Anda di halaman 1dari 48

1.

0 Pengenalan Kemahiran berbahasa

Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar , bertutur , membaca dan


menulis . Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku .
Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam memastikan proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan . Kemahiran bahasa yang
berhubung dengan kemahiran lisan meliputi kemahiran mendengar dan bertutur . Kedua-
dua kemahiran ini berkait rapat dan saling melengkapi . Lisan merupakan kegiatan
melahirkan bahasa secara verbal melalui suara atau sebutan , iaitu percakapan atau
pertuturan . Kita mestilah menguasai kemahiran lisan supaya kita tidak menghadapi
masalah dalam proses berkomunikasi dan dapat memahami pertuturan orang lain serta
dapat memberikan respons terhadap penutur .

2.0 Kemahiran mendengar

2.1 Pengenalan

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia dalam buku Huraian Sukatan


Pelajaran Bahasa Melayu SK Tahun 2, kemahiran mendengar merujuk kepada
keupayaan seseorang murid mendengar dengan teliti , memahami dan menghayati
perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan , serta dapat
memberikan maklum balas .Menurut Yahya Othman dalam buku Pedagogi
Bahasa pula menyatakan mendengar adalah kemahiran berbahasa yang penting
dan perlu dipelajari secara insentif terutama semasa belajar di sekolah rendah dan
menengah seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran . Aktiviti mendengar
penting untuk dikuasai kerana penggunaannya begitu meluas dalam kehidupan
seharian . Alat pendengaran yang digunakan untuk mendengar ialah telinga .
Mendengar memerlukan perhatian yang tinggi dan tumpuan yang sepenuhnya. Hal
ini kerana proses ini melibatkan proses kognitif untuk memahami dan memproses
maklumat yang didengari . Seorang pendengar yang baik bukan sahaja mampu
mendengar secara aktif , bahkan juga mampu menginterpretasikan dan
memahami ujaran penutur dengan kritis dan kreatif.

1
2.2 Konsep-konsep penting tentang pendengaran

Pendengaran boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara . Antaranya ialah :

a) Pendengaran merupakan gabungan segala yang didengar , difaham , dan


diingat .
b) Pendengaran berlaku melalui latihan-latihan khas yang dilakukan secara
berperingkat-peringkat .
c) Individu yang banyak belajar mendengar melalui pengalaman daripada
melalui kecerdasan otaknya.
d) Aspek fizikal , psikologi dan neurologi mempengaruhi proses pendengaran .
e) Pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang logik dan
berkesan .
f) Pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan .
g) Pendengaran untuk tujuan hiburan melibatkan tindak balas positif terhadap
muzik , kesusasteraan , drama , dan bahan-bahan kreatif yang lain .
h) Pendengaran untuk mnegkritik memerlukan pendengaran yang berpusatkan
idea utama , hujah , dan bukti .
i) Pendengaran untuk tujuan apreasi memerlukan analisi kritis terhadap
bentuk dan isi .

2.3 Proses Mendengar

Mendengar merupakan proses yang aktif melibatkan kemahiran


mendiskriminasikan bunyi bahasa . Oleh itu, sebagai seorang pendengar , kita
haruslah bijak menapis , menilai , dan menerima input-input yang benar-benar
mustahak dan relevan dan tidak wajar menerima sahaja input yang sampai ke otak
secara pasif .

Proses mendengar sesuatu yang didengar melibatkan organ telinga untuk


mendengar sesuatu bunyi. Biasanya , proses mendengar berlaku dalam empat
peringkat , iaitu yang pertama, mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa, kemudian
memahami bunyi-bunyi tersebut, menilai bunyi-bunyi tersebut dan yang keempat
bertindak terhadap bunyi-bunyi tadi . Organ pendengaran manusia terdiri daripada
dedaun telinga, gegendang telinga, bendalir, alat-alat deria telinga tengah dan
2
telinga dalam. Organ yang sensitif dan kompleks ini akan menangkap dan
mentafsir pelbagai bentuk bunyi sehingga membolehkan kita mendengar sesuatu
bunyi.

Pendengaran adalah satu unsur komunikasi. Komunikasi lisan tidak akan


lengkap sekiranya tanpa pendengar . Penutur merupakan punca sesuatu
komunikasi yang akan menubuhkan kod-kod tertentu bagi mesej yang hendak
disampaikan itu di dalam otaknya. Kemudian , menerusi alat pertuturannya, kod-
kod tersebut akan disampaikan sebagai bunyi bahasa. Bunyi tersebut akan
diterima sebagai gelombang bunyi yang menggentarkan gegendang telinga
pendengar dan di situ bermulalah satu getaran yang berakhir di bahagian telinga
dalam pendengar.

Sehingga kini proses pendengaran yang berlaku hanya bersifat fisiologikal.


Pendengaran dengan kefahaman belum berlaku sehingga mesej yang diterima itu
dianalisis dan ditafsir oleh otak. Sebenarnya rangsangan bunyi tersebut sampai ke
bahagian otak dan saraf tunjang secepat kilat, sebagai satu desakan saraf yang
bertindak sebagai elektrokimia. Di bahagian otak, rangsangan bunyi itu mula
diterima sebagai bunyi berasingan ataupun sebagai satu kumpulan bunyi yang
mesti ditempatkan dalam satu konteks tertentu. Kemudian barulah ia dikenali
sebagai simbol perkataan yang bermakna dalam sesuatu bahasa.

Seterusnya bahagian otak pendengar akan memadankan bunyi perkataan


tadi dengan pengalaman dan kumpulan makna yang telah sedia ada dalam
otaknya, kemudian pendengar baru dapat menjangka maksud sebenar bunyi
bahasa yang didengarnya. Secara sedar atau tidak , ia telah menilai bunyi tersebut
berdasarkan sikap, nilai dan kepercayaannya sebelum memberi reaksi terhadap
mesej penutur tadi. Segala pengalaman dan maklumat yang diterima akan
disimpan dalam otak dan dalam keadaan tertentu pengalaman dan maklumat
tersebut dapat diingat kembali.

Daripada model pendengaran tadi, kita dapat merumuskan beberapa


kesimpulan Makna atau maksud sesuatu ujaran itu didapati oleh seseorang
pendengar berdasarkan tanggapan, pengetahuan, pengalaman dan penghargaan
3
sendiri tentang perkataan itu, tidak semestinya sama dengan maksud yang hendak
disampaikan oleh penutur. Ketepatan maksud yang ditanggap oleh pendengar
bergantung kepada beberapa faktor lain seperti tahap kemesraannya dengan
penutur, suasana sekeliling, bahan pertuturan, kesediaan mendengar, penumpuan
dan motivasinya . Perhatian, penerimaan dan persepsi pendengar merupakan
kemahiran yang boleh dilatih dan dikuasai .

Kebiasaan dan tatatertib komunikasi merupakan beberapa perlakuan


tertentu daripada penutur dan pendengar supaya perhubungan itu dapat berjalan
dengan lancar dan berkesan . Kebiasaan kemahiran mendengar yang buruk boleh
merosakkan persefahaman, tetapi ini dapat diperbaiki dengan kesedaran dan
latihan .

2.4 Jenis Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Antaranya ialah :

a) Jenis Kemahiran Mendengar Aktif

Kemahiran mendengar aktif merujuk kepada mendengar bagi mendapat


makna , iaitu perkara yang didengar itu benar-benar difahami seperti yang
dimaksudkan oleh penutur . Mendengar secara aktif ini juga dikenali sebagai
mendengar secara interaktif. Kemahiran ini melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu
penutur dan pendengar. Mereka berperanan secara aktif semasa sesi perbualan
tersebut masing-masing . Semasa aktiviti mendengar aktif, seseorang itu boleh
mencelah dengan mengemukakan soalan tambahan bagi mencari penjelasan,
pengulangan ataupun mengucapkan semula. Kemahiran ini digunakan secara
meluas dalam pelbagai situasi . Contohnya , kuliah , perbualan harian , sesi kuliah
dan doktor yang sedang menasihati pesakit . Untuk menjadi pendengar yang baik,
kita perlu menghayati apa yang diperkatakan. Menghayati memerlukan perhatian,
penganalisisan dan mengingati setiap stimulasi yang didengar . Kedua-dua aspek
ini penting untuk membolehkan seseorang menjadi pendengar yang aktif .
Mendengar tanpa menghayati adalah perkara yang sia-sia sahaja.
4
Sebagai panduan , seseorang itu perlulah mendengar dengan aktif dan
serius tentang apa yang diperkatakan dari segi Intensif, empati membina
kemahiran mendengar yang efektif , membina kemahiran bertindak balas . Dengan
kemahiran ini , kita dapat mempertingkat keupayaan kita untuk memahami dan
menelah makumat verbal . Kemahiran ini juga boleh membantu kita
mengetengahkan idea dan pengetahuan kita secara lebih efektif . Fikiran kita turut
akan menjadi luas dan kita dapat mengelakkan salah faham dan konflik , serta
membina kepercayaan antara satu sama lain .

b) Jenis Kemahiran Mendengar Pasif

Kemahiran mendengar pasif merupakan peringkat kemahiran mendengar


yang paling rendah . Pada peringkat ini , pendengar biasanya tidak beupaya
memahami makna keseluruhan yang diucapkan dalam sesuatu pertuturan yang
didengarinya . Pendengar juga jarang-jarang dapat memahami dan mengingati
serta menyebutkan semula perkara-perkara yang didengar itu. Pendengar
mendengar tanpa bertindak balas dan tidak memberi sebarang respons . Hal ini
akan menyebabkan pendengar selalu kehilangan fakta penting dan memberi
tanggapan yang tidak menepati maksud penutur .

Banyak perkara yang boleh mendorong kanak-kanak mendengar secara


pasif . Antaranya adalah kerana bahan yang diperdengarkan itu tidak menarik
minat mereka atau kerana bahan itu terlalu sukar untuk difahami dan tidak
bermakna kepada mereka . Gaya penyampaian penutur yang biasa dan tidak
pelbagai boleh menyebabkan pendengar berasa bosan dan tidak bersedia untuk
mendengar dan memberikan respons .

Kemahiran ini akan menyebabkan pendengar cendurung memilih aspek


tertentu yang terdapat dalam pertuturan bagi menyokong pendapat dan
kepercayaannya semata-mata . Dia membentuk pendapat sendiri tanpa
mengambil kira informasi yang betul . Dia tidak dapat melatih pemikiran secara
berstruktur , malah memberikan penilaian yang berat sebelah dan tidak berfikiran
terbuka . Hal ini akan menyebabkan dia tidak wajar membuat penilaian dan

5
kesimpulan terhadap keseluruhan pernyataan tersebut kerana penilaiannya adalah
tidak adil . Oleh itu , kemahiran mendengar pasifadalah tidak digalakkan .

c) Jenis Kemahiran Mendengar Kritis

Kemahiran mendengar kritis merupakan jenis kemahiran peringkat tinggi


yang perlu dikuasai oleh semua orang . Pada peringkat ini , pendengar bukan
sahaja dapat memahami mesej yang disampaikan dengan baik , malah
berkemampuan untuk menilai , memilih dan menentukan fakta yang relevan .
Pendengar dapat menyatakan sesuatu yang benar , melihat kepada realiti dan
menilai secara adil . Hal ini kerana kemahiran mendengar kritis melibatkan
pemikiran kritis .

d) Jenis Kemahiran Mendengar Kreatif

Kemahiran mendengar secara kreatif ialah kemahiran yang paling tinggi dan
menjadi matlamat pengajaran dan pembelajaran lisan di peringkat mendengar .
Kemahiran ini memerlukan latihan demi latihan . Kemahiran mendengar kreatif
merujuk kepada kreativiti pendengar sendiri dalam memanipulasikan ujaran
penutur . Pada peringkat ini , pendengar berupaya menggunakan daya kreativiti
sendiri untuk mencipta sesuatu setelah dia mendengar sesuatu pertuturan.
Pendengar dapat memahami ujaran yang dikemukakan dengan baik . Selain itu ,
dia berupaya membuat tafsiran , kritikan , analisis , ulasan dan komen yang jitu
dan bernas . Pendengar yang memiliki kemahiran ini mampu mengemukakan
konsep yang baharu hasil perbualam yang didengarnya .

1.5 Faktor yang mempengaruhi pendengaran

A ) status sosial

Faktor status sosial ini melibatkan asal-usul kanak-kanak , iaitu latar


belakang keluarga. Status sosial akan membentuk kemahiran mendengar kanak-

6
kanak itu . Emosi juga memainkan peranan dalam proses pendengaran kanak-
kanak . Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberikan
tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar .

B ) perubahan respons

Dalam perbualan yang melibatkan beberapa orang penutur, idea yang


berlainan akan menyebabkan fokus pada aktiviti pendengaran akan terganggu .
Setiap orang yang mempunyai idea yang berbeza akan berusaha menegakkan
idea masing-masing.

C ) menyampuk

Menyampuk merujuk kepada gangguan perbualan , iaitu penutur kedua


ingin bertutur pada masa penutur pertama sedang bertutur . Fenomena ini
menggangu pendengaran kerana mesej dan idea yang diutarakan tidak sempurna.

D ) fizikal

Kanak-kanak normal mempunyai pendengaran yang semula jadi sejak


dilahirkan. Peringkat kemahiran ini berbeza antara seseorang ada yang
mempunyai pendengaran tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka tidak
tergolong dalam cacat pendengaran.

E ) jantina

Terdapat perbezaan kemahiran mendengar antara kanak-kanak lelaki dan


perempuan. Apabila kanak-kanak lelaki berumur 7 hingga 9 tahun, mereka kurang
kefahaman tentang kemahiran mendengar berbanding dengan kanak-kanak
perempuan yang sebaya dengan mereka.

F ) terleka

Pekara ini berlaku akibat pendengaran kita menerawang . Terleka merujuk


kepada pendengaran kita yang secara tiba-tiba tidak menyerap input yang
disampaikan oleh penutur.

7
G ) gangguan bunyi

Semasa mendengar, terdapat banyak gangguan seperti persekitaran dan


bunyi bising. Gangguan ini akan mempengaruhi pengamatan dan kemahiran
mendengar seseorang itu.

H ) kebosanan

Aktiviti pendengaran kita boleh diganggu oleh rasa bosan yang


menyebabkan kita gagal memberikan perhatian pada perkara yang diujarkan .
Kebosanan ini berlaku mungkin kerana penutur bertutur terlalu perlahan
berbanding keupayaan otak kita untuk bertindak balas .

I ) fikiran tertutup

Mendengar dengan fikiran yang tertutup boleh menggugat sistem


pendengaran kita. Kita akan kehilangan maklumat penting yang cuba disampaikan
penutur kepada kita.

1.5 Peringkat - Peringkat Kemahiran Mendengar

Terdapat 3 peringkat kemahiran mendengar.

Pada peringkat permulaan kemahiran mendengar, pelajar akan diajar untuk


mengecam, mengajuk dan memilih bunyi. Mereka juga diajar untuk mendengar
dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat dalam petikan. Pada
peringkat ini , pelajar akan melakukan perkara dan aktiviti yang disuruh oleh guru.
8
Sebagai contoh, guru menyuruh pelajar-pelajar untuk menggayakan gaya seekor
burung . Maka , pelajar-pelajar tersebut akan bertindak balas dengan
menggayakan aksi seekor burung mengikut kreativiti masing-masing. Selain itu,
pada peringkat awal ini, pelajar cepat bertindak terhadap soalan yang mudah.
Pelajar-pelajar juga dapat mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat
mudah dengan tepat . Murid-murid juga dapat mengingat dan memadankan
perkataan dan ayat-ayat mudah dengan tepat.

Pada peringkat kedua atau peringkat pertengahan dalam kemahiran


mendengar ini, pelajar didedahkan untuk mengecam dan mengingat fakta dan
butiran secara tepat dan terperinci . Pelajar juga diajar untuk mengenal informasi-
informasi spesifik atau maklumat khusus. Sebagai contoh, guru memberitahu
pelajar tentang sebuah peristiwa yang terjadi baru-baru ini . Hal ini dapat
meningkatkan pengetahuan murid . Pada peringkat ini , pelajar juga didedahkan
untuk mengenali sebab dan akibat sesuatu tindakan yang dibuat. Selain diajar
untuk mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi dalam kehidupan
sosial , mereka juga akan diterapkan ilmu dalam aspek mengenal sikap dan
perasaan orang yang bercakap. Mereka turut akan dipupuk untuk menjadi seorang
pendengar yang baik dengan sentiasa menumpukan perhatian terhadap
penyampai untuk menjaga perasaan penyampai .

Peringkat ketiga pula ialah peringkat maju dalam kemahiran mendengar.


Pada peringkat ini, pelajar akan dilatih untuk mengenal isi-isi penting. Sebagai
contoh, dalam sebuah karangan, guru akan mengajar pelajar-pelajar tentang cara
untuk mencari isi-isi utama dalam karangan tersebut . Pelajar akan dapat
mengenal peranan dan perhubungan orang yang bercakap. Selain itu, pelajar akan
diajar untuk mentafsirkan maksud orang yang bercakap. murid tersebut juga dapat
membezakan tekanan dan intonasi dalam sesebuah pertuturan. Contohnya, dalam
sukatan pelajaran Tahun Empat , pelajar diajar untuk mendengar dan mengecam
intonasi yang betul dalam soalan tanpa kata tanya. Mereka juga diajar untuk
mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah yang didengar sama ada
merujuk kepada guru atau kawan-kawan. Pada peringkat ini juga, mereka akan

9
dididik untuk mengikut aliran dalam dialog atau perbualan serta mereka dapat
menafsirkan tujuan penutur menggunakan pelbagai bentuk struktur nahu.

3. 0 Kemahiran Bertutur

3.1 Pengenalan

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia dalam buku Huraian Sukatan


Pelajaran Bahasa Melayu SK Tahun 2, kemahiran bertutur bermaksud keupayaan
murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan , menyampaikan maklumat ,
pendapat , perasaan , serta idea yang kritis dan kreatif , dengan sebutan dan
intonasi yang betul secara sopan . Penekanan diberikan pada pengucapan yang
menggunakan tatabahasa yang betul .

Kemahiran bertutur juga bermaksud kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang


dilahirkan daripada alat artikulator manusia iaitu sebutan. Kemahiran bertutur
merupakan kemahiran berinteraksi yang melibatkan penggunaan bahasa.
Kemahiran bertutur berlaku pada peringkat pelahiran yang tidak boleh dicipta oleh
pelajar, tetapi mesti ditiru dan diajuk. Konsep ajukan dan tiruan ini perlu dikuasai
untuk menghasilkan pertuturan yang baik. Model yang baik sangat diperlukan
untuk menghasil ajukan yang baik.

Dalam ilmu linguistik, bahasa lisan atau pertuturan menggunakan bahasa


yang akan menghasilkan interaksi dua hala yang sempurna berbanding bahasa
tulisan. Hal ini kerana dalam bahasa tulisan, aspek sebutan seperti intonasi, rentak
, tekanan, jeda dan persediaan tidak dapat digambarkan dengan jelas.

3.1 Konsep Bertutur

Seperti yang telah diketahui , hubungan antara kemahiran bertutur dengan


kemahiran mendengar adalah saling berkait rapat . Oleh itu, kemahiran bertutur
melibatkan beberapa konsep . Antaranya ialah pertuturan merupakan gabungan

10
bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan oleh individu . Pertuturan berlaku pada
peringkat pelahiran setelah penutur dapat lebih banyak belajar bertutur melalui
pengalaman daripada melalui kecergasan otaknya . Individu lebih banyak belajar
bertutur melalui pengalaman daripada melalui kecergasan otaknya . Aspek fizikal,
kesihatan, persekitaran dan jantina boleh mempengaruhi kemahiran bertutur .
Pertuturan yang dapat dikuasai dengan baik akan menghasilkan tabiat berbahasa
yang baik. Tabiat berbahasa yang baik itu pula membolehkan penutur berinteraksi
atau berkomunikasi secara berkesan. Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan
memberi tumpuan kepada aspek fonologi , struktur , intonasi , dan penguasaan
sistem bunyi .

3.2 Tujuan Bertutur

Bertutur atau bercakap merupakan satu kemahiran bahasa . Dalam


komunikasi lisan , terdapat dua pihak , iaitu penutur sebagai penghantar
komunikasi lisan dan pendengar sebagai penerima komunikasi lisan .

Antara tujuan bertutur adalah untuk memaklumkan . Kita haruslah


memperjelas maklumat kepada pendengar supaya mereka dapat memahami
maklumat yang kita hendak sampaikan , maklumat itu bermakna dan mudah
diingati. Untuk mencapai tujuan ini , kita mestilah memberitahu pendengar perkara
yang akan kita perkatakan , ujarkan atau memaklumkan perkara tersebut dan
simpulkan perkara yang telah kita katakan .

Selain itu , bertutur juga bertujuan untuk mempengaruhi . Tujuan ini adalah
merujuk kepada ujaran penutur yang menghendaki pendengar mengubah persepsi
atau fikirannya tentang sesuatu perkara atau mempengaruhi pendengar membuat
keputusan terhadap sesuatu perkara . Penutur perlu mempunyai kemahiran dan
pengalaman yang seculup-cukupnya supaya dapat mencapai objektif bertutur bagi
mempengaruhi pendengar terhadap sesuatu . Penutur perlu menyediakan hujah
yang relevan bagi mempengaruhi dan memotivasikan pendengarnya .

11
Di samping itu , bertutur adalah untuk tujuan keseronokan . Bertutur untuk
tujuan keseronokan merupakan tujuan sampingan individu bertutur . Tujuan ini
memberi manfaat kepada kedua-dua pihak . Bagi penutur , pendengar akan
cenderung untuk mendengar ujarannya manakala bagi pendengar pula , mereka
akan memperolehi hiburan . Mereka tidak akan berasa bosan , di sebaliknya
mereka akan berasa seronok .

Kita juga bertutur untuk tujuan penyelesaian masalah . Tiada manusia yang
boleh lari daripada masalah . Oleh hal yang demikian , apabila timbul masalah ,
kita perlulah menyelesaikannya . Tujuan bertutur untuk penyelesaian masalah
ketara berlaku di dalam bilik darjah , iaitu apabila pelajar dikemukakan dengan
sesuatu tugasan individu atau kumpulan dan mereka dikehendaki untuk bertutur
dan berinteraksi bagi menyempurnakan tugasan tersebut . Dalam hal ini , individu
yang terlibat perlu berupaya untuk memberikan maklumat dan cadangan jalan
penyelesaian terhadap masalah yang diketengahkan itu .

3.3 Aspek-aspek Pertuturan

Aspek pertuturan dibahagikan kepada dua bahagian , iaitu aspek linguistik


dan bukan linguistik .

Dalam aspek linguistik , bahasa pertuturan melibatkan pelbagai aspek .


Aspek-aspek tersebut merupakan sebutan , tekanan , intonasi , nada , jeda , mora
dan tempo .

Sebutan ialah cara menyebut atau membunyikan sesuatu perkataan dalam


sesuatu bahasa . Dari segi sebutan , murid-murid diajar mengenal huruf dan bunyi-
bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat. Hal ini
bertujuan untuk melatih mereka menyebut sesuatu dengan tepat dan jelas .
Mereka juga harus menyebut dengan betul mengikut bunyi , ejaan dan makna .

Tekanan pula ialah salah satu cara menyebut perkataan , frasa atau ayat
dengan suara yang lebih lantang atau lebih kuat . Biasanya tekanan dilakukan

12
pada suku kata dan tekanan ini bertujuan untuk menandakan keras atau lembut
sesuatu pengucapan . Contohnya , kita akan menggunakan tekanan suara bagi
menyampaikan sesuatu maksud seperti marah atau hairan dan dalam keadaan
tertentu sebagai desakan kepada pendengar .

Intonasi pula merupakan salah satu cara melafazkan ayat dengan bunyi
suara yang menaik atau menurun . Intonasi kadang-kala juga disebut sebagai
nada suara. Intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan
berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan. Intonasi boleh menaik,
menurun, boleh mendatar dan sebagainya. Ayat tanya biasanya mempunyai
intonasi menaik di akhir ayat manakala ayat penyata pula mempunyai intonasi
yang menurun . Contohnya , di dalam bilik darjah , penggunaan intonasi suara
ditekankan semasa aktiviti lisan seperti membaca , bercerita , berlakon dan
berbual-bual .

Nada ialah keadaan bunyi suara yang menaik atau menurun semasa
sesuatu perkataan itu dilafazkan . Nada suara amat berperanan dalam bidang
muzik . Dalam bidang muzik , kita dapati ada lapan nada iaitu Do, Re, Mi, Fa,
So,La, Ti, dan Do. Setiap nada ini mewakili satu suku kata. Dalam bahasa Melayu,
nada tidak bersifat fonemik . Kewujudannya lebih ketara dalam Bahasa Cina .

Jeda merupakan unsur yang digunakan untuk memisahkan elemen-elemen


linguistik seperti perkataan , rangkai kata , atau ayat . Dalam sesebuah ayat yang
diucapkan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Jeda perlu diberikan
perhatian , terutamanya semasa aktiviti membaca . Hal ini kerana unsur ini boleh
membawa makna yang berbeza dan mengelirukan pendengar jika hentian
sebentar yang tidak menentu dilakukan .

Mora pula merujuk kepada kadar sesuatu bunyi itu diucapkan . Konsepnya
sama dengan 'harakat' dalam bahasa Arab . Unsur ini biasanya tidak begitu ketara
dalam Bahasa Melayu . Sebutan sesuatu perkataan , sama ada dipanjangkan
atau dipendekkan tidak membawa sebarang perbezaan atau perubahan makna .
Penggunaan unsur ini agak lebih ketara dalam Bahasa Inggeris dan Arab .

13
Tempo pula merujuk kepada kadar cepat atau lambat sesuatu ujaran itu
dituturkan . Sebagai contoh , ulasan selari sesuatu pertandingan mengkehendaki
penutur bercakap dengan cepat disertai ujaran yang padat dalam tempoh tempoh
yang singkat . Penggunaan tempo amat ketara dalam bidang muzik . Pada
peringkat rendah , aktiviti bertutur yang dijalankan tidak menggalakkan tempo
yang cepat dan pantas . Sebaliknya , murid dilatih untuk bertutur dan melafazkan
sesuatu secara neutral .

Aspek aspek bukan linguistik ialah kelancaran (bertutur tanpa sebarang


gangguan) , kefasihan (bertutur dengan petah seperti penutur jati) , pergerakan
tubuh (bahasa tubuh) bahasa isyarat (pola pergerakan jari atau tangan dan
ekspresi muka) , tatabahasa dan laras bahasa .

Kelancaran bermaksud boleh bertutur dalam keadaan kemas dan teratur ,


malah dapat bertutur tanpa sebarang gangguan . Hal ini banyak dipengaruhi dan
ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan
murid-murid. Untuk membolehkan murid memperoleh kelancaran dalam pertuturan
,mereka perlu didedahkan dengan pelbagai aktiviti seperti bersyarahan , berpidato
dan berbahas .

Kefasihan bererti mampu bertutur dengan petah seperti penutur jati .


Kefasihan juga bererti murid-murid bukan sahaja boleh bercakap dalam bentuk
yang kemas, teratur dan lancar tetapi mereka juga boleh membunyikan kata atau
menyebut perkataan dan ayat-ayat yang dituturkan itu secara jelas dan tepat.
Murid amat digalakkan untuk menjalani aktiviti menyebut dan membaca teks
secara kuat . Aktiviti ini dapat membantu murid mencapai tahap kefasihan dalam
sesuatu bahasa .

Pergerakan tubuh ialah sejenis komunikasi yang berlaku tanpa


mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa tetapi dengan pergerakan tertentu untuk
menyampaikan mesej penutur kepada pendengar . Contoh-contoh pergerakan
tubuh adalah memeluk badan , pndangan mata dan gerakan tangan .

14
Bahasa isyarat merupakan bahasa isyarat menggunakan gerakan tangan
dan bibir untuk menyampaikan mesej penutur kepada pendengar . Bahasa isyarat
termasuklah kombinasi pola gerakan jejari , tangan , badan serta ekspresi muka
bagi menyampaikan idea penutur . Bahasa isyarat dikatakan lebih sistematik dan
maju daripada bahasa tubuh kerana ia dapat dipelajari oleh semua orang .

Tatabahasa adalah satu sistem, peraturan atau undang-undang yang


menggabungkan kata untuk membentuk ayat . Peraturan-peraturan ini mempunyai
kaedah dan formula tertentu. Ia terdiri daripada aspek fonologi, morfologi dan
sintaksis. Dalam bahasa pertuturan , walaupun lumrahnya aspek tatabahasa tidak
begitu dipentingkan tetapi untuk memperolehi kebiasaan bertutur atau bercakap
dengan baik dan berkesan aspek ini haruslah ditekankan.

Laras bahasa dalam konteks ini ialah murid-murid boleh menggunakan


bahasa dalam berbagai-bagai konteks,suasana dan situasi yang sesuai .
Tujuannya adalah memastikan murid-murid boleh menggunakan bahasa itu untuk
tujuan-tujuan berkomunikasi secara berkesan .

3.4 Faktor yang mempengaruhi pertuturan

a. Faktor fisiologi

(i) Jantina
Kajian sains telah membuktikan bahawa kanak-kanak perempuan lebih
cepat pandai bertutur berbanding dengan kanak-kanak lelaki . Namun ,
perbezaan jantina tidak lagi mempunyai kesan yang ketara dalam
penguasaan kemahiran bertutur antara mereka pada tahap pertama
persekolahan .
Hal ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak-kanak perempuan
yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan mereka lebih cepat
daripada kanak-kanak lelaki.

(ii) Penyakit

15
Kecacatan pada pita suara , serangan penyakit pada tenggorok dan
paru-paru akan menjejaskan keupayaan bertutur seseorang . Kecacatan
pada otak pula akan menyebabkan kegagalan alat pertuturan berfungsi
dengan baik sehingga menyebabkan kesukaran dalam
penginterpretasian mesej dan seterusnya penghasilan ujaran yang
bercelaru .

(iii) Kecerdasan
Faktor kecerdasan merujuk kepada potensi otak kanak-kanak itu sendiri.
Kecerdasan otak yang maksimaakan dapat membantu mereka untuk
menghasilkan bahasa atau mengingat sesuatu perkataan . Penutur yang
cerdas dapat bertutur dengan mudah dan lancar serta melibatkan diri
dalam aktiviti pertuturan yang merangsang kecerdasan mereka .

b. Faktor fizikal
(i) Alat pendengaran

Masalah pendengaran akan menyebabkan seseorang mengalami masalah


pertuturan . Penyakit pekak akan menyebabkan seseorang tidak boleh
bertutur kerana mereka tidak pernah mendengar bunyi bahasa .

(ii) Alat pertuturan

Kerosakan pada artikulasi akan menyebabkan seseorang itu bisu atau


gagap . Keadaan bibir yang sumbing dan rekahan pada lelangit memberi
kesan kepada aktiviti bertutur orang tersebut . Lazimnya ,kanak-kanak yang
mengalami masalah pendengaran juga mengalami masalah pertuturan .

c. Faktor persekitaran
(i) Keluarga - Ibu bapa haruslah selalu berkomunikasi dengan anak
supaya mereka dapat mempelajari struktur bahasa dan tatabahasa
yang betul , menambah perbendeharaan kata dan seterusnya dapat
meningkatkan keupayaan bertutur anak-anak .
(ii) Sosioekonomi Tahap sosioekonomi yang tinggi membolehkan
anak-anak mereka dapat menguasai kemahiran bertutur dengan

16
lebih cepat . Hal ini kerana ibu bapanya mampu menyediakan segala
kemudahan pembelajaran bahasa kepada anak-anak mereka .

d. Faktor Kesihatan
Kanak-kanak yang mempunyai penyakit ataupun sakit yang berlanjutan
akan menjejaskan perkembangan pertuturan mereka. Ia sekali gus
menjejaskan penguasaan bahasa mereka kerana kebiasaannya kanak-
kanak yang berpenyakit akan lemah daya fikiran mereka.
e. Dwibahasa
Gangguan bahasa ibunda akan menggangu pertuturan kita dalam bahasa
rasmi . Kanak-kanak yang eka bahasa selalu dapat bertutur lebih baik
daripada kanak-kanak yang dwibahasa . Hal ini kerana faktor gangguan
bahasa pertama , iaitu bahasa ibunda .

3.5 Peringkat Kemahiran bertutur

Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur, kita haruslah sentiasa bertutur


dengan fasih dan dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa
yang tepat dan sesuai mengikut situasi perhubungan di sekolah dan dalam
kalangan masyarakat. Hal ini menegaskan betapa perlunya kemahiran bertutur itu
perlu dikuasai secara berperingkat-peringkat, yakni peringkat awalnya melibatkan
pertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjah sehinggalah murid
boleh bertutur dengan ahli. masyarakat di luar bilik darjah. Dengan demikian,
pengelompokan pengajaran kemahiran bertutur dapat diklasifikasi
mengikut peringkat: peringkat awal, pertengahan dan maju.

Peringkat awal :
a) Melafazkan pengucapan bertatasusila .
b) Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar .
c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat .
d) Bertutur secara jelas dandapat difahami oleh pendengar .
e) Menggunakan kota kasa baharu untuk menceritakan perasaan , pemikiran
pengalaman dan pemerhatian .
f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah . 17
g) Memberikan arahan .
h) Bercerita berdasarkan pengalaman sendiri .
Peringkat Pertengahan:
1. Membaca iklan, peraturan-peraturan.
2. Memberi ucapan pendek dan mudah.
3. Mengambil bahagian dalam perbualan mudah.
4. Memberi komen secara mudah.
5. Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.
6. Mendekripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek,
permainan, proses dan sebagainya.
7. Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa
menggunakannya.
8. Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog.

Peringkat maju :

1. Memainkan peranan yang aktif dalam perbincangan kumpulan .


2. Bertanyakan soalan bagi mendapatkan keterangan lanjut dan jelasan idea .
3. Menggunakan pelbagai aras kosa kata dan laras bahasa dalam pertuturan.
4. Menggunakan teknik komunikasi verbal yang teratur bagi pembentangan hasil
perbincangan ( contohnya , pemilihan kata , tatabahasa , dan nada ) .
5. Membuat persembahan lisan secara formal dalam kelas .
6. Memberikan respons kepada soalan dan maklum balas kepada ahan
pembentangan ( contohnya , mempertahankan pendapat dan memberikan
hujah ) .

18
3.6 Jenis-jenis aktiviti bertutur

bercerita berlakon menyanyi berbual berbincang

Berlakon
Bercerita
~ Murid diberikan peluang untuk bertutur
~ Murid diberikan peluang untuk secara bebas , beraksi sesama diri dan
menyampaikan sesuatu cerita . berhibur bersama-sama rakan sebaya .
~ Cara ini dapat menggalakkan ~ Cara ini membolehkan murid bertutur
penguasaan kemahiran lisan dan dengan gaya , suara dan intonasi yang betul
perkembangan bahasa , meningkatkan serta menggunakan bahasa berdasarkan
kefahaman , serta menyuburkan akal situasi dan konteks tertentu .
dan daya imaginasi murid .

Menyanyi Berbual

~ Aktiviti ini mendorong kanak- bersuara ~ guru boleh berbual tentang pelbagai isu
atau berkata-kata . yang berlaku di persekitaran .

~ Aktiviti ini menjadikan pengajaran guru Guru boleh memulakan dengan menanyakan
lebih menarik , memudahkan beberapa soalan tentang perkara dan
pemahaman , membantu murid berfokus kepada satu topik yang boleh
mengingat kembali perkara yang telah menarik minat murid .
dipelajari. ~ Semasa berbual , murid digalakkan untuk
~ Murid dapat menguasai memberikan komen , pendapat dan
perbendaharaan kata sebutan dengan menerangkan sesuatu tanpa perasaan segan
lebih mudah . , takut dan malu . 19
4.0 Kemahiran Membaca

4.1 Pengenalan

Menurut kamus Dewan edisi Empat, baca ditakrifkan sebagai


memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan
memahamkan makna kandungannya. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SK Tahun 2, kemahiran
membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan , intonasi , jeda
,dan kelancaran yang betul . Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman
dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan
menggunakan pelbagai teknik bacaan . Di samping itu, murid berupaya
menghayati teks yang dibaca . Membaca merupakan proses dinamik yang
kompleks seperti membaca pantas, memahami dan mengingati fakta yang
diperolehi serta membuat interpretasi secara bijak dan analisis. Proses ini
dinamakan komunikasi secara langsung dengan bahan bacaan. Membaca ialah
proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca memerlukan
seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada
lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya . Membaca
dapat membantu untuk memperluas pemikiran dan pengalaman , mencerna idea
serta berupaya untuk meningkatkan daya kreatif seorang individu individu dalam
pelbagai bidang .Seseorang yang berjaya menguasai kemahiran membaca
bermakna dia telah berjaya merobohkan sebuah tembok pemisah yang maha
besar antara dirinya dengan lautan ilmu yang wujud dalam pelbagai bentuk karya .

4.2 Konsep Membaca

Membaca ialah satu tindakan komunikasi , iaitu satu proses berfikir yang
melibatkan idea, kenyataan , dan perasaan yang disampaikan oleh penulis kepada

20
pembaca melalui perantaraan lambang-lambang bahasa . Menurut Cohen (1990) ,
membaca ialah tindak balas daripada kemahiran kepada pengalaman melalui
penggunaan kata , frasa dan tatabahasa . Membaca memerlukan kemahiran
mentafsir serta pemikiran yang tinggi untuk memahami makna daripada teks yang
bercetak . Oleh itu , kita sebagai pembaca yang baik , kita bukan hanya menerima
apa-apa yang dibaca secara pasif , malah kita harus mampu merasa , menimbang
, menyoal , dan menyingkir serta memahami bahan yang dibaca . Konsep
membaca dikategorikan kepada 3 bahagian , iaitu membunyikan perkataan demi
perkataan , pengenalpastian perkataan demi perkataan dan memperoleh makna ,
dan memberikan maksud dan makna kepada teks yang dibaca , di samping
memahami teks tersebut .

4.3 Tujuan membaca

Membaca untuk pengalaman sastera

Pembacaan bahan-bahan sastera membolehkan kita meneroka perkara


yang berlaku di persekitaran manusia , menghubungkan peristiwa naratif dengan
pengalaman peribadi dan menghubungkaitkan emosi dengan situasi dan
kemungkinan sesuatu .

Membaca untuk mendapatkan maklumat

Pembacaan bahan dan teks yang berbentuk informatif memboleh kita


memperoleh maklumat . Tujuan membaca ini melibatkan strategi membaca dan
berfikir yang nyata berbeza daripada tujuan membaca yang lain . Misalnya ,
pembaca perlu menginterpretasikan bahan lain yang disertakan dengan teks
seperti carta , graf , peta dan jadual . Contoh bahan bermaklumat ialah artikel
sains , bahan sejarah , penulisan ilmiah , dan artikel sains .

Membaca untuk menyelesaikan sesuatu tugasan

21
Pembacaan pelbagai jenis bahan bacaan membantu kita menyelesaikan
sesuatu tugasan . Hal ini kerana kepelbagaian maklumat dalam bahan-bahan
tersebut dapat memberikan panduan dalam menyelesaikan tugasan tersebut .
Gambaran awal akan diperoleh dan kita dapat memulakan tugasan kita
berdasarkan maklumat tersebut .

Membaca untuk tujuan akademik

Untuk membuat tujuan membuat kertas kerja , disertasi atau tesis, kita
mempunyai tendensi untuk menggunakan strategi membaca secara efisien dan
kritikal . Membaca secara kritikal bermaksud kita dapat mengenalpasti kekuatan
dan kelemahan yang terdapat dalam teks . Dengan ini , pemahaman dan
pemikiran kita terhadap teks dapat ditingkatkan dan seterusnya dapat digunakan
dala penulisan akademik .

4.4 Proses Membaca

Daripada definisi-definisi yang dibincangkan di atas , ternyata bahawa


membaca adalah proses yang kompleks yang yang terdiri daripada gabungan
beberapa proses yang kompleks , iaitu proses sensori (kederiaan) , proses
pengamatan, proses bahasa (linguistik) , dan proses kognitif . Setiap proses
memainkan peranan penting dalam proses membaca secara keseluruhan .

i. Membaca sebagai proses sensori (kederiaan)

Deria atau pancaindera adalah pintu masuk pelbagai rangsangan ke otak


untuk diproses . Dua deria yang terlibat secara aktif dalam proses membaca
adalah penglihatan dan pendengaran . Kedua-dua deria ini berhubung rapat
antara satu sama lain dalam proses membaca .

a) Deria penglihatan

22
Proses membaca berlaku apabila lambang-lambang dilihat dan disalurkan
ke otak untuk diproses bagi mendapat makna sebenar. Bagi individu yang
bermasalah penglihatan (buta) deria penglihatan akan digantikan dengan deria
sentuhan .

b) Deria pendengaran

Seseorang memerlukan pendengaran yang baik untuk membolehkannya


membaca dengan baik . Seseorang perlu mendengar mesej yang diterima
dengan baik supaya dia dapat menghasilkan semula mesej itu dengan jelas dan
tepat . Keadaan ini tidak akan berlaku pada individu yang mengalami masalah
pendengaran .

ii. Membaca sebagai proses pengamatan

Pengamatan adalah satu proses menimbulkan makna kepada tugas-tugas


pancaindera berdasarkan pengalaman lalu dan pengamatan ini berhubung rapat
dengan pemikiran . Dalam bacaan, pengamatan membolehkan seseorang
mengenal lambang-lambang dengan tepat dan mengaitkannya dengan bunyi-
bunyi dan juga makna . Pengamatan dalam bacaan adalah seperti
mendiskriminasi (mengecam dan juga membezakan) , mengenal objek-objek ,
bentuk , atau corak-corak , ingatan (mengingat kembali apa yang dilihat atau
didengar) , dan turutan (memahami giliran dan urutan).

iii. Membaca sebagai satu proses bahasa

Bacaan adalah sebahagian daripada kemahiran bahasa iaitu yang bermula


daripada mendengar , bertutur , membaca , dan seterusnya menulis. Membaca
dapat membantu manusia berkomunikasi dan berhubung sesama mereka melalui
sistem lambang-lambang tulisan yang telah dicipta .

iv. Membaca adalah satu proses kognitif

23
Membaca bukan hanya melibatkan proses mekanis tetapi juga melibatkan
proses kognitif atau berfikir pada semua peringkat membaca seperti mengecam,
mendiskriminasi , dan memahami . Oleh itu kecerdasan seseorang akan
mempengaruhi kemajuannya dalam membaca.

4.5 Jenis-jenis bacaan

Bacaan mekanis

Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan


dengan sebutan yang jelas dan terang , dengan intonasi dan irama mengikut gaya
membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Orang yang
membaca harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa-apa sahaja
yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca . Lazimnya, pembaca harus memiliki
kecepatan mata yang tinggi serta pandangan mata yang jauh . Ia juga harus boleh
mengelompokkan kata-kata dengan baik dan tepat agar jelas maknanya bagi para
pendengar . Membaca mekanis merupakan satu ketrampilan yang serba rumit dan
kompleks. Ia menuntut pengertian terhadap aksara di atas halaman kertas dan
memproduksi suara yang tepat dan bermakna.

Tujuan bacaan mekanis

membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas .

membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul .

membaca dengan irama membaca yang betul .

tahu menggunakan tanda baca serta penggunaan jeda dan mora yang tepat .

dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata pelajaran yang lain .


24
membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan
membaca bersuara .
Bacaan mentalis ( senyap / akaliah)

Bacaan mentalis juga dikenali sebagai bacaan akaliah yang merupakan bacaan
secara senyap . Aspek-aspek kefahaman diberikan penekanan , sementara aspek-
aspek sebutan , nada , tekanan dan intonasi tidak ditekankan dalam bacaan ini .
Bacaan mentalis melibatkan ingatan visual dan pengaktifan mata dan ingatan .

Tujuan
melatih murid-murid supaya boleh membaca sendiri .
membaca dan memahami apa yang dibacanya .
melatih murid-murid membaca dengan senyap dan pantas .
membaca senyap untuk mendapatkan pengetahuan .
dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk hiburan .

Bacaan intensif

Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan


kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca
dengan tepat . Di samping itu , ia memberikan tekanan kepada kajian-kajian
terhadap ciri-ciri tatabahasa , meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan ,
serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan . Bacaan
intensif melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan .
25
Dalam membaca telaah isi ini, membaca teliti , membaca pemahaman , membaca
kritis dan membaca idea adalah ditekankan . Sementara dalam membaca telaah
bahasa , aspek-aspek yang menyangkut bahasa ditegaskan .

Tujuan

Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik dan sentiasa


betul dari segi sebutan, intonasi . Selain itu , mereka dapat menggunakan
tanda-tanda bacaan dengan baik .
Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam
bacaan itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian
dalam kamus.
Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya .
Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehi daripada bahan-bahan yang
dibaca .
Mengesan, memaham dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa .
Mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai .
Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan
sebagainya .

Membaca Pantas

Membaca pantas ialah satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan dalam
kadar kelajuan tertentu dan bertujuan menjimatkan masa .Proses ini hanya berlaku
melalui bacaan senyap . Pergerakan mata adalah mustahak dalam hubungan
dengan kadar kelajuan membaca.

Bacaan Secara Luncuran

Bacaan secara luncuran ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat


ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat .

Bacaan secara imbasan

26
Bacaan secara imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat
yang lebih mendalam daripada skimming. Tujuannya adalah untuk mendapatkan
maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan.

Bacaan Ekstensif

Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas . Objeknya meliputi


sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat . Tujuannya adalah
untuk memahami isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti membaca
yang berkesan . Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkara-perkara berikut:

1. membaca tinjauan

2. membaca sekilas

3. membaca dangkal

Membaca tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan .


Pembaca akan meneliti apa yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara
memeriksa , meneliti indeks , daftar kata yang terdapat dalam buku , atau melihat
judul , bab , rangka kasar , kandungan dan sebagainya. Latar belakang
pengetahuan seseorang akan menentukan tepat atau tidaknya , cepat atau
lambatnya tinjauan dapat dilakukan.

Membaca sekilas adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan


pergerakan mata yang cepat untuk melihat , memperhati bahan-bahan bertulis
bagi mencari dan mendapatkan maklumat dan penerangan . Terdapat tiga tujuan
utama dalam membaca sekilas . Pertama , untuk memperoleh suatu kesan umum
daripada sesuatu isi bacaan . Kedua, untuk mendapat hal-hal tertentu daripada
sesuatu bacaan . Ketiga, untuk mendapat bahan-bahan bacaan daripada
perpustakaan.

Membaca dangkal adalah untuk mendapat pemahaman yang dangkal yang


bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca .
Membaca begini tidak memerlukan pemikiran yang mendalam seperti keadaan
membaca karya-karya ilmiah .
27
Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti
membaca yang dilakukan di luar kelas . Bacaan bentuk ini menekankan aspek
pengukuhan asas bacaan , menambah kemahiran memahami , dan menaakul isi
bacaan , meningkatkan kepantasan membaca , membina dan mengukuh minat
membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting . Melalui bacaan ini, pelajar-
pelajar akan mendapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang
menimba ilmu pengetahuan .

Tujuan
Membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung
daripada orang lain .
Membaca dengan fasih dalam bahasa yang dipelajari .
Memperkaya bahasa , iaitu perbendaharaan kata , ungkapan , struktur ayat
dan sebagainya .
Memberi peluang murid-murid terutama yang cerdas untuk meluaskan
bacaan dan membina daya kreatif .
Menambah minat membaca .
Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik .
Mempertingkat mutu dan kepantasan membaca .
Memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasa .
Mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa .

Kemahiran membaca aktif

Kemahiran membaca aktif adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut .


Pembaca yang memiliki jenis kemahiran membaca ini akan menumpukan
perhatian kepada soalan dan mengenal pasti hujah yang relevan bagi menyokong
ideanya . Mereka akan menggunakan senarai kandungan bagi mendapatkan
maklumat yang berkaitan secara cepat . Mereka juga akan mengelompokan
maklumat yang khusus dan specifik secara bersama .

Kemahiran membaca kritikal

28
Kemahiran membaca kritikal adalah untuk mendapatkan pemahaman
mendalam . Pembaca boleh mengemukakan soalan kepada diri sendiri bagi
memperoleh pemahaman . Selain itu , pembaca akan mencatat nota dan
menggariskan maklumat penting .Terdapat pembaca yang membaca perlahan ,
membaca pantas dan membaca tanpa suara . Membaca perlahan adalah untuk
meningkatkan kefasihan manakala membaca pantas adalah untuk mendapatkan
maklumat dengan cepat . Membaca tanpa suara adalah untuk mendapatkan
makna dan pemahaman .

4.6 Peringkat Kemahiran Membaca

Kesediaan membaca

Peringkat kefahaman ini bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya


ialah faktor kematangan mental dan juga gangguan fizikal serta mental. Sekiranya
terdapat gangguan tesebut, maka berlakulah masalah kesalahan membaca .
Kekurangan dan kemudahan membaca juga boleh menyebabkan kecacatan dan
kelemahan membaca . Kesediaan membaca adalah penting supaya dapat menjadi
asas kepada peringkat perkembangan , faktor persekitaran dan peribadi dan juga
perlu untuk menyediakan pelajar bersedia membaca . Apabila kanak-kanak sudah
berada di peringkat ini , maka boleh diajar membaca secara formal . Kemahiran ini
boleh diajar atau dilatih sebelum pengajaran bacaan formal di sekolah .

Prabacaan

Tahap ini merupakan satu tempoh masa menyediakan murid untuk membaca.
Penyediaan dilakukan dengan memberi mereka pengalaman , iaitu mengenal dan
mengecam sebelum membaca huruf itu . Pada tahap ini , murid perlu didedahkan
kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan
ketajaman penglihatan dan pendengaran . Penekanan juga perlu diberi kepada
pengalaman yang membolehkan murid membentuk kelaziman membaca seperti
membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah .

29
Membaca secara mekanis

Pada tahap ini , murid sudah boleh membunyikan huruf , sukukata , perkataan ,
frasa dan ayat-ayat mudah . Mereka juga boleh membatang perkataan yang
mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan .

Membaca dan memahami

Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan . Tanpa kefahaman


terhadap apa yang dibaca perlakuanbacaan itu tidak bermakna. Pada tahap
bacaan dan kefahaman ini , murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk
mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca , mentafsir dan
menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca .

Penguasaan kosa kata seharusnya dapat membantu murid memahami


kandungan dan mesej yang hendak disampaikan melalui bacaan . Tanggungjawab
utama guru dalam mengajar bacaan dan kefahaman adalah untuk membantu
murid menambah dan meluaskan kosa kata . Penguasaan kosa kata seharusnya
dapat membantu murid dalam mengaitkan perkataan baru dengan pengalaman
yang sedia ada. Dengan cara ini murid akan dapat memahami makna perkataan
itu dengan lebih lama . Murid juga dapat membina pengetahuan tentang makna
perkataan dengan luas dan rapi . Di samping itu ,murid mampu membina strategi
pembelajaran perkataan dan konsep secara bebas. Hal ini membolehkan murid
berusaha sendiri tanpa sentiasa dibimbing atau dibantu oleh guru.

Bacaan intensif

Teknik bacaan intensif adalah bentuk pembelajaran yang dilakukan secara


terperinci dan berhati-hati . Teknik ini menekankan pengendalian secara terperinci
sesuatu aspek bacaan atau sesuatu tugas dalam kelas. Teknik ini melibatkan
tugasan yang pendek-pendek yang kurang daripada empat halaman setiap hari .
Soal selidik , latihan pola-pola kalimat , latihan kosa kata , telaah kata , rencana ,
perbincangan umum merupakan segmen penting membaca intensif . Dalam
membaca telaah isi , aspek-aspek yang dipentingkan ialah ketelitian ,
pemahaman , kekritisan berfikir dan ketrampilan memahami idea-idea yang
30
diketengahkan . Aspek-aspek yang tersirat adalah tumpuan utama . Dari segi
telaah bahasa pula , aspek-aspek yang menyangkut bahasa adalah amat
ditekankan . Hal ini biasanya melibatkan dua perkara penting, iaitu pengembangan
daya kata , dan peningkatan kosa kata .

Bacaan ekstensif

Bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca secara meluas . Bacaan ini


melibatkan sebanyak mungkin teks yang dalam jangka masa yang sesingkat
mungkin . Pengertian atau pemahaman yang bertaraf rendah sudah memadai
untuk teknik ini kerana ia tidak memerlukan penelitian yang terperinci dan
mendalam . Membaca ekstensif melibatkan tiga perkara penting , iaitu membaca
tinjauan , membaca sekilas, dan membaca dangkal . Untuk membuat tinjauan,
pembaca akan meneliti terlebih dahulu apa yang akan ditelaah . Mereka membuat
tinjauan untuk bahan-bahan yang akan dipelajari , dan yang akan ditelaah .
Biasanya aktiviti-aktiviti yangakan dilakukan untuk membaca ekstensif ini adalah
memeriksa , meneliti indeks-indeks , daftar kata yang terdapat dalam buku ,
meneliti daftar isi , judul-judul, bab-bab , sub bab dan sebagainya .

4.7 Peringkat pemahaman

Pada umunnya , dalam kefahaman bacaan terdapat empat kategori utama


iaitu kefahaman literal , kefahaman interprestasi , kefahaman inferensi , dan
kefahaman menilai.

Kefahaman Literal

Kefahaman literal boleh diertikan sebagai kefahaman berdasarkan apa yang


difahami daripada perkataan dan idea penulis atau pengarang . Secara umumnya ,
dalam kategori ini murid dikehendaki mengecam dan mengingati apa yang

31
dikatakan oleh pengarang sahaja . Secara terperinci , kemahiran yang perlu ada
termasuklah kebolehan memahami .

Kefahaman Interprestasi

Kemahiran interpretasi ialah kebolehan menghubungkaitkan bahagian-bahagian


alam suatu set komunikasi dan menyatakan dalam bentuk lain seperti verbal atau
grafik dengan mengekalkan makna set komunikasi itu . Aktiviti yang dapat
dilakukan dalam pemahaman ini adalah menyatakan peristiwa yang lalu dengan
menggunakan olahan bahasa yang tersendiri , mengubah susun atur konteks
asalnya atau meringkaskannya tanpa mengubah makna tujuan asalnya. Selain itu ,
kita boleh menginterpretasikan graf , carta , peta , jadual , dan kartun ke bentuk
verbal atau sebaliknya . Kita juga boleh memperjelas maksud perkataan dengan
konteks penggunaannya dalam suatu puisi .

Kefahaman Inferensi

Kefahaman inferensi boleh diertikan sebagai kemampuan mentafsir makna,


iaitu kefahaman yang berdasarkan keupayaan pembaca membuat ringkasan ,
interprestasi , generalisasi , kesimpulan dan telahan . Kefahaman dalam kategori
ini perlu melampaui apa yang dicatatkan oleh pengarang untuk membolehkan
pembaca menginterprestasikan apa yang sebenarnya dimaksudkan . Kadang-
kala , pembaca juga perlu menentukan apa yang menyebabkan sesuatu bahagian
petikan atau teks itu ditulis . Kefahaman inferensi memerlukan penggunaan apa
yang berupa tersurat , bersama dengan pengalaman . Dengan perkataan lain ,
pembaca diberikan beberapa fakta dan fakta-fakta ini perlu digabungkan untuk
mencapai kesimpulan yang tidak dinyatakan .

Kefahaman Menilai

Keupayaan pembaca membentuk konsepsi dan pendirian ke atas teks .


Pembaca seharusnya dapat membandingkan pendapat pengarang dengan suatu
kriteria . Pembaca sering kali menggunakan penilaian berdasarkan pengalaman
yang pernah dialami . Dalam proses menilai ,pelajar dapat membuat kategori yang

32
melibatkan label perkataan bagi kategori yang berlainan dan ciri kategori yang
dijadikan kriteria .

5.0 Kemahiran menulis

5.1 Pengenalan

Secara umumnya, menulis merupakan perlakuan menggunakan pen,


pensel atau sebarang alat tulis bagi menulis atau menaip sebarang idea mahupun
pernyataan. Namun begitu, definisi ini begitu umum dan bersifat mekanikal.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia dalam buku Huraian Sukatan


Pelajaran Bahasa Melayu SK Tahun 2 , kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan
murid menulis perkataan dan ayat , serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis
penulisan kreatif yang berkaitan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi .

Menurut Kamus Dewan edisi keempat , menulis bererti mencatat kata-kata


dengan huruf dan memakai pena seperti kalam , kapur dan pencil . Di samping itu ,
menulis juga bermaksud melahirkan perasaan (fikiran dan lain-lain) dengan
catatan yang memakai huruf , membuat surat atau mengarang .

Menurut Paul Jennings dalam buku The Reading Bug , menulis adalah
keperluan peribadi bukan kerana tugas dalamnya tetapi ada kesenangan dan ada
manfaat untuk kehidupan sehari-hari. Ada nilai yang tak ternilai dalam kegiatan
ini .

Sebenarnya, menulis bermaksud segala kegiatan menterjemahkan simbol-


simbol grafik yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk
perkataan seterusnya disusun menjadi ayat ayat yang bermakna . Tulisan pula
merupakan bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi di samping
sebagai alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan individu .

5.2 Konsep Menulis

33
Konsep menulis secara khusus dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu,
idea atau maklumat secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis,
penggunaan bahasa , audiens dan gaya penulisan . Hal ini bertujuan untuk
menggambarkan keadaan , alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh. Oleh
hal yang demikian, kemahiran menulis bersifat dinamik . Perkara ini membantu kita
ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan dalam suasana
pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
peranan tulisan sangat penting kerana aktiviti ini bertindak sebagai alat bagi
menghubungkan segala isi pelajaran dengan buah fikiran seseorang . Tulisan
berhubung rapat dengan membaca di mana kedua-duanya mementingkan teknik
dan akal . Membaca tidak mungkin ada sekiranya tidak ada tulisan , begitu juga
sebaliknya.

Di sekolah , pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang


terpisah sifatnya malah seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa selari.
Walaupun pada dasarnya , membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi
kadang-kala kanak- kanak telah pandai menulis ketika masuk sekolah. Hal ini tidak
membimbangkan kerana sewaktu mereka menulis , mereka juga membaca .

Konsep menulis di sekolah merujuk kepada keupayaan murid menulis


perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif
yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan
menggunakan ayat yang gramatis , tanda baca, dan ejaan yang betul serta tulisan
yang jelas dan kemas .

Secara umumnya , terdapat beberapa konsep menulis yang dapat diringkaskan


seperti yang berikut :

a) Menulis merupakan aktiviti menghasilkan bahan-bahan bertulis .


b) Menulis merupakan hasil kerja penulis, iaitu sebarang perkara yang
diluahkan dalam bentuk huruf dan alphabet .
c) Menulis merupakan huruf atau symbol yang dicetak bagi mewakili bunyi
atau perkataan sesuatu bahasa .
d) Menulis merupakan penggunaan huruf atau simbol bagi menggambarkan
sesuatu makna .
34
e) Menulis merupakan medium komunikasi termasuk faksimile , teleks dan e-
mel .
f) Menulis merupakan simbol atau karekter bertulis atau bercetak sesuatu
bahasa .
g) Menulis merupakan satu bentuk penulisan yang digunakan oleh penulis
bagi mempersembahkan idea dan pendapat .
h) Menulis merupakan penggunaan simbol visual bagi mewakili perkataan
yang bertindak sebagai satu kod komunikasi .

5.3 Tujuan Menulis

Biasanya , kita menulis atas kehendak sendiri atau dimintakan oleh orang
lain . Aktiviti menulis yang diarahkan biasa berlaku kerana keperluan pekerjaan
berbanding dengan di sekolah . Hal ini bertujuan untuk membina kemahiran
menulis murid . Oleh itu , tujuan menulis yang berbeza akan menghasilkan hasil
tulisan yang berbeza juga .

Secara umumnya , terdapat empat tujuan menulis yang berfokus kepada


ciri-ciri komunikasi iaitu :

Ekspresif

Tujuan penulis menulis adalah untuk melahirkan perasaan , idea dan hujah
dan sebagainya . Tujuan ini hanya berfokus kepada perasaan , pengalaman , dan
keperluan penulis semata-mata . Hasil penulisan sedemikian adalah seperti sajak ,
novel , komentar dan penulisan bebas .

Pemujukan

Menulis untuk tujuan pemujukan berfokus kepada pembaca . Tujuan sedemmikian


khusus memberikan kesan perasaan dan menarik perhatian pembaca. Pelbagai
gaya boleh dituliskan untuk memujuk dan menimbulkan keinginan serta emosi
pembaca .

Informatif

35
Menulis untuk tujuan informative merujuk kepada penulisan yang bersifat
eksternal , iaitu untuk memberikan maklumat kepada pembaca . Tujuan penulisan
informatif lazimnya berbentuk prosa ; berbeza dengan zaman dahulu yang
menggunakan bentuk puisi untuk tujuan informatif .

Kesusasteraan

Menulis untuk tujuan kesusasteraan mempunyai ciri-ciri stilistik , iaitu gaya


bahasa penulisan . Tujuan ini menunjukkan cara elemen-elemen bahasa
digunakan , termasuklah struktur dan pola pada peringkat frasa dan keseluruhan
karangan . Sebagai contoh, fiksyen merupakan penulisan untuk tujuan
kesusasteraan. Penulisan oboleh melebihi daripada satu tujuan .Sebagai contoh ,
pengkarya menulis puisi untuk tujuan membangkitkan perasaan sedih pembaca
,menzahirkan perasaan puitis dan menggunakan bahasa secara imaginatif .

5.4 Jenis Kemahiran Menulis

Terdapat dua jenis kemahiran menulis yang perlu dikuasai pada peringkat
rendah ialah kemahiran menulis mekanis dan kemahiran menulis mental . Pada
peringkat ini , murid menganngap menulis merupakan satu aktiviti yang
menyeronokkan berbanding dengan tanggapan sesetengah orang dewasa .

Kemahiran menulis mekanis

Kemahiran menulis mekanis merupakan kemahiran untuk membolehkan


murid membentuk lambang huruf dan menulis perkataan yang jelas , tepat , dan
kemas . Kemahiran menulis mekanis berfokus kepada pergerakan anggota fizikal
seperti tangan dan mata . Kemahiran ini termasuklah menulis huruf mengikut cara
dan gaya yang betul , menjaga jarak yang sekata antara huruf dengan
menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul . Kemahiran ini penting kerana

36
bertujuan untuk memberikan latihan dan pengalaman asas yang diperlukan .
Kanak-kanak mestilah menguasai kemahiran ini supaya dapat menghasilkan
tulisan yang kemas dan mudah dibaca .

Contoh-contoh aktiviti kemahiran menulis mekanis adalah seperti :

a) Menulis bentuk yang mirip kepada huruf-huruf tertentu .


b) Menulis huruf daripada gambar .
c) Menulis huruf mengikut bentuk daripada kad yang dilubangkan .
d) Menulis huruf atau perkataan yang ditulis mengikut titik-titik .
e) Menyalin perkataan atau frasa.
f) Menyalin ayat daripada buku .

Kemahiran menulis mental

Kemahiran menulis mental merupakan menulis untuk tujuan pelahiran .


Kemahiran in berfokus kepada penyataan fikiran dan perasaan . Kemahiran ini
merangkumi latihan pernyataan fikiran atau pendapat , pernyataan perasaan ,
pernyataan kehendak , dan melahirkan pendapat individu. Latihan sedemikian
menunjukkan peranan mental atau pancaran mental ke dalam bentuk tulisan
melalui aktiviti menulis .

Contoh-contoh aktiviti kemahiran menulis mental adalah seperti :

a) Menulis perkataan atau frasa yang disebut oleh guru .


b) Menulis frasa atau ayat yang bermakna menggunakan perkataan yang
diberikan .
c) Menulis dan menyusun perkataan bagi membina ayat .
d) Menulis ayat-ayat mudah .
e) Membuat latihan transformasi ayat menggunakan senarai perkataan yang
diberikan .

5.5 Peringkat Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis dibahagikan kepada 3 bahagian , iaitu peringkat


pramenulis , peringkat mendirikan asas , dan peringkat pelahiran .

37
Peringkat pramenulis merupakan tempoh masa murid disediakan dengan
pelbagai aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf mengikut cara yang
betul dan kemas . Peringkat pramenulis ini melibatkan latihan pergerakan tangan ,
pergerakan mata , dan kordinasi tangan dan mata . Latihan pergerakan tangan
dan mata , memilih dan memadan objek mengikut bentuk ukuran dan warna ,
melukis serta mewarna patut dilakukan . Latihan seumpama ini dapat membantu
murid menguasai kordinasi antara tangan dan mata, dan seterusnya akan
menyediakan seseorang murid itu untuk menulis . Untuk mencapai strategi
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan agar murid mendapat asas yang
kukuh dalam kemahiran menulis ini . Antara kemahiran yang dimaksudkan dalam
kemahiran menulis ialah dan kemahiran tulisan tangan, yakni kebolehan murid
membentuk huruf , mengetahui konsep jarak perantaraan huruf dalam perkataan
dan jarak perantaraan perkataan dalam ayat . Contoh-contoh yang lain ialah
kemahiran huruf besar , kemahiran tanda baca dan kemahiran mengeja .

Peringkat mendirikan asas pula melatih murid membentuk lambang tulisan


dan tulisan yang kemas dan teratur . Peringkat ini dijalankan serentak dengan
pengajaran bacaan . Pelajar diperkenalkan dengan lambang-lambang huruf yang
bersesuaian dengan gambar, seterusnya menulis ayat pendek . Semasa
menulis,pelajar digalakkan menyebut huruf dan membaca perkataan itu . Buku
tulisan pelajar pada peringkat ini sebaik-baiknya tidak mempunyai garisan . Pelajar
menulis dengan menggunakan krayon atau pensil warna . Apabila tulisan pelajar
beransur baik , mereka boleh menulis dalam buku latihan bergaris yang jaraknya
inci . Huruf manuskrip merupakan bentuk awal dalam pembelajaran tulisan.

Peringkat pelahiran pula merupakan latihan menulis sebenar . Murid digalakkan


untuk melahirkan fikiran mereka sendiri secara bertulis . Murid juga akan diminta
untuk menulis dan membina ayat mereka sendiri berdasarkan bahan rangsangan
yang telah disediakan oleh guru . Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan adalah
mengisi silang kata , mengisi tempat kosong dalam ayat , melengkapkan ayat ,
menulis ayat berdasarkan perkataan , memanjangkan ayat dengan menambah
rangkai kata dan membentuk ayat bagi menyudahkan cerita .

38
5.6 Kesalahan-kesalahan biasa dalam tulisan

Terdapat beberapa kawasan kelemahan dalam penulisan pelajar . Faktor-faktor


kelemahan ini adalah masalah yang terdapat dalam proses pengajarandan
pembelajaran bahasa Melayu itu sendiri . Akibat daripada kurangnya penguasaan
pelajar-pelajar terhadap pelbagai jenis ayat bahasa Melayu maka berlakulah
pelbagai jenis kesalahan tatabahasa dalam penulisan .

i. .Pembinaan ayat-ayat yang tidak gramatis .

Ayat-ayat yang gramatis ialah ayat yang lengkap dan sempurna , mengandungi
paling kurang satu subjek dan satu prediket. Ayat yang begini dinamakan sebagai
ayat dasar atau ayat inti . Ayat dasar ini boleh dikembangkan sehingga
terbentuklah ayat-ayat transformasi satu dasar . Untuk menghasilkan ayat-ayat
yang gramatis , penggunaan bentuk ayat aktif dengan pemilihan kata yang tepat
dan sesuai dengan persoalan yang diungkapkan perlu diberi perhatian .

ii. Pemilihan perkataan yang tidak tepat

Jalinan fikiran yang logis harus dibuat secara bersepadu . Kesepaduannya


dapat dilakukan dengan pemilihan kata-kata yang sesuaidan tepat . Sebaliknya ,
pemilihan perkataan yang tidak tepat akan menjadikan hasil tulisan tidak lancar
dan tidak logik daripada satu idea kepada satu idea , daripada satu perenggan
kepada perenggan yang berikutnya , malahan daripada satu ayat kepada satu ayat
yang lain.

iii. Penggunaan gaya tidak tepat dan sepadan.

Gaya tidak tepat dan sepadan dengan tajuk karangan akan menghasilkan
karangan yang rendah mutunya dan tidak menarik . Gaya yang dipilih hendaklah
disesuai dengan pemberatan isu yang diketengahkan . Isi yang berat , tegas dan
bernas menuntut gaya yang tegas dan jitu . Pemilihan gaya hendaklah sesuai
dengan topik dan wacana yang dipilih . Pilihan kata hendaklah tepat dan dapat
mendukung maksud yang dibawa . Kalau maksudnya hendak mengungkapkan
39
sesuatu ketegasan dan kejituan , gaya dan nada yang sesuai digunakan adalah
yang bernada dan bergaya tegas juga . Sekiranya persoalan yang hendak
ditekankan itu bernada lembut dan merendah seperti dalam puisi-puisi dan hasil
prosa kreatif, gaya dan nada yang sesuai diterapkan adalah juga rendah dan
lembut . Dengan kata lain , pemilihan kata dan frasa akan menentukan nada yang
sekali gus akan mencerminkan gaya .

iv. Penggunaan tanda bacaan yang tidak betul

Satu lagi kelemahan yang terdapat dalam sebuah tulisan ialah penggunaan
tanda bacaan yang tidak betul . Contohnya , dua ayat yang bercantum dan
berselarian satu sama lain sehingga seolah-olah menjadi satu ayat yang lengkap .
Hal ini terjadi disebabkan pelajar terlupa hendak meletakkan tanda bacaan atau
kata penghubung yang tertentu .

5.7 Jenis penulisan

Dari segi jenisnya , terdapat pelbaga jenis penulisan yang boleh


dieksploitasi untuk tujuan pengajaran & pembelajaran kemahiran ini . Penjenisan
ini dibuat berdasarkan bentuk dan cara penulisan itu dibuat . Dalam konteks
pengajaran & pembelajaran kemahiran menulis , penentuan dan pemilihan jenis-
jenis penulisan ini perlu disesuaikan dengan tahap pencapaian pelajar itu sendiri .
Antara jenis penulisan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah penulisan terkawal , separa terkawal , penulisan berpandu , separa berpandu
, penulisan bebas dan penulisan kreatif .

Penulisan Terkawal

Penulisan terkawal ialah penulisan yang dikawal sepenuhnya oleh guru ,


sama ada dalam aspek format , pilihan kata dan tatabahasa . Dalam penulisan
terkawal , pelajar banyak menulis berdasarkan model-model yang diberikan guru .
Pelajar didedahkan dengan bentuk penulisan yang baik dengan cara meniru atau
menulis semula petikan , ayat-ayat , atau karangan yang dianggap baik . Penulisan
terkawal ialah tahap pertama ke arah penulisan bebas , kerana latihan-latihan
penulisan terkawal akan membantu pelajar menguasai bentuk bahasa yang tepat ,
40
pengolahan isi ,dan gaya penulisan yang baik . Bentuk-bentuk penulisan terkawal
adalah seperti menulis semula cerita yang dibaca atau didengar , menuliskan isi
perbincangan atau dialog yang didengar , melenglapkan ayat menggunakan
perkataan dalam kurungan dan menyambung ayat yang disenaraikan bagi
membina satu perenggan yang sempurna . Tujuan penulisan jenis ini adalah untuk
mengurangkan kesilapan bahasa dan kesukaran mengolah isi karangan oleh
murid .

Penulisan separa terkawal ialah jenis penulisan yang tidak dikawal


sepenuhnya oleh guru . Karangan diberikan sedikit kelonggaran dalam
penggunaan kata . Murid diberi peluang menggunakan daya pemikiran sendiri
untuk memilih perkataan yang sesuai dengan tajuk yang diberi . Latihan-latihan
seperti menyalin semula petikan yang diberikan dan pelajar dibenarkan
menukarkan beberapa perkataan yang sesuai dalam petikan tersebut ialah satu
contoh bagaimana murid diberikan kebebasan dalam penulisan ini . Contoh yang
lain adalah melengkapkan tempat kosong dalam karangan pendek menggunakan
perkataan sendiri .

Penulisan berpandu ialah jenis penulisan yang bahan asasnya dikawal oleh
guru . Dalam penulisan berpandu , murid lazimnya diberikan cadangan tentang isi ,
susunan perenggan atau format karangan . Murid diberi kebebasan menyambung ,
melengkap atau menukarkan perkataan-perkataan yang terdapat dalam bahan
yang dikawal itu Penulisan jenis ini akan memotivasi murid untuk terus menulis .
Aktiviti-aktiviti atau latihan yang digunakan dalam penulisan jenis ini ialah membina
ayat dan perenggan pendek berpandukan gambar siri , menghasilkan karangan
menggunakan kata kunci atau rangkai kata yang diberikan dan menulis karangan
berpandukan situasi atau peristiwa yang diberikan .

Penulisan separa berpandu ialah jenis penulisan yang memberikan


kebebasan kepada pelajar untuk menulis berdasarkan sedikit panduan daripada
guru . Penulisan jenis ini merupakan suatu kaedah untuk membiasakan pelajar
terhadap struktur penulisan dan pemerengganan . Dalam penulisan jenis ini ,
pelajar akan diberikan asas atau klu yang menjurus kepada tajuk atau perkara

41
yang akan ditulis . Aktiviti penulisan yang boleh dikaitkan dengan penulisan separa
berpandu ialah menyudahkan cerita dan menulis karangan yang isinya disediakan
oleh guru .

Penulisan bebas pula bermaksud murid diberikan sesuatu tajuk dan mereka
bebas untuk menghasilkan penulisan mereka sendiri . Pada tahap ini , guru
memberi perhatian pada isi karangan , pengolahan , gaya bahasa dan kesilapan
ejaan . Murid tidak lagi dikawal dan dipandu dalam menulis karangan . Mereka
menggunakan idea dan bahasa sendiri bagi menghasilkan sebuah karangan .

6.0 Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan


kepada kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran
membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran ini membolehkan murid
menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan
sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Sukatan pelajaran ini
memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat dan
kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Sukatan pelajaran ini juga
memberikan gambaran yang menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu.

Matlamat:

Matlamat kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR yang


diajarkan kepada muird-murid adalah untuk melengkapkan mereka dengan
keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri,
memperoleh ilmu, berinteraksi dan mengendalikan urusan harian

Objektif:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu KBSR, murid-


murid sepatutnya dapat :

1. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati


pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal.

42
2. Bertutur dan menyebut perkataan secara petah serta berintonasi dalam pelbagai
situasi.

3. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai


persetujuan dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara.

4. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan dengan


menggunakan teknik membaca yang sesuai serta berkesan untuk memperoleh
ilmu dan memproses maklumat secara kritis.

5. Memupuk minat membaca satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran


berterusan.

6. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan


penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis.

7. Mengenali dan menghasilkan pelbagai penulisan jenis kreatif dan berunsur


pengetahuan, menggunakan kemahiran menulis yang sesuai dan betul.

8.Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan
sebutan yang betul dalam aktiviti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan
menulis.

9. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya
berunsur ilmu.

10. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme,
dan perasaan cinta akan negara.

Hasil pembelajaran

Hasil pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur merangkumi


kemahiran berbual, bercerita, menyampaikan maklumat , dan berbincang.
Kemahiran membaca pula memberikan penekan pada kemahiran membaca kuat,
membaca dan memahami maklumat serta membaca, menaakul, dan menghayati
teks yang dibaca. Bagi kemahiran menulis, tumpuan diberikan pada kemahiran
menggunakan pelbagai jenis ayat dan wancana dalam menghasilkan penulisan.
43
Penekanan juga diberikan pada kemahiran mencatat dan menyusun maklumat
serta menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif. Murid juga dilatih utnuk
membuat ulasan tentang penulisan yang dihasilkan oleh penulisan lain.

7.0 Kesimpulan

Kemahiran berbahasa merupakan perkara yang penting yang perlu dikuasai


oleh setiap orang . Hal ini kerana ia melibatkan kemahiran-kemahiran mendengar ,
bertutur , membaca , dan menulis yang merupakan inti pai dalam penguasaan
sesuatu bahasa . Tanggungjawab mendidik murid untuk memperoleh dan
menguasai kemahiran berbahasa tidak harus diletakkan pada guru semata-mata ,
malahan ibu bapa dan keluarga juga perlu memainkan peranan mereka . Pada
peringkat awal , ibu bapa mewujudkan suasana yang mendorong anak mereka
menguasai kemahiran berbahasa sebelum memasuki alam persekolahan .
Misalnya , ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka ke pameran buku ,
perpustakaan atau membeli buku-buku yang murah bagi menggalakkan anak
mereka berjinak-jinak dengan buku dan seterusnya menimbulkan keinginan untuk
membaca .

Tugas tersebut akan disambung oleh guru di sekolah . Guru akan


merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam dilik
darjah bagi membolehkan murid menguasai kesemua kemahiran bahasa tersebut .
Pada peringkat ini , murid perlu digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam
setiap aktiviti , sama ada mendengar , bertutur , membaca dan menulis . Dalam
satu sesi pengajaran , guru patut menetapkan sasaran kemahiran yang menjadi
fokus utama . Kemudian guru perlu mengenalpasi aspek kelemahan setiap murid
agar program pemulihan dapat dilakukan .

44
Refleksi

Saya telah menerima tugasan ini pada 2 Januari 2013 oleh pensyarah
pembimbing bagi mata pelajaran Bahasa Melayu II Akademik . Sebelum
menjalankan tugasan ini, saya membaca dengan teliti tentang tajuk tugasan.
Menerusi tugasan ini, saya perlu menyiapkannya secara individu. Saya juga
mendapati bahawa saya perlu menjelaskan definisi dan konsep kemahiran bahasa
serta menghuraikan setiap aspek dalam kemahiran berbahasa. Selain itu , saya
perlu mencari , mengumpul dan memproses maklumat tentang setiap kemahiran
bahasa dengan merujuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran. Selepas itu, saya cuba
merujuk kepada buku-buku Bahasa Melayu bagi mendapatkan maklumat yang
berkenaan. Saya juga telah berkunjung ke pusat sumber IPG Kampus Tuanku
Bainun, iaitu Pusat Sumber Zaba untuk mendapatkan sebanyak mungkin
maklumat yang berkaitan dengan tugasan ini.

Selepas mendapatkan bahan rujukan, saya mula menjalankan tugasan ini.


Pada mulanya, saya menghadapi masalah untuk menulis pengenalan. Oleh itu,
saya telah meminta tunjuk ajar daripada rakan-rakan saya. Selain itu, saya dan

45
rakan-rakan juga berjumpa dengan Pensyarah Pengajian Melayu II kami, iaitu
Encik Hj Mohamad Zaki Hj Shamsudin bagi mendapatkan penjelasan yang lanjut
tentang tugasan ini. Saya amat berterima kasih kepada pensyarah kami kerana
sudi meluangkan masa beliau untuk memberikan penjelasan kepada kami. Setelah
mendapat penjelasan daripada pensyarah pembimbing, saya mula mendapat
gambaran untuk menyiapkan tugasan ini. Dengan ini, saya dapat memahami
tugasan ini dengan baik dan boleh menyiapkan tugasan ini dalam masa yang
ditetapkan.

Pada pendapat saya , kekuatan saya ialah saya amat rajin mencari dan
membaca buku . Saya juga pandai mengatur masa lapang saya supaya saya
mempunyai masa senggang untuk membuat tugasan . Hal ini dikatakan demikian
kerana kebanyakkan masa senggang saya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti Institut
Pendidikan Guru Tuanku Bainun . Kelemahan saya pula ialah saya lemah dalam
penggunaan komputer . Saya tidak mahir dalam penggunaan alat teknologi .
Namun , saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menguasai teknik
menggunakan komputer .

Menerusi tugasan ini, saya mendapati diri lebih memahami tentang


kemahiran berbahasa . Saya baru mendapati bahawa kemahiran berbahasa
merupakan satu cabang ilmu dalam skop bahasa yang meliputi kemahiran
mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Selain itu , kemahiran berbahasa
terbahagi kepada dua iaitu kemahiran bukan lisan seperti membaca dan menulis
dan kemahiran lisan melibatkan dua kompenon asas seperti mendengar dan
bertutur. Pada masa yang sama , saya sedar bahawa saya masih tidak berupaya
menguasai kemahiran membaca dan memahami secara berkesan di sekolah pada
hari ini. Hal ini kerana teknik dan kaedah membaca yang saya praktikkan adalah
tidak betul . Selain itu , saya telah mengabaikan strategi membaca yang sesuai
dengan bahan yang dibaca dan tujuan membaca. Selepas membuat tugasan ini ,
saya mendapati diri memahami isi sesuatu bahan bacaan dengan lebih baik mula
dapat dan saya dapat menguasai kemahiran ini.

46
Di samping itu, menerusi tugasan ini, pelbagai kesedaran timbul dalam diri
saya antaranya, untuk menjadi seorang guru yang baik dan berkesan, kita
seharusnya sentiasa prihatin dengan tahap pemikiran yang dimiliki oleh murid kita.
Dengan cara ini , segala aktiviti sesi pengajaran dan pembelajaran yang kita
laksanakan mampu memberi pulangan ilmu yang menggalakkan buat mereka. Hal
ini demikian kerana sekiranya kita merancang dan melaksanakan sesi pengajaran
dan pembelajaran yang tidak bersesuaian dan tahap kognitif murid , sudah pasti
sesi pengajaran dan pembelajaran yang kita laksanakan sia-sia ataupun. Bahkan
ada kalanya pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran yang kurang mantap
akan memburukkan lagi tahap kognitif dan mentaliti murid tersebut.

Tambahan pula , saya berasa tugasan ini dapat membantu saya yang akan
menjadi seorang guru pada masa kelak . Tugasan ini telah menyedari saya
bahawa seorang guru mempunyai banyak kaedah untuk menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan menarik . Misalnya , aktiviti berceita , aktiviti
berlakon , aktiviti menyanyi , aktiviti berbual ,dan aktiviti berbncang . Semua aktiviti
ini dapat memberikan peluang kepada murid untuk menggunakan bahasa
pertuturan sebenar . Saya berasa keadah-kaedah ini amat baik kerana dapat
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan murid-murid
akan lebih berminat untuk belajar . Oleh itu , saya akan mengaplikasikan kaedah-
kaedah ini pada masa kelak ,iaitu semasa saya mengajar murid-murid .

Saya juga sedar bahawa apa yang saya pelajari pada setiap semester di
institusi ini semuanya telah dirancang dengan baik oleh pihak pengurusan. Oleh
hal yang demikian, saya rasa apa yang diajar di sini mempunyai perkaitan antara
satu sama lain dan merupakan keperluan bagi seseorang bakal guru bahasa.
Selepas ini saya tidak akan lagi mengambil mudah terhadap apa yang dipelajari
dan akan sentiasa memastikan diri saya memberi fokus seratus peratus terhadap
apa yang disampaikan di dalam kelas.

Dengan tugasan ini, saya mengharapkan saya mampu melakukan


perubahan dalam diri saya terutama dari segi sikap sambil lewa terhadap subjek
yang dipelajari. Tugasan ini secara jujurnya, menjadikan saya lebih bersemangat

47
untuk mempelajari lebih banyak kemahiran dan pengetahuan daripada pensyarah-
pensyarah yang mempunyai banyak pengalaman di institut ini. Hal ini sekali lagi
mendorong saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti serta mampu
menjadikan setiap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sentiasa
berkesan. Semua yang telah saya fahami dan pelajari ini akan saya ingat dan
praktikkan apabila menjadi guru kelak.

48

Anda mungkin juga menyukai