Anda di halaman 1dari 4

1.

Terangkan persamaan dan perbezaan definisi dan konsep etika


berdasarkan kepada peradaban Barat, India, China dan Arab.

Perbezaan definisi dan konsep etika berdasarkan peradaban Barat,India,China dan Arab adalah setiap
peradaban mempunyai kepercayaan masing-masing terhadap terhadap agama dimana setiap peradaban
mempunyai agama yang dianuti walaupun berbeza. Hal ini kerana, setiap peradaban mempunyai kepercayaan
tersendiri mengenai hal ketuhanan dan ketaksuban yang berbeza. Pemahaman dan cara menganuti juga
berbeda mengikut agama masing-masing. Namun agama membawa maksud yang sama yang menjadikan
setiap peradaban mempunyai fokus yang sama terhadap kehidupan. Persamaan yang seterusnya yang dapat
kita lihat adalah mereka sangat menitikberatkan nilai” etika dalam kehidupan. Contohnya, mereka ingin
mewujudkan masyarakat yang harmoni dan ikatan kekeluargaan yang erat sesama sendiri walaupun berlainan
keturunan. Tak kira dalam hubungan antara pemimpin dan rakyat atau hubungan sesama keluarga.
2. Bincangkan pengertian etika menurut perspektif individu,
masyarakat, negara dan sejagat.

I. Pengertian etika adalah berbeza-beza dan kebiasaannya bergantung kepada prinsip-prinsip asas dan nilai
yang dipegang oleh seseorang individu. Prinsip-prinsip asas dan nilai yang dipegang ini menjadi panduan
kepada gaya berfikir, bercakap dan kelakuan individu berkenaan. Etika individu ini menjadi kawalan kepada
tindakan seseorang apabila berurusan dengan pihak lain. Kepentingannya adalah sebagai panduan hidup
manusia demi mencapai matlamat masing-masing.
II. Pengertian etika menurut perspektif masyarakat pula adalah panduan dan prinsip-prinsip moral yang
dipersetujui dan diterima oleh sesebuah masyarakat. Sesuatu nilai yang diterima dalam sesebuah masyarakat
harus diamalkan oleh masyarakat berkenaan. Namun, nilai ini berbeza-beza mengikut amalan, budaya,&
agama yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Sesuatu nilai yang diterima oleh masyarakat berkenaan
harus dipatuhi dan diamalkan oleh individu yang berada dalam masyarakat tersebut. Tiada individu yang
terkecuali daripada nilai dan etika yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat selagi mereka tinggal dan
hidup secara berkomuniti.
III. Menurut pespektif negara pula nilai-nilai etika dan moral yang harus ada dan diamalkan oleh setiap rakyat
dalam sesebuah negara dan pelanggaran terhadap nilai etika & moral berkenaan akan berhadapan dengan
tindakan undang-undang yang berkaitan dalam negara berkenaan. Ia kebiasaannya ada dalam perlembagaan
sesebuah negara sebagai panduan kepada kelakuan dan tindakan rakyat dalam sesebuah negara misalnya
dalam hal-hal yang berkaitan dengan disiplin, integriti, maruah, keadilan sosial, toleransi agama, &
patriotisme. Etika nasional adalah berbeza-beza mengikut negara.
IV. Etika yang diterima dan diamalkan di peringkat antarabangsa merupakan etika mengikut perspwktif
sejagat. Mengandungi pelbagai standard etika yang dianggap berdiri dengan sendiri & boleh diaplikasikan
kepada semua manusia tanpa mengira kaum, budaya, agama, jantina, kumpulan umur, politik, kelas sosial,
atau ekonomi. Semua prinsip atau nilai etika yang tidak dianggap sebagai agresif, mencegah penggunaan
kekerasan atau menghalang keganasan di antara manusia dianggap sebagai prinsip etika sejagat. Di antara
contoh kekerasan atau keganasan ini ialah pembunuhan, rogol, penculikan, mencederakan, mencuri,
merompak, dan tingkahlaku musnah atau vandalisme. Sebaliknya, sebarang tindakan yang diambil sebagai
tindakbalas ke atas kekerasan dan keganasan tersebut dianggap sebagai tindakan yang tidak melanggar etika
sejagat.
3. Berdasarkan kepada lima prinsip asas etika, bincangkan bagaimana ianya boleh
membantu setiap individu melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya seharian.

Lima prinsip asas etika terdiri daripada prinsip nilai hidup manusia, prinsip kebaikan dan keburukan, prinsip keadilan dan
saksama, prinsip kejujuran dan prinsip kebebasan. Prinsip nilai hidup manusia dapat membantu setiap individu
melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan menjaga nyawa diri sendiri & juga nyawa pihak lain tanpa mengira
tempat & masa. Menurut prinsip kebaikan pula, individu akan cenderung untuk melakukan hal kebaikan dan
meninggalkan segala perbuatan buruk. Seterusnya, dengan berpegang dengan prinsip keadilan dan saksama individu
akan bertindak dengan benar dalam setiap perbuatan mahupun percakapan. Selain itu, setiap individu akan
mengamalkan sikap jujur dalam melakukan kegiatan harian jika berpegang teguh dengan prinsip kejujuran. Akhir sekali,
prinsip kebebasan membantu setiap individu untuk mematuhi setiap peraturan kerana dalam setiap kehidupan terdapat
peraturannya tersendiri.

Anda mungkin juga menyukai