Anda di halaman 1dari 2

EBM2 :Amalan Perancangan Kewangan Untuk Masa Hadapan. Bincangkan.

Semakin bertambah tahun, semakin bertambah kos keperluan hidup, kos


perubatan dan sebagainya. Jadi, kita perlulah menabung untuk memudahkan kita
sesama dalam kesusahan atau kecemasan. Kita sepatutnya mengamalkan amalan
ini sejak dari kecil lagi kerana terdapat banyak masa yang boleh kita gunakan untuk
mengumpulkan wang. Jika kita mengumpulkan dari kecil lagi, maka kita akan
memperoleh wang yang banyak apabila dewasa kelak. Bak kata pepatah sedikit-
sedikit lama-lama jadi bukit. Terdapat banyak manfaat jika kita mengumpulkan wang
dan terdapat banyak juga perkara yang berfaedah yang boleh kita lakukan dengan
wang tersebut. Kita juga boleh menggunakan wang tersebut untuk membeli barang
keperluan seharian
Menabung adalah antara amalan perancangan kewangan untuk masa
hadapan. Kebiasaannya, amalan menabung boleh dilakukan sejak kecil lagi. Amalan
ini hendaklah dipupuk sejak dari kecil lagi. Pepatah ada mengatakan bahawa melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Ini bertujuan untuk memudahkan para pelajar yang
ingin melanjutkan pelajaran ke universiti, IPTA, maktab dan sebagainya setelah tamat
sesi persekolahan. Lebih-lebih lagi, pada masa kini di mana ekonomi negara kian tidak
stabil. Oleh itu, kos untuk melanjutkan pelajaran adalah sangat tinggi. Jadi, kita
hendaklah sentiasa bersedia agar tidak berlaku kesusahan pada masa yang akan
datang. Setelah wang yang dikumpulkan telah banyak, kita digalakkan untuk
menyimpan wang tersebut di dalam bank agar tidak dicuri atau hilang. Kita digalakkan
menyimpan wang di dalam bank setelah sebulan mengumpul.
Amalan perancangan kewangan untuk masa hadapan sangat penting pada diri
kita terutamanya apabila berlakunya kecemasan. Terdapat pelbagai kecemasan yang
boleh berlaku di mana memerlukan wang yang banyak, sebagai contoh kebakaran.
Jika berlakunya kebakaran di sebuah rumah, maka penduduk rumah tersebut pasti
memerlukan wang yang banyak untuk membeli barang keperluan semula. Antara
barang-barang keperluan yang perlu dibeli termasuklah pakaian, tempat tinggal dan
perkakas rumah. Selain itu, bencana alam juga boleh disenaraikan sebagai
kecemasan yang memerlukan wang yang banyak untuk membayar ganti rugi.
Contohnya, apabila berlakunya satu bencana alam di suatu kawasan seperti banjir.
Kos untuk membersih dan membaik pulih kawasan tersebut adalah sangat tinggi. Jadi,
pemimpin atau bendahari suatu kawasan hendaklah bijak menguruskan wang agar
tidak menjadi masalah apabila berlakunya sebarang bencana alam. Antara bencana
alam yang memerlukan wang yang banyak untuk membaik pulih suatu kawasan
adalah putting beliung dan tsunami.
Kita hendaklah bijak berbelanja terutamanya ketika berbelanja barang-barang
keperluan asas. Barang-barang keperluan asas termasuklah tempat tinggal, makanan
dan pakaian. Jika kita tidak bijak, maka pembaziran akan berlaku di mana wang
simpanan kita juga akan cepat berkurang dan habis digunakan. Jikalau kita hendak
membeli makanan, belilah mengikut keperluan sahaja. Kebiasaannya, pembaziran
makanan berlaku apabila menjelang bulan Ramadhan. Para pembeli akan membeli
makanan secara berlebihan kerana mereka membeli makanan mengikut nafsu
bukannya mengikut keperluan. Tempat tinggal idaman mestilah bersesuaian dengan
bajet, kerana harga rumah kian meningkat terutamanya di kawasan-kawasan
bandaraya seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Oleh itu, belilah rumah dipinggir
bandar agar harga rumah di kawasan tersebut tidak terlalu tinggi. Selain itu, kita juga
dapat elakkan dari mengalami kesesakkan lalu lintas.
Pada zaman ini, kita juga diharuskan untuk menjaga kesihatan kerana kos
perubatan pada hari ini sangat tinggi bagi penyakit-penyakit seperti kanser. Penyakit-
penyakit ini dapat dielakkan jika kita mengamalkan gaya hidup sihat. Terdapat
pelbagai langkah untuk menjaga kesihatan. Antaranya, beriadah setiap petang. Oleh
itu, cegahlah agar kita tidak menghidapi penyakit-penyakit tersebut. Selain itu, jika kita
dihidapi penyakit-penyakit seperti kanser, kita dapat menjimatkan sedikit wang
dengan adanya medical card. Medical card berfungsi sebagai pemberi sedikit diskaun
di mana setiap kali kita membuat rawatan ‘pointer’ kita akan meningkat. Medical card
juga boleh dikira sebagai insurans.
Kita tidak digalakkan untuk berhutang dengan bank atau credit card. Ini akan
menyebabkan jika kita lewat untuk membayar hutang tersebut maka jumlah hutang itu
akan bertambah sedikit demi sedikit. Ini juga boleh mengakibatkan kita sentiasa dalam
krisis masalah kewangan. Oleh hal demikian kerana kita digalakkan untuk menabung.
Selain itu, kita juga tidak digalakkan untuk berhutang dengan orang lain, kerana ia
akan menyebabkan orang itu menjadi susah jika orang itu memerlukan wang itu
dengan segera. Jika ingin meminjam wang, pinjamlah wang ahli keluarga seperti ibu
dan bapa, kerana segala urusan berkaitan wang akan lebih mudah.
Kesimpulannya, para masyarakat mestilah mengamalkan amalan
perancangan kewangan untuk masa hadapan kerana jika kita tidak merancang maka
kita mungkin akan mengalami masalah kewangan. Amalan ini bukan sahaja berguna
pada masa kini tetapi pada masa hadapan juga. Jika kita tidak mengamalkan amalan
ini, maka ekonomi negara juga boleh merudum. Disebabkan itulah, mengapa amalan
perancangan kewangan untuk masa hadapan penting untuk diri kita.

Anda mungkin juga menyukai