Anda di halaman 1dari 16

 

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL  


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA     

NOTA KULIAH 1
SEMESTER 4
SEMESTER SESI 2016/2017
DVM

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI  MEKANIKAL & PEMBUATAN

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KIMPALAN / DVM

KOD/KURSUS MTK 8033  METAL FABRICATION ACTIVITIES

1.0 STANDARD JIGS AND FIXTURES


KOMPETENSI
2.0 JIGS AND FIXTURES DESIGN FOR WELDING FABRICATION

1.1 types of jigs and fixtures for related welding fabrication work
1.2 function of jigs and fixtures for related welding and fabrication work
1.3 basic heat transfer due to welding
KOMPETENSI
UNIT
2.1 design for jigs & fixtures in accordance to the jig and fixtures design and specification.
2.2 engineering drawing of jig and fixtures design specification.
2.3 tolerance and joint fit-up in accordance to work requirement.
2.4 technical drawing for jigs & fixtures design in accordance to product specification.
2.5 jigs & fixtures installation

Trainee must be able to:


1. Determine metal fabrication design and specification related to work requirement (C4, PLO3
KOMPETENSI )
PEMBELAJAR 2. Assemble jigs and fixture for metal fabrication according to BS/AWS standards. ( P3,
AN PLO2)
3. Prepare work report in non-conformance in accordance to corrective action report
specification standard (A3, PLO5)

MTK 8033/K 01,02/NK 01-06


NO KOD
EDISI 1/JUNE 2017

H-024-4 MUKA : 01 DARIPADA 16


NO KOD JPK DUTY05/
TASK 5.01,5.02
1. PENGENALAN

Merekabentuk; Merupakan aktiviti menyelesai masalah dan keperluan manusia.


Menggunakan segala sumber sedia ada. Ianya bermatlamat untuk mencapai kualiti
hidup yang lebih baik lagi. Dengan kata lain untuk memberikan kemudahan yang
lebih baik berbanding sebelumnya. Contohnya pengangkutan darat yang bermula
dengan berjalan kaki, bertandu, menunggang kuda, kereta lembu, kenderaan EPL
(enjin pembakaran luar) dan kenderaan EPD (enjin pembakaran dalam).
Perekabentuk Alatan; Adalah bidang khusus yang terdapat dalam kejuruteraan
pengeluaran. Bidang ini meliputi aktiviti-aktiviti pembangunan, penganalisaan,
perancangan, rekabentuk, pembenaan, pengesahan dan pemuliharaan alatan.
Dengan jalan menggunakan keadah, teknik dan tatacara tertentu untuk
meningkatkan kecekapan (effectiveness) dan keberkesanan (Efficiency)
pengeluaran. Iaitu menghasilkan barangan bermutu tinggi dengan pantas pada kos
yang paling ekonomik, berdaya saing dan selamat. Untuk pereka alatan
melaksanakan tanggungjawabnya, mereka mestilah mempunyai pengetahuan dan
kemahiran yang baik mengenai; praktik kerja bengkel, tatacara pembuatan, tatarajah
alatan mesin, displin keselamatan dan kesihatan pekerjaan, perancangan, teknik
rekabentuk asas, lukisan kejuruteraan, grafik dan analisa ekonomi. Seandainya
alatan dirujuk, alatan meliputi beberapa sub-bidang, antaranya:-
i. Pemotong logam, pemegang dan bendalir pemotong;
ii. Peralatan Mesin; Terutamanya jenis terubahsuai dan khusus
iii. Pekakasan pengukuran dan pengujian; Aktiviti pengesahan.
iv. Alatan dan Acuan; Pemprosesan kepingan logam
v. Alatan dan Acuan; Proses tempaan dan penyempritan
vi. Alatan dan Acuan; Kerja suntikan dan tuangan
vii. Jig dan Lekapan; ………
viii. Alatan Proses Penyambungan; Seperti alat merivet.
ix. Alatan Pengendalian Bahan dan Automasi;

Untuk menguasai kesemua sub-sub bidang rekabentuk alatan yang tersenarai di


atas secara total, sesuatu yang mungkin namun amat sukar sekali. Kerana satu sub-
bidang pastinya mencakupi satu kolum pengetahuan yang luas. Ditambah pula
mereka juga mesti mahir bidang-bidang lain; seperti metrologi, metalogi, pemesinan,
keadah pembuatan, teknologi maklumat, seni rekabentuk mesin, mekanik kuasa
bendalir, rekabentuk element kejuruteraan dan sebagainya. Kerana, pengetahuan
dan kemahiran
berkaitan akan memberi kesan terhadap mutu alatan yang bakal dihasilkan.
Manakala mutu akan membena dan mengekalkan kepercayaan pelanggan.
Manakala kepercayaan pelanggan akan memulihara kelangsungan perniagaan yang
dibena. Sebagaimana kata bidalan “ilmu adalah kunci kepada kehidupan”.
Praktikalnya, bidang tugas seorang perekabentuk alatan ditentukan oleh saiz
syarikat, posisi kakitangan dalam organisasi dan barangan yang mereka keluarkan.
Syarikat besar, yang mempunyai beberapa baris pengeluaran biasanya mempunyai
banyak perekabentuk alatan. Mereka akan menguasai sub bidang alatan khusus
sahaja. Manakala bagi syarikat kecil, ia mungkin hanya mempunyai beberapa orang
perekabentuk alatan yang menguasai hampir kebanyakan sub-sub bidang alatan.
Walaubagaimanapun, sesorang jurutera alatan harus berupaya untuk menguasai
mana-mana sub-bidang dengan pantas jika diperlukan, untuk menjadikannya
seorang jurutera alatan yang “serba boleh” dan “berdaya saing”.
1.2. OBJEKTIF MEREKABENTUK ALATAN

Matlamat utama merekabentuk alatan adalah untuk “meningkatkan kecekapan


dan keberkesanan pengeluaran”, dalam masa yang sama “mengekalkan mutu”
“menurunkan kos” dan “memelihara keselamatan”. Bagi mempastikan sasaran
tersebut tercapai, pereka alatan perlu mempertimbangkan perkara berikut, semasa
merekabentuk alatan:-
i. Reka alat yang paling mudah dan ringkas;
ii. Kurangkan belanja pengeluaran dengan kurangkan bilangan komponen;
iii. Reka alat yang dapat menghasilkan barangan bermutu secara konsistant;
iv. Meningkatkan kadar pengeluaran dengan mesin sediada;
v. Reka alat yang dapat mengurangkan kesilapan pengendalian;
vi. Pilih bahan yang memberikan jangkahayat alat yang berpadanan;
vii. Rekab alat yang mempunyai perlindungan bahaya kemalangan yang
maksima.

Setiap rekabentuk hendaklah dipastikan telah memenuhi kesemua objektif atau


keperluan yang disenaraikan di atas. Perlu diingat, sebaik manapun alatan yang
direka akan berfungsi atau secekap mana rekabentuk alatan akan menghasilkan
sesuatu barangan, jika kos pembuatannya terlalu tinggi dan tidak selamat,
feadahnya akan tetap dipersoalkan. Dengan kata lain barangan yang direka bukan
sahaja perlu cekap (efficient) malah ia juga perlu berkesan (sufficient), selamat dan
sihat.

1.3. PROSES MEREKABENTUK

Rajah 1.3.1: Carta Alir Tahap Langkah Pembangunan Barangan yang biasa
ditemui Proses merekabentuk hanya bermula, seandainya wujud keperluan atau
permintaan. Permintaan akan terbit dari pengguna yang berkehendakkan sesuatu
barangan yang dirasakan dapat memudahkannya atau menyelesaikan masalahnya.
Apa juga barangan yang perlu dihasilkan peroses merekabentuk barangan
berkenaan tidak lari dari 5 kitaran kerja asas yang berikut:-

Rajah 1 Carta alir pembangunan barangan

Proses merekabentuk hanya bermula, seandainya wujud keperluan atau


permintaan. Permintaan akan terbit dari pengguna yang berkehendakkan
sesuatu barangan yang dirasakan dapat memudahkannya atau
menyelesaikan masalahnya. Apa juga barangan yang perlu dihasilkan
peroses merekabentuk barangan berkenaan tidak lari dari 5 kitaran kerja asas
yang berikut:-
i. Keperluan dan masalah (Design Situation);
ii. Memperjelas dan penyataan masalah (Design Statement);
iii. Menyiasat dan menganalis keperluan (Design Specification);
iv. Menjana dan membangun idea-idea rekabentuk (Design
Concept And Prototyping);
v. Mengesahkan rekabentuk. (Design Testing And Evaluating).

Rajah 2 Kitaran kerja rekabentuk barangan

Apa yang hendak ditunjukkan di sini, aktiviti atau proses merekabentuk


adalah satu proses yang tidak ada penamatnya. Selagi manusia ada
keinginan untuk mempertingkatkan mutu hidup mereka, selagi itulah aktiviti
merekabentuk akan terus berjalan. Apa yang membezakannya adalah sama
ada ianya bersistemtik atau tidak. Malah aktiviti rekabentuk juga amat luas,
kerana ia tidak hanya melibatkan benda-benda fizikal sahaja. Sebagaimana
wujudnya dua jenis model, iaitu model fizikal dan model bukan fizikal.
Begitulah pula rekabentuk, juga boleh melibatkan sesuatu yang bukan fizikal.
Contohnya sistem jaminan mutu (QA), adakah ianya sesuatu objek fizikal?
Baiklah, kita bukan hendak membahaskan samada sesuatu itu fizikal atau
tidak. Tetapi kita hendak membincangkan bagaimana dan di mana
rekabentuk berfungsi.

1) Keperluan Dan Masalah (Design Situation); Baiklah, kita mulakan


dengan memperhatikan mengapa Tuhan menjadikan dunia ini sebalik
penyelesaian ada masalah, serta di sebalik masalah ada masalah. Contohnya
adanya motokar mempercepatkan pergerakan manusia (satu penyelesaian),
tetapi ia perlukan bahan bakar (satu masalah), adanya bahan bakar seperti
minyak tapi akan habis (satu masalah lagi)? Jawapannya, kerana fitrah
manusia hanya akan bertindak jika ada dorongan. Dengan kata lain ada
motivasi luaran atau dalaman. Ambil contoh, terciptanya „titi‟ kerana adanya
keperluan manusia untuk menyeberang bagi mendapatkan bekalan makanan
di seberang sungai. Iaitu atas dorongan untuk terus hidup. Begitulah, jika kita
mahu memahami apakah yang mencetus aktiviti merekabentuk.
Sebagaimana motokar tadi, dicipta hasil dorongan, keinginan manusia
untuk bergerak pantas dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Apa yang
hendak dijelaskan di sini adalah, sesuatu rekabentuk itu hanya akan bermula
apabila adanya keinginan manusia untuk menyelesaikan masalah masalah
yang dihadapinya. Penulis ingin memberikan satu contoh “design situation”;
“Alat menurunkan buah rambutan dari pohon tinggi penuh dengan
sarang kerengga”. Untuk menurunkan rambutan, beberapa penyelesaian
boleh dibuat. Paling mudah cari kayu atau batu baling sahaja, luruhlah buah
rambutan tadi. Namun dapatkah anda fikirkan, apa masalah lain akan timbul.
Cara lain, tebang aje pokok itu habis cerita, yang penting buah rambutan
dapat diturunkan.

Kali ini dapat anda fikirkan apa masalah yang akan menyusul?
Mungkin cara terbaik adalah dengan mencari galah dan ikat kayu bercabang
di hujung galah atau belah hujung galah dan sengkakkannya. Iaitu dengan
keadah mengait atau memulas tangkai rambutan. Namun tetap ada masalah
yang timbul. Baiklah, tujuan penulis menceritakkan permasalahan ini adalah,
setiap permasalahan mungkin mempunyai banyak cara penyelesaiannya.
Namun pastikan, penyelesaian yang dipilih merupakan penyelesaian yang
paling banyak memberikan menafa‟at dan paling kurang memberi musibah
kepada umat manusia dan alam. Terpulang kepada kita perekabentuk
memutuskannya.
2) Memperjelas Dan Penyataan Masalah (Design Statement); Langkah
pertama dalam merekabentuk sebarang barangan atau alatan adalah,
“mentakrifkan” masalah sebenar. Sebagai satu contoh mudah, ambil alatan
sebagai misalan; “Apa permasalahan yang timbul jika kerja dibuat tanpa
bantuan alatan yang hendak dibuat dan apa yang feadah diharapkan dari
alatan yang direka nanti.” Sebagai contoh lain, anda ingin mengali lubang
tetapi tiada alat. Lubang masih boleh digali dengan tangan, tetapi berapa
lama? Harus diingat tangan juga alat ciptaan Tuhan yang maha kuasa.
“Design Statement”, biasanya dinyatakan secara ringkas dalam bentuk teks,
bagi membentuk objektif umum rekabentuk yang hendak dihasilkan,
contohnya;

3) Menyiasat Dan Menganalisa Keperluan (Design Specification);


Selepas masalah dikenalpasti, keperluan khusus seperti fungsi, mutu, kos,
tarikh akhir penghantaran dan lain-lain ketentuan berkaitan, pula dikenpasti.
Di mana ia boleh digunakan untuk menentukan pembolehubah tertentu dalam
lingkungan yang diperlukan. Setiap alatan yang direka mestilah; 1) boleh
menjalankan fungsi-fungsi yang ditetapkan; 2) memenuhi kehendak ketepatan
minima; 3) mengekalkan kos di tahap minima; 4) sentiasa boleh diperolah
apabila jadual pengeluaran memerlukan; 5) dapat dikendalikan dengan
selamat; 6) dapat memenuhi pelbagai keperluan lain seperti, boleh
diadaptasikan pada mesin di mana ia akan digunakan; 7) mestilah mempunyai
hayat yang boleh diterima. Lebih tepat lagi, ketentuan rekabentuk boleh
dikatakan sebagai ruang lingkup atau batasan atau skop di mana barangan
itu berada, contohnya;

4) Menjana Dan Membangun Idea-idea Rekabentuk (Design Concepts


And Prototyping); Idea-idea rekabentuk mula terjana selepas mengumpul
dan meneliti data-data penting, Data ini diperolahi dari lukisan komponen,
helaian proses, nota kejuruteraan, jadual pengeluaran, dan sebarang
maklumat berkaitan. Bermakna mengumpul maklumat dan data sebanyak
mungkin perlu sebelum sebarang aktiviti penjanaan idea dapat dilakukan.
Semasa mentaksir maklumat-maklumat berkaitan, pereka hendaklah
mengambil tindakan agar tiada yang terlupa. Ini dapat dilakukan dengan
menyediakan senarai semak dan carta perancangan. Dalam fasa ini adalah
lebih baik jika semua bahagian yang terlibat dalam pembangunan alatan,
duduk sesekali membincangkan idea-idea melalui aktiviti percambahan
fikiran. Jana sebanyak mungkin idea penyelesaian, kerana lagi banyak idea
kita jana lagi hampir kita kepada penyelesaian terbaik. Biasanya idea-idea
yang terjana dipaparkan secara lakaran atau visual maya.

Paparan penting untuk memudahkan penganalisaan dan penjanaan


idea. Bahagian akhir fasa ini melibatkan proses menentukan mana satukah
rekaan yang terbaik melalui keadah yang kemas dan bersistematik. Semasa
menjana idea, banyak idea akan terhasil. Idea ini hendaklah direkodkan dan
didokumenkan dengan baik supaya rujukan semula boleh dibuat. Kemudian
salah satu idea dipilih sebagai idea yang akan diajukan kepada pelanggan
dengan beberapa pilihan lain. Setelah pelanggan bersetuju dengan idea
penyelesaian yang diajukan Dan apa yang lebih penting satu idea akhir yang
paling baik dapat dipilih dengan sistematik untuk pembangunan lanjut ke
peringkat akhir. Paparan 2 matra tidak memadai untuk untuk diuji
keberkesanannya. Disinilah, perlunya model fizikal 3 matra diperlukan. Jika
ianya dihasilkan menepati barangan sebenar termasuklah dari segi saiz, ia
dipanggil prototype. Tetapi jika tidak, ia dipanggil model 3 matra. Pesawat
contohnya; Prototype akan menjalani ujian penerbangan sebenar oleh
juruterbang penguji; Manakala model pada terowong angin berserta
penyelakuan komputer. Prototype mempunyai saiz dan keupayaan sebenar.
Manakala model dibuat lebih kecil. Apa yang penting kedua-duanya
dihasilkan untuk menguji yang idea berkenaan memberikan hasil yang
diharapkan dan mengenalpasti kelemahan yang wujud, supaya rekabentuk
berkenaan dapat diperbaiki.

5) Menguji Dan Mengesah Rekabentuk (Design Testing And Evaluating);


Rekabentuk jig atau lekapan yang dipilih perlu disahkan dan diuji bagi
mengesahkan ianya memenuhi ketentuan yang telah ditetapkan bersama
pelanggan. Agar tidak berlaku kerugian akibat kerja semula perlu dibuat.
Rekod adalah bukti kerja-kerja anda, oleh ia amat penting dikemaskinikan.
Yang paling penting tidak berlaku tuntutan kemudiannya.

6) Merekod; Mengapa merekod dan rekod yang diselenggara dengan baik itu
penting? Bayangkan, apa yang kita dapat pelajari dari nenek moyang kita
tanpa rekod?

Bukankah sesuatu teknologi canggih dipertingkatkan dari teknologi primitif


yang direkod dengan baik? Benar sesuatu ilmu boleh dihafal dan
disampaikan secara lisan. Tetapi, keadah ini menyebabkan ilmu itu semakin
pupus sedikit demi sedikit. Itulah yang berlaku pada kitab injil, taurat dan
zabur. Jika tidak mengapa Rasulullah saw. Memerintahkan sahabatnya
mencatatkan firman Allah swt. pada kulit binatang dan pelepah tamar. Yang
kemudiannya dihimpunkan dan rekod semula sehingga menjadi “Resam
Osmani”, oleh Saidina Osman ra. Sekarang sedarkah anda bertapa
pentingnya rekod itu?

1.4. TATACARA MEREKABENTUK ALATAN


Apa, bagaimana dan berapa banyak kita merancang, akan menentukan
kejayaan atau kegagalan projek yang kita laksanakan. Merancang merupakan
proses yang menetap, mengatur, melaksana dan memantau. Semua
ketentuan dan maklumat berkaitan barangan yang dicadangkan perlu dinilai.
Dengan itu rekaan alat yang paling berkesan dan berdaya saing dalam
hubungannya dengan kos dapat ditentukan. Terutamanya, dengan berhati-
hati mengkaji lukisan komponen dan helaian perancangan pengeluaran

Secara keseluruhannya menyelesai masalah merekabentuk alatan


terutamanya jig dan lekapan, meliputi dalam 5 fasa aktiviti (Rajah 1.4.1).
Perlu diingat fasa-fasa berkenaan boleh berjalan secara serentak atau secara
berasingan.
1) Fasa Pertama – Analisa Barangan; Pereka akan menerima samada
lukisan (Rajah 1.4.2) dan/atau contoh barangan. Lukisan atau contoh
barangan biasanya dibekalkan oleh jurutera atau perekabentuk barangan,
yang dihasilkan melalui pelukis plan mekanikal. Jika anda menerima contoh
barangan sahaja; langkah pertama yang perlu diambil adalah menentukur
contoh barangan berkenaan yang direkod dalam bentuk lakaran kasar dan
kemudiannya membuat lukisan bagi barangan berkenaan, untuk proses
penganalisaan lanjut. Sebaliknya jika lukisan atau kedua-duanya diterima,
apa yang perlu adalah terus kepada membuat analisa lanjut terhadap lukisan
dan/atau barangan, bagi mengenalpasti maklumat-maklumat penting berikut
seperti;
 Dimensi dan bentuk barangan secara keseluruhan;
 Jenis dan keadaan bahan yang digunakan;
 Penyudahan permukaan dan keriteria geometri;
 Darjah ketepatan yang diperlukan;
 Jumlah barangan yang perlu dihasilkan;

2) Fasa Kedua – Analisa Operasi; Jadual 1.4.1 merupakan helaian yang


memperincikan operasi pengeluaran dan turutan operasi yang telah
ditentukan. Selalunya helaian perancangan pengeluaran dijana dari lukisan
barangan. Ia boleh terdapat dalam berbagai bentuk bergantung pada
keperluan setiap syarikat. Sekurang-kurangnya. Ia mengandungi penjelasan
umum setiap operasi pemesinan dan alatan mesin yang digunakan untuk
operasi berkenaan. Kebiasaannya disediakan dan dibekalkan oleh jurutera
proses dari Jabatan Kejuruteraan Pengeluaran. Seandainya tidak dibekalkan,
anda sebagai perekabentuk alatan sepatutnya berkebolehan untuk menjana
satu helaian perancangan pengeluaran berdasarkan lukisan atau contoh
barangan yang diberikan. Ini bermakna, pengetahuan tentang bagaimana
sesuatu mesin sediada operasi dan limitasinya, perlu berada dihujung jari
anda. Melalui helaian perancangan pengeluaran, ia dapat membantu anda
untuk mendapatkan atau menjana maklumat berikut:-
 Jenis dan saiz alatan mesin yang ditetapkan untuk setiap operasi;
 Jenis dan saiz pemotong yang ditetapkan untuk setiap operasi;
 Turutan operasi yang ditetapkan oleh jurutera proses;
 Operasi yang dilakukan sebelum barangan diterima;

Yang mana, maklumat ini amat berguna semasa anda merekabentuk jig dan
lekapan. Sebagai tambahan, pereka alatan juga akan dibekalkan dengan
maklumat had masa dan wang yang diperuntukkan untuk melaksanakan
projek berkaitan. Menggunakan maklumat berserta kemahiran, pengetahuan,
keritiviti dan pengalaman, pereka alatan mula mengkaji pilihan-pilihan
rekabentuk yang ada, berdasarkan faktor-faktor rekabentuk yang telah
ditetapkan. Anda perlu faham tidak semua operasi dapat dijalankan pada satu
jig dan lekapan sahaja, namun jika sebaliknya itulah yang paling baik sekali.

3)Fasa Ketiga – Analisa peralatan Mesin; Selalunya dikendalikan serentak


bersama analisa operasi pada fasa kedua, disebabkan perkaitan yang rapat
antara keduanya. Pada fasa ini mesin dan alatan yang akan digunakan untuk
melaksanakan operasi pembuatan barangan ditentukan dan segala maklumat
ini selalunya dibekalkan oleh Jurutera Jabatan Pengeluaran. Maklumat yang
dibekalkan akan membantu menjawab persoalan berikut:-
 Menggunakan alatan khas atau mengubah-suai pekakasan
sediada?;
 Menggunakan mesin berbilang penggumpar atau penggumpar
tunggal?;
 Alatan pelbagai guna atau kegunaan khusus?;
 Adakah penjimatan memadai dengan kos alatan?;
 Tolok jenis apa?;
 Bagaimana dengan kecekapan dan keberkesanan yang diperlukan?;
 Masih mematuhi ketetapan dan peraturan yang telah ditetapkan?;

4) Fasa Keempat – Analisa Pengendali; Fasa ini adalah untuk


mengenalpasti beberapa banyak konsep rekabentuk pilihan yang mungkin
disebabkan oleh pertimbangan pengendali, yang meliputi unsur masa, lesu
dan keselamatan. Dengan kata lain yang melibatkan oleh faktor kelemahan
manusia atau agronomik.

5) Fasa Kelima - Analisa Kos; Secara umumnya, penganggaran kos adalah


nilai kos yang dijangka akan dikeluarkan dalam bentuk RM, bagi sesuatu jig
atau lekapan yang belum dihasilkan. Manakala Pengkosan adalah pengiraan
kos yang telah digunakan dalam bentuk RM untuk menghasilkan jig atau
lekapan, secara teratur dan menggunakan maklumat yang dikumpul dari
semua bahagian yang terlibat. Apa yang penting dalam membuat
penganggaran kos, adalah untuk membuat perbandingan dengan rekaan-
rekaan yang ada dan sedia ada. Setelah itu, barulah diperbincangkan
samada memilih, menerima menolak atau mengubahsuai sesuatu rekaan.
Supaya rekaan kita tetap berdaya saing, cekap dan berkesan.
Kesimpulannya; Salah satu langkah awal dalam menyelesai masalah adalah
menentukan pilihan-pilihan penyelesaian, berdasarkan beberapa keriteria
yang dicadangkan. Kemudian barulah dibuat, pememilihan rekabentuk terbaik
menggunakan keadah tertentu dan faktor pemberat yang ditetapkan. Ini
kerana, dengan melakukan demikian, kebarangkalian untuk mendapatkan
penyelesaian terbaik lebih besar. Berbanding dengan hanya menumpukan
kepada satu rekabentuk sahaja. Fokusnya adalah mendapatkan hasil akhiran
terbaik, dari segi kos, mutu, kecekapan dan keberkesanan pengeluaran.
Untuk membantu proses ini, pereka alatan mesti menganalisa semua
maklumat penting yang dikumpul dengan teliti. Kerana penelitian dapat
membantu menjana hasil yang baik, insyallah.

1.5. PANDUAN UMUM LUKISAN JIG DAN LEKAPAN

Perekabentuk alatan, hendaklah mempunyai latarbelakang lukisan


kejuruteraan yang kukuh. Lukisan jig dan lekapan, lebih umum dipanggil
lukisan kejuruteraan, merupakan media perhubungan yang paling umum
digunakan dalam dunia kejuruteraan pengeluaran. Lukisan inilah yang dapat
mempersembahkan konsep jig atau lekapan yang direka dengan baik kepada
pelanggan. Dewasa ini, terdapat banyak piawaian lukisan kejuruteraan yang
boleh dicontohi. Umpamanya ISO, DIN, JIS, ANSI, IS dan sebagainya.
Apapun piawaian yang digunakan, yang penting lukisan yang dihasilkan
hendaklah turut mudah difahami oleh “tool-makers” dan “die-makers”, malah
juga orang lain yang memerlukan. Berikut merupakan pekara penting untuk
diambilkira semasa menghasilkan lukisan alatan:-

i. Lukis dan dimensikan dengan mempertimbangkan siapa yang akan


menggunakannya untuk menghasilkan komponen di bengkel.
a. Pandangan dan dimensi jangan terlalu banyak
b. Analisa setiap pemesinan untuk mempastikan ianya dapat dibuat
dengan alatan piawai.

ii. Lukisan pandangan tambahan dilukis hanya perlu dan untuk perincian
penting sahaja.

iii. Kekasaran dan penyudahan permukaan mestilah dinyatakan dan


mengkhusus.

iv. Pertimbangkan dengan berhati-hati semasa meletakkan had dan padanan


untuk alatan. Adalah tidak ekonomik meletakkan had terima pada kedua-dua
bahagian pasangan komponen. Sebagai contoh penjimatan, lubang jantan
diletakkan had terima manakala lubang betina dibiarkan dengan saiz nominal.
Ini membenarkan pembuat alatan mencanai aci dan melulas lubang.

v. Senarai stok sebarang lukisan alatan mestilah menyatakan semua ukuran


untuk mencapai jumlah yang betul bagi setiap perincian. Dalam kebanyakan
kes, adalah penting untuk meninggalkan basi untuk proses penyudahan,
biarpun kini boleh diperolahi stok yang siap. Sedapat mungkin, gunakan
ukuran stok sedia ada.

vi. Gunakan catatan bagi menjelaskan idea yang tidak dapat disampaikan
dengan lukisan biasa. Rawatan haba dan proses kha sselalunya ditunjukkan
sebagai rujukan ketentuan dan bukannya melalui penjelesan yang berjela-
jela.

vii. Operasi kedua seperti canai permukaan, memesin hujung, mengilap,


rawatan haba atau spesifikasi serupa hendaklah diminimakan. Gunakan
apabila ianya benar-benar penting dan akan menjejaskan keseluruhan
operasi dan hayat alatan.

viii. Letakkan had terima secara realistik. Had terima yang ketat akan
meningkatkan kos tanpa nilai tambah pada alatan. Kerana lebih kecil had
terima lebih sukar dan mahal untuk dihasilkan, sedangkan tidak semestinya
memberi hasil yang diharapkan.

ix. Patuhi ketentuan dan piawaian lukisan kejuruteraan dengan sepatutnya.


Seperti penggunaan simbol bebenang, pegas dan sebagainya. Pastikan yang
anda benar-benar dengan lukisan teknik kejuruteraan.
DESIGN OF JIGS AND FIXTURES:
This section explains the designing of Jigs and fixtures and a visual
presentation prepared to explain the details. The basic difference between jig
and fixture is that the former locates and holds the work piece while also
guiding the cutting tool, whereas the latter just locates and clamps the work
piece. The jig may or may not be fastened to the machine table whereas the
fixture should be fastened to the machine table precisely.
The points to be considered before deciding to go for jigs and fixtures,
as well as the theoretical principles for designing of jigs and fixtures are
explained next. As the initial cost involved in any new process or change of
process is an added expense it should be justified by its returns. As far as jigs
and fixtures are concerned, the cumulative output in terms of production units,
manufacturing time, labor required and ease of operation is more important.
During the design stage, technical points such as principle and method of
location, cutter action on the work, locators and clamps to be used, body
design, provision for chip clearance should each be adequately considered.
The suitable off-set blocks and gauges will bring the cutter to the cutting point
very closely within a short time which will reduce the total manufacturing time
during mass or batch production.
Utilizing the concept of standardization, fool proofing will reduce the
manufacturing cost of jigs and fixtures. Similarly, suitable choice of operating
mechanism of the jigs and fixtures according to the working environment will
also help reduce the manufacturing cost. All these are explained in this
section through visual presentation. Different types of jigs used for drilling,
boring, and welding are shown in the presentation. Similarly various types of
fixtures used for milling, drilling, boring, grinding, assembly and inspection are
also shown.
Complete procedural drawings for designing a jig and a fixture are
shown which helps the reader to understand the type of locators and clamps
to be used and the their proper placement. Additional jigs and fixtures for
different operations are also shown for the facilitating the user to gain
familiarity with the design of jigs and fixtures. The view of clamping more than
one work piece in the same set-up and different contoured parts along with
their fixture arrangement are also shown.
DESIGN MANUAL

This module of the project is textual and is a more detailed write-up of


the second module. It helps designing from concept to prototype. In the case
of jigs and fixtures, the initial stage is one of planning while the finishing stage
is the practical work holder proof of-concept. Before designing a fixture the
practical applicability of the fixture should be considered. It is not meaningful
to design a fixture which cannot be manufactured with the available machines
or which cannot be used for the practical working environment.

The material to be used, rigidity of the fixture, upkeep of fixture,


.salvage ability. and the safety of the operator in using the fixture has to be
each considered before designing the fixture. Information regarding all these
points is explained in detail. Material behavior is important in the sense that
the working conditions must be fulfilled by the chosen materials. Mechanical
stresses, cycling and heat are some of the dynamics under which the fixture
operates. The material has to be chosen depending upon the requirement.
The manufacturing processes by which the fixtures are made also differ
depending upon the working conditions. The three broad classifications are
welding structure, built-up structure and cast structure, out of which the
welding structure is the most material saving process while the built-up
structure is the most modular and flexible. Similarly, the operating mechanism
should also be determined by the working conditions and the resources being
utilized.

Locators, supports, clamps, cutter action on the work, set blocks and
chip
clearance are some of the key concepts in the design of jigs and fixtures.
Standardization is the economical factor to be considered while designing
which helps to re-use the standard parts even after the device becomes
obsolete. The information regarding all the above factors is detailed in the
design manual that could be used as a ready reference to follow. The various
types of Jigs, jig bushes and fixtures are also described in this part.
COST ANALYSIS

Fixture design is an indirect cost entry and directly affects the setup cost.
While
the benefits of fixtures and minimization of the total time to design a fixture is
never in debate, a simple analysis of costs is provided here. This analysis is
by no means comprehensive and must be viewed more as a guideline for
justifying the development of a roadmap as presented in this work.
Fixtures as per their application can be broadly classified as:
1.) Manufacturing Fixtures
2.) Repair fixtures
3.) Inspection Fixtures

Although they often appear similar each category is unique.


Manufacturing fixtures may require heavy clamping forces and highly accurate
location of work piece. Repair fixtures may require highly accurate location
over its inbuilt features which need to be preserved, whereas inspection
fixture may just require location and clamping during measurement. Also
inspection fixtures have to be built rapidly to reduce lead-times.
Accordingly, the application and utility decides the time and eventually
the money spent on each fixture. Manufacturing fixture design can be
considered to consist of the following stages.

1.) Part analysis


2.) Fixture Design
3.) Design Analysis
4.) Manufacturing
5.) Measurement and Prototype testing with and without part
6.) Putting fixture to use
Certain things to be remembered while designing a fixture:
1.) Application of the fixture (manufacturing/repair/inspection)
2.) Number of parts for which the fixture will be used
3.) Level of accuracy required
4.) The criticality of the part with respect to the aircraft?
5.) Replace ability, reusability and discard ability of the fixture
6.) Standardization of fixtures and fixturing principles

The time and money spent on a fixture should justify its use. The entire
procedure can be captured by the flow chart illustrated below. It can be seen
from the subsequent pie-chart that the time and effort is maximum for design,
which is eventually reflected in its cost.
Fixture Design Criteria:

Anda mungkin juga menyukai