Anda di halaman 1dari 5

1

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (T) LADANG EDENSOR


KERTAS KERJA
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
2018

1. Tajuk
Minggu Seni

2. Pendahuluan
Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat,
memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai
kesenian dan alam sekitar serta kaitannya. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan
memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran.
Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan
membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana
ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita
rasanya sendiri. Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual,
kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid
berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang.

3. Objektif

3.1 mengetahui bahawa seni merupakan salah satu cabang keusahawanan.


3.2 melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan
menyeronokkan
3.3 menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,
3.4 mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.
3.5 memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab,
3.6 menarik minat murid dalam bidang keusahawanan

2
4. Pelaksanaan
Tarikh : 23.11.2018
Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : waktu DSV
Tempat : Kelas masing-masing

5. AJK Pelaksana
Penasihat : Pn.Letchumma (Guru Besar)
Pengerusi : En.Muralee (GPK 1)
Setiausaha : Pn Cristina
Hadiah : Cik.Vikneswari
Peralatan : Semua guru PSV

6. Sasaran
Semua murid tahun 1 hingga 6

7. Pelaksanaan / Aktiviti
7.1 Pertandingan mewarna bagi murid tahun 1
7.2 Pertandingan mewarna bagi murid bagi murid tahun 2
7.3 Pertandingan mewarna bagi murid tahun 3
7.4 Pertandingan menghasilkan corak mozek bagi murid tahun 4
7.5 Pertandingan meelukis poster murid tahun 5
7.6 Pertandingan melukis poster bagi murid tahun 6

3
8. Kewangan
Sumber kewangan adalah dari akaun PCG sekolah
BIL HADIAH RM
1. Hadiah individu
Tahap 1
Tempat pertama – 1 X RM5
Tempat kedua – 1 X RM5
Tempat Ketiga – 1 X RM5
Tempat Keempat – 1X RM5
Tempat Kelima – 1X RM5 RM25

Tahap 2
Tempat pertama – 1 X RM5
Tempat kedua – 1 X RM5
Tempat Ketiga – 1 X RM5
Tempat Keempat – 1X RM5
Tempat Kelima – 1X RM5 RM25

Jumlah RM 50.00

9. Penutup

Adalah diharap aktiviti ini dapat dijalankan dalam keadaan yang menyeronokkan dan
mempunyai input yang baik serta menyumbang terhadap pembentukkan insan yang
berketrampilan dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

4
Disediakan oleh,

....................................
(PN.CRISTINA)
Ketua Panitia PSV

Anda mungkin juga menyukai