Anda di halaman 1dari 7

DISEDIAKAN OLEH:

GANESH A/L SATHVASORUVANANTHAM


KPLI MATH1 / BI / PSV

MORAL
Seseorang insan moral adalah seorang yang
memahami
keperluan
untuk
peraturan
dalam
masyarakat tetapi tidaklah pula mematuhi tanpa
berfikir.
PERATURAN MASYARAKAT
Peraturan menjimatkan tenaga dan masa manusia
daripada terpaksa sentiasa berfikir bagaimana mereka
sendiri mesti berkelakuan.
Selain peraturan masyarakat, satu lagi kandungan etika
yang penting ialah keperibadian mulia. Insan moral
mempunyai keperibadian yang baik dan mengamalkan
kesederhanaan (mengikuti jalan tengah ) dan boleh
dipuji.

Insan moral merupakan seorang insan yang


menganggap perasaan, keperluan dan kepentingan
orang lain sama pentingnya dengan perasaan,
keperluan dan kepentingan sendiri. Penerimaan
perasaan, hak-hak dan keperluan-keperluan orang lain
dari segi emosi merupakan satu sikap emosi terhadap
tingkap laku moral.

Seseorang yang bermoral berupaya membuat keputusan


secara rasional (berdasarkan konsep, prinsip serta hukum),
sejagat (berdasarkan keadilan, kejujuran, amanah, kebebasan
dan hak seseorang individu) dan preskriptif (berdasarkan
keadilan, kejujuran, amanah, kebebasan dan hak seseorang
individu). Orang yang bermoral dapat bertindak secara
terkawal dan tidaklah keterlaluan serta mempunyai fikiran
waras serta berupaya untuk meletakkan had-had tertentu bagi
satu-satu tindakan yang melampau.
Tindakan bermoral berdasarkan autonomi atau kebebasan. Insan
moral harus bertindak asalkan tidak melanggar batas-batas
peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh keluarga,
komuniti, masyarakat dan negara. Orang bermoral seharusnya
menonjolkan keadilan dari segi perlakuan, peraturan serta membuat
keputusan yang saksama dan tidak berat sebelah.

CIRI-CIRI SEORANG YANG BERMORAL


Orang bermoral mempunyai hemah tinggi seperti:
Budi pekerti, tingkah laku mulia, serta berbudi bahasa.
Tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjuk serta tidak sombong dalam
pergaulan dengan orang lain.
Suka bergaul mesra, tidak mengasingkan diri serta sedia mengakui
kesilapan dan kelemahan sendiri
Orang bermoral juga mempunyai sifat hormat-menghormati dan ini
Termasuk menghormati:
Raja dan negara.
Orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran.
Ibu-bapa.
Hak asasi manusia.
Kepercayaan dan adat resam pelbagain kaum.
Sifat-sifat yang tersendiri pada setiap individu.
Undang-undang.
Maruah diri.

Kejujuran juga merupakan salah satu sifat insan moral. Kejujuran


adalah sikap dan perlakuan yang membayangkan niat baik,
amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.

KESIMPULAN
Moral adalah tingkah laku manusia sejajar dengan ajaran, peraturan,
adat dan agama yang ditetapkan oleh masyarakat.
Ajaran, peraturan, adat dan agama ini menentukan bagaimana
manusia harus hidup dan bertindak agar menjadi manusia baik.

SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai