Anda di halaman 1dari 15

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 BAB 1: Konsep Asas Moral 1.1 Istilah Asas Dalam Moral 1.1.

1 Moral Moral merupakan perkataan yang berasal daripada daripada bahasa Latin moralis yang bermaksud tingkahlaku yang sesuai dengan tatasusila serta peraturan masyarakat. Oleh itu, perkataan moral merangkumi segala sifat luhur seperti kejujuran, keadilan, kebenaran, bersopan-santun dan sebagainya. 1.1.2 Akhlak Akhlak berasal daripada kalimah bahasa Arab khuluk yang bermaksud perangai atau tingkahlaku, tabiat, kepercayaan, pegangan atau agama. Berdasarkan pengertian ini, akhlak boleh didefinisikan sebagai sifat semulajadi atau tabiat yang mempamerkan gambaran atau rupa batin seseorang. Akhlak mempunyai aspek seperti sifat semulajadi yang dimiliki individu dan sifat yang dimiliki menerusi latihan atau rangsangan yang akhirnya menjadi tabiat. Ia meliputi dua dimensi, iaitu batin atau kejiwaan dan zahir dalam bentuk perlakuan. Falsafah akhlak tidak akan sempurna kecuali dengan lima perkara iaitu: i. ii. iii. iv. v. hati nurani suruhan hukuman tanggungjawab ganjaran 1.1.3 Etika Perkataan etika berasal dari perkataan Inggeris ethics. Ethics pula berasal dari perkataan Greek ethos bermaksud watak atau budaya. Ia merujuk kepada sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Etika adalah sains menilai dan memahami proses penilaian. Ia berkaitan dengan perlakuan mentafsirkan sesuatu perbuatan tersebut baik ataupun sebaliknya. Dua perkara asas yang menjadi tumpuan dalam etika ialah akhlak individu seperti takrifan individu yang baik dan peraturan-peraturan sosial seperti peraturan mengenai benar atau salah (moraliti) yang menghadkan tingkah laku individu (Mohamad Mohsin & Hamdzun 2002). Sidi Gazalba dalam buku beliau Sistematika Filsafat merumuskan bahawa etika ialah teori mengenai lakuperbuatan manusia dipandang dari segi baik dan buruk dan sejauh mana pula dapat ditentukan oleh akal. Menurut Abdul Fatah Hassan (2001) pula, etika menyelidik, memikirkan dan mempertimbangkan mengenai yang baik dan yang buruk. Etika melihat secara universal perbuatan manusia. Etika juga merujuk kepada falsafah tingkah laku manusia yang dilihat dari aspek lahiriah dan batiniah. Perbezaan Etika dan Moral Etika - falsafah moral berkaitan dengan betul atau salah. Moral - merujuk kepada cara berfikir, bertindak dan bagaimana mereka harus bertindak

1.2 Konsep Dalam Moral Dalam falsafah, etika merujuk kepada pengajian moral yang tertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia.Apabila kita mengatakan seseorang itu sebagai bermoral atau tidak bermoral, maksudnya ialah orang itu adalah orang yang baik atau tidak baik.Apabila kita merujuk kepada tindakan manusia sebagi bermoral atau tidak bermoral, maksudnya ialah tindakan itu adalah betul atau salah. Menurut perspektif Islam wahyu (Quran dan Hadis) adalah asas bagi menilai sesuatu perkara itu baik atau buruk, betul atau salah. Pengalaman manusia dan intuisi adalah faktor pembantu dalam membentuk etika Islam. Terdapat 3 pendapat dalam menentukan fitrah baik atau buruk: 1. Pendapat Pertama: Asal manusia adalah jahat. Manusia dijadikan dengan tabiat asalnya jahat dan tabiat baik hanya mendatang kemudian 2. Pendapat Kedua: Tabiat asal manusia itu baik, tabiat jahat hanya mendatang kemudian 3. Pendapat Ketiga: Manusia dijadikan dengan tabiat asalnya yang baik dan jahat iaitu mempunyai dua persediaan semulajadi iaitu persediaan untuk menjadi baik dan jahat. Pendapat ketiga adalah yang diterima kerana manusia adalah makhluk yang dikurniakan akal fikiran supaya dapat memilih antara yang baik dan buruk. 1.3 Aliran Pemikiran Moral 1.3.1 Naturalis Pemikir naturalis mengatakan bahawa manusia jauh berbeza daripada haiwan kerana manusia mempunyai keupayaan untuk berfikir dan bertindak secara rasional dengan menggunakan akal. 1.3.2 Emotivis Pemikir emotivis menerangkan bahawa pertimbangan moral bukanlah mengikut pernyataan fakta seperti yang dinyatakan oleh naturalis, tetapi adalah mengikut emosi, sikap atau perasaan. 1.3.3 Intuisionis Pandangan intuisionis menyatakan bahawa pertimbangan moral tidak berpunca daripada sebarang generalisasi yang empirikal seperti yang dikatakan oleh naturalisme, tetapi ianya terbukti dengan sendiri. Oleh itu seseorang menentukan apa yang baik dan tidak baik mengikut naluri dan tidak memerlukan sebarang penerangan atau sebab untuknya. 1.3.4 Rasionalis Rasionalisme adalah fahaman yang menganggap akal, dan bukannya deria, sebagai sumber ilmu yang sahih dan boleh dipercayai. Fahaman ini tidak menolak peranan deria dan pengalaman di dalam pencapaian ilmu, tetapi menganggapnya kurang meyakinkan dan terdedah kepada kepalsuan. Mithalnya sesuatu itu kelihatan lain dari keadaan yang sebenarnya. Maka di sini pemikiran melalui akal yang rasional diperlukan untuk mencapai kebenaran mengenai sesuatui perkara itu.

BAB 2 KONSEP ASAS NILAI 2.1 Definisi Raths, Harmin dan Simon (1980) mendefinisi nilai sebagai garis panduan umum terhadap tingkah laku. William A. Scott (1965) menyamakan nilai dengan moral unggul. Beliau mentakrifkan nilai sebagai satu konsep individu tentang perhubungan yang unggul dan digunakan untuk menilai suatu kebaikan atau keburukan. Nilai juga merupakan satu ukuran yang standard dan prinsip kita dalam mempertimbangkan harga sesuatu benda. Nilai ialah kriteria bagi kita menimbangkan sesuatu benda (objek, idea, tingkah laku dan situasi) sebagai baik, berfaedah atau sebaliknya dan terdapat tiga jenis nilai iaitu nilai-nilai estetika, nilai neutral dan nilai moral. Nilai moral ialah standard-standard, prinsip-prinsip yang mana kita gunakan untuk menghakim sama ada tujuan atau perlakuan wajar atau tidak.

2.2 Fungsi Nilai


Nilai berfungsi sebagai memberi ransangan sesuatu isu atau situasi. Selain itu, nilai boleh menghadkan perlakuan seseorang. Contohnya, seorang pekerja yang mempunyai nilai bertanggungjawab tidak akan menggunakan masa bekerja untuk menyelesaikan hal persendiriannya. Sebaliknya akan menjalankan tugas sebagai seorang pekerja yang berdedikasi dan akan menyelesaikan hal persendirian selepas waktu kerja. Kesimpulannya, seseorang yang menghayati sesuatu nilai akan melakukan sesuatu yang ada kaitan dengan nilai yang dihayatinya, dan tidak melakukan nilai yang bercanggah. Akhir-akhir ini kedapatan di kalangan masyarakat nilai-nilai dan amalan hidup yang kasar, yang langgar bahasa, yang tidak mengendahkan tatasusila dan beradab antaranya: 1. 2. Cara memberi khidmat. Cara melayani pelanggan atau orang ramai oleh kakitangan kaunter hadapan di jabatan-jabatan kerajaan yang tidak cekap, surat-menyurat rakyat yang lambat dijawab. Merosotnya amalan gotong royong dan kecenderungan menolong orang lain dalam kesusahan. Menghilangnya amalan hormat menghormati kepada guru, ibu bapa, pemimpin, ketua dan orang tua-tua. Trend atau kecenderungan suka mengambil hak orang lain. Tidak suka senyum bila bertegur-sapa atau semasa memberi khidmat. Tidak suka mengungkapkan terima kasih atau syukur bila beroleh sesuatu yang baik. Kurangnya mengungkapkan Apa khabar atau Assalamualaikum. Kurang mengendahkan budaya kebersihan (misalnya tandas kotor).

3. 4.

5. 6. 7. 8. 9.

10. Tidak menepati masa. 11. Kurang bertolak ansur di jalan raya.

KONSEP BUDI BAHASA DAN NILAI-NILAI MURNI Budi bahasa lazimnya merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak mulia. Tegasnya setiap gerak laku, tuturkata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Konsep-konsep lain yang berkaitan dan melengkapkan nilai budi bahasa termasuklah mulia, adil, hormat, bijaksana, berani, setia, malu, sabar, sopan dan lain-lain. Nilai dapat kita ertikan sebagai satu konsep yang dijadikan asas oleh masyarakat untuk menilai, mengukur atau membuat pilihan serta keputusan terhadap suatu perkara, darjat, mutu, kualiti, tarat perilaku dan benda mengenai seseorang atau kelompok orang sebagai baik, berharga dan bernilai. Kedua-dua konsep di atas terangkum di dalam prinsip kelima Rukunegara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Prinsip ini jelas menekankan bahawa setiap warganegara harus menjaga tatasusila masing-masing dengan tidak menyinggung perasaan sesuatu golongan lain. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kehidupan peribadi dan dalam kehidupan bermasyarakat. Umumnya, nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang merentasi individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai-nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat resam dan kebudayaan. Antara nilai-nilai murni yang universal tersebut adalah seperti berikut: 1. Amanah

Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya; Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari kepentingan tugas; dan Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja.

2. Tanggungjawab


3. Ikhlas

Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap Tuhan, disamping pekerjaan dan majikan; Melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya iaitu sentiasa waspada dan jujur; Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila masa sahaja diperlukan; Bercita-cita untuk tidak mengkhianati kepentingan organisasi/ institusi/awam dalam menjalankan tugas; dan Bersedia menjaga maruah agama, bangsa dan negara.


4. Benar

Berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan dari sesiapa; Mempunyai niat bertugas kerana Tuhan, kerana mencari rezeki yang halal serta mencari keredhaannya; dan Mengikis sebarang unsur kepentingan diri dalam melaksanakan tugas sebagai asas pengisian amanah.

Jujur dalam melaksanakan tanggungjawab; Bercakap benar dan menepati janji; Cermat dan berhemat dalam membuat keputusan; Bertindak berasaskan profesionalisme; Patuh dan setia dalam melaksanakan tugas; dan Sanggup menerima teguran dan nasihat.

5. Sederhana Menjamin perseimbangan equilibrium dalam diri dan tugasan dan bersederhana dalam setiap tindakan dan tingkahlaku. 6. Tekun

Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan dalam tugas dan kehidupan; Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk memperbaiki taraf hidup; dan Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan sehingga tahap cemerlang.

7. Bersih

Mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan tugas seharian; Mengamalkan kebersihan pakaian, bangunan dan alam sekitar sebagai satu cara hidup; Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas; Membuat pertimbangan yang teliti dan adil dalam membuat keputusan; dan Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan pemikiran dalam membuat keputusan.

8. Berdisiplin

Mengetahui kepentingan dan mengutamakan yang lebih penting; Menilai tinggi masa dan janji; Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang; dan Mempunyai etika kerja dan professionalisme yang tinggi.

9. Bekerjasama

Mengamalkan sikap tolong menolong dalam melaksanakan kerja; Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi sebagai sebahagian daripada usaha mempertingkatkan semangat kerjasama; Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara kepentingan bersama; dan Mengelakkan konflik atau pertembungan kepentingan berdasarkan peribadi mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah dengan kepentingan organisasi, agama, bangsa dan negara.

10. Berperibadi Mulia

Bermanis muka sepanjang masa; Bertimbang rasa dan bertolak-ansur; Menghormati sesama insan; dan Sentiasa memulakan pertanyaan dengan tujuan untuk menolong.

11. Bersyukur

Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk menjamin kesejahteraan hidup sebagai seorang anggota masyarakat; Berkhidmat sebagai ibadah dan tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat; dan Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia.

12. Bermuafakat Muafakat Membawa Berkat. Itulah slogan yang harus dipegang oleh setiap rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Dengan adanya amalan muafakat sesama manusia, akan mengeratkan lagi perpaduan yang telah lama terjalin. 13. Bertoleransi Sikap toleransi sesama kaum merupakan tunjang utama kepada keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat. 14. Bertimbang Rasa Perasaan bertimbang rasa adalah sebahagian daripada sikap terpuji tanpa mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum. 15. Bersatu Padu Pengamalan berterusan budi bahasa dan nilai-nilai murni akan membawa kesepaduan dalam kehidupan bermasyarakat 16. Beretika Semangat beretika akan lahir kepada setiap individu sekiranya ia mempunyai nilai budi pekerti yang tinggi. 17. Tidak Mementingkan Diri Sendiri Seseorang yang kaya dengan budi pekerti dan teguh dengan amalan nilai-nilai murninya tidak akan mementingkan diri sendiri. 18. Tiada Perasaan Curiga Syak Wasangka Perasaan curiga syak wasangka tidak akan mudah wujud dalam setiap individu yang mempunyai nilai-nilai murni. AMALAN BUDI BAHASA DAN NILAI-NILAI MURNI Amalan dan penerapan budi bahasa dan nilai-nilai murni sama ada dalam komunikasi, ucapan, pertuturan atau panggilan atau dalam perlakuan dan pergaulan dapat dipraktikkan dalam: 1. 2. 3. 4. Institusi Kekeluargaan Institusi Kemasyarakatan Institusi Pembelajaran Institusi Perkhidmatan

INSTITUSI KEKELUARGAAN Antara Ibu Bapa - Anak-Anak - Ibu Bapa Ibu bapa wajib mendidik, membimbing dan menegur anak-anak supaya bertutur dengan baik dan betul serta mempunyai kelakuan terpuji. Antaranya: a. Patuh, taat, hormat dan menyayangi mereka.

b. c. d.

Menghormati orang lain, menghargai alam sekitar, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Beradap, bertingkah laku sopan dan tertib dalam semua keadaan. Menjaga kebersihan diri, pakaian dan persekitaran.

Antara Adik-beradik Hubungan antara adik beradik adalah disusun oleh aturan kelahiran: dari sulung kepada tengah dan bongsu. Yang muda mesti hormatkan yang tua, adik menghormati kakak dan abang dengan memanggil secara baik gelaran atau pangkat yang lazimnya dalam masyarakat. Antaranya ialah: a. b. c. Gelaran Abang Long, Abang Ngah, Kak Cik atau sebagainya. Pergaulan dan kelakuan antara adik beradik perlulah dengan sopan dan santun. Rasa hormat dan menghormati, setiakawan dan saling membantu.

Antara Saudara-mara Hubungan darah dan perkahwinan dengan saudara mara sebelah ibu dan bapa, mertua dan ipar dan sebagainya hendaklah berasaskan: rasa hormat, sopan - santun melalui tegur sapa dan panggilan pangkat mereka. a. b. Komunikasi dan pergaulan antara saudara mara juga harus berasaskan rasa hormat, sopan dan santun. Kunjung mengunjungi antara saudara mara adalah amat baik dan dapat merapatkan hubungan silaturahim.

INSTITUSI KEMASYARAKATAN DAN MASYARAKAT UMUM Generasi Tua dengan yang Muda Hubungan antara yang tua dengan yang muda sentiasa berada dalam suasana hormat menghormati, sayang menyayangi dan bertatasusila. Antaranya ialah: a. b. c. d. e. Mendahulukan yang tua. Bertegur sapa dengan panggilan Pakcik atau Makcik; Abang atau Kakak atau Adik jika lebih muda. Bertutur, bercakap atau berbual dengan nada suara yang lembut, bersopan dan rendah diri. Tidak berjenaka sesuka hati, memerli atau memandang rendah, membantah dan bermegahmegah. Yang muda di beri peluang untuk memberi pendapat atau pandangan.

Pemimpin Masyarakat dan Orang Awam Hidup bermasyarakat memerlukan tutur kata yang sopan, fiil yang halus dan berpekerti yang mulia. Antaranya ialah: a. b. c. d. e. Menghormati seseorang yang dipilih menjadi pemimpin. Menyokong pemimpin kita untuk menjayakan apa saja rancangan dan tindakan untuk kebajikan bersama. Bekerja bersama-sama, bermuafakat dan berunding. Semangat bergotong-royong. Pemimpin yang murah hati dan sikap sentiasa membimbing dan membantu.

Masyarakat Umum Anggota masyarakat yang berbudi adalah orang yang menunjukkan perangai, kelakuan serta peribadi yang baik dan sentiasa menjaga dirinya dari segala macam kelakuan buruk yang tidak disetujui oleh masyarakat.

Antara sifat terpuji ialah: a. b. c. d. Memberi bantuan terutama kepada warga tua, warga istimewa, wanita dan kanak- kanak. Sentiasa beratur di kaunter bayaran dan mendapatkan perkhidmatan atau menaiki bas dan sebagainya. Bertimbang rasa, sabar dan baik hati. Mengelak dari melakukan kekotoran dan membuang sampah.

INSTITUSI PEMBELAJARAN Antara Guru - Pelajar - Guru Guru mendidik murid-murid termasuklah budi bahasa dan akhlak untuk berkelakuan baik teratur dan sejahtera. Antaranya ialah: a. b. c. d. e. f. Berdisiplin Bertegur sapa dengan penuh hormat dan bersopan santun. Membiasakan diri mengucapkan Selamat Pagi, Assalamualaikum, terima kasih, memohon maaf dan sebagainya. Menggunakan bahasa (kata) yang sopan dan beradab. Berani mengakui kesalahan yang dilakukan serta sentiasa bersedia untuk memohon maaf. Mentaati jadual sekolah dengan mengikuti waktu persekolahan dan tidak ponteng. Menjaga kesihatan dan kebersihan.

Antara Pelajar - Pelajar - Rakan Sebaya Saling menghormati sesama rakan. Antaranya ialah: a. b. c. d. Membiasakan diri mengucapkan salam atau ucap selamat. Menghargai perbezaan beragama, latar belakang masyarakat dan budaya masing-masing. Menghargai idea. fikiran dan pendapat serta hak milik rakan sebaya. Saling bantu-membantu dan bekerjasama sesama rakan sebaya.

INSTITUSI PERKHIDMATAN Antara Ketua - Anggota Yang Dipimpin Ketua Layanan baik dan berbudi oleh ketua terhadap kakitangan bawahan akan menimbulkan rasa mesra dan mendorong semua kakitangan berusaha keras untuk membantu ketua mencapai matlamat organisasi. Antaranya ialah: a. b. c. d. e. Sikap murah hati, menunjuk ajar dan teladan yang baik. Berhemah dan memberi teguran secara tertib. Adil dan saksama Mematuhi undang-undang, prosidur, peraturan dan arahan. Sentiasa menepati masa.

Antara Rakan Sekerja Sesama rakan sekerja perlulah menunjukkan budi pekerti yang mulia, bahasa yang halus serta bertimbang rasa akan sentiasa menarik rakan sekerja untuk bersama menjalankan kerja yang bermutu, membina kesatuan organisasi dan juga mencapai matlamat dan misi organisasi. Antaranya: a. b. c. d. Saling hormat menghormati, setiakawan yang kukuh dan bersopan santun. Bantu membantu dan bermaufakat. Nasihat menasihati, memberi teguran dan tunjuk ajar. Mematuhi arahan, peraturan dan undangundang.

Antara Organisasi dengan Pelanggan Anggota perkhidmatan yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan dan perkhidmatan telefonis menjadi cerminan kepada keseluruhan organisasi yang diwakilinya. Pelanggan akan merasa senang apabila menerima perkhidmatan seperti berikut: a. b. c. d. e. Penuh beradap dengan tutur kata yang sopan, lembut, terang dan jelas,mesra dan sentiasa ingin membantu. Adil dan saksama. Sentiasa memberi ucapan salam atau selamat dan berterima kasih serta memohon maaf. Jangan membiarkan pelanggan menunggu lama berbaris panjang dan tidak menjawab panggilan telefon lebih daripada 30 saat. Bersedia membantu tanpa diminta.

Peranan Pelanggan Seseorang pelanggan yang ingin berurusan untuk mendapatkan perkhidmatan dengan pihak kerajaan atau swasta hendaklah mempunyai etika dan adap seperti berikut: a. b. c. d. Berpakaian kemas, menghormati peraturan dan tanda-tanda larangan. Memberi salam atau ucapan selamat sebelum menjalankan sebarang urusan. Bertutur dengan bahasa yang baik dan sopan santun. Memberi ucapan terima kasih apabila selesai berurusan dengan pihak pejabat.

Y.A.B Perdana Menteri semasa pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni pada 11 Januari, 2005 di Istana Budaya, Kuala Lumpur telah menyarankan agar bangsa Malaysia yang maju seperti dicitacitakan menjelang tahun 2020 dapat mempamerkan Kecemerlangan Kegemilangan dan Keterbilangan berasaskan pekerti mulia, berbudaya tinggi dan berbahasa baik. Ini akan lebih bermakna jika kita dapat menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Pembudayaan budi bahasa dan nilai-nilai murni ini hendaklah berterusan sehingga ia menjadi satu warisan bangsa Malaysia dikagumi dunia. Untuk mencapainya usaha bersepadu dan bersekutu di kalangan agensi-agensi kerajaan pusat dan negeri, pihak swasta, institusi-institusi pengajian tinggi, sekolah-sekolah, pertubuhan-pertubuhan sukarela bukan kerajaan, orang perseorangan dan sebagainya perlulah dipertingkatkan. 2.2 Jenis2 Nilai 2.2.1 Nilai Instrumental adalah nilai yang diterima/ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat, tujuan, kesan dan objektif di mana setiap tindakan dibuat dengan maksud lain yang tersembunyi dari tindakan sebenar. Contoh: (a) Mengebom Hiroshima untuk menamatkan Perang Dunia Kedua. (b) Mengenakan hukuman gantung kepada pengedar dadah bagi menghapuskan kegiatan pengedaran dadah. (c) Mengenakan tindakan disiplin bagi pelajar yang merokok demi menjaga tatatertib para pelajar. 2.2.2 Nilai Intrinsik adalah kualiti yang diterima/ditolak semata-mata ia baik/buruk tanpa mengambil kira kesannya dan setiap tindakan atau keputusan datang dari diri sendiri. Contoh:

Seorang hakim menjatuhi hukuman gantung sampai mati kepada seorang pengedar dadah semata-mata kerana kewajipannya dari segi undangundang dan bukan atas tujuan membasmi pengedaran dadah.

2.2.3 Nilai Subjektif adalah kualiti yang diterima/ditolak berdasarkan pendapat/ pandangan seseorang individu, pihak atau institusi di mana nilai yang diterima atau ditolak adalah berdasarkan citarasa sendiri. Contoh:

Serangan Amerika ke atas Iraq adalah wajar mengikut pandangan sekutunya tetapi kejam dari pandangan negara-negara yang menyokong Iraq. Pembinaan bangunan-bangunan untuk kemajuan negara adalah wajar untuk pihak tertentu tetapi bukan bagi pihak yang menganggapnya sebagai pembaziran sumber kewangan.

2.2.4 Nilai Objektif adalah kualiti baik atau buruk yang bebas dari pandangan peribadi atau pihak tertentu di mana nilai yang diterima atau ditolak adalah berdasarkan fakta. Contoh: a. b. c. Peperangan adalah satu tragedi yang dahsyat. Perhambaan tidak mencerminkan kemanusiaan. Buruh kanak-kanak adalah satu kezaliman dan mesti dihapuskan.

2.2.5 Nilai relatif adalah nilai yang diterima/ditolak oleh sesuatu masyarakat untuk berdasarkan kebudayaan, adat, agama, kepercayaan dan larangan masyarakat itu. Nilai yang sama mungkin ditolak oleh masyarakat lain. Nilai ini adalah mengikut situasi dan keadaan masyarakat sama ada diterima atau ditolak. Contoh: a. b. Malaysia - Pembentukan keluarga - Perkahwinan rasmi Amerika - Pembentukan keluarga - Tanpa perkahwinan rasmi

2.2.6 Nilai mutlak pula menyatakan bahawa nilai yang berharga itu tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi sesuatu masyarakat. Nilai yang bersifat sejagat atau universal. Nilai ini bersifat tetap dan mesti bagi sesuatu masyarakat. Contoh a. b. Hidup berkeluarga adalah kehidupan yang baik Membunuh tanpa sebab adalah perbuatan keji

2.3 PERUBAHAN NILAI DALAM MASYARAKAT Perubahan sesuatu nilai boleh mengakibatkan perubahan pada nilai-nilai yang lain. Perubahan nilai menuju kepada dua polar, iaitu sama ada kepada pengukuhan ataupun kemorosotan. Pengukuhan nilai berlaku sekiranya sesuatu nilai itu selaras dengan konsep diri dan juga dengan kehendak masyarakat. Sebaliknya, kemorosotan nilai berlaku jika sesuatu nilai itu tidak dapat diterima ke dalam konsep diri dan juga bertentangan dengan kehendak masyarakat. Sebaliknya kemorosotan nilai berlaku jika sesuatu nilai itu tidak dapat diterima ke dalam konsep diri dan juga bertentangan dengan kehendak masyararakat. Terdapat beberapa cara perubahan nilai berlaku, antaranya adalah seperti berikut:

10

1.

Akibat perkembangan pengetahuan dan perubahan maklumat, misalnya tentang penemuanpenemuan sains, perkembangan teknologi dan perkembangan bidang-bidang kehidupan lain. Penemuan dan perkembangan pengetahuan mempengaruhi nilai-nilai yang bersabit dengan keselesaan hidup manusia. Melalui perubahan ideologi dan politik sama ada secara propaganda, indoktrinasi, pelaziman ataupun penyiaran. Misalnya, nilai patriotik dan nasionalisme orang Melayu bertambah kuat pada masa pemerintahan orang Jepun jika dibandingkan dengan semassa pemerintahan Inggeris sebelum Perang Dunia Kedua. Akibat kebosanan dan salah anggapan, misalnya hiprokasi dalam politik dan pemerintahan, kebebasan bersuara dalam demokrasi, keadilan mendapatkan peluang dan kecekapan birokrasi. Kebosanan dan salah anggapan mengakibatkan kemorosotan nilai. Berpunca daripada perubahan persekitaran opertif masyarakat seperti faktor-faktor sosial, ekonomi, demografi dan teknologi yang mempengaruhi cara hidup dan nilai-nilai ahli masyarakat. Misalnya, kemorosotan sistem ekonomi negara mewujudkan nilai jimat cermat, teliti belanja, produktiviti dan persefahaman antarabangsa.

2.

3.

4.

Faktor Mempengaruhi Nilai: 1. 2. 3. Cabaran globalisasi sikap materialistik pemikiran materialistik

Cara-cara Menangani Perubahan Nilai: 1. 2. 3. 4. Pelan Integrasi Nasional (PIN) Modul Integrasi Perkhidmatan Awam Pembinaan sahsiah dll

BAB 3 Nilai Agama dan Masyarakat baca rujuk modul BAB 4 ISU MORAL TEMPATAN 4.1 Keganasan Terhadap Keluarga rogol/sumbang mahram sikap ingin tahu keterlaluan kebanjiran banhan-bahan erotik kurang didikan agama pengaruh dadah/alkohol keganasan rumahtangga penderaan fizikal penderaan seksual penderaan emosional pengabaian kanak-kanak gangguan seksual Kesan gangguan seksual mangsa penjenayah masyarakat Cadangan Mengatasi tindakan tegas ke atas penjenayah pendidikan keselamatan khidmat perlindungan dan kaunseling peranan ibu bapa khidmat pembimbing rakan sebaya masyarakat penyayang dan prihatin

11

pembentukan jati diri remaja pendidikan seks

4.2 Isu-isu Moral Sekolah vandalisme pengaruh rakan sebaya ibu bapa dan keluarga pengaruh media massa sikap (tidak peduli, individualistik, materialistik masyarakat) Langkah-langkah Mengatasi penguatkuasaan undang-undang peranan ibu bapa dan keluarga peranan masyarakat dan pihak sekolah peranan media massa Peras ugut / kongsi gelap / buli Merokok 4.3 Penyalahgunaan Teknologi Maklumat pornografi cybercafe BAB 5 ISU MORAL SEJAGAT 5.1 Seksualiti 5.1.1 Pergaulan bebas Batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan tidak bersentuhan antara perempuan dan lelaki tidak melihat perempuan secara mengamati dan menaikkan syahwat memelihara aurat dan kehormatan tidak mengeluarkan kata-kata keji,lucah dll tidak berdua-duan tidak bercampur gaul dalam keadaan yang terdedah kepada maksiat Isu-isu Pergaulan antara Lelaki dan Perempuan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Menaiki motor berdua-duan. Berbincang pelajaran secara berdua-duaan di tempat sunyi. Tinggal serumah tanpa ada kawalan daripada pihak penjaga. Mengusik atau mengurat perempuan. Berjalan berdua-duaan dan berpegang tangan. Terlalu kerap berjumpa tanpa ada sebab yang munasabah. Cinta remaja.

Cara Mengatasi Pergaulan Bebas 1. 2. 3. 4. 5. Sematkan dalam hati perasaan bangga dengan agama, budaya, bangsa dan negara kita. Mendalami ilmu agama sama ada melalui media cetak mahupun media elektronoik melalui saluran yang betul. Sekiranya terjebak dalam gejala sosial, kongsi masalah anda dengan orang yang boleh dipercayai. Berfikiran positif dalam membuat keputusan demi menjaga maruah diri dan pengangan agama. Bergaul mengikut kehendak agama. Dimana menjaga batas dan tataertib diri.

5.1.2 Hubungan Sejenis Jenis-jenis Hubungan Sejenis (Homoseksual)

12

1.

Homoseksual Terangan (Blatant Homosexual) Jenis homoseksual yang sejati individu secara terbuka dan terang-terangan menerima identiti diri sebagai homoseksual, bersedia unutk mempamerkan identiti homoseksual pada masyarakat serta melakukan kegiatan homoseksual. Homoseksual Terdesan (Desperate Homosexual) Biasanya jenis ini sudah bernikah tetapi tetap menjalani kehidupan homoseksual secara bersembunyi dari pengetahuan pasangan. Homoseksual Sulit (Secret Homosexual) Kebanyakan mereka tergolong dari golongan kelas pertengahan, selalunya sudah bernikah. Tiada siapa yang mengetahui kegiatan homoseksual kecuali teman-teman rapat. Homoseksual Berkeadaan (Situational Homosexual) Adakalanya seseorang berada pada sesuatu keadaan sehingga individu itu bertingkah laku seperti homoseks seperti keadaan di dalam penjara, arama dan sebagainya. Setelah keluar, selalunya mereka akan kembali menjadi hetroseksual. Biseksual Melibatkan diri dalam aktiviti homoseksual dan juga hetroseksual. Selalunya berlaku pada mereka yang sudah bernikah. Mereka berasa seronok melalukan hubungan sejenis dan berlawanan jenis. Homoseksual Selesa (Adjusted Homosexual) Golongan ini lebih terang-terangan hidup di antara sesama kaum minoritinya dan dengan mudah menyesuaikan dirinya. Ramai kaum homoseksual ini hidup dalam tingkat keintiman yang tinggi dari hetroseksual, termasuklah antara gay dan lesbian.

2.

3.

4.

5.

6.

Faktor Penyebab Homoseksual 1. Faktor Keluarga Pengalaman/trauma di alam kanak-kanak Contohnya: Dikasari oleh ibu/bapa sehingga si anak beranggapan semua lelaki/perempuan bersikap kasar, bengis dan panas baran yang memungkinkan si anak berasa benci pada golongan itu. Predominan dalam pemilihan identiti iaitu melalui hubungan yang renggang dengan ibu bapa. Persekitaran Contohnya: Bersangkutan dengan pergaulan dan keadaan sekeliling. Mengikut pendapat ini, homoseksual bukanlah dibawa dari lahir tetapi terbina melalui pengalaman, seperti kompleks dalam keadaan hidup dan pengaruh keadaan semasa bayi, kanak-kanak, remaja dan awal dewasa. 2. Faktor Biologi Homoseksual adalah keadaan pernyataan perasaan yang semulajadi menyebabkan seseorang itu mempunyai nafsu terhadap kaum sejenis. Perasaan dan nafsu tersebut terhasil disebabkan oleh bahan kimia dan hormon yang dikeluarkan dalam badan (luar kawalan). Pendapat ini masih lagi dalam dibincangkan dan tidak dapat dibuktikan secara menyeluruh oleh pakar dalam bidang ini. 3. Faktor Pendorong Individu

13

Rentetan dari proses pembelajaran sewaktu kecil. Berkurangnya rasa kepercayaan terhadap ibu dan saudara perempuan (lesbian) dan sebaliknya (gay). Kurang percaya pada potensi seksual yang ada pada diri sendiri. 4. Faktor Penarik Individu terhadap Homoseksual Keinginan perasaan yang harmoni untuk mendominasi hawa nafsu. Harga diri tidak boleh diperolehi dari hubungan lain. Ketakutan pada kaum bertentangan jenis menyebabkan respon erotik menjadi pasif. 5. Peranan Utama Aktiviti Seksual Sekiranya individu merasakan pengalaman homoseksual pertama menyeronokkan, individu akan meneruskan aktiviti homoseksual secara berterusan. Pendedahan berleluasa terhadap aktiviti homoseksual akan membuatkan individu semakin selesa dengan situasi sedemikian. Kesan Hubungan Sejenis (Homoseksual) 1. Aktiviti Homoseksual Memusnahkan Kekuatan Moral Masyarakat Penekanan diberikan pada golongan homoseksual yang melakukan hubungan seksual di luar tabiI. Dipercayai aktiviti sedemikian mencacatkan sahsiah budaya dan kesatuan masyarakat. 2. Homoseksual Tidak Perlu Diberi Hak-hak Istimewa Golongan ini sering dikaitkan dengan sesuatu yang tidak normal, berkaitan dengan tingkahlaku syaitan dan tidak layak menerima apa-apa hak dari masyarakat. Mereka sering dipinggirkan tanpa penjelasan yang kukuh. 3. Homoseksual Mencerminkan Kemunduran Masyarakat Apabila masyarakat menjadi terlalu terbuka, segala perbuatan yang di luar tabiI manusia akan timbul dan ini menjadi faktor penggalak pada keruntuhan sahsiah masyarakat. Masalah keruntuhan akhlak akan berleluasa. 4. Homoseksualiti Membunuh Institusi Kekeluargaan Masyarakat akan menjadi tidak sihat dan unsur-unsur negatif akan disalurkan dalam institusi kekeluargaan homoseksual. Mengurangkan populasi naturan dalam masyarakat. 5. Mereka Bertanggungjawab terhadap Gejala Kurang Sihat dan Kepelbagaian Masalah Kesihatan seperti AIDS dan STD Walaupun jangkitan AIDS dan STD disebabkan oleh pelbagai faktor, tetapi golongan homoseksual sering dijadikan penyebab utama. 6. Diskriminasi

14

Sering dianaktirikan dalam pelbagai aspek. Budaya: Kegiatan harian (walaupun sama seperti orang lain) tidak dapat diterima oleh masyarakat. Dianggap janggal setiap kali melakukan sesuatu tugas walau tidak berkaitan dengan identiti homoseksual atau hetroseksual. Sosial: Dianggap sebagai orang asing dan tidak mendapat layanan seperti orang lain sering dilihat sebagai pelik dan tidak dapat diterima dalam kegiatan luar. Tidak ramai golongan homoseksual yang memegang jawatan tinggi di mana-mana jabatan, yang berani untuk menonjolkan diri pada masyarakat, yang mampu pertahankan kelebihan yang ada pada diri dan sebagainya.

5.1.3 AIDS - gejala AIDS - Tingkah laku Virus HIV - rawatan untuk AIDS - AIDS dan keselamatan mental 5.2 keganasan Global - peperangan - pengganas - diskriminasi ras/agama 5.3 Kemajuan Sains dan Teknologi - kloning - jenayah siber - penggunaan bahan kimia berlebihan dalam penghasilan makanan

15

Anda mungkin juga menyukai