Anda di halaman 1dari 1

implikasi perkembangan moral individu kepada guru atau proses PdP

Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran


Implikasi Peringkat Prakonvensional
 Kanak-kanak pada peringkat prakonvensional,akan cuba mengelakkan tingkahlaku
yang boleh menyebabkan mereka menerima hukuman, dan akan berusaha untuk
bertingkahlaku yang membolehkan menerima ganjaran. Oleh itu, guru digalakkan
agar dapat memberikan peneguhan seperti ganjaran terhadap tingkahlaku positif.
 Guru sebagai suri teladan (role model). Guru perlu menunjukkan tingkahlaku dan
sikap yang baik kepada murid supaya mereka boleh meniru tingkahlaku tersebut.
Guru perlu menjadi contoh yang terbaik kepada pelajar.

Implikasi Peringkat Konvensional


 Guru perlu mendidik pelajar supaya menghormati pandangan orang lain untuk
mengelakkan sebarang konflik.
 Guru menunjukkan tingkahlaku yang baik supaya boleh menjadi contoh kepada
murid.
 Memberikan pelajar jangkaan terhadap tingkahlaku yang perlu ditunjukkan.

Implikasi Peringkat Pos Konvensional


 Guru berbincang dengan pelajar tentang kesalahan yang dilakukan dan
menggalakkan mereka untuk membuat refleksi dan membetulkan tingkahlaku.
 Membincangkan isu-isu semasa dan sejagat serta membuat penyelesaian masalah
tentang isu moral.
 Menggalakkan pelajar membuat penaakulan terhadap isu-isu semasa yang
melibatkan moral sejagat.

Anda mungkin juga menyukai