Anda di halaman 1dari 29

Pendahuluan

Pada alaf digital yang mendepani ombak globalisasi ini, moral telah menjadi
sesuatu yang penting dan tidak patut dihapuskan mengikuti roda masa yang
senantiasa bergerak ke depan dan tidak akan berundur. Namun begitu, isu insan
moral sering diungkit dan telah menjadi buah mulut yang meniti dari bibir ke bibir baik
di warung kopi mahupun di parlimen. Mungkin anda tertanya-tanya apa itu insan
moral, menurut modul HBME3103 Pendidikan Moral Tahun 4, pada halaman 6,
menyatakan insan bermoral merupakan individu yang berupaya melakukan kebaikan.
Insan bermoral merujuk kepada individu yang mempunyai tingkah laku baik yang
diterima oleh sesebuah masyarakat.

Perlakuan seseorang biasanya akan mencerminkan amalan, status dan sifat
permikiran yang baik terhadap sesuatu perkara. Insan yang bermoral adalah individu
yang mempunyai niat hati yang baik dan dapat melakukan sesuatu perbuatan yang
baik dari hati yang ikhlas dan rela. Secara tuntasnya, insan yang bermoral tidak akan
melakukan perbuatan yang tidak bermoral walaupun dengan niat yang baik. Hal ini
demikian kerana perbuatan yang tidak bermoral itu bertentangan dengan nilai dan
prinsip seseorang yang bermoral. Namun begitu, seseorang insan yang bermoral
bukan hanya mempunyai fikiran bermoral tetapi tiga dimensi iaitu penaakulan moral,
perasaan moral dan perlakuan moral serta prinsip-prinsip moral. Dengan memiliki
ketiga-tiga dimensi moral ini dan juga prinsip-prinsip moral, seseorang insan baru
boleh dipanggil sebagai seseorang insan yang betul-betul bermoral. Hal ini demikian
kerana jika seseorang individu mempunyai penaakulan moral sahaja, beliau hanya
akan berfikir secara bermoral tetapi tidak akan bertindak secara bermoral, jika
seseorang indvidu hanya mempunyai perasaan moral maka individu tersebut hanya
akan berperasaan moral dan tidak akan bertindak secara bermoral juga, dan jika
seseorang individu tersebut hanya mempunyai perlakuan moral sahaja maka dengan
dukacitanya kita katakan kerana ia memang tidak ada sebarang kegunaan kerana
individu tersebut kekurangan perasaan moral dan penaakulan moral yang membawa
kepada perlakuan moral ini. Dengan keterangan di atas, kita dapat tahu bahawa
betapa pentingnya ketiga-tiga dimensi moral ini dalam memupuk insan atau
masyarakat yang bemoral.

Selain daripada ketiga-tiga dimensi moral ini, prinsip moral juga memainkan
peranan yang penting dalam memupuk insan atau masyarakat yang bermoral.
Seseorang insan yang bermoral mestilah menguasai ketiga-tiga dimensi moral ini
dan juga prinsip-prinsip moral seperti prinsip altruiseme, keadilan serta autonomi.
Seseorang insan yang bermoral haruslah boleh membuat pertimbangan dalam apa-
apa sahaja yang melibatkan orang lain mengikuti prinsip altruisme, boleh membuat
pertimbangan secara bebas tetapi adil dan rasional dengan memenuhi prinsip
autonomi dan keadilan. Tak ada angin masakan pokok bergoyang, dimensi dan
prinsip moral amat penting kerana ia dapat membentuk sesuatu insan yang bermoral.
Dengan insan yang bermoral juga, maka masyarakat yang bermoral baru boleh
dibina dan sekiranya seluruh masyarakat bermoral, negara kita baru boleh
membentuk sebuah negara yang cemerlang dan terbilang. Sebagai
pengetahuananda, salah satu cabaran negara untuk menjadi negara yang maju dan
dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara yang maju menjelang
tahun 2020 adalah untuk melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika. Dari
pernyataan tersebut, kita dapat melihat betapa pentingnya dimensimoral dan juga
prinsip-prinsip moral. Seterusnya marilah kita bincang tentang dimensi moral seperti
penaakualn moral, emosi moral, dan perlakuan moral serta prinsip moral seperti
prinsip altruisme, keadilan, dan autonomi secara terperinci.













Penaakulan moral

Dimensi moral yang pertama pertama adalah penaakulan moral dan marilah
kita mengkaji lebih mendalam tentang penaakulan moral. Menuruti Profil insan
bermoral, penaakulan moral yang juga disebut sebagai pertimbangan atau pemikiran
moral yang dibuat secara rasional dan autonomi iaitu bebas. Ini bermaksud individu
tersebut boleh berfikir secara bermoral dan membuat keputusan untuk mengatasi
sesuatu perkara berasaskan prinsip moral dan nilai-nilai moral yang diterima oleh
masyarakat. Malahan, prinsip keadilan akan diutamakan dalam membuat
pertimbangan moral supaya tidak berat sebelah. Sebagai contohnya, seseorang guru
yang mempunyai penaakulan moral tidak akan berat sebelah mengenai pelajar yang
berlainan. Beliau tidak akan memberi markah yang lebih tinggi kepada seseorang
murid yang disayangi olehnya berbanding dengan murid yang nakal walaupun apa
yang mereka buat adalah pada aras yang sama. Hal ini demikian kerana guru
tersebut boleh berfikir secara rasional ,adil, dan juga logik atas perkara tersebut iaitu
guru harus bersikap profesional dan juga bermoral supaya para murid akan belajar
daripada guru tersebut iaitu sikap berat sebelah adalah tidak betul dan mereka harus
boleh berfikir secara adil serta rasional. Hal ini demikian kerana apabila mereka
menjadi dewasa dan mempunyai pekerjaan sendiri kelak, mereka tidak akan berat
sebelah atas pekerjaan mereka kerana mereka masih ingat apa yang guru mereka
buat sebagai rol model mereka yang patut mereka belajar atas nama dimensi moral
iaitu penaakulan moral. Bak kata pepatah, guru kencing berdiri, murid kencing
berlari.

Di samping itu, kita juga boleh berkata bahawa penaakulan moral dalam
pendidikan moral itu telah menjadi asas atau panduan kepada seseorang individu
dan juga bagaimana individu tersebut menterjermah amalan nilai-nilai murni dalam
kehidupan sehariannya. Melalui pendidikan moral dan juga penghayatan nilai murni
sama ada dari aspek yang formal ataupun tidak, maka ia berupaya mewujudkan satu
masyarakat yang bermoral tinggi. Hal ini demikian kerana amalan nilai murni yang
melibatkan seluruh masyarakat mestilah bermula dari individu seperti mana sepohon
pokok hendak bertumbuh mestilah mulai dari akar dulu. Dengan perkataan yang lain,
penaakulan moral kepada seseorang individu adalah berdasarkan pemikiran yang
bebas dan rasional serta penekanan utama terhadap pemahaman nilai serta erti
moral secara mendalam dan teliti lalu bertindak atau menunjukkan tingkah laku yang
berasaskan nilai-nilai moral yang boleh diterima oleh sesebuah masyarakat. Sebagai
contohnya, seseorang yang memahami tentang nilai moral seperti rajin, bekerjasama,
tanggungjawab akan melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong tanpa mengira di
rumah diri sendiri, sekolah, kawasan taman rumah sendiri ataupun tempat-tempat
seperti rumah orang tua, rumah anak yatim dan lain-lain lagi yang langsung tidak
berkaitan dengan diri sendiri. Hal ini demikian kerana individu itu bukan sahaja
memahami nilai moral tetapi mempunyai penaakulan moral yang mendalam dan
dalam mindanya, beliau ingin bertindak secara bermoral supaya dapat membantu
atau berjasa kepada masyarakat tanpa mengira jantina, bangsa dan juga umur
supaya masyarakat dapat merasai keikhlasannya dan berasa bahagia. Hal ini
demikian kerana individu tersebut berfikiran bebas dan rasional iaitu boleh berfikir
berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasakan
pertimbangan yang wajar. Bagi seseorang guru pula, penaakulan moral merupaka
sesuatu yang penting. Hal ini demikian kerana mereka adalah acuan yang akan
membentuk pelajar yang diibarat sebagai sesuatu produk. Seorang guru mestilah
boleh berfikir secara rasional dan adil. Sebagai contohnya, seorang guru disiplin
sekolah telah menjatuhkan hukuman mengikuti peraturan sekolah kepada pelajar
yang didapati merokok di kawasan sekolah walaupun pelajar itu merupakan anaknya
sendiri. Keputusan yang dibuat oleh guru disiplin adalah berdasarkan penaakulan
moral tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran serta tidak berbelas kasihan
walaupun pelajar itu anak kandungnya. Hal ini akan memberi tanggapan yang baik
serta contoh yang patut dipelajari oleh semua lapisan masyarakat.

Selain itu, satu lagi contoh yang baik adalah guru yang menjatuhkan
hukuman yang setimpal dan kepada seorang pelajar yang meniru dalam peperiksaan
walaupun pelajar tersebut mempunyai keperitan iaitu pelajar tersebut digugut oleh
ayahnya yang garang dengan ugutan pelajar tersebut tidak akan pergi ke Australia
untuk menghadiri majlis perkahwinan kakaknya jika tidak dapat tempat pertama.
Seseornag guru yang mempunyai penaakulan moral tidak akan membuat keputusan
secara melulu dan menaruh perasaan peribadi dalam membuat keputusan, malah
berfikir secara adil, rasional dan bertanggungjawab walaupun berasa kesian kepada
pelajar tersebut yang mempunyai keperitan. Hal ini telah menjadi keterangan yang
amat jelas dan menunjukkan guru tersebut mempunyai penaakulan moral yang
mendalam kerana beliau boleh berfikir secara rasional, adil, bebas, dan juga
bermoral walaupun beliau mempunyai belas kasihan terhadap pelajar yang kesian itu.
Beliau dapat memahami sesuatu isu moral dan mengenal pasti alternatif yang ada
kesannya. Dengan itu, beliau memberi pertimbangan yang adil dan objektif terhadap
setiap pilihan alternatif itu, memikirkan konsep nilai moral sejagat dan rasional serta
membuat keputusan yang wajar iaitu memberi hukuman yang setimapal serta
mengikuti peraturan sekolah.serta mengikuti peraturan sekolah.

Selain itu, seseorang yang berpenaakulan moral akan berfikir secara rasional,
bebas, normatif, tepat, tajam, kreatif, inovatif, dan kritis sebelum kita membuat
sesuatu keputusan supaya dapat menyelakkan kesalahan, keputusan yang dibuat
dapat mengatasi masalah secara adil dan saksama. Disamping itu, dalam Negara
Malaysia yang terdiri daripda pelbagai etnik ini seseorang yang berpenaakulan moral
juga harus berhati-hati supaya tidak mengungkitkan isu-isu yang sensitif yang akan
menyebabkan Negara kita menjadi porak-peranda.


















Emosi moral

Emosi moral atau dikenali sebagai perasaan moral merupakan kehalusan
emosi individu yang mengandungi sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan,
bermotivasi dan murah hati menuruti Insan moral yang dikarya oleh Norina Hasan.
Pada masa yang sama, perasaan moral ini akan membawa kepada tindakan yang
bermoral dan ia merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan harian kita. Hal
ini demikian kerana perasaan ini akan membawa kepada perlakuan seseorang
individu yang bermoral. Oleh yang demikian, perasaan atau emosi moral adalah
penting dalam mengawal perlakuan, menghalang seseorang individu daripada
membuat sesuatu yang bersifat anti sosial.

Emosi moral juga membolehkan seseorang individu mengamalkan nilai
toleransi. Hal ini demikian kerana individu tersebut beremosi moral dan mempunyai
kesanggupan untuk bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan
berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
Sebagai contohnya, individu tersebut tidak akan bertelingkahan dengan orang lain
demi sedikit perkara seperti memandu di jalan raya. Seseorang individu tersebut
akan bertolak ansur dengan orang lain dan memberi keutamaan kepada orang yang
kesuntukan masa dan orang yang sakit.

Selain itu, seseorang yang mempunyai emosi moral mempunyai kriteria
seperti suara batin iaitu perasaan rasa bersalah, malu serta bimbang dan perasaan
inilah yang akan membawa kepada perlakuan individu secara moral. Emosi moral
juga boleh dikatakan sebagai bimbingan emosi kepada seseorang individu. Hal ini
demikian kerana emosi moral ini Hal ini demikian kerana emosi moral ini
membimbing emosi seseorang dalam kehidupan seharian. Sebagai contohnya,
seseorang individu yang beremosi moral ini berasa marah kepada seseorang tetapi
dia hanya marah sahaja dan tidak memukul atau membalas dendam terhadap orang
tersebut dan lama-kelamaan, kemarahan yang terpendam dalam hatinya akan
lenyap juga. Hal ini demikian kerana dia dibimbing oleh emosi moralnya iaitu
memukul orang atau membalas dendam adalah perlakuan yang tidak bermoral dan
tidak patut dibuat terhadap orang lain. Hal ini telah menunjukkan kepentingan emosi
moral terutamanya bagi seseorang guru. Misalnya, seseorang guru berasa marah
terhadap pelajarnya yang malas dan tidak menghantar kerja rumah. Guru tersebut
tidak akan memukul atau mendenda pelajar tersebut dengan dendaan yang
terlampau. Sebaliknya, seseorang guru yang mempunyai emosi moral akan
mengawal dirinya dan memberi hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut atau
membuat pilihan untuk menghantar pelajar tersebut kepada guru disiplin daripada
mendendanya sendiri. Sekiranya seseorang guru tidak mempunyai emosi moral, ia
akan menyumbang kepada peristiwa-peristiwa seperti guru memukul pelajarnya
sampai berdarah dan lain-lain lagi.

Selain daripada itu, emosi moral juga membolehkan seseorang untuk
berperasaan moral seperti simpati dan empati serta menyebabkan seseorang
individu membantu orang lain tanpa mengira kepentingan diri. Sebagai contohnya,
emosi moral telah membolehkan kita berasa empati dan simpati kepada pengemis
yang cacat di tepi jalan lalu memberi wang kepada mereka supaya mereka boleh
mencari nafkah hidup. Hal ini demikian kerana emosi moral telah menyebabkan kita
berfikir lebih lanjut terhadap seseorang individu. Sebagai contohnya, kita Nampak
pengemis lalu berfikir dari kedudukan pengemis tersebut iaitu sekira kita tidak
beremosi moral atau membantunya, maka dia tidak dapatlah hidup atau hidup
kelaparan sampai mati. Selain itu, semasa berlakunya bencana alam di sesuatu
tempat, maka emosi moral telah menyebabkan kita berperasaan empati dan simpati
lalu memberi bantuan kepada mangsa bencana tersebut. Sebagai contohnya,
bencana tsunami yang berlaku di Jepun pada tahun 2011 telah membangkitkan
perasaan moral yang terpendam dalam hati seseorang individu lalu berhati untuk
memberi bantuan kepada mangsa tsunami tersebut. Hal ini demikian kerana emosi
moral telah membolehkan individu tersebut berfikir dari segi mangsa tsunami
tersebut iaitu jika bencana yang malang itu berlaku di atas diri sendiri maka adakah
dia memerlukan atau menghauskan bantuan daripada orang lain untuk terus hidup
dalam dunia ini. Dengan adanya emosi moral, maka seseorang individu boleh
mengetahui asal-usul sesuatu isu atau situasi. Selain itu, seseorang individu tersebut
juga boleh memahami kesusahan, perasaan dan pemikiran orang lain pada masa
yang sama menaruhkan perasan diri sendiri dalam keadaan yang sama. Selain
daripada itu, seseorang yang beremosi moral juga akan membuat keputusan yang
adil dan rasional, empati, simpati, murah hati, kasih sayang, belas kasihan, altruistik,
sentiment, dan berjiwa.


Tingkah laku moral

Dimensi insan moral yang terakhir ialah tingkah laku moral yang bermakna
bertindak dengan tanggungjawab mengikut kemampuan sendiri terhadap sesuatu
keputusan berlandaskan penaakulan dan emosi moral.Tingkah laku moral juga
dikenali sebagai perlakuan moral. Tingkah laku moral sangat penting untuk
melahirkan insan yang bermoral, kerana tingkah laku moral adalah kesimpulan untuk
penaakulan dan emosi moral dengan melakukan perkara yang baik dan mengikuti
dengan ajaran Tuhan. Ciri-ciri untuk tingkah laku moral ialah bertanggungjawab,
berdedikasi, berprihatinan dan bekerjasama.

Nilai-nilai murni yang berdasarkan daripada tingkah laku moral ialah nilai
bertanggungjawab yang bermakna kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan
melaksanakan tugas serta kewajiban dengan sempurna. Selain itu, nilai kerajinan
yang bermaksud usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan,
kecekalan, kegigihan, dedikasi, dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu
perkara.Nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar yang berdefinisi sebagai
kesedaran tentang perlunya memelihara alam sekitar dan memulihara alam
sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem juga merupakan nilai yang
melibatkan tingkat laku moral. Akhir sekali, nilai keharmonian antara manusia
dengan alam sekitar yang bermakna keadaan saling memerlukan hubungan yang
harmonis antara manusia dengan alam sekliling supaya kualiti kehidupan manusia
dan alam terpelihara.

Seseorang yang mengamalkan nilai-nilai murni di atas akan disukai oleh
semua masyarakat. Hal ini dicetus oleh seorang yang mengamalkan tingkah laku
moral dan tindakan-tindakanyang diambil oleh mereka adalah bertanggungjawab dan
berprihatin.Contohnya, beratur semasa menaiki bas merupakan satu tindakan yang
bertanggungjawab dan dapat mengelakkan bergaduhan yang tidak perlu. Sebuah
senario diberikan untuk menunjukkan kepentingan tingkah laku moral iaitu tindakan
seseorang semasa anda menjumpai seorang buta ingin melintas jalan raya.Tindakan
yang boleh diambil oleh seseorang boleh dibahagi kepada dua iaitu menolong dia
melintas jalan raya atau berpura-pura tidak nampak. Jika seseorang pilih untuk
membantu dia melintas jalan raya, dia adalah seorang yang mengamalkan tingkah
laku moral. Perkara ini bukan sahaja membanggakan imej diri dan keluarga, ia juga
dapat memberi dorongan kepada orang buta itu bahawa masyarakat ini adalah
harmonis dan aman , maka dia haruslah hidup dengan penuh semangat. Sebaliknya,
seseorang itu berpura-pura tak nampak, dia akan menjejaskan imej diri kerana dia
tidak mementingkan nyawa yang mungkin hilang semasa melintas jalan raya.

Kesimpulannya, tingkah laku moral adalah sangat penting dalam kehidupkan
kita. Dimensi moral ini berfungsi untuk melahirkan seseorang yang
bertanggungjawab, berdedikasi, berprihatinan dan bekerjasama. Jika semua
masyarakat mengamalkan tingkah laku moral, masyarakat kita akan menjadi
harmonis dan sejahtera. Hal ini dicetus oleh masyarakat yang bertingkah laku moral
akan sentiasa tolong-menolong dan hormat-menghormati antara satu sama lain
sehingga mencapaikan perpaduan masyarakat.
















Hubungan antara tiga dimensi moral

Sebagai seorang agen moral haruslah berupaya mengamalkan tiga dimensi
moral ini. Berdasarkan Eow B.H.(dipetik dari Ashmore,2000), semua manusia dan
hanya manusia boleh menjadi agen moral dan penerima moral. Hal ini disebab oleh
kekurangan haiwan daripada dua dimensi moral iaitu penaakulan moral dan emosi
moral. Misalnya, haiwan hanya tahu melakukan apa saja yang dilatih oleh manusia,
tetapi haiwan tidak dapat membezakan tingkat laku dan tindakan itu adalah betul
atau salah. Oleh yang demikian, pendapat Ashmore boleh diterima oleh seluruh
dunia dan diwaris sehingga kini. (Untuk penjelasan yang teliti sila rujuk kepada
lampiran 3)

Ketiga-tiga dimensi insan moral ini adalah penting untuk melahirkan insan
yang bermoral dan beretika. Jika kurang salah satu dimensi moral, insan itu tidak
boleh dianggap sebagai insan yang bermoral, kerana setiap dimensi moral
menghubungkan antara satu sama lain.

Pertama, hubungan antara penaakulan moral dengan tingkah laku moral.
Tingkah laku atau tindakan seseorang individu akan bersifat sebagai kanak-kanak
yang kurang matang jika tiada fikiran yang rasional dan bebas. Mereka hanya akan
buta menuntut keuntungan dan mengakur autoriti tanpa membeza kebaikan dan
keburukan. Hal ini akan menjejaskan autonomi seseorang individu sehingga mereka
meninggalkan insan moral. Sebaliknya, kita mengamalkan penaakulan moral tanpa
mengadakan tindakan yang wajar, ia serupa dengan cakap kosong atau berilmu
tetapi tidak beramal. Menurut Eow B.H.(dipetik dari Black,2000) individu boleh
berfikir dan terus berfikir, bertaakul dan terus bertaakul, tetapi tetap menjadi orang
jahat dan tidak bermoral. Misalnya, seseorang yang mencuri dikenali sebagai orang
jahat atau orang yang tak bermoral walaupun dia sentiasa berfikir diri sendiri akan
menjadi seorang yang bermoral.

Kedua, hubungan antara emosi moral dan tingkah laku moral. Seseorang
yang akan berasa malu dan takut, menyesal, serta rasa bersalah akan mengelakkan
diri daripada perkara yang salah agar tidak memalukan diri sendiri. Hal ini telah
merujuk bahawa emosi moral akan mempengaruhi tingkah laku seseorang.

Ketiga, hubungan antara emosi moral dan penaakulan moral. Kita mungkin
akan dipengaruhi oleh autoriti atau keuntungan walaupun kita mempunyai fikiran
yang bebas dan rasional. Oleh yang demikian, kita hendaklah mengpunyai emosi
moral yang mengwujudkan berasaan malu dan takut sebagai pengawal supaya kita
tidak melakukan kesalahan.

Kesimpulannya, fikiran yang bebas dan rasional serta perasaan yang tertentu
baru boleh menyebabkan kita mengambil tindakan yang wajar. Hal ini telah menujuk
bahawa ketiga-tiga demensi moral ini adalah saling berinteraksi dan mempengaruhi.
Oleh hak demikian, setiap individu haruslah mengamalkan tiga dimensi moral supaya
menjadi insan yang bermoral. Sebaliknya, fikiran yang tidak rasional dan tidak
dikawal oleh emosi moral akan melemahkan autonomi seseorang serta melaku
kesalahan.














Prinsip-prinsip asas kemoralan

Prinsip-prinsip asas kemoralan boleh dibahagi kepada tige prinsip yang
penting, iaitu prinsip altruisme, prinsip autonomi dan prinsip keadilan.Prinsip
altruisme merupakan prinsip yang suka utamakan orang lain lebih dari diri sendiri.
Terutamanya mengambil berat tentang kebajikan, perasaan orang lain dengan
ikhlas.Prinsip keadilan pula merupakan satu pemikiran yang adil (fair-minded), tidak
berat sebelah, dan saksama. Prinsip ini sesuai dengan Prinsip Keadilan Umum.Akhir
sekali, prinsip Autonomi merupakan prinsip penentuan tentang peraturan
berdasarkan pengetahuan, alasan dan pengalaman diri sendiri.

Semua nilai-nilai murni ditubuhkan berdasarkan ketiga-tiga prinsip ini.
Kepentingan prinsip-prinsip ini adalah mengelakkan konflik dengan diri sendiri,
keluarga, rakan dan masyarakat. Selain itu, prinsip-prinsip asas kemoralan dapat
mewujudkan interaksi yang baik. Seterusnya, prinsip-prinsip ini juga
dapatmeningkatkan keupayaan pengurusan diri sendiri dengan bertanggungjawab
dan kenal pasti tingkah laku yang menyumbang kepada pembangunan watak mulia.
Akhir sekali prinsip-prinsip dapat memastikan kesederhanaan tingkah dalam tingkah
laku.












Prinsip Altruisme

Perkataan "altruisme" adalah berasal daripada bahasa Perancis, autrui yang
bermaksud orang lain. Menurut Wikipedia, Altruisme ialah amalan untuk
mengutamakan orang-orang lain berbanding diri sendiri. Amalan ini adalah sifat
murni dalam banyak budaya, dan merupakan pokok kepada banyak agama. Dalam
budaya Inggeris, idea ini sering diperihalkan sebagai peraturan keemasan etika.
Dalam Buddhisme, ia dianggap sebagai sifat asas bagi fitrah manusia.Prinsip
altruisme juga merupakan prinsip etika yang penting sebagai rujukan semasa
melakukan sesuatu tindakan moral.

Kesetiaan dan kewajipan ialah dua perasaan yang penting untuk prinsip
altruisme. Kepentingan amalan ini adalah menekankan sifat tolong-menolong atau
melakukan seusatu yang baik tanpa ganjaran. Sebaliknya, kewajipan menumpukan
perhatian pada kewajipan moral terhadap sesuatu individu yang tertentu
umpamanya, Tuhan, dan raja, sesuatu pertubuhan yang khusus seperti kerajaan,
atau sebuah konsep yang abstrakseperti negara. Sesetengah orang mungkin berasa
kedua-dua altruisme dan kewajipan, manakala orang-orang yang lain mungkin tidak.
Altruisme tulen ialah pemberian tanpa menjangka sebarang ganjaran atau manfaat-
manfaat pengakuan.

Contoh untuk prinsip altruisme ialah Seorang gadis berusia 19 tahun telah
menderma RM60,000.00 kepada Persatuan Perubatan Malaysia (Mercy) untuk
membantu mangsa pencerobohan Amerika Syarikat ( AS ) di Iraq. Wang tersebut
diperolehi melalui kemenangannya dalam peraduan meneka lagu. Beliau ialah
Khatijah Khalilul Rahman. Khatijah memang unik, seumur hidupnya belum tentu
beliau akan menerima wang yang sebegitu banyak. Satu sen pun tidak diambilnya.
Tanpa apa-apa tujuan mencari nama atau mempromosi syarikat atau pertubuhan,
gadis remaja itu mengamalkan sikap alturisme yang begitu tinggi nilainya.Khatijah,
semoga Allah merahmati hidupmu! Semoga anda sentiasa menjadi contoh insan
yang sentiasa menjunjung amalan murni dan kemanusiaan.

Contoh yang kedua untuk prinsip altruisme ialah masyarakat Malaysia telah
bekerjasama menyumbangkan sumbangan dalam bentuk tenaga dan wang untuk
menolong mangsa tsunami di Jepun. Hal ini dapat meringankan bebanan mangsa
tsunami dan menberi dorongan bagi mereka untuk hidup.

Kesimpulannya, prinsip altruisme ialah sebarang tingkah laku atau
pertimbangan moral akan melibatkan atau berhubung kait dengan orang lain. Jika
perasaan ini digunakan semasa membuat pertimbangan moral maka keputusannya
adalah lebih berperikemanusiaan dan bermoral. Perasaan kasih sayang, simpati dan
memikirkan persaan orang lain akan menjauhi perasaan kepentingan diri, tamak dan
kelakuan jahat. Misalnya, sahabat antara satu sama lain akan kekal jika kita
berkawan secara ikhlas tetapi bukan menganggap meraka sebagai alat.




















Prinsip Keadilan

Istilah keadilan berasal daripada perkataan Latis Justus yang bermaksud
law/right. Kini disebut sebagai justice yang digunakan sebagai the quality of being
righteous; rectitude; impartiality; fairness. Menurut Kamus Dewan, ;keadilan
bermaksud sifat termaksuklah sifat orang, perbuatan, tindakan, keputusan, undang-
undang, hukuman dan sebagainya yang wajar atau berpautan yang tidak memihak
kepada mana-mana pihak apabila kita memutuskan sesuatu atau melakukan
sesuatu.

Konsep keadilan adalah penglibatkan sebarang perbuatan dan keputusan
yang adil terhadap diri sendiri dan orang lain, tidak merugikan diri dan orang lain dan
melayan semua orang dengan cara yang saksama. Menurut Tam Yeow Kwai,
keadilan merupakan tindakan yang saksama dan menghormati orang lain. Semangat
keadilan juga membolehkan seseorang individu menggunakan kuasanya dengan
saksama dan tidak ada perasaan pilih kasih atau tamat dalam menjalankan tugasnya.
Dalam erti kata lain, perbuatan dan tindakan ketidakadilan tidak membawa apa-apa
manfaat kepada sesetangah orang kerana dalam tindakan atau perbuatan ini, tetap
ada sesetengah orang yang berasa tidak puas hati dan akan berasa marah terhadap
orang yang mempraktikkan ketidakadilan ini.

Sebagai ibu bapa, konsep keadilan merupakan salah satu perkara yang
penting yang harus disemaikan dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Sekiranya
setiap ahli keluarga dapat memegang konsep keadilan sejati, suasana kehidupan
rumah tangga akan menjadi bertambah kukuh dan hormonis. Dalam hal ini, ibu bapa
harus menunjukkan teladan kepada anak-anak dalam segala hal yang berkaitan
dengan keadilan.

Selalunya, dalam mengenalkan konsep keadilan kepada anak-anak,
pendidikan yang diberi akan berlaku secara tidak langsung. Sebagai contoh, anak-
anak diajar menghormati kehadiran tetamu. Tetamu yang hadir seperti datuk dan
nenek haruslah di sambut kehadiran mereka di pintu pagar lagi. Anak-anak perlu
diajar untuk bersalaman dengan tetamu, mempersilakan tetamu masuk dan
memperlawa mereka duduk serta memberi layanan yang mendatangkan keselesaan
kepada tetamu. Namun, kadangkala perkara-perkara sebegini dipandang remeh oleh
anak-anak.

Apa yang dapat dilihat pada masa kini, ramai anak-anak yang mengurungkan
diri di dalam bilik bila tetamu hadir ke rumah. Ada juga yang membuat bising lebih
dari kebiasaan. Ada juga anak-anak kecil yang enggan bersalaman dengan tetamu
yang hadir. Ibu bapa harus tegas dalam perkara ini. Untuk membentuk tingkahlaku
anak-anak, setiap perkara hendaklah dididik dari kecil lagi. Ibu bapa harus menegur
tingkahlaku yang. Perkara yang dipandang remeh ini akan menjadi asas dalam
pembentukan sikap anak-anak yang seterusnya.

Bagi membolehkan falsafah ini difahami, dihayati dan dipraktikkan, langkah-
langkah berikut perlu diambil kira :
- Jangan mengabaikan pendidikan akhlak dan nilai-nilai murni kepada anak-anak
termasuk perkara-perkara yang bersangkutan dengan konsep keadilan
- Bentangkan kerasionalan, akhlak dan pekerti mulia kepada mereka terutamanya
yang berhubung dengan keadilan.
- Sebagai ibu dan bapa, haruslah terlebih dahulu memahami, menjiwai dan
memperaktikkan nilai-nilai keadilan dalam sebarang aktiviti yang dilakukan.
- Tanamkan kepada benak setiap anak anda bahawa dalam menjalani proses hidup
seterusnya. Hal-hal yang bersangkut dengan keadilan ini perlu diberi perhatian yang
sewajarnya. Hal-hal sedemikianlah yang menjadi pengikat dan penyubur kepada
benih-benih kasih sayang yang hendak dipupuk.

Menurut Eow Boon Hin, baru-baru ini isu keadilan sering dibangkitkan di
kalangan orang ramai. Soal seperti Sistem keajaan kita adil atau tidak?, Sama ada
terdapat keadilan dalam pengagihan harta negara?, Hakim adil atau tidak adil?,
Adakah hukuman mahkamah terlalu berat dan tidak adil?, Adakah sekatan
ekonomi terhadap Iraq yang begitu lam adil atau tidak?, dan sebagainya. Soal
keadilan ini membawa kepada soal hak asasi manusia dan autonomi seseorang
individu. Seseorang manusia mempunyai hak asasinya serta boleh membuat
pemilihan dan keputusan sendiri secara bebas. Walau bagaimanapun, sebarang
tindakannya masih tertakluk kepada batasan undang-undang negranya dan
peraturan-peraturan masyarakat tempat tinggalnya. Persoalan yang penting ialah
adakah undang-undang dan peraturan yang mengehadkan perbuatannya ini adil
atau tidak? Oleh itu, kita lihat di dunia sekarang masih ada banyak tunjuk perasaan
oleh sesetengah manusia (pekerja kilang, pelajar, pengikut dan penyokong
pemimpin politik, pegawai kerajaan). Kita juga dapat melihat pihak yang dituduh tidak
adil mempertahankan undang-undang dan peraturan mereka dengan mengatakan
bahawa orang-orang yang tidak puas hati dengan mereka (kerajaan, pengurus
syarikat, pihak universiti, pentadbir dan sebagainya) telah menyalahgunakan hak
asasi manusia dan seterusnya mengancam keselamatan orang lain, masyarakat dan
negara.

Walau bagaimanapun, nasib dan hakikat manusia dalam dunia ini adalah
seperti pepatah tua Cina yang menyebut Siapa yang menang menjadi raja, siapa
yang kalah menjadi pemberontak. Dalam negara Cina zaman purba, sesiapa yang
menentang pentadbir akan dianggap sebagai pemberontak dan hukuman
terhadapnya adalah berat. Kini orang ramai amat mementingkan hak asasi manusia
dan autonomi individu, dan sesiapa yang menjadi pentadbir tidak boleh menghukum
pemberontak ini dengan sewenang-wenangnya. Sebenarnya, penuntutan hak asasi
manusia dan autonomi individu juga ada kaitan dengan keadilan sodial yang juga
menjadi alat untuk mempertahankan kebajikan ahli-ahli masyarakat. Oleh itu, apabila
kita menilai keadilan sesebuah masyarakat, kita membandingkan kualitinya dengan
masyarakat yang lain, seperti kekayaan, keberkesanan, kekuatan military, atau taraf
pendidikan masyarakat tersebut.

Contoh-contoh perkara yang berkaitan dengan keadilan
-Guru memberi markah dengan adil berdasarkan pencapaian pelajar dan bukan
kerana ukuran kecantikan dan kekayaan keluarga pelajar tersebut.
- Sentiasa menyiasat dan mengkaji sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.
- Memberi gaji atau ganjaran kepada pekerja berdasarkan pengalaman dan
kemahiran.
- Menjatuhkan hukuman setimpal dan wajar berdasarkan undang-undang dan
Perlembagaan Negara yang digubalkan oleh kerajaan negara.
- Tidak dipengaruhi oleh pujuk rayu orang lain dalam membuat keputusan yang wajar
dalam sesuatu kes atau situasi.






















Prinsip Autonomi

Menurut Tam Yeow Kwai, prinsip ini meliputi pertimbangan bebas dan
kebebasan memilih. Tingkah laku atau pertimbangan individu itu hasil dari paksaan
sesuatu kuasa atasan, autoriti atau kumpulan tertentu. Sebagai contoh guru
mengikut arahan guru besar sekolah. Jadi tingkah laku atau pertimbangan itu bukan
tanggungjawab moral guru kerana ia hanya mengakui atau menurut perintah guru
besar sekolah.

Konsep autonomi melibatkan pertimbangan serta kebebasan dalam memilih
untuk melakukan sesuatu perbuatan atau sebaliknya. Maksudnya, seseorang
individu tersebut bebas untuk membuat apa yang diingini atau memberi sebab-sebab
tertentu jika seseorang itu dihalang daripada melakukan apa yang dirasakannya baik.
Ia adalah berdasarkan kepada dua perkara iaitu kemahuan (yang ingin dibuat) atau
paksaan (yang perlu diketepikan).

Pertimbangan atau tindakan seseorang tidak boleh dikategorikan sebagai
bermoral jika dia melaksanakan sesuatu perkara yang disebabkan oleh paksaan dari
luaran atau kepatuhan kepada autoriti secara membuta tuli. Ini disebabkan individu
yang berkenaan tidak berupaya untuk bertingkah laku secara rasional dan adil.
Walau bagaimanapun, prinsip autonomi ini tidak merangkumi perkara-perkara yang
boleh meruntuhkan atau memusnahkan kebajikan orang lain. Sekiranya tindakan
seseorang tersebut memudaratkan orang lain ataupun melakukan sesuatu yang
berkepentingan kepada diri sendiri, maka hal ini adalah penyalahgunaan konsep
autonomi.

Contoh-contoh perkara yang berkaitan dengan autonomi
Norhadi memilih tidak membakar sampah-sarap atau membuang sampah-
sarap dengan merata- rata dan sesuka hati. Hal ini kerana dia menyedari
bahawa perbuatan ini akan menyebabkan bumi kita sakit. Dia mempunyai
ilmu pengetahuan tentang melindungi alam sekeliling dengan sempurna
tetapi bukan disebabkan takut akan dihukum atau diberi dendaan oleh pihak
berkuasa.
Habib memilih belajar dengan bersungguh- sungguh di samping membuat
kerja rumah yang diberi oleh cikgu dan menghantar pada masa tetapnya.
Selain itu, dia juga membuat ulangkaji setiap malam selepas habis makan
malam. Habib membuat demikian bukan disebabkan dia takut didenda atau
dimarahi oleh guru atau ibu bapanya. Dia sedar bahawa sebagai seorang
murid, tanggungjawabnya adalah belajar dan cuba mendapat keputusan yang
baik.
Nazri memilih tidak merokok kerana dia sedar bahawa
merokokmembahayakan kesihatan. Dia tidak merokok bukan kerana dia
takutdimarah ibubapa/guru tetapi kerana kesedaran dalaman yang tinggi
dantidak mudah dipengaruhi oleh sesiapapun


















Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kemoralan bermaksud mengikuti secara reflektif segala
peraturan masyarakat dan memupuk sifat-sifat murni atau sikap serta ciri-ciri watak
yang boleh dipuji dan secara sejagat disahkan sebagai bermoral. Peraturan-
peraturan dan sifat-sifat murni ini adalah selaras juga dengan prinsip-prinsip yang
digubal secara nyata dan rasional seperti prinsip-prinsip autonomi, keadilan dan
alturisme. Tetapi rujukan kepada prinsip-prinsip moral yang asas ini, tidaklah dengan
sewenang-wenangnya tanpa mempertimbangkan situasi atau keadaan di mana
individu itu berada. Setiap individu haruslah mengamalkan tiga dimensi moral kerana
fikiran yang bebas dan rasional serta perasaan yang tertentu baru boleh
menyebabkan kita mengambil tindakan yang wajar. Hal ini telah menujuk dalam
ketiga-tiga demensi moral yang saling berinteraksi dan mempengaruhi. Sebaliknya,
fikiran yang tidak rasional dan tidak dikawal oleh emosi moral akan melemahkan
autonomi seseorang serta melaku kesalahan.

Setiap individu harus mengikuti dan mematuhi peraturan-peraturan moral dan
sifat-sifat murni patut dipupuknya. Dengan demikian, dapatlah bentuk keadaan
situasi yang mengemukakan masalah moral; tetapi peraturan-peraturan dan sifat-
sifat murni itu akhirnya ditentukan oleh prinsip-prinsip moral yang telah dipilih oleh
individu tersebut. lndividu yang dikatakan bermoral merupakan seorang yang
bertanggungjawab dan memahami akan keperluan peraturan-peraturan tertentu
dalam masyarakat, tetapi individu ini tidaklah pula mengikuti peraturan-peraturan itu
tanpa berfikir dan dengan cara tidak kritikal.

Individu berkenaan juga mempunyai sifat-sifat murni yang boleh dipuji, iaitu
seorang yang berwatak altruistik-autonomous. Apabila berhadapan dengan isu yang
dilema moral, individu ini dapat membuat tanggapan tentang keadaan situasi yang
mengemukakan masalah itu, pertimbangan dan keputusan yang diambilnya secara
sengaja dan bebas mestilah akhirnya mematuhi prinsip-prinsip moral seperti
autonomi, keadilan dan altruisme.

Sekiranya sesuatu keputusan yang dipertimbangkannya adalah benar,
individu ini patut bertindak terhadap keputusan itu. Ringkasnya, individu yang
matang dari segi moral ialah individu yang berautonomous, adil dan altruistik dalam
pentaakulan, perasaan dan tingkah lakunya, di samping mempunyai rasa kesal
apabila terpaksa melakukan sesuatu (walaupun ditentang oleh kemahuannya sendiri)
kerana konflik misalnya, di antara nilai dengan tanggungjawab.























Refleasi(James Lin Tzy Lun)
Melalui tugasan moral ini, saya telah belajar bahawa seseorang yang
mengamali dimensi moral dan prinsip-prinsip asas moral baru boleh dikategorikan
sebagai insan moral. Pertama sekali, dimensi moral pula telah dibahagi kepada tiga
bahagian iaitu penaakulan moral, emosi moral dan tingkah laku moral. Saya
terdapat bahawa seseorang yang mempunyai tiga dimensi moral ini boleh dikenali
sebagai agent moral. Hal ini dicetus oleh seseorang yang mempunyai tiga dimensi
moral ini akan berfikir secara rasional dan mendapat dorongan daripada emosi diri
seperti empati dan malu sehingga mengadakan tindakan yang wajar untuk
menyelesaikan setiap masalah atau perkara. Selain itu, saya juga pelajar bahawa
semua nilai murni diwujubkan berdasar tiga prinsip asas moral iaitu altruisme,
autonomi dan keadilan. Maksudnya, perkara yang mengandungi tiga prinsip ini baru
boleh dikenali sebagai nilai murni. Seseorang yang mengamalkan prinsip altruisme
ini akan bersifar keserhanaan iaitu mementingkan perasaan orang lain dan perasan
diri semasa melakukan sesuatu, Prinsip autonomi pula menunjuk bahawa
seseorang itu boleh berkelakuan baik dan tidak keterlaluan. Akhir sekali, seeorang
yang mengamalkan prinsip keadilan akan mengadakan tindakan atau keputusan
yang saksama dan tidak berat sebelah.

Saya merupakan seorang yang tidak suka membaca buku serta
mengambiltahu tentang isu-isu moral. Untuk menyaipkan kerja kursus ini, saya
terpaksa mengambiltahu tentang isu peperangan semasa melalui
majalah,rislaah ,internet dan lain-lain. Semasa menjalankan tugasan ini, saya berasa
malu terhadap diri sendiri, kerana saya tidak tahu sedikitpun masalah moral di dunia
ini termasuk Malaysia. Misalnya, saya tidak tahu tentang banyak gejala sosial yang
sedang berlaku di Malaysia sebelum saya melaksanakan tugasan Saya memahami
bahawa saya perlu menggunakan masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang
bermanfaat seperti mambaca buku dan malayari internet untuk meluaskan ilmu
pengetahuan saya. Hal ini sangat penting untuk menjadi seorang guru, kerana setiap
guru haruslah berpengetahuan luas dan memberi perihatian terhadap isu-isu semasa.
Disamping itu, saya juga tersedar bahawa saya haruslah berusaha untuk
memupukkan nilai-nilai murni dalam kehidupan saya agar menjadi contoh yang baik
kepada generasi yang akan datang .

Seterusnya, saya juga terdapat bahawa kita perlu mengamalkan nilai
bekerjasama dan bertolak ansur dalam menyelesaikan sesuatu masalah melalui
penbentangan tugasan ini. Misalnya, kumpulan kami telah membahagikan tugasan
ini kepada setiap ahli kumpulan agar tugasan ini dijalankan dengan lancar, cepat dan
berkualiti.Nilai bekerjasama adalah penting untuk saya jika ingin menjadi seorang
guru. Hal ini disebab oleh para guru haruslah bekerjasama antara satu sama lain
agar menjalankan aktiviti dengan ancar dan berkaunliti. Selain itu, saya juga belajar
bahawa cara membentang sesuatu melalui tugasan perbentangan ini. Semasa
kami menjalankan penbentangan ini, pensyarah kami iaitu Encik Balu telah memberi
tunujuk ajar terhadap cara membentang sesuatu. Misalnya, saya berlajar bahawa
jenis pakaian , cara berdiri, maklumat haruslah dalam pelbagai jenis seperti video,
gambar serta perkataan, dan semua maklumat dan soalan haruslah dalam bentuk
kemahiran berfikir aras tinggi serta i-think. Cara penbentangan ini akan lebih
menarik perhatian pendengar.

Disamping itu, saya juga belajar bahawa kepentingan nilai kerajinan. Dalam
tugusan ini, kami haruslah rajin mencari maklumat, menganalisi maklumat dan
menbuat bersediaan sebelum penbentanagn agar malahirkan sebuah tugasan yang
baik dan berkualiti. Misalnya, saya dan rakan saya sentiasa pergi perpustakaan
untuk mencari maklumat daripada pelbagai jenis bahan agar memastikan maklumat
yang kita dapat adalah betul. Sebaliknya, jika kami tidak bersikap rajin dan kurang
bersediaan, tugasan kita tidak akan siap pada hari yang ditentukan atau tugusan itu
tidak berkualiti. Nilai ini juga sangat penting untuk para guru, kerana guru rajin
menbuat bersediaan sebelum mengajar agar para pelajar dapat dididik dengan lebih
berkesan.

Selepas menyaipkan tugasan ini, saya telah bersumpah bahawa saya akan
memupukkan nilai-nilai murni dalam kalangan anak murid saya dengan cara yang
betul pada masa yang akan datang. Saya akan mendidik mereka bahawa bersatu-
padu dan hormat-menghormati adalah nilai yang haruslah diamalkan oleh setiap
orang untuk menjaga keamanan dan keharmonian agar melahirkan masyarakat yang
hormoni. Saya juga akan memberitahu mereka bahawa kepentingan bermoral dan
keburukan bersikap buruk. Saya berharap bahawa generasi yang akan datang
merupakan generasi yang bermoral dan berpendidikan agar mencapaikan Wawasan
2020.
RefleksiGun Yong Jing

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuhan kerana-Nya telah berkati saya
supaya dapat menyiapkan kerja kursus saya ini dalam tempoh yang ditempohkan.
Oleh kerana terdpat kerja kursus yang lain dan aktiviti persatuan yang lain, agak
kesuntukan masa untuk saya menyiapkan kerja kursus ini. Tambahan pula, saya
masih tidak dapat membahagikan masa saya dengan efektif. Jadi, terima kasihlah
Tuhan kerana berkati saya.

Melalui kerja kursus ini, saya dapati bahawa kita harus mengamalkan nilai-
niali murni dalam kehidupan harian kita supaya dapat melahirkan satu masyarakat
yang harmonis, terutamanya prinsip altruisme, prinsip keadilan dan prinsip autonomi
harus kita pratikkan. Prinsip keadilan merupakan salah satu nilai asas dan juga ibu
kepada nilai-nilai murni yang lain. Oleh itu, mestilah kita praktikkan prinsip ini dalam
kehidupan harian.

Prinsip keadilan telah mengajar saya supaya tidak berat hati apabila
melakukan sesuatu perkara dan sesuatu keputusan. Kita perlu mempunyai sifat yang
wajar atau berpautan yang tidak memihak kepada mana-mana pihak apabila kita
memutuskan sesuatu atau melakukan sesuatu. Apabila kita lepasan pendidikan di
IPG, kita akan menjadi seorang guru, kita haruslah menjadi seorang guru yang
berprofesional. Kita harus mengamalkan prinsip keadilan ini. Kita harus mendidik
anak-anak pelajar kita dengan setulus hati. Kita tidak boleh berat hati terhadap
pelajar-pelajar ini. Contohnya, kita tidak boleh hanya mengfokuskan perhatian pada
pelajar yang pandai sahaja dan tidak peduli pada pelajar yang lebih lemah. Hal ini
tidak patut kita lakukan. Kita juga tidak boleh selalu menyuruh satu atau dua orang
pelajar selalu menolong kita buat kerja. Sepatutnya, kerja-kerja kelas ini haruslah kita
edarkan kepada semua pelajar supaya mereka berpeluang untuk belajar.

Jika kita menjadi guru besar pada suatu hari nanti, kita juga harus
mengamalkan prinsip ini. Kita tidak boleh hanya menyuruh guru-guru tertentu untuk
membuat kertas kerja. Jika kita membuat demikian, kehidupan guru tersebut akan
diganggu. Kita sepatutnya menyerahkan kerja kertas ini kepada semua guru.
Selain prinsip keadilan, saya juga telah belajar prinsip autonomi selepas saya
menyiapkan kerja kursus ini. Konsep autonomi merupakan prinsip yang melibatkan
pertimbangan serta kebebasan dalam memilih untuk melakukan sesuatu perbuatan
atau sebaliknya. Maksudnya, seseorang individu tersebut bebas untuk membuat apa
yang diingini atau kita perlu memberi sebab-sebab tertentu jika kita menghalang
seseorang itu daripada melakukan apa yang mereka berasa betul dan baik.

Melalui prinsip autonomi, saya juga telah belajar bahawa jika seseorang
melakukan sesuatu bukan dengan sukarela malah dengan paksaan, malah sikap ini
adalah dikategorikan sebagai sikap yang tidak moral. Oleh itu, kita tidak boleh
memaksa seseorang itu untuk melakukan sesuatu perkara yang dia tidak ingin buat.
Sepatutnya, kita harus menasihat dan menggalakkan individu tersebut supaya dia
dapat melakukan perkara tersebut dengan sukarelaan. Namun, prinsip ini tidak
merangkumi perkara-perkara yang boleh meruntuhkan atau memusnahkan kebajikan
orang lain. Sekiranya seseorang itu melakukan sesuatu dengan mementingkan
kepentingan diri, maka dia telah dikira sebagai menyalahguna prinsip autonomi.














Refleksi(Tan Yong Khang)

Selepas membuat kajian tentang insan moral, saya telah mendapati bahawa
moral merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan kita. Selain itu, saya juga
mendapati bahawa perlakuan seseorang merupakan sesuatu yang penting kerana
perlakuan seseoranglah yang akan mencerminkan sifat, amalan, dan juga status
serta identiti seseorang. Hal ini demikian kerana orang lain akan membuat
tanggapan terhadap kita berdasarkan perlakuan kita. Perkara ini adalah sesuatu
yang penting kerana sekiranya masyarakat kita tidak berpelakuan secara bermoral,
maka kita akan memberi tanggapan yang negatif kepada seluruh mata dunia. Hal ini
telah menunjukkan betapa pentingnya moral dalam kehidupan harian kita kerana jika
kita tidak bermoral, seluruh negara kita akan dipandang rendah oleh orang lain. Di
samping itu, saya juga mendapati bahawa sekiranya seluruh masyarakat kita tidak
bermoral, maka hasrat negara kita bagi mencapai Wawasan 2020 dan duduk sama
rendah berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain tidak dapat dicapai kerana
moral merupakan pemacu kepada negara kita bagi mencapai negara yang maju dan
disanjung tinggi dalam mata dunia.

Di samping itu, selepas membuat kajian tentang insan moral ini barulah saya
faham tentang ciri-ciri seseorang insan bermoral bukan sekadar bersikap baik sahaja
kerana ia tidak mencukupi untuk seseorang individu untuk digelar sebagai insan
yang bermoral. Seseorang individu yang bermoral mestilah melengkapkan diri
dengan dimensi moral seperti penaakulan moral, emosi moral dan tingkah laku moral.
Malahan, saya juga mendapati bahawa ketiga-tiga dimensi moral ini memang berkait
rapat antara satu sama lain. Penaakulan moral merupakan salah satu aspek penting
dalam dimensi moral. Hal ini demikian kerana saya mendapati bahawa sekiranya
seseorang berpenaakulan moral maka individu tersebut boleh berfikir secara
bermoral dan membuat keputusan untuk mengatasi sesuatu perkara berasaskan
prinsip moral dan nilai-nilai moral yang diterima oleh masyarakat. Saya juga
mendapati bahawa jika seseorang individu tidak berpenaakulan membuat kesalahan
serta keputusan yang tidak adil maka ia akan menyumbangkan kepada
perbincangan masyarakat. Hal ini akan bertambah serius sekiranya masalah ini
berlaku dalam negara kita kerana negara kita terdiri daripada pelbagai etnik. Selain
daripada penaakulan moral, dimensi moral yang lain juga memainkan peranan yang
penting dalam membina seseorang insan yang bermoral. Dimensi moral seperti
emosi moral dan tingkah laku moral merupakan dua aspek yang tidak boleh
dikurangkan dalam dimensi moral. Emosi bermoral adalah penting untuk mengawal
perlakuan atau tindakan seseorang individu dalam membuat keputusan secara
bertanggungjawab dan keserhanaan. Saya juga mendapati bahawa emosi moral dan
tingkah laku moral berkait rapat antara satu sama lain. Sebagai contohnya
seseorang individu tidak dapat berpelakuan moral sekiranya individu tersebut tidak
mempunyai emosi moral. Sebab saya bercakap macam ini adalah kerana sekiranya
individu tersebut ingin berpelakuan moral tetapi individu tersebut langsung tidak
mempunyai emosi moral maka tertanya-tanyalah dalam hati saya bahawa
bagaimana individu tersebut boleh berpelakuan moral pada masa yang sama
individu tersebut tidak mempunyai emosi moral.

Selain daripada tiga dimensi moral ini, prinsip moral juga sesuatu yang
penting. Selepas membuat kajian ini, saya telah mendapati bahawa prinsip moral ini
sememangnya berkaitan dengan dimensi moral. Sebagai contohnya, prinsip
altruisme berkait rapat dengan perlakuan moral kerana kedua-duanya mempunyai
tingkah laku atau pertimbangan moral tetapi prinsip altruisme lebih kepada
melibatkan atau berhubung kait dengan orang lain. Saya juga lebih memahami
bahawa melayani orang lain sebagai sesuatu matlamat dan bukan sebagai alat
selepas membuat kajian tentang prinsip altruisme ini. Justeru, saya juga belajar
supaya menghormati pandangan orang lain walaupun pandangan orang lain tidak
sama dengan pandangan kita kerana setiap orang mempunyai matlamat dan
pandangan tersendiri. Kita tidak boleh mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap
didengar walaupun ia tidak bermakna bahawa pandangan orang lain patut diterima
jika kita menilaikan bahawa pandangan mereka adalah tidak logik atau salah dari
segi moral. Selain itu, prinsip keadilan boleh dikatakan sebahagian daripada
penaakulan moral kerana kedua-duanya mempunyai maksud sebarang perbuatan
dan keputusan yang adil terhadap diri sendiri dan orang lain, tidak merugikan diri dan
orang lain dan melayan semua orang dengan cara yang saksama sedangkan
penaakulan moral juga mengajar kita supaya berfikir atau membuat keputusan
secara adil. Keadilan merupakan sesuatu yang penting dalam masyarakat hari ini
terutamanya pada negara kita yang berbilang etnik kerana ia akan mencetuskan isu-
isu sensitif. Di samping itu, prinsip autonomi merupakan prinsip yang terakhir. Saya
mendapati bahawa walaupun ia tidak berkaitan dengan ketiga-tiga dimensi moral
tetapi ia juga memainkan peranan yang tersendiri dan penting. Prinsip autonomi
dalam moral memberi maksud sebarang perbuatan dan keputusan yang adil
terhadap diri sendiri dan orang lain serta tidak merugikan diri dan orang lain pada
masa yang sama melayan semua orang dengan cara yang saksama. Saya juga
mempelajari bahawa tindakan atau pertimbangan dalam melaksanakan sesuatu
perkara yang disebabkan oleh paksaan dari luaran atau kepatuhan kepada autoriti
secara membuta tuli tidak boleh dikira sebagai bermoral dari segi prinsip autonomi.
Hal ini demikian kerana individu yang berkenaan tidak berupaya untuk bertingkah
laku secara rasional dan adil sekiranya sesuatu perkara dibuat secara paksaan.
Perkara ini amat penting kerana bagi seseorang insan bermoral semua tindakan
yang sebegini tidak boleh dilakukan kerana ia adalah bercanggah dengan moral.

Anda mungkin juga menyukai