Anda di halaman 1dari 4

Konsep asas nilai

Definisi:

Menurut kamus, nilai dihuraikan sebagai sesuatu benda atau perkara
boleh dilihat dari segi harga yang boleh dikira dengan aritmetik dan kualiti
intrinsik. Menurut George Lundberg mengatakan bahawa semua objek
mempunyai nilai dan manusia bertindak terhadap objek itu supaya dapat
mengekalnya atau menambah hak kepunyaan individu. Robert Part memberikan
maksud bahawa sebarang objek yang mulia dihargai maka ia bernilai. Howard
Becker menjelaskan bahawa nilai adalah sebarang objek yang digunakan untuk
sebarang keperluan. Stuart C. Dodd telah menjelaskan nilai ialah suatu tekanan
keperluan atau sebarang objek yang dikehendaki atau dipilih oleh orang dalam
suatu masa yang sama. Menurut Clyde Kluckhon mengatakan nilai ialah satu
konsep nyata atau tersirat yang dapat membezakan seseorang individu atau ciri-
ciri kumpulan sari segi perkara yg diingini. Keadaan ini akan mempengaruhi cara
individu itu memilih kefahaman yg sedia ada dan tingkah laku pada akhirnya.

Fungsi:

Sebagai satu kriteria atau piawai yang konsisten dan kukuh bagi
seseorang individu atau masyarakat untuk bertindak supaya tindakan mereka
adalah baik, betul dan boleh diterima. Fungsi nilai ini membolehkan individu dan
masyarakat menjadi agen moral dan pengkritik moral, iaitu mengetahui apa yang
dilakukan oleh diri sendiri dan orang lain serta boleh menilai kemoralan diri
sendiri dan juga orang lain. Sebagai tunjuk arah, rujukan dan panduan utk
menyelesaikan konflik moral. Sebagai batasan terhadap perbuatan dan kelakuan
individu atau masyarakat.

Jenis-jenis:
a. Nilai instrumental(ekstrinsik) dan nilai intrinsik.
Nilai-nilai ini digunakan utk menunjukkan hubungan atr nilai.

Nilai instrumental atau ekstinsik Nilai intrinsik
Kualiti yang diterima atau ditolak
sebagai alat mencapai sesuatu
matlamat.

Bergantung pada nilai lain untuk
mencapai sesuatu matlamat.


Nilai peringkat kedua, misalnya
berani,rajin,hormat-menghormati.

Contoh, mengebom Hiroshima
untuk menamatkan perang dunia
ke-2.

Kualiti yang diterima atau ditolak
semata-mata kerana ia baik
atau buruk tanpa mengambil
kira kesannya.

Tidak bergantung pada nilai lain
untuk mencapai sesuatu
matlamat.


Nilai tersebut sendiri sebagai
matlamat akhir.

Nilai peringkat pertama,
misalnya baik hati,kasih sayang,
keadilan.


Contoh, hakim menjatuhkan
hukuman mati kepada seorang
penagih dadah semata-mata
kerana kewajipan dan undang-
undang, bukan kerana dia ingin
membasmi kegiatan penagihan
dadah.

b. Nilai subjektif dan nilai objektif.

Nilai subjektif Nilai objektif
Kualiti yang diterima atau ditolak
oleh seseorang yang
memberikan pandangan

Diterima atau ditolak mengikut
pandangan seseorang individu.


Contoh, Britian menyatakan
bahawa Amerika perlu
menyerang Irap demi keamanan.
Manakala Perancis menyatakan
serangan itu akan menyebabkan
banyak nyawa tidak berdosa
berkoban.

Kualiti yang bernilai atau
sebaliknya yang bebas daripada
pilihan peribadi.

Diterima atau ditolak
berdasarkan satu set kriteria
yang dipersetujui oleh semua
atau kebanyakan orang.


Contoh, peperangan ialah suatu
tragedi yang dahsyat.












c. Nilai relatif dan nilai absolute atau mutlak.

Nilai relatif Nilai mutlak
Nilai yang diterima atau ditolak
oleh peraturan sesuatu
masyarakat untuk mencapai
sesuatu matlamat masyarakat.

Ia adalah arbitrari (tidak
menentu), tidak sempurna, dan
berbeza-beza antara masyarakat
yang berlainan.


Contoh, di Malaysia, keluarga
boleh dibentuk melalui
perkhawinan rasmi. Manakala di
California, keluarga dibentuk
tanpa melalui perkahwinan
rasmi.

Nilai yang keberhargaannya
tidak terikat kepada sesuatu
kebiasaan bagi sesebuah
masyarakat.

Diterima umum dan telah diuji
atau terbukti sebagai baik atau
buruk.


Kekal sepanjang masa dan di
semua serta hampir semua
situasi norma masyarakat.

Contoh, hidup berkeluarga
adalah satu amalan kehidupan
yang baik.

Anda mungkin juga menyukai