Anda di halaman 1dari 7

Standard 3.5 Pengamatan sensori motor menggunakan deria sentuh.

Kandungan
Standard Pembelajaran 3.5.1 Menyentuh dengan tangan dan menyatakan benda yang lembut,
keras, kasar, licin dan kesat
Objektif 1. Menyelesaikan tugasan yang diberi iaitu mencari benda yang
Pembelajaran lembut, keras, kasar, kesat dan licin di sekeliling sekolah.

Pada akhir
Pengajaran dan
Pembelajaran,
murid dapat :

Pengetahuan Sedia Ada Murid pernah mengenalpasti benda kasar, lembut, licin dan keras.

Isi Pelajaran Menyentuh dengan tangan dan menyatakan benda yang lembut,
keras, kasar, licin dan kesat

Penggabungjalinan mata pelajaran: - Pendidikan jasmani

Elemen Merentas: -Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), kreativiti dan


inovasi Kurikulum (EMK)

Nilai Murni: -Berdikari, fokus, kerjasama, kerajinan

Bahan Sumber: - tepung, kotak plastic, pembaris, pencuci pinggan,tuala,


lembaran kerja.

Unsur Terapi: -Terapi Fizikal

Kemahiran Berfikir: -Menjana idea, Menghubungkait.


Kumpulan Kumpulan Bintang
Set iuduksi 1. Guru menggunakan tuala menutup mata murid.
(±5 minit) 2. Guru meminta murid untuk meneka kawannya dengan menyentuh
rambut dan muka.
3. Murid diminta meneka kawannya secara bergilir-gilir.
4. Guru menjalankan sesi soal jawab.
1. Bagaimanakan anda meneka kawan anda semasa anda
ditutup mata?
Cadangan jawapan: mengguna sentuhan.
Guru mengkaitkan set induksi dengan pengajaran hari ini.
Catatan:
BBM –tuala
KB – menghubungkait
UNSUR TERAPI: Terapi Fizikal

Langkah 1 1. Guru menulis perkataan kasar, lembut, licin dan keras.


(± 15 minit) 2. Guru menerangkan benda kasar, lembut, licin dan keras.
3. Guru menujukkan pencuci pinggan, tepung, kotak plastic dan
pembaris.
4. Guru meminta murid untuk menyentuh bahan dan menyatakan
kategorinya.

Catatan:
BBM –tepung, kotak plastic, pembaris dan pencuci pinggan.
Nilai murni – berhati-hati

Langkah 2 1. Guru menbahagikan murid kepada dua kumpulan.


(± 20 minit) 2. Guru memberi tugasan kepada murid iaitu mencari bahan licin,
lembut, kasar dan keras di sekeliling sekolah.
3. Guru memberi penjelasan tentang tugasan.
4. Guru menerangkan langkah keselamatan dan meminta murid
bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.

5.
Catatan:
EMK – kreativiti dan inovasi Kurikulum (EMK)
Nilai murni – kerajinan, kerjasama
Kemahiran Berfikir- Menjana idea

Langkah 3 1. Guru menggunakan tuala menutup mata dan meneka ciri benda yang
(± 10 minit) telah disentuh.
2. Guru meminta murid menyelesaikan lembaran kerja.
3. Guru memberi bantuan jika diperlukan.
4. Guru memberi pujian dan peneguhan.
Catatan:
EMK – kemahiran berfikir
Nilai murni –kerjasama, rajin.

Penutup Peneguhan kognitif


(± 5 minit) 1. Guru meminta murid mengemas dan membersihkan tempat yang telah
diguna.
2. Guru membuat rumusan tentang pengajaran hari ini.
Peneguhan sosial
1. Guru memberi pujian dan kata-kata sokongan kepada murid yang
menunjukkan nilai murni yang baik.
Sila mencari dan menulis benda yang mempunyai
ciri-ciri berikut.
kasar keras lembut licin
Sila mencari dan menulis benda yang mempunyai
ciri-ciri berikut.
kasar keras lembut licin

Objek Licin Keras Lembut Kasar


Menanda √ pada ciri yang betul berdasarkan objek.

Anda mungkin juga menyukai