Anda di halaman 1dari 1

JURNAL REFLEKTIF

Bersyukur kepada ALLAH S.W.T dengan rahmat dan kasih sayang NYA dapatlah kami terus menghirup udara untuk terus hidup di atas muka bumi ini. Setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada HJ. MOHAMAD YUSOFF BIN AHMAD yang banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudahcara saya sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin kami akan dapat menghasilkan satu tugasan yang baik.Tidak lupa juga kepada kedua orang tua yang telah mendidik dan mengasuh kami dari kecil hinggalah ke hari ini dalam keta'atan kepada Allah s.w.t. Mereka juga tidak pernah putus-putus untuk memberikan saya semangat dan dorongan untuk terus berjaya. Bagi tugasan Subjek EDU 3105 (TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN) saya dikehendaki menghasilkan satu bahan persembahan elektronik yang boleh digunakan dalam pengajaran untuk tempoh masa 60 minit dan tugasan yang kedua membina satu RPH yang mengintegrasikan reka bentuk pengajaran berasaskan model ASSURE. Dalam menyiapkan tugasan ini banyak dugaan dan halangan yang telah saya tempuhi antaranya ialah kurangnya pengetahuan mengenai program power point, saya telah menghabiskan banyak masa untuk mempelajari program ini . Namun begitu setelah menyiapkan tugasan ini baru saya sedar bahawa program persembahan elektronik ini amat berguna dalam membina bahan bantu mengajar yang berinteraktif . Hasilnya , dapat saya lihat murid-murid saya begitu seronok dan begitu teruja untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah saya laksanakan. AKhir sekali, saya amat berharap agar saya dapat memantapkan lagi penguasaan dan menambahkan lagi ilmu saya dalam menyampaikan pengajaran yang menyeronokan dan bermakna.

Anda mungkin juga menyukai