Anda di halaman 1dari 6

EDUCATION of ELAKSAMANA

1.2 PEMBINAAN TAMADUN

CIRI-CIRI TAMADUN

1.Clyde Kluckhchn mengatakan bahawa masyarakat yang bertamadun mempunyai 2 perkara iaitu
penduduk sesebuah kota yang melebihi 5000 orang, tulisan dan tempat upacara dengan tugu dan
berhala persembahan.
2.Robert Adam menjelaskan masyarakat bertamadun mempunyai hubungan antara institusi sosial yang
telah digariskan sebagai :
 Stratifikasi sosial menandakan ketinggian perbezaan peringkat bagi pemilik yang menguasai punca
keluaran utama.
 Hierarki politik dan agama yang saling berkaitan antara satu sama lain dalam pentadbiran negara.
 Pengkhususan pekerjaan yang kompleks, terdapat pekerjaan sepenuh masa.
3.Sivachandralingam menjelaskan terdapat 4 ciri penting peradaban iaitu kewujudan petempatan
kekal, perbandaran, organisasi sosial dan kepercayaan atau agama.
4.Perkembangan tamadun datang secara berperingkat dan tidak sekaligus mengikut tahap kemajuan
yang dicapai oleh sesebuah masyarakat.
5.Perkembangan ketamadunan dapat dibuktikan dengan kemunculan tamadun di serata dunia seperti
tamadun Mesopotamia, tamadun Mesir Purba, tamadun Hwang Ho di China, tamadun Indus di India,
tamadun Yunani di Greek dan sebagainya.
6.Terdapat lima ciri penting kepada sesebuah ketamadunan iaitu :

CIRI-CIRI KETAMADUNAN

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ORGANISASI SOSIAL

AGAMA & KEPERCAYAAN PERKEMBANGAN EKONOMI

PENGURUSAN PEMERINTAHAN &


PENTADBIRAN

1.2.1 PENGURUSAN PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN


Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

Tamadun Mesopotamia/Sumeria

1.Terdapat beberapa buah unit politik dikenali negara kota yang berkembang di tamadun ini seperti :

NAMA KOTA
TAMADUN
MESOPOTAMIA
Sippar Akshak Adab
Kish Larak Nippur
Lagash Umma Uruk
Badtibira Larsa Eridu
Ur

2.Negara kota ini dikatakan dikuasai oleh dewa misalnya negara kota Lagash yang dikuasai dewa
Ningirsu.
3.Negara kota ini juga dibahagikan kepada beberapa unit tertentu.
4.Sistem birokrasi yang digunapakai cukup sistem umpamanya sistem perfailan yang tersusun.
5.Terdapat juga beberapa jabatan-jabatan yang diwujudkan untuk mentadbir negara kota.
6.Pentadbiran negara kota diketuai oleh Ketua Paderi dan dibantu oleh Pesuruhjaya.
7.Dibawah Pesuruhjaya terdapat Ketua Penyelia yang mengawasi pegawai-pegawai yang lain seperti
jurutulis, penyelia dan inspektor.

Penaung Bandar (City Gods)

Ketua Paderi (High Priest)


Struktur Organisasi Negara Kota di
Mesopotamia/Sumeria PesuruhJaya (Agrig)

Ketua Penyelia (Nu-Banda)

Penyelia/Inspektor/Jurutulis

Buruh

Tamadun Yunani

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

1.Terdapat beberapa negara kota dalam tamadun Yunani antaranya ialah :


 Naxos
 Samos
 Chios
 Rhodes
 Lesbos
 Helis
 Sparta
 Athen
2.Di negara kota Athen, pemerintahan adalah secara demokrasi dengan terdapatnya 3 dewan utama
iaitu
 Dewan Perhimpunan
 Majlis
 Majistret/Juri
3.Dewan Perhimpunan diwakili oleh warganegara lelaki sahaja dan mereka diberi tempoh selama enam
bulan sehingga setahun untuk menyertai dewan ini. Dewan ini bersidang selama 3 bulan dan
mempunyai kuasa penuh mengawal pentadbiran dan kehakiman di Athen.
4.Antara fungsi Dewan Perhimpunan ialah :
 Mengawal pentadbiran dan kehakiman
 Melantik ahli-ahli majlis
 Menggubal undang-undang dan dasar negara
 Membahas dan membuat keputusan berkaitan peperangan
 Berdiskusi berkenaan hal kewangan dan percukaian
5.Majlis akan melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan dan majlis dianggotai seramai 500 ahli
yang tidak dilantik tetapi dipilih secara undian iaitu 50 orang akan mewakili setiap suku di Athen.
6.Majistret terdiri dari pegawai kerajaan iaitu pembanci, pengutip cukai, pendidik dan 10 orang jeneral
untuk menjaga keamanan,
7.Kuasa pengadilan di tangan warganegara iaitu juri menjadi pemutus bagi sesuatu kes dan tidak ada
peluang tertuduh untuk merayu.
8.Di negara kota Sparta, pemerintahannya adalah bersifat authoritarian dan pemerintahannya dikenali
sebagai monarki terhad dan oligarki.
9.Berikut adalah struktur pemerintahan di Spart :

Raj
a
Majlis Orang Tua
(28 orang)
Dewan Perhimpunan

5 Pegawai (Ephors)

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

10. Raja adalah dilantik seumur hidup.


11. Dewan perhimpunan menguruskan pentadbiran Sparta namun hanya boleh membincangkan
perkara-perkara yang dibawa oleh Ephors dan Majlis Orang Tua.
12. Majlis Orang Tua bertanggungjawab menyelia kerja-kerja pentadbiran, menyediakan cadangan
untuk dimajukan kepada dewan perhimpunan dan juga bertindak sebagai mahkamah membicarakan
kes jenayah.

Tamadun Mesir

1.Zaman purba Mesir merujuk kepada kebudayaan di Hulu Sungai Nil menganjur ke selatan hingga Jebel
Barkel, Napata, ke utara sehingga laut Mediterranian.
2.Namun saiz empayar ini sering berubah terutama sewaktu tahun 3200 SM dan 332 SM dengan
penaklukan oleh Alexander The Great.
3.Ia merupakan tamadun yang berasaskan pengairan dan merupakan contoh jelas (quintessential
example) empayar hidrolik.
4.Pemerintahan adalah bercorak totalitarian iaitu Firaun menduduki tampuk pemerintahan yang
tertinggi.
5.Selepas Firaun adalah wazir yang dilantik dari kalangan kerabat diraja. Terdapat 2 orang wazir iaitu
wazir di selatan mesir dan wazir di utaraa mesir.
6.Antara tugas wazir adalah :
 Memeriksa laporan statistik binatang ternakan
 Pembekalan makanan
 Memeriksa tangki
 Mengawasi kerja menebang pokok
 Membina terusan
 Memilih dan melantik kakitangan yang berkhidmat dengan kerabat diraja
 Bertindak sebagai ketua hakim
7.Selain itu terdapt juga jawatan Cancelor di mesir. Antara tugasnya ialah :
 Menguruskan hal ekonomi
 Menentukan jumlah cukai yang dikenakan kepada rakyat
 Menentukan bayaran gaji kepada pekerja
 Menguruskan hal ehwal ekonomi di rumah berhala

Tamadun Hwang Ho

1.Di tamadun ini, ketua pemerintah dikenali sebagai Huang Ti yang menunjukkan kuasa dan karisma
seorang raja sebagai The Great King dan The King of King.
2.Terdapat juga gelaran lain iaitu Huang Shang, Tien Tzu dan Wan Sui Yen.
3.Antara tugas maharaja adalah :
 Mempunyai kuasa tertinggi
 Sumber kepada undang-undang
 Ketua kerajaan dan hakim
 Mengetuai upacara keagamaan dan melantik ketua-ketua agama
4.Permaisuri dan gundik raja tidak mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan dalam soal
pentadbiran.

1.2.2 ORGANISASI SOSIAL

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

Tamadun Mesopotamia/Sumeria

1.Raja menduduki kierarki sosial tertinggi dan dianggap wakil tuhan.


2.Antara tugas raja adalah :
 Memberi arahan dan khidmat nasihat kepada pembesar
 Melantik pembesar
 Menerima aduan rakyat dan menyelesaikannya
 Menerima kunjungan diplomat luar
 Mengawasi kerja pembinaan rumah berhala dan membaiki yang lama
 Berkuasa melantik paderi.
3.Selepas raja adalah golongan bangsawan yang dikenali sebagai marbanuti. Golongan ini
bertanggungjawab memilih raja.
4.Ketiga ialah golongan rakyat bebas yang dikenali sebagai ummane atau golongan professional yang
terdiri dari banker, pedagang, doktor dan artisan.
5.Selepas itu golongan rakyat biasa yang dikenali sebagai hupshi yang bukan golongan professional iaitu
petani dan askar.
6.Kedudukan paling bawah ialah golongan hamba dan hamba boleh dijual beli.

Ra
ja
Bangsawan
(Marbanuti)
Rakyat Kelas Atasan
(Ummane)

Rakyat Kelas Bawahan (Hupshi)

Hamba

Tamadun Yunani

1.Merujuk kepada negara kota Sparta, masyarakat di negara kota ini dibahagikan kepada 3 golongan
iaitu :
 Kelas pertama : warganegara lelaki
 Kelas kedua : pekerja, tukang dan pedagang
 Kelas ketiga : Helots, warganegara lain yang mengusahakan tanah warganegara Sparta dan dilayan
seperti hamba
2.Anak-anak kecil mereka dilatih menjadi tentera seawal usia 7 tahun dan dipisahkan dari keluarga.
3.Di negara kota Athen juga terdapat 3 golongan masyarakat iaitu :
 Kelas pertama : warganegara athen
 Kelas kedua : metics iaitu golongan penduduk yang dianggap orang bebas

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

 Kelas ketiga : hamba


4.Pada pemerintahan Solon, beliau telah menghapuskan sistem pengabdian yang disebabkan hutang.
5.Solon telah mengelaskan masyarakat kepada 4 golongan berdasarkan kepada kekayaan yang dimiliki
hasil dari pengeluaran pertanian iaitu :
 Mereka yang mempunyai pengeluaran 500 takaran bijirin dan berpendapatan 500 bushel. Mereka
mempunyai hak dalam politik, keahlian dalam Majlis Aeropagus dan layak menjadi Archon serta
beberapa jawatan lain dalam kerajaan.
 Mereka yang mempunyai pengeluaran 300 takaran bijiran dan berpendapatan 300 bushel. Golongan
ini juga mempunyai hak berpolitik dan menjadi Archon.
 Golongan yang mempunyai pengeluaran 200 takaran bijirin dan berpendapatan 200 bushel juga
berkelayakan menceburi bidang politik.
 Golongan yang mengeluarkan hasil minimum kurang dari 200 takaran atau tidak berharta tidak
terlibat dalam politik tapi boleh hadir untuk perhimpunan.
 Di Athens kaum wanita dianggap mulia dan diberikan kebebasan.

Tamadun Mesir

1.Firaun merupakan pemerintah dan menduduki hierarki sosial yang paling tinggi.
2.Selepas firaun adalah golongan bangsawan iaitu gabenor, pegawai istana dan pemungut cukai.
3.Selepas golongan bangsawan adalah golongan pertengahan iaitu terdiri dari artisan, pedangang dan
tabib.
4.Selepas golongan pertengahan adalah golongan petani yang tinggal di rumah yang diperbuat dari batu
lumpur yang dikeringkan.
5.Selepas golongan petani adalah golongan hamba yang terdiri dari tawanan perang dan hamba yang
berhutang.

Tamadun Hwang Ho

1.Raja menduduki tempat yang tertinggi diikuti oleh golongan bangsawan, [etani dan akhirnya golongan
artisan, askar dan peniaga.
2.Raja merupakan sumber kekuasaan dan mempunyai supreme authority dan merupakan ketua
pentadbiran.
3.Golongan kelas bawahan seperti petani tinggal di dalam rumah-rumah yang dibina di bawah tanah.
4.Golongan paling bawah ialah artisan, peniaga, askar dan hamba.
5.Hamba-hamba bekerja sebagai pembantu rumah.

1.2.3 PERKEMBANGAN BUDAYA

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009

Anda mungkin juga menyukai