Anda di halaman 1dari 10

Peningkatan

Tamadun Yunani
6.1 Tamadun Yunani
PENGENALAN
Tamadun Yunani berkembang antara tahun 1,000 SM hingga 800 SM. Tamadun ini
merupakan pencetus kepada perkembangan tamadun Eropah. Zaman ini dianggap oleh
masyarakat Eropah moden sebagai era yang memberi inspirasi dan panduan untuk
kehidupan manusia yang lebih baik melalui pengenalan sistem demokrasi, ekonomi,
sains dan teknologi, kesusasteraan serta falsafah dan pendidikan.

LOKASI DAN PERKEMBANGANNYA


Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan di pulau-pulau sekitarnya
yang dikelilingi Laut Aegean dan Laut Mediterranean. Cuaca yang sederhana
membolehkan aktiviti luar seperti perdebatan dan sukan giat dijalankan di Greece.
Selain itu, kedudukannya yang berhampiran dengan laut menyebabkan orang Yunani
dekenali sebagai pelayar yang handal.
Tamadun Yunani terkenal dengan negara-kota atau polis.
Ciri-ciri polis:
Merupakan gabungan bandar utama, bandar kecil dan kampung.
Menjadi ibu kota dan pusat tumpuan masyarakat.
Memiliki jumpah penduduk yang ramai dan wilayah yang luas.
Dianggap sebagai tanah suci kurniaan Dewa dan setiap
warganegara bertanggungjawab mempertahankan negara.

Polis yang terkenal ialah Athens, Sparta, dan Corinth.

Polis Keluasan wilayah Jumlah penduduk

Athens 2650 km 40 000

Sparta 8400 km 16 000

Corinth 880 km 10 000


Di tengah-tengah polis, terdapat acropolis.

Acropolis
Pusat komuniti yang dilindungi oleh kubu.
Lokasi paling strategik dari segi keselamatan, pentadbiran,
dan komunikasi.
Penduduk berhampiran acropolis terlibat aktif dalam urusan
pentadbiran negara.
Dilengkapi rumah ibadat, bangunan kerajaan, istana, dan
rumah bangsawan.
Terdapat kawasan lapang, iaitu agora yang menjadi pasar
awam dan tempat pertemuan masyarakat.
Di luar acropolis, terdapat kampung yang menjalankan
pertanian dan penternakan.
6.2 Peningkatan Pemerintahan dan
Pentadbiran Tamadun Yunani
Tamadun Yunani meninggalkan sumbangan dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran yang diwarisi oleh
kerajaan moden masa kini.
Terdapat lima sistem pemerintahan yang diamalkan di negara-kota Athens.
(a) Sistem monarki
Sistem beraja yang berasaskan keturunan
Raja dibantu oleh Konsul yang terdiri daripada golongan bijak pandai.
(b) Sistem Oligarki
Pemerintahan yang dikuasai oleh sebahagian kecil golongan yang berkuasa.
(c) Sistem aristokrasi
Pemerintahan yang dikuasai oleh golongan bangsawan.
(d) Sistem Tirani
Pemerintahan yang dikuasai oleh golongan yang zalim dan menindas masyarakat.
(e) Sistem Demokrasi
Pemerintahan yang dipilih oleh rakyat melalui pengundian.
Perkembangan Sistem Demokrasi di Athens
Perubahan bentuk sistem pemerintahan di Athens berlaku disebabkan:
Memantapkan dan melancarkan hal-ehwal pentadbiran sedia ada.
Memperlihatkan kematangan politik penduduk Athens yang berusaha
memajukan aspek pemerintahan negara.

Perkembangan sistem demokrasi di Athens:


Diasaskan oleh Solon pada tahun 594 SM.
Merupakan demokrasi langsung, iaitu setiap warganegara Athens terlibat
secara langsung dalam perbincangan dan perdebatan bagi menentukan dasar
dan peraturan di Athens termasuklah soal ekonomi, politik, dan sosial.
Pada zaman pemerintahan Pericles (495 - 429 SM), penekanan diberi kepada
kuasa rakyat bagi memantapkan sistem demokrasi. Solon Pericles
Ciri-ciri Sistem Demokrasi di Athens
Dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Athens, badan tertinggi ialah Dewan Perhimpunan. Di bawahnya pula
terdapat Majlis, Majistret, dan Juri
Dewan Perhimpunan

Majlis Majistret Juri

Dewan Perhimpunan:
Keanggotaan Dewan Perhimpunan: Fungsi Dewan Perhimpunan:
1. Terdiri daripada warganegara lalaki. 1. Berperanan melantik Ahli Majlis.
2. Memegang jawatan selama enam bulan hingga setahun. 2. Menggubal undang-undang.
3. Bersidang sekurang-kurangnya tiga kali dalam sebulan. 3. Membuat deklarasi peperangan.
4. Semua warganegara dibenarkan menghadiri perhimpunan. 4. Menjalin perjanjian dengan negara lain.
5. Boleh mengemukakan pandangan tentang dasar pentadbiran. 5. Membincangkan hal kewangan dan percukaian.
6. Menerima duta dari negara asing.
Majlis:
Majlis merupakan jawatankuasa yang mengendalikan urusan dan perbincangan tentang pemerintahan
dan pentadbiran.

Keanggotaan Majlis:
1. Ahli dilantik oleh Dewan Perhimpunan.
2. Ahli terdiri daripada 500 orang dengan keahlian selama dua tahun.
3. Ahli sebanyak 500 orang ini kemudiannya akan dipecahkan kepada 10 jawatankuasa (Prytany)
yang setiap satu dianggotai oleh 50 orang.
4. Pemilihan pengerusi dilakukan pada setiap kali persidangan diadakan.

Funsi Majlis:
1. Melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan.
2. Ahli-ahli Majlis bertanggungjawab mengendalikan jabatan-jabatan kerajaan.
3. Kuasa Majlis tidak mengatasi kuasa Dewan Perhimpunan.
Majistret:
Majistret merupakan badan yang melaksanakan dasar yang telah ditetapkan. Fungsinya sama seperti
perkhidmatan awam pada masa kini.

Keanggotaan Majistret: Fungsi Majistret:


1. Terdiri daripada warganegara Athens. 1. Merupakan kakitangan kerajaan.
2. Dianggotai oleh 6 000 orang ahli. 2. Melaksanakan dasar yang diputuskan oleh Majlis.
3. 200 - 500 orang merupakan hakim. 3. Mengurus hal pendidikan, percukaian, dan
4. 10 orang jeneral tentera merupakan ahli. sebagainya.

Juri:
Juri merupakan badan yang bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan keadilan.

Keanggotaan Juri: Fungsi Juri:


1. Dianggotai oleh 101 - 1001 orang 1. Juri menjadi pemutus kepada sesuatu kes.
berdasarkan tahap serius kes yang 2. Pesalah akan merayu terus kepada warganegara.
dibicarakan. 3. Kuasa pengadilan terletak pada warganegara Athens.
2. Perbicaraan akan diketuai oleh Pengerusi.
Pemerintahan dan Pentadbiran Sparta
Di Sparta, sistem pemerintahan dan pentadbiran bersifat monarki terhad.
Ciri-ciri sistem monarki terhad:
1. Dua orang raja memerintah Sparta bagi mengelak pembolotan dan salah guna kuasa.
2. Kedua-dua raja berasal daripada keluarga Eurypontids dan Agiads.
3. Raja akan dibantu oleh Dewan Perhimpunan dan Majlis.
4. Dewan Perhimpunan terdiri daripada 10 000 ahli dan lima pegawai dilantik sebagai Ephors yang memastikan raja
tidak memerintah secara mutlak.
5. Majlis mempunyai 28 ahli dewasa yang berumur melebihi 60 tahun dan menjadi ahli seumur hidup.

Sparta merupakan kerajaan ketenteraan. Buktinya:


1. Kanak-kanak seawal umur 7 tahun dan kaum wanita dilatih menjadi anggota tentera.
2. Kaum wanita menjalani latihan fizikal seperti berlari, bertinju, menari, dan menyanyi di khalayak ramai.
3. Menekankan aspek disiplin dan taat setia dalam kalangan warganegara Sparta.
4. Warganegara Sparta sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara-kota.
5. Melalui siri peperangan Sparta-Persia pada tahun 490 - 449 SM, Sparta berjaya mengalahkan Persia dalam
pertempuran di Salamis pada tahun 480 SM.

Anda mungkin juga menyukai