Anda di halaman 1dari 4

Tarikh: 23 Mac 2015 (Isnin bagi Seksyen 1)

25 Mac 2015 (Rabu bagi Seksyen 2 dan 3)


Kuliah E-Learning Facebook
Tajuk Kuliah: SASTERA DAN AGAMA
Aktiviti yang perlu dijawab:

1) Bagaimanakah sastera dapat membentuk keperibadian manusia?


2) Mengapa pentingnya berdakwah menerusi karya sastera?
Nota Kuliah
AGAMA:
Sistem kepercayaan
Merupakan naluri / fitrah semula jadi manusia
Semua agama mengajak manusia kepada kebaikan
HUBUNG KAIT SASTERA DAN AGAMA
Sastera berfungsi untuk mendidik manusia agar menjadi manusia yang
berakhlak mulia selain agama yang mengajar penganutnya untuk sentiasa
berbuat kebaikan
Melalui karya sastera, agama dilihat saling lengkap melengkapi dengan
sastera kerana sastera juga menjadi alat untuk pengarang berdakwah iaitu
menyampaikan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
KESUSASTERAAN ISLAM
Merupakan hasil karya daripada seorang pengarang yang beragama Islam
yang ditujukan kepada pembaca tanpa mengira agama (kebanyakan
pengarang Melayu dan beragama Islam)
Melalui karya yang dihasilkan, kita dapat mengenal pasti sejauh mana
pengarang itu (patuh ataupun ingkar) terhadap ajaran Islam.
SASTERA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM
Penuh dengan mitos dan lagenda (banyak unsur keajaiban + kesaktian)
Banyak dipengaruhi oleh Hindu. Contoh karya Hikayat Marakarma

CIRI KARYA SASTERA ISLAM

Mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan kejahatan


Watak-watak yang diperlihatkan berakhlak mulia dan patuh dengan suruhan
agama
Karya tersebut mampu mendorong lahirnya masyarakat yang rukun dan
damai
Karya tersebut mengesankan bahawa tiada tempat bagi mereka yang jahat
Pengarang yang mencipta karya semata-mata kerana mengharapkan
keredhaan Allah
CIRI KARYA YANG DICIPTA OLEH PENGARANG YANG TIDAK
BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN ISLAM
Karya tersebut mendorong pembaca untuk melakukan kejahatan kerana
watak-watak yang ditampilkan tidak patuh kepada suruhan agama
Karya tersebut bersifat anti-Tuhan
Karya tersebut menghalalkan yang haram dalam ajaran Islam. Contoh:
Wujud adegan berpegangan tangan antara lelaki dan perempuan (dalam
Islam lelaki dan perempuan yang bukan muhrim adalah haram untuk
bersentuhan antara satu sama lain).
Karya tersebut mendorong lahirnya masyarakat yang durjana kerana
menggambarkan tentang kejahatan sahaja.
SASTERA BERUNSUR ISLAM (lebih kepada sastera serius)
Mula menjadi fenomena selepas berlakunya kebangkitan Islam pada tahun
1970-an hingga tahun 1980-an
Ramai pengarang mula sedar tentang kepentingan menulis karya berunsur
Islam
Sastera berunsur Islam dan sastera Islam masih hangat dibincangkan hingga
ke hari ini kerana pandangan sarjana tentang ciri sastera Islam dan ciri
sastera berunsur Islam berbeza (masih dipolemikkan hingga ke hari ini).
Bagaimanapun, ramai sarjana bersetuju bahawa sastera berunsur Islam
merupakan istilah yang tepat untuk mengkategorikan novel-novel yang
memuatkan unsur Islam berbanding Sastera Islam (ada ciri yang lebih
khusus untuk Sastera Islam)
Menurut Nurazmi Kuntum (1991: 13) kriteria sastera berunsur Islam lebih
longgar, asalkan karya dan pemikiran dalam karya itu berkaitan dengan
Islam serta ditulis oleh orang Islam, ia diterima sebagai sastera berunsur
Islam.

Sebaliknya Sastera Islam adalah sastera yang juga berhubung kuat dengan
nilai-nilai Islam tetapi ia lebih kuat ikatannya kerana melihat sastera dari
segi yang lebih murni dan selaras dengan ajaran agama yang sebenar.
CONTOH NOVEL BERUNSUR ISLAM
Novel Hidayah karya Harun Hj Salleh
Novel Masuk ke dalam cahaya karya Abdullah Hussain
Ku-Ingin KasihMu karya Siti Hawa Mohd Hassan
Novel Hidayah
Mengisahkan kehidupan dua bersaudara kembar (Kusi dan Erus (keturunan
Kadazan yang berasal dari kawasan pedalaman di Kampung Tanah Tinggi,
Sabah.
Selepas ibu bapa mereka meninggal, mereka tinggal dengan nenek
Gumpaling (hidup dalam kemiskinan)
Mereka tidak mempunyai sebarang kepercayaan (tidak ada agama)
Kedua-duanya berpisah apabila Erus merajuk & meninggalkan rumah (Kusi
mencarinyatidak berhasil)
Kusi menjadi anak angkat Tuk Guru Amin (mempelajari agama Islam).
Berpindah ke Seremban & mendalami ajaran Islammenjadi ustaz (ustaz
Mazran bin Abdullah)
Erus @ Alexander Tawai (telah dipelihara oleh seorang rahib @ Father
berbangsa Belanda). Belajar di universiti Australia dan berkenalan dengan
Mary Munang. Rahib tidak dibenarkan berkahwin dan hasrat berkahwin
dengan Mary tidak kesampaian.
Ustaz Mazran (Kusi) ditugaskan di sekolah menengah di Sabahmengajar
agama Islam
Berkenalan dengan Mary Munang (yang pernah belajar di Australia
kenalan adiknya)
Di sekolah ini, berlaku dialog tentang kepercayaan agama masing-masing
(Islam & Kristian) menyebabkan Mary Munang memeluk Islam dengan
nama Mariam Abdullah)
Hubungan baik antara Mary Munang (dahulunya penganut Kristian yang
sangat kuat) dengan ustaz Mazran (Kusi) telah menyebabkan ketua paderi di
kawasan itu (Erus @ Alexander Tawi)yang telah kembali ke Sabah mula
campur tangan dan menemui ustaz Mazran (abangnya sendiriterpisah 18
tahun)
Erus (Kristian) tidak menurut jejak langkah abangnya untuk memeluk Islam.
Percanggahan pendapat (berlaku dialog agama) antara Mary Munang &
Ustaz Mazranpenyebab Mary Munang memeluk Islam & bukan paksaan
(dakwah secara tersembunyi)

SASTERA POPULAR ISLAMI


Istilah ini wujud kerana unsur popular yang mendasari penulisan novel
berunsur Islam.
Turut menggunakan unsur Islam sama seperti sastera berunsur Islam dan
sastera Islam.
Yang membezakannya ialah:
1) Faktor komersial yang masuk (menggunakan tema percintaan yang dianggap
bertepatan dengan ajaran Islam)
2) Cinta antara ustaz ustazah dan watak-watak yang patuh terhadap ajaran
Islam
3) Fokus lebih kepada percintaan antara lelaki dan wanita dan Islam sebagai
skema moral
4) Lebih bersifat sensasi untuk memenuhi permintaan pembaca sama seperti
novel popular
5) Tema lebih ringan kerana Islam yang ditampilkan itu mudah (garapan tema
tentang Islam itu sebenarnya sangat luas)
Persamaan
Tujuan untuk mengajak kepada kebaikan & meninggalkan kemungkaran
(berdakwah)
Contoh novel popular Islami:
1) Salju Sakinah karya Zaid Akhtar
2) Warkah Cinta Berbau Syurga karya A. Ubaidillah Alias
3) Ayat-Ayat Cinta (Indonesia)
(Novel-novel ini banyak mengisahkan tentang percintaan antara lelaki dan
wanita tetapi dalam batasan syariat Islam)
P/S: Boleh baca sinopsis novel-novel ini di internet.

Anda mungkin juga menyukai