Anda di halaman 1dari 11

TAJUK: DIMENSI MORAL

AHLI KUMPULAN
YII MING YING
SHIRLEEN LAW
AGNES LOH
Penaakulan Moral
Penaakulan moral adalah sebagai kemahiran berfikir logical
yang melibatkan proses induksi dan deduksi.

Kemahiran berfikir deduksi merupakan penggunaan


perkara yang lebih umum kepada yang lebih khusus.

Kemahiran berfikir induksi merupakan penggunaan


perkara-perkara khusus yang lebih umum.
Penaakulan moral akan membolehkan seseorang berupaya untuk
membuat kesimpulan atau keputusan berdasarkan nilai-nilai murni
dalam melaksanakan sesuatu tindakan.

Penaakulan moral menjadi asas bagaimana seseorang individu


menterjemah dalam amalan nilai-nilai murni di dalam kehidupannya.

Melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni yang diperolehi


dalam Pendidikan Moral sama ada secara langsung atau tidak
langsung akan mewujudkan satu masyarakat yang bermoral tinggi.
Setiap insan bermoral berupaya membuat penaakulan moral, iaitu
suatu proses di mana seseorang individu memperkembangkan
kebolehan membuat pertimbangan dan keputusan moral yang
matang.
Proses penaakulan moral melibatkan pertimbangan secara objektif
dan adil tentang segala fakta berkaitan situasi moral yang dihadapi
serta mengambil kira prinsip-prinsip moral sejagat.
Keputusan moral yang dicapai hendaklah konsisten,objektif dan
sejagat bagi sesuatu situasi yang serupa.
Menurut ahli psikologi seperti Piaget (1968) dan Kohlberg, proses
penaakulan moral melibatkan perkembangan moral secara
berperingkat, dari peringkat seseorang mematuhi peraturan moral
supaya tidak dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa sehingga ke
peringkat kedua, sebagai orang yang berautonomi (bebas) akan
menepati peraturan moral selaras dengan prinsip-prinsip moral yang
sejagat.
Individu yang tidak berupaya membuat penaakulan moral akan
menjadi seseorang yang tidak rasional dan akan bertindak secara buta
tuli.
EMOSI MORAL
Emosi moral merujuk kepada moral yang menunjukkan kehalusan
perasaan individu yang mengandungi sentimen, simpati, empati,
murah hati, motivasi dan sebagainnya.
Dalam amalan harian, emosi moral melibatkan kepentingan harga
diri, kepentingan kepedulian, kawalan diri, menyayangi dan disayangi
yang melibatkan hati nurani.
Emosi moral akan menjadikan diri individu bertindak secara positif
dan dapat mengawal emosi yang negative.
Emosi moral memberi perangsang kepada seorang untuk bertindak
secara bermoral dengan yakin dan merupakan sesuatu yang tidak
dapat diketepikan dalam suatu keputusan serta tindakan moral kerana
manusia mempunyai perasaan.

Bukan semua perasaan boleh dikatakan sebagai emosi moral. Emosi


moaral hanya merujuk kepada perasaan yang betul yang melibatkan
kerasionalan dalam sesuatu situasi yang dihadapi.
Untuk menyuburkan emosi moral, seseorang perlu:
i. Memahami perasaan orang lain serta diri sendiri dalam sesuatu
situasi moral.
ii. Berupaya menyatakan dengan jelas perasaan-perasaan yang timbul
dalam sesuatu situasi.
iii. Membuat keputusan berdasarkan perasaan yang betul bukan
perasaan yang tidak munasabah dalam sesuatu situasi.
TINGKAH LAKU MORAL
Perlakuan moral ialah tingkah laku atau tindakan seseorang individu
terhadap tindakan dan keputusan yang ditunjukkan dengan rasa
penuh tanggungjawab berdasarkan kepada penaakulan dan emosi
moral.
Tingkah laku moral adalah dimensi moral yang menterjemahkan
penaakulan dan emosi moral.
Tingkah laku yang baik atau buruk adalah hasil daripada bagaimana
seseorang itu menaakul dan menggunakan emosi moral dalam
tingkah lakunya.
Tingkah laku moral tidak terhad kepada mematuhi sesuatu peraturan
semata-mata kerana ia merupakan satu peraturan tetapi haruslah
berdasarkan pemahaman sebab yang baik dan munasabah.
Tingkah laku adalah sangat penting.Orang mempunyai penaakulan
moral tetapi tanpa tingkah laku moral akan menjadi orang yang cakap
tak serupa bikin.
Begitu juga seseorang yang mempunyai emosi moral tanpa tingkah
laku moral adalah seseorang yang hanya mementingkan keselesaan
diri sendiri sahaja.
SEKIAN TERIMA KASIH^^

Anda mungkin juga menyukai