakunya pencemaran serta kekurangan sumber bekalan tenaga elektrik
akan semakin berkurangan pada masa hadapan.

Sebab itu kebanyakkan negara termasuk Malaysia berusaha keras untuk


mendidik rakyat Malaysia agar lebih menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dalam
kehidupan seharian dan juga mendidik masyarakat untuk memasang solar panel di
rumah atau bangunan agar dapat menyediakan sumber tenaga boleh baharu yang
mencukupi pada masa hadapan untuk seluruh rakyat Malaysia.
23

Rajah 2.15: panel solar

2.5.12 Sensor ultrasonik

Sensor ultrasonik adalah komponen yg berfungsi mengunakan prinsip pantulan


suatu gelombang suara sehingga dapat dipakai untuk mentafsir kewujudan sebuah
benda spesifik yang ada dalam frekuensinya Ukuran dari gelombang suara, Iaitu
sekitar 40 KHz sehingga 400 KHz.

Sensor ultrasonik dibentuk dari dua buah unit, iaitu pertama adalah unit
penerima dan yang kedua adalah unit pemancar. Kedua unit dalam sensor ultrasonik
ini memiliki struktur yang sangat sederhana, Iaitu suatu kristal piezoelectric yang
berhubung dengan mekanik; disambungkan hanya dengan sebuah diafragma
penggetar. Kemudian pada plat logam diberikan tegangan bolak balik yg mempunyai
frekuensi kerja 40 KHz s/d 400 KHz. Dengan demikian akan terjadi tegangan dengan
mengembang ataupun menyusut kerana tegangan yang dikenakan kepada kristal
piezoelectric. Peristiwa inilah yang dinamakan dengan kesan piezoelectic. tegangan
yang terbentuk itu dilanjutkan menuju diafragma penggetar hingga dihasilkan
gelombang ultrasonik yg memancar ke udara sekitar tempat ia berada, dan apabila
terdapat benda spesifik disekitar tempat tersebut akan menimbulkan pantulan
gelombang ultrasonik. Pantulan gelombang itu kemudian diterima oleh unit sensor
penerima. Selanjutnya terjadilah getaran pada diafragma penggetar yang
menyebabkan terjadinya efek piezoelectric dan menghasilkan tegangan bolak balik
yang memiliki frekuensi sama. Jauh dan dekatnya benda yang dikesan serta kualiti
24

dari sensor penerima atau pun sensor pemancarnya, merupakan faktor penentu besar
amplitud signal elektrik yg di hasilkan unit sensor penerimanya.

Operasi mengesan yang dijalankan oleh sensor tersebut mengunakan keadah


pantulan dgn memperhitungkan selisih jarak diantara objek sasaran dan sensor. Cara
mengira jarak tersebut ialah dengan mengalihkan separuh waktu yg dipakai oleh
signal ultrasonik untuk berjalan dr rangkaian TX hingga ditangkap kembali oleh
rangkaian Rx, dgn kecepatan dari signal ultrasonik tersebut pada media yang
dipakainya (dalam hal ini adalah udara). Waktu tersebut dihitung saat pemancar aktif
hingga diperoleh adanya input daripada rangakaian penerima. Apabila dalam batas
waktu yang ditentukan, rangkaian penerima tak juga menerima isyarat input diertikan
bahawa tak ada yang menghalang di depannya.rujuk rajah 2.16

Rajah 2.16 sensor ultrasonik

2.5.13 Pelampung

Pelampung adalah sejenis alat yang boleh mengampungkan sesebuah benda ,


terdapat pelbagai jenis pelampung yang terdapat dipasaran antaranya ialah bola
pelampung , bola pelampung adalah sejenis pelampung yang berbentuk bola dan boleh
mengampunkan seseuatu objek . rujuk rajah 2.17
25

Rajah 2.17: Pelampung

2.5.14 Bateri litiumion

Bateri litiumion adalah satu ahli keluarga jenis bateri cas semula yang mana
ion litium bergerak dari anod ke katod semasa proses nyahcas dan kembali ke
kedudukan asal nyahcas dan kembali ke kedudukan asal semasa dicas. Bateri ini jyga
menggunakan sebatian litium yang diselitkan bahan elektrod, berbanding logam litium
yang digunakan dalam bateri litium tidak boleh cas semula. Bateri litium lazimnya
digunakkan dalam peralatan eletronik. Ia merupakan salah satu daripada jenis bateri
cas semula paling popular bagi peranti eletronik mudah alih, serta mempunyai
ketumpatan tenaga antara yang terbaik Sesetengah kajian menunjukkan beberapa
petanda kesan ingatan pada bateri litium dan hanya menunjukkan kadar kehilangan
cas yang perlahan apabila tidak digunakan. Selain peralatan eletronik pengguna, bateri
li-ion juga semakin popular dalam bidang kejuruteraan. Bateri litium boleh jadi
berbahaya dalam keadaan tertentu dan boleh membawa bahaya keselamatan,
memandangkan ia mengandungi elektrolit mudah terbakar serta disimpan dalam
tekanan, tidak seperti bateri cas semula yang lain. Ia menjadikan standard bagi bateri
tersebut sangat tinggi serta ia mempunyai banyak ciri keselamatan. Terdapat banyak
kes kemalangan yang dilaporkan disamping panggilan semua oleh beberapa syarikat.
26

Rajah 2.18 : bateri litiumion

2.2.15 Wayar

Kategori wayar dan warna wayar adalah perkara asas yang perlu diketahui sebelum
seseorang itu menjalankan kerja- kerja pendawaian elektrik, sekiranya penyambungan
wayar silap dilakukan ianya akan menyebabkan kerosakan pada peralatan elektrik atau
litar pintas akan berlaku. Pendawaian terbahagi kepada 2 jenis iaitu pendawaian satu
fasa (single phase) dan pendawaian tiga fasa (three Phase). Kaedah Pendawaian Satu
fasa sesuai digunakan untuk bangunan kecil yang tidak menggunakan peralatan
elektrik yang banyak dan tidak memerlukan bekalan elektrik yang tinggi antaranya
seperti rumah, pejabat kecil dan kedai. manakala kaedah Pendawaian tiga Fasa
kebiasaannya digunakan bagi sebuah bangunan yang besar antaranya seperti sekolah,
universiti, bangunan pejabat dan masjid.Bagi pendawaian satu fasa (single phase),
wayar asas pendawaian terbahagi kepada tiga jenis iaitu wayar hidup, wayar neutral,
wayar bumi. Setiap jenis wayar yang digunakan dalam kerja pendawaian mempunyai
warna yang berbeza. Ini bertujuan agar ketiga- tiga wayar ini dapat dibezakan bagi
mengelakkan berlaku kesilapan semasa membuat penyambungan pada pendawaian.
27

Rajah 2.19: Wayar

2.2.16 Paparan LCD

LCD (Liquid Crystal Display) skrin adalah modul paparan elektronik yang digunakan
secara meluas dalam pelbagai aplikasi. Skrin LCD merupakan modul asas yang
digunakan bersama dengan peranti masukan atau keluaran elektronik yang lain. LCD
skrin lebih diminati ramai berbanding paparan 7 ruas (7 segment) kerana fungsinya
yang pelbagai, mudah untuk diprogramkan, tidak memiliki batasan untuk
memaparkan aksara dan ianya juga boleh diprogramkan untuk memaparkan animasi
yang dikehendaki serta paparan yang lebih jelas. LCD seperti diatas boleh
memaparkan 16 aksara per baris dan mempunyai 2 baris paparan. Setiap aksara akan
dipaparkan dalam 5x7 pixel matrix. LCD jenis ini mempunyai dua register, iaitu
arahan(command) dan data. Register arahan berfunsi menyimpan arahan yang
diberikan kepada LCD. Command adalah arahan yang diberikan untuk LCD bagi
melakukan tugas yang telah ditetapkan seperti manganalisis arahan, menulis dan
memadam aksara, mengubah kedudukan cursor dan pelbagai arahan lagi. kawalan
paparan data register menyimpan data yang akan dipaparkan pada LCD.Data register
pula berfungsi untuk menyimpan data yang akan dipaparkan pada paparan LCD. Data
adalah nilai aksara bagi ASCII yang akan dipaparkan pada LCD.
28

Rajah 2.20 : LCD

2.2.17 Lampu Siren

Mentol lampu ialah sebuah sumber cahaya buatan. Ia merupakan lampu elektrik yang
dibuat daripada kaca lut cahaya atau lut sinar sebagai balangnya dan terdapat dawai
filamen di dalamnya yang akan mengeluarkan cahaya apabila arus elektrik dialirkan
melaluinya. Filamen biasanya diperbuat daripada bahan tungsten. Filamen panas
dilindungi daripada pengoksidaan oleh kaca atau kuarza yang diisi dengan gas lengai
atau dikosongkan. Ada beberapa jenis mentol lampu. Antara yang biasa digunakan di
rumah-rumah kediaman adalah jenis lampu pijar (incandescent) dan lampu
pendarfluor/kalimantang (flourescent). Mentol lampu pijar mengeluarkan cahaya
kekuningan sementara lampu kalimantang biasanya putih. Ini adalah kerana faktor
bahan gas yang digunakan di dalam balang kaca lampu tersebut. Mentol lampu jenis
halida logam dan neon direkabentuk untuk mencerahkan kawasan yang luas,
sementara mentol lampu berisikan gas halogen digunakan untuk lampu kenderaan.
Lampu pijar sangat tidak cekap berbanding kebanyakan jenis lampu elektrik lain; ia
menukar tidak sampai 5% tenaga yang digunakannya menjadi cahaya tampak[1]
(dengan tenaga selebihnya ditukar menjadi haba).
29

Rajah 2.21 : Lampu

2.6 KESIMPULAN

Hasil dari kajian ini, kesimpulan yang dapat dibuat ialah setiap komponen
projek haruslah diteliti sebaik mungkin sebelum dipilih untuk menghasilkan sesebuah
alat. Ini kerana gabungan komponen yang sesuai dapat menghasilakan sebuah alat
yang berfungsi dengan baik. Kos pembelian komponen juga harus diambil kira untuk
menghasilkan sebuah alat yang mampu dimiliki oleh pengguna.
30

BAB 3
METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Metodologi merupakan kaedah-kaedah atau tatacara yang digunakan bagi


melaksanakan projek secara terperinci. Langkah-langkah ini sangat penting dalam
melaksanakan projek ini bagi memastikan projek berjaya disiapkan dalam masa yang
telah ditetapkan. Disamping itu, terdapat juga cara-cara menguji daya tahan bahan,
pemasangan dan sebagainya dalam projek ini. Kaedah ini lebih memudahkan proses
kerja dan meyakinkan lagi bagi kita melakukan sesuatu kerja dengan lebih baik dan
teratur. Metodologi merangkumi beberapa cara kerja iaitu perancangan kerja yang
sistematik, membuat lakaran projek, pemilihan bahan kerja projek, merekabentuk
projek dan memastikan projek yang akan dibuat dapat berfungsi dengan baik dan
sempurna. Langkah-langkah ini perlulah dilaksanakan denhan teliti dan tertib agar
projek yang akan terhasil adalah dalam keadaan bermutu dan berkualiti.
31

3.2 CARTA ALIR


Start

Problem statement
\

Research

Inventation

Modification

Tidak

Evaluation

Finish
32

3.3 KONSEP KERJA PRIME

3.3.1 Penyataan Masalah

Negeri-negeri di pantai timur dan pantai barat Malaysia akan mengalami


musim banjir pada setiap tahun. Musim banjir ini berlaku sama ada diakhir atau awal
tahun. Ketika banjir berlaku, kebanyakkan lubang dan parit sukar dilihat akibat paras
air yang telah menutupi lubang dan parit tersebut. Untuk mengelakkan perkara ini
terjadi apabila tiba musim banjir, satu alat amaran banjir akan dicipta bertujuan untuk
mengurangkan kemalangan yang tidak diingini berlaku. Cara penggunaan alatan ini
ialah dengan meletakkannya berdekatan sistem perairan, lubang atau lopak air. Alat
ini juga boleh digunakan untuk member amaran kepada pengguna jalan raya semasa
banjir berlaku, terutama dikawasan yang terjadinya air lintang seperti di kawasan yang
rendah. Alat ini berfungsi apabila, air mencapai paras kritikal dan secara automatik
lampu amaran dan siren akan menyala.

3.3.2 Research, R (Penyelidikan)

i. Rujuk item 2.2-2.5

3.3.3 Inventation, I (Penciptaan)


a) Percambahan Idea

Alat mengesan banjir dapat membantu memberi amaran kepada


pengguna jalan raya. Ianya salah satu peneyelesaian yang memudahkan
pengguna jalan raya oleh penambahan lampu. Projek kami berkaitan dengan
penambahan lampu yang boleh memberi isyarat yang sukar untuk diramal dalam
keadaan yang gelap. Terdapat kemungkinan menyediakan alat seperti ini akan
dapat menambahbaikkan sistem amaran yang sedia ada sebelum ini.

i. Analisis Konsep Reka Bentuk

Konsep reka bentuk projek kami terdiri daripada beberapa


permasalah yang dapat diterbitkan. Reka bentuk kami terhasil kerana paras
air yang merbahaya akan menyebabkan kerosakan atau kemalangan
kepada pengguna jalan raya. Projek ini tiga bahagian utama iaitu
33

tapak,tiang dah permukaan lampu amaran. Tiang alat ini berukuran 1


meter. Bagi kedudukan sensor pada tiang ialah 15 inci dan 30 inci.
Ketinggian ini ditetapkan untuk had kenderaan ringan dah kenderaan
berat.

Rajah 3.1: Lakaran Awal Projek

Lakaran ini adalah idea asal untuk menghasilkan rekebentuk alat tersebut. Pemilihan
lakaran dipilih. Sudut ergonomik, penjimatan kos, dan fungsi alat ini. Pemilihan
lakaran boleh dilihat melalui jadual bermatrik di bawah.
34

b) Pemilihan idea
i. Jadual Penilaian Bermatrik
Jadual 3.1
No Kriteria Kriteria
minat
Konsep 1 Konsep 2 Konsep 3 Konsep

rujukan

1 Reka bentuk
Komersial
4 - + +
D
2 Kos 5 - + +
A
3 Mudah alih 5 + + +
T
4 Saiz 4 - - +
U
5 Berat 4 - - -
M
6 Bahan 4 - + +

7 Jumlah + 1 4 5 0

8 Jumlah - 5 2 1 0

9 Jumlah -6 2 4 0

keseluruhan

Hasil dari anaslisis rekabentuk yang dilakukan, konsep ketiga menjadi pilihan
rekabentuk alat ini. Konsep ketiga dipilih kerana menjimatkan kos dan mampu untuk
dibeli pengguna. Selain itu, faktor ergonomik juga menjadi sebab kenapa konsep
ketiga dipilih. Ini kerana, konsep ketiga mempunyai ciri ciri keselamatan dan tidak
membahayakan pengguna. Konsep ketiga juga mempunyai rekabentuk untuk
berfungsi dengan lebih baik berbanding konsep lain. Reka bentuk yang dipilih telah
mencapai objektif yang telah dibuat iaitu mereka sebuah alat pengesan banjir yang
berfungsi untuk memberi amaran kenaikan air dan amaran air lintang di jalan raya.
35

ii. Lukisan

Rajah 3.2 Lukisan terperinci

2
5 4

Rajah 3.3 Lukisan 3D


36

Jadual 3.2: Fungsi Komponen

no Nama fungsi

1 lampu Untuk menyampaikan isyarat kepada


pengguna jalanraya
2 Kotak kedap air Untuk memastikan air tidak dapat
memasuki ruang litar sensor
3 Penutup sensor Untuk memastikan air tidak terkena sensor
melainkan daripada bawah penutup
4 Tiang Memastikan alat ini berdiri dengan teguh

5 Buzzer Menghasilkan bunyi apabila amaran


merbahaya berfungsi

Rajah 3.4 Lukisan 3D

3.3.4 Pemilihan Bahan

a) Bateri

Tujuan bateri adalah sebagai sumber bekalan tenaga ini kerana alat ini
memelukan sumber tenaga elektrik untuk beroperasi. Bateri ini membekalkan
9V tenaga elektrik tenaga ini amat sesuai untuk digunakan kerana litar alat ini
memelukan tenaga elektrik sebanyak 9V untuk beroperasi.
37

Gambar 3.5. bateri

b) Aluminium compound

Tujuan aluminium compound adalah untuk dijadikan tapak projek dan tapak
untuk meletak bekas kedap udara. Lebar aluminium compound yang
digunakan ialah 16x18, tebalnya adalah 0.2 inci, bilangan kepingan yang
digunakan adalah sebanayak 2 keping sahaja

Rajah 3.6 aluminium compound

c) Wayar

Tujuan wayar adalah untuk mengalirkan arus elektrik serta berfungsi untuk
,menyambung komponen elektrik. Panjang wayar yang digunakan adalah 4
meter dan ianya berwarna merah dan hitam. Rujuk rajah 3.7
38

Rajah 3.7 wayar


d) Batang paip pvc

Tujuan batang paip pvc adalah sebagai tiang utama dalam alat ini. Dengan
ukuran panjang 1 meter dan ukur lilit 6 inci batang paip pvc ini sesuai
digunakkan dalam menghasilkan alat ini.

Rajah 3.8 Batang paip Pvc

e) Sensor air

Dalam menghasilkan alat ini, water level hi-low digunakkan sebagai


komponen untuk mengesan kehadiran air. Sensor ini bewarna hijau dan
mempunyai ukuran sebanyak 30 mm Bagi projek ini, kuantiti yang digunakkan
adalah 2 dan dilekatkankan pada batang paip pvc di aras 15 inci dan 30 inci
39

Rajah 3.9: Sensor

f) Lampu

Jenis lampu yang digunakan ialah lampu amaran. Tujuan lampu ini digunakan
adalah untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya. Lampu ini
mengunakan tenaga elektrik sebanyak 9v. rujuk rajah 3.10

Rajah 3.10 : Lampu

g) Bekas kedap udara

Bekas kedap udara digunakan untuk tidak membenarkan air masuk kedalam
litar. Bekas ini mempunyai ukuran panjang 30cm x lebar 15 cm bekas ini
berwarna putih dan jugak kedap udara. Rujuk rajah 3.11
40

Rajah 3.11:Bekas Kedap Udara

i. Kos

Jadual 3.3 : Kos


Komponen Material Unit Harga
(RM)
1. Bateri 9V 6 8.00
2. Litar 1
3. Perintang 6
Komponen 4. Wayar 1
Litar 5. Sensor air 2
Elektrik 6. Transistor 2
7. Kapasitor 4
8. AND gate 4 100.00
Lampu Lampu 2 60.00
Kecemasan
Batang paip PVC 1 4.00
Lain-lain Aluminium
Compound 1 30.00

Jumlah - - 202.00
41

3.3.5 Evaluation, E(Penilaian)

i. Pengujian

Rajah 3.12: Bateri


Langkah 1 Bagi mengaktifkan alat ini bateri berkuasa 9V diperlukan untuk
mengaktifkan litar ini.

Rajah 3.13Kain basah

Langkah 2 Mengenakan kain basah pada sensor bagi membunyikan sensor.


42

Rajah 3.14 Lampu pertama

Langkah 3 Lampu pertama menyala apabila kain basah yang dikenakan pada
sensor bahagian bawah.

Rajah 3.15 Lampu kedua

Langkah 4 : lampu kedua menyala apabila kain basah dikenakan pada sensor kedua

Jadual 3.4: Analisis Ujikaji Pada Kedudukan Melebihi 15 Inci


Sensor Lampu 1 Lampu 2 Penggera
1
2

Jadual 3.5: Analisis Ujikaji Pada Kedudukan Melebihi 30 Inci


Sensor Lampu1 Lampu2 Penggera
1
2

3.4 KESIMPULAN

Dalam bab ini, kesimpulan yang dapat diperolehi ialah setiap alat haruslah
mempunyai pemilihan lakaran yang betul. Ini penting kerana dapat menarik minat
pembeli diluar. Selain itu, pengujian juga harus dilakukan bagi memastikan alat yang
dihasilkan dapat berfungsi dengan baik dan berkesan. Ini kerana, fungsi sesuatu alat
amat penting dalam menghasilkan sesebuah projek.
43

Anda mungkin juga menyukai