Anda di halaman 1dari 1

MATLAMAT PPB

1. Meningkatkan kualiti guru dan kepimpinan/pengurusan pendidikan secara


berterusan
2. Memastikan PPP memperoleh (acquire), menambahbaik (improve), menguasai
(master) dan berkongsi (share) kompetensi untuk keberkesanan PdP, keberhasilan
serta kemenjadian murid
3. Menggalakkan PPP mengikuti latihan terancang dan sistematik yang merangkumi
sesi latihan, pembelajaran dan pembangunan kendiri
4. Memenuhi keperluan PPP mengikuti kursus wajib CPD sekurang-kurangnya sekali
dalam tempoh Gred Semasa.

KEPENTINGAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPB)


1. Meningkatkan keberhasilan murid bagi memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja
abad ke-21
2. Memperoleh pengalaman baharu melalui aplikasi pengetahuan dan kemahiran
terkini
3. Membangunkan kompetensi, potensi, bakat dan kualiti diri setaraf guru di negara
berpencapaian tinggi dalam bidang pendidikan
4. Meningkatkan kapasiti pembelajaran kendiri dan pembelajaran sepanjang hayat
supaya dapat memberikan sumbangan secara berterusan dan berkesan
5. Memenuhi kepuasan kendiri melalui peningkatan imej profesional dan kemajuan
kerjaya

Model Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PBB) adalah berasaskan tiga


dimensi kompetensi, lima atribut dan enam peranan dan tanggungjawab guru dan
pemimpin sekolah.

 Guru dan pemimpin sekolah akan bermula sebagai pelaksana dan


meningkat peranannya sehingga peringkat pemikir holistik.
 Pada setiap peringkat, guru dan pemimpin sekolah perlu mempunyai
kompetensi dan atribut bersesuaian dengan peranannya.
 PPB perlu selari dengan peningkatan peranan dan pengalaman guru
dan pemimpin sekolah untuk menjadikan mereka lebih mantap, berfokus,
kreatif dan kritis serta jitu dalam menganalisis isu/ masalah, memberikan idea/
pandangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Anda mungkin juga menyukai