Anda di halaman 1dari 8

Nota Sejarah Tingkatan 4

Latar Belakang Tamadun (Yunani, Rom, India dan China)



Tamadun Yunani
Fakta 1 - Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitamya yang
dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut Mediterranean.

Fakta 2 - Tamadun ini bermula dengan pembentukan petempatan manusia yang dikenali sebagai
negara kota atau polis.

Fakta 3 - Negara kota terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampung dan bandar pada sekitar
tahun 1000 - 800 S.M.

Fakta 4 - Terdapat banyak negara kota pada zaman Yunani dan setiap negara kota mengandungi
sebuah kota yang dikelilingi oleh kawasan pertanian dan di dalam kota terdapat pasar,
kubu,
kuil. dan istana.

Fakta 5 - Walaupun terdapat banyak negara kota di Yunani tetapi yang paling menonjol ialah Athens,
Sparta dan Corinth.

Fakta 6 - Ketiga-tiga negara kota tersebut terletak berhampiran dengan Laut Mediterranean.
Fakta 7 - Setiap negara kota memiliki corak pemerintahan dan undang-undang tersendiri
Fakta 8 - selain turut memiliki beberapa tuhan.
Fakta 9 - Masyarakat Dalam setiap negara kota itu sentiasa bersatu padu, walaupun begitu,
peperangan sering berlaku antara negaranegara kota tersebut.
Maklumat tambahan berkenaan dengan tamadun Yunani diberi;
Imaginasi negara kota Athens diberi dengan struktur bangunan seperti Acropolis, Agora dan
kawasan Pertanian.

Tamadun Rom
Fakta 1 - Tamadun Rom lahir di kawasan Bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan Sungai
Tiber, di Lembah Latium.

Fakta 2 - Lembah ini didiami oleh masyarakat Latin.
Fakta 3 - Semasa pemerintahan Romulus pada tahun 753 S.M., lembah ini telah berkembang dan
menjadi penting.

Fakta 4 - Pada abad kedua Masihi, pemerintahan Rom telah mewujudkan majlis perbandaran di
setiap
bandar.

Fakta 5 - Majlis perbandaran tersebut akan menjalankan pentadbiran tanpa diganggu oleh
pentadbiran pusat di Rom.

Fakta 6 - Kewujudan majlis perbandaran juga telah membawa kepada kemajuan dan keselesaan
hidup
di bandar.

Fakta 7 - Pembinaan bandarnya adalah terancang dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air,
sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas, tempat berdialog (forum), rumah mandi
awam dan istana.

Fakta 8 - Antara bandar di bawah pemerintahan Rom termasuklah Pompei yang merupakan Bandar
contoh disebabkan wujudnya pelbagai kemudahan di bandar ini. Misalnya, di Pompei
terdapat pejabat, dewan orang ramai, mahkamah, perpustakaan, rumah ibadat, kedai,
pintu
gerbang dan colloseum (binaan bulat tanpa atap, tempat pertandingan bagi pahlawan
Rom).

Fakta 9 - Pada tahun 80 M., bandar Pompei mempunyai penduduk seramai 50 000 orang.
Fakta 10 - Selain itu, terdapat juga sistern saliran bawah tanah yang menyalurkan air melalui paip
sejauh 165 kilometer yang melibatkan 14 buah saliran atau terusan.

Fakta 11 - Dengan adanya saliran tersebut, bekalan air dapat diberikan kepada penduduk di Pompei
pada waktu aman dan semasa peperangan, selain digunakan untuk tujuan perindustrian
dan pengangkutan.

Tamadun India
Fakta 1 - Tamadun Indus telah melalui satu era kecemerlangan antara tahun 2500 - 1800 S.M..
Fakta 2 - Selepas tempoh ini tamadun Indus telah mengalami keruntuhan.
Fakta 3 - Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan
tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus.

Fakta 4 - Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Nama Vedik ini diambil sempena kelahiran kitab
kitab Veda.

Fakta 5 - Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana
pada zaman itulah lahirnya agama Hindu.

Fakta 6 - Jajahan takluknya amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam
Fakta 7 - Setelah beberapa ketika bertapak di Lembah Indus, menjelang abad ketujuh Sebelum
Masihi
perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges.

Fakta 8 - Pada zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja.
Fakta 9 - Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau kerajaan kecil dan mahajanapada atau
kerajaan besar.

Fakta 10 - Di bawah pernerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah
disatukan.
Fakta 11 - Pada tahun 321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di India.
Fakta 12 - Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India utara telah
disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka.



Tamadun China
Fakta 1 - Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan
China.
Fakta 2 - Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin.
Fakta 3 - Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun China.
Fakta 4 - Dinasti Chin bermula pada tahun 221 S.M. dan berakhir pada tahun 206 S.M
Fakta 5 - Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin dan beliau berjaya memperluas
jajahan takluknya hingga terbentuk sebuah empayar.

Fakta 6 - Jajahan takluknya amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam.
Fakta 7 - Zaman empayar merupakan zaman berlakunya banyak peperangan dan perluasan kuasa
dengan jajahan takluk yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat.



Nota Sejarah Tingkatan 4
Aspek Peningkatan Tamadun : Pemerintahan dan Pentadbiran
Tamadun Yunani
Dalam tamadun Yunani telah wujud beberapa bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh sesebuah
negara kota. Kewujudan pelbagai bentuk pemerintahan ini menunjukkan orang Yunani sentiasa
berusaha meningkatkan aspek pemerintahan dan pentadbiran negara kota mereka.

Fakta 1 Bermula dengan Sistem beraja ( Monarki) dimana raja dibantu oleh sebuah badan yang
dinamakan konsul.

Fakta 2 - Raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera, dan ketua agama.
Fakta 3 - Apabila kuasa konsul menjadi kuat, peranan raja sebagai ketua tentera, ketua hakim, dan
ketua agama merosot.

Fakta 4 - Akibatnya, lahir sistem raja yang dipilih tetapi kuasanya amat terhad.
Fakta 5 - Ini adalah kerana dalam sistem ini pemerintahan dikuasai oleh konsul yang terdiri daripada
golongan kaya.

Fakta 6 Sistem pemerintahan oleh beberapa orang konsul seperti ini dinamakan Oligarki.

Fakta 7 Daripada kalangan konsul ini lahir pula golongan aristokrat yang kuat.

Fakta 8 - Golongan aristokrat ini memiliki kuasa yang besar dan pemerintahan oleh golongan
aristokrat ini dinamakan Aristokrasi.

Fakta 9 - Akibat rasa tidak puas hati rakyat terhadap pemerintahan berbentuk aristokrasi, muncul
pula golongan yang menuntut hak dan ini telah menyebabkan berlakunya rampasan kuasa.

Fakta 10 - Keadaan ini telah membawa kepada pemerintahan berbentuk Tirani oleh diktator.

Fakta 11 - Biasanya, diktator bukan daripada golongan aristokrat tetapi daripada golongan kaya atau
tentera.

Fakta 12 - Walaupun rakyat biasa menyokong rampasan kuasa tersebut, tetapi tindakan itu telah
ditentang oleh golongan aristokrat.

Fakta 13 Maka, lahir pula sistem Demokrasi.

Fakta 14 - Dalam sistem demokrasi ini terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis.

Fakta 15 - Semua warganegara lelaki dewasa Athens diberi peluang menjadi anggota Dewan
Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun.

Fakta 16 - Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan dan setiap ahli Dewan ini
boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan.

Fakta 17 - Segala keputusan Dewan dikendalikan oleh Majlis.

Fakta 18 - Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan. Oleh itu, Dewan mempunyai kuasa
penuh terhadap ketiga-tiganya.

Fakta 19 - Walaupun sistem demokrasi diamalkan di Athens, tetapi sistem ini tidak berlaku di
negara kota yang mengamalkan sistem beraja yang berkuasa mutlak.

Definisi Oligarki,Aristokrasi, Tirani, Diktator dan Demokrasi akan diberi juga.

Fakta 20 - Sparta pula, sistem pemerintahan tentera telah diamalkan.
Fakta 21 - Sistem pertahanan telah diberikan perhatian yang penting.
Fakta 22 Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar yang baik.
Fakta 23 Sistem ini Berjaya melahirkan tentera yang mempunyai semangat patriotic yang tinggi
dan handal

Tamadun ROM
Fakta 1 - Bermula dengan sistem beraja sejak 753 S.M
Fakta 2 Diperintah secara mutlak oleh raja berketurunan Etruscan yang bukan berasal daripada
kalangan masyarakat Latin tempatan.

Fakta 3 - Oleh itu, masyarakat Latin dengan pimpinan golongan bangsawan yang dikenali sebagai
patrician telah bangun memberontak.

Fakta 4 - Kemudian Rom membuat sebuah republik pada tahun 509 S.M
Fakta 5 - Dalam sistem republik, tiada pemerintah berkuasa mutlak.
Fakta 6 - Kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat untuk
sesuatu tempoh.

Fakta 7 - Dengan adanya dua orang konsul ini, maka, antara mereka tidak ada yang lebih berkuasa.
Fakta 8 - Konsul dibantu oleh Dewan Senat yang diwakili oleh golongan bangsawan bagi
membincangkan hal-hal pentadbiran negara dan merangka perundangan.

Fakta 9 - Kebiasaannya, sebelum seseorang ahli Dewan Senat dilantik sebagai konsul, beliau ialah
praeotor, iaitu pemerintah tentera.

Fakta 10 - Di bawah Dewan Senat pula ialah Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh semua rakyat
Rom.
Fakta 11 - Segala keputusan Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk
diluluskan.

Fakta 12 - Sistem republik di Rom ini telah berubah apabila Rom mencapai taraf empayar di bawah
pemerintahan Julius Caesar.

Fakta 13 - Perubahan ini berlaku setelah beliau dapat meluaskan kuasanya ke Macedonia, Yunani,
Syam, Mesir, Perancis, Brittania (Britain) dan beberapa kawasan di Jerman.

Fakta 14 - Pemerintahan bercorak empayar telah menunjukkan peningkatan dengan terbentuknya
sistem pentadbiran berpusat, iaitu kesan penyatuan wilayah-wilayah kecil yang
ditaklukinya.
Fakta 15 - Julius Caesar telah menamatkan sistem republik dan menjadi diktator. Beliau menguasai
angkatan tentera dan Senat serta menggunakan gelaran maharaja.
Fakta 16 - Gelaran maharaja ini telah diteruskan oleh Augustus yang memerintah dari tahun 27-14
S.M.
Fakta 17 - Walaupun memerintah sebagai maharaja, namun, beliau berjaya membawa keamanan
dan keagungan kepada empayar Rom.
Fakta 18 - Keamanan yang wujud pada zaman Augustus kekal selama 200 tahun.
Fakta 19 - Zaman kegemilangan ini digelar sebagai Pax Romatia (Keamanan Rom).
Fakta 20 - Augustus dapat membawa keamanan dan kesejahteraan kepada empayarnya yang terdiri
daripada pelbagai bangsa Dalam tiga buah benua, iaitu Asia, Afrika dan Eropah.

Tamadun India
Fakta 1 - Pada tahap awal pembentukannya, iaitu antara tahun 600 - 320 S.M., tamadun India
mempunyai dua bentuk kerajaan, iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar.
Fakta 2 - Kerajaan kecil masih bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja.
Fakta 3 - Manakala kerajaan besar diketuai oleh raja seperti kerajaan Kashi, Kosala dan Magadha.
Fakta 4 - Dalam tamadun ini, sememangnya raja mengamalkan kuasa mutlak.
Fakta 5 - Kedudukan seseorang raja ini diperkukuh dengan pelbagai bentuk upacara ritual yang
berasaskan kepercayaan bahawa seseorang raja itu adalah suci dan harus dihormati.
Fakta 6 - Golongan Brahmin sebagai penasihat memainkan peranan penting dan ini diikuti dengan
golongan Ksyatria yang menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan golongan dominan.
Fakta 7 - Chandragupta Maurya telah membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan
kerajaan kecil di India dari tahun 321-185 S.M..
Fakta 8 - Hal ini telah mengubah status raja kepada maharaja.
Fakta 9 - Empayar Maurya meliputi kawasan dari Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush.
Fakta 10 - Ibu negaranya terletak di Pataliputra.
Fakta 11 - Zaman kegemilangan Dinasti Maurya adalah pada masa pemerintahan Maharaja Asoka,
iaitu dari tahun 273 - 232 S.M..
Fakta 12 - Asoka menamatkan perang saudara dan menakluk negeri Kalinga yang memiliki
penduduk yang ramai di India.
Fakta 13 - Selepas Perang Kalinga, Asoka. lebih menekankan kedamaian dan kemajuan sosial serta
menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha dan tidak lagi menerusi
ketenteraan.
Fakta 14 - Walaupun beliau merupakan maharaja berkuasa mutlak tetapi beliau telah membentuk
birokrasi pentadbiran untuk menjalankan pemerintahannya.


Tamadun China

Fakta 1 - Dalam tamadun China perluasan kuasa telah mengubah pemerintahan berbentuk sistem
feudal kepada pernerintahan berbentuk sistem pentadbiran berpusat.

Fakta 2 - Perluasan kuasa ini juga telah melahirkan empayar pada zaman Dinasti Chin dari tahun 221-
206 S.M.

Fakta 3 - Ini menyebabkan konsep raja telah bertukar kepada maharaja.

Fakta 4 - Pemerintahan oleh maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem pentadbiran atau
birokrasi awam yang terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja.

Fakta 5 - Mereka yang dilantik terdiri daripada rakyat dan pelantikan tersebut dibuat oleh sebuah
jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam, iaitu Hon Kao Tsu.

Fakta 6 - Pelantikan pegawai-pegawai ini diasaskan pada pencapaian mereka dalam peperiksaan
awam.

Fakta 7 - Sistem ini diwujudkan pada zaman Dinasti Han dan diteruskan oleh dinasti lain.

Fakta 8 - Tokoh penting yang memainkan peranan dalam hal ini ialah Shi Huang Ti.

Ringkasan; Aspek Peningkatan Tamadun: Pemerintahan dan Pentadbiran

Yunani
Sistem Beraja
Sistem Oligarki
Aritokrasi
Tirani
Demokrasi
Sistem Pemerintahan Tentera. (Sparta)
Tamadun Rom
Sistem Beraja
Sistem Republik
Pemerintahan Bercorak Empayar
Tamadun India
Sistem Beraja.
Pemerintahan Berbentuk Empayar
Tamadun China
Sistem Beraja ( Sistem feudal)
Sistem Pentadbiran Berpusat
Pemerintahan Bercorak Empayar
Sistem Birokrasi

Anda mungkin juga menyukai