Anda di halaman 1dari 2

PDPPMEK0620 IZZATUL SHAHIDAH BINTI ANJUL

ANGKA GILIRAN : 2020162420069


NO. MATRIK : D16202024

Seorang guru perlu memiliki standard kualiti guru dari aspek nilai profesionalisme,
pengetahuan dan kemahiran PdP sebagai mana yang dinyatakan dalam Standard
Guru Malaysia. Sejauh manakah anda memenuhi ketiga-tiga standard berkenaan.
Buktikan.

Seperti yang dinyatakan dalam dokumen Standard Guru Malaysia (SGM), seseorang guru
sama ada bakal guru atau pun guru-guru yang sedang berkhidmat perlu mempunyai nilai
profesionalisme, pengetahuan dan kemahiran PdP. Bagi diri saya baru setahun jagung dalam
bidang pendidikan, bidang perguruan khususnya. Saya akui bahawa masih banyak yang perlu
saya pelajari agar dapat menjadi seorang guru yang profesional dan unggul. Hal ini kerana
saya dalam proses untuk mendapatkan kelayakan bagi menjadi seorang guru tetap pada
masa kini.

Untuk menjadi seorang guru yang memiliki Standard Guru Malaysia, saya kini dalam
usaha untuk menjadi seorang guru tetap di mana saya merupakan seorang guru interim dan
sedang mengikuti kursus latihan perguruan bagi mendapatkan kelayakan yang sah untuk
menjadi seorang guru yang mempunyai ilmu pendidikan. Jika dibandingkan dengan sebelum
ini, saya cuma bekerja sebagai seorang jurutera dan ia tidak memerlukan saya mengajar
murid. Namun, pada kali ini, saya dapat belajar cara mengajar murid dengan pendekatan,
strategi serta teknik yang betul. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan nilai
profesionalisme saya kepada profesion, diri dan sosial saya.

Selain itu, saya juga mengikuti pelbagai jenis kursus dan seminar yang dianjurkan oleh
kementerian, pihak sekolah dan sebagainya bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
diri. Hal ini kerana seorang guru haruslah sentiasa belajar dan menambah pengetahuan
mereka terutamanya dalam bidang teknologi yang semakin banyak digunakan pada masa
kini. Contohnya, mengikuti kursus E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) untuk memantapkan
diri dari segi amalan nilai profesional, pengetahuan dan kemahiran seperti kursus pengurusan
masa, pengurusan kewangan dan sebagainya.

Dari segi kursus dan latihan peningkatan kemahiran yang berkaitan dengan bidang
saya iaitu teknologi kimpalan pula adalah seperti kursus kad hijau CIDB yang merupakan satu
program yang melibatkan pendaftaran dan akreditasi Personel Binaan untuk meningkatkan
tahap keselamatan di tapak kerja pembinaan. Kad ini juga merupakan sesuatu yang sangat
penting dan digunakan untuk melawat pelajar yang menjalani latihan dalam industri lebih-lebih
PDPPMEK0620 IZZATUL SHAHIDAH BINTI ANJUL
ANGKA GILIRAN : 2020162420069
NO. MATRIK : D16202024
lagi di Kolej Vokasional yang memerlukan pelajar untuk menjalani latihan industri. Selain itu,
kursus-kursus lain yang berkaitan dengan bidang-bidang yang lain juga diikuti seperti bengkel
pemeriksaan kimpalan, kawalan kualiti dalam kimpalan dan sebagainya yang dianjurkan di
peringkat kolej mahu pun industri.

Dari segi kemahiran pengajaran PdP di dalam bilik darjah atau pun bengkel pula, saya
telah mempelajari pelbagai pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran melalui kursus yang
telah dipelajari di Institut Pendidikan Guru serta tunjuk ajar daripada guru dan rakan sekerja
di kolej. Tambahan lagi, kemudahan pembelajaran yang terdapat di kolej digunakan dengan
sepenuhnya seperti teknologi ICT, mesin-mesin di bengkel dan lain-lain lagi. Saya mungkin
belum mahir dan masih berusaha untuk memperbaiki cara penyampaian pengetahuan dan
kemahiran kepada pelajar namun saya yakin saya akan bertambah mahir dengan mengambil
pelbagai usaha untuk meningkatkan diri sendiri seterusnya membantu pelajar dan
meningkatkan kualiti sebagai seorang guru yang profesional.

Kesimpulannya, seorang guru perlu memiliki standard kualiti guru dari aspek nilai
profesionalisme, pengetahuan dan kemahiran PdP sebagai mana yang dinyatakan dalam
Standard Guru Malaysia. Hal ini kerana ianya sangat penting dalam melahirkan pelajar yang
harmoni dan bersepadu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Walau
bagaimanapun, sebagai seorang guru baru yang kurang daripada 2 tahun perkhidmatan,
masih terdapat banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki dan dipelajari demi menjadi seorang
guru yang unggul. Seorang guru akan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan keupayaan
diri, inisiatif dan bertanggungjawab dalam membina peribadi yang unggul dan dalam
melaksanakan tugas profesionalnya.

Anda mungkin juga menyukai