Anda di halaman 1dari 3

MINDA ETIKA (ETHICAL MIND)

Etika merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia. Manusia yang beretika
sentiasa dipandang mulia dari kaca mata masyarakat. Mereka dihormati, pandangan serta idea
mereka menjadi rujukan masyarakat. Istilah etika berasal dari perkataaan Yunani kuno iaitu
“ethos” yang membawa erti kebiasaan, adat, akhlak, keperibadian dan watak. Ethos juga
membawa maksud adat kebiasaan. Dalam bahasa Inggeris, ethic bermaksud akhlak, tatasusila,
kesusilaan dan etika. Manakala ethics bermaksud prinsip akhlak, ketatasusilaan dan ilmu etika.
Dalam bahasa Melayu, etika bermaksud kepercayaan ataupun tanggapan terhadap sesuatu
perkara sama ada ianya benar, salah, baik atau buruk. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi
Ketiga pula, etika bermaksud ilmu berkaitan prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan
seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Ia juga melibatkan tanggungjawab dan akibat
tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.

Menurut Howard Gardner (2006), Minda Etika bermaksud berfikir untuk orang lain
demi kepentingan bersama. Minda etika adalah kemampuan atau kecerdasan seseorang untuk
berfikir diluar keinginan peribadi dan diluar kotak pemikiran diri yang dimiliki. Sebenarnya,
minda etika sangat berhubungan dengan minda penghormatan dan minda pensintesisan dan
minda penciptaan. Seperti dasar pemikiran penghormatan iaitu hak, kewajipan serta kemahuan
seseorang terbatas oleh hal yang sama dari orang lain, maka minda etika adalah sama seperti
itu sehingga dimana digunakan untuk menempatkan diri dan bersikap serta apa yang boleh dan
dapat diperbuat. Minda beretika berorientasikan ke arah kebaikan dan nilai-nilai integriti,
kepentingan kolektif dan tanggungjawab yang membawa kepada mencapai matlamat ini.
Dalam bidang pendidikan, diperlukan untuk mewujudkan individu yang seimbang secara
emosi yang terlibat dalam keperluan sosial.

Individu yang memiliki minda etika semestinya sangat cerdas kerana individu tersebut
harus dapat menggunakan kemampuannya dan dapat bekerjasama dan menggabungkan
pelbagai pengetahuan dengan minda kreativiti yang dimiliki. Minda etika menggambarkan
tugas atau tanggungjawab yang perlu dilakukan dan membincangkan tentang apakah cara yang
terbaik dalam memenuhi tuntutan tugas tersebut serta berani mencuba, walaupun kadangkala
tidak semuanya membuahkan hasil atau kejayaan tetapi sekurang-kurangnya kita telah
berusaha untuk memenuhi tanggung jawab tersebut.
Minda beretika dibina atas landasan rasa hormat tetapi ia mempunyai sikap yang lebih
abstrak atau tinggi. Individu yang beretika mentafsir peranan dirinya sebagai pekerja dan
warganegara. Mereka melaksanakan tugas dengan baik dengan melakukan kerjanya dengan
cemerlang, beretika dan bermakna pada dirinya. Mereka menganggap diri mereka sebagai
warga masyarakat, rantau dan dunia dan bertindak secara membina, bukan dengan cara yang
mementingkan diri. Manusia yang berfikiran etika akan melaksanakan tugasnya dengan
sehabis baik dan seikhlasnya tanpa rasa memikirkan kepentingan peribadi semata-mata.
sekaligus, menjadikan kerjanya cukup baik dan cemerlang.

Sebagai contoh, bagi mengaplikasikan minda etika ini, guru atau tenaga pengajar boleh
memberikan tugasan kepada pelajar-pelajarnya secara aktiviti berkumpulan dengan melantik
seorang ketua dalam kalangan mereka. Dengan melakukan tugasan secara berkumpulan ini,
setiap ahli kumpulan akan memainkan peranan masing-masing dalam kumpulan yang
diberikan. Ketua kumpulan akan menjalankan tugas sebagai seorang ketua atau pemimpin
kepada rakan-rakan yang lain, manakala rakan-rakan lain akan menjalankan tugas sebagai ahli
yang mempunyai peranan yang tertentu untuk sesuatu tugas yang diberikan. Di sini dapat
dilihat masing-masing memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan aktiviti kumpulan
tersebut untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Seperti yang kita lihat, pemikiran minda etika di luar minda yang mahir dalam proses
kognitif, dilatih dalam pendekatan kritikal atau analitis, yang bertujuan menghasilkan
maklumat inovatif dan mencabar. Terdapat aspek penting yang kita tidak boleh mengabaikan
nilai-nilai etika. Masyarakat tanpa tiang etika tidak mempunyai makna, ia tidak sah, ia bukan
manusia, ia tidak logic kerana kecerdasan tanpa kerangka integriti dan prinsip etika-moral tidak
membantu kita dalam impian untuk masa depan yang lebih bermaruah. Sebagai contoh,
pendedahan video aksi gadis bertudung memeluk artis popular K-Pop dari Negara Korea
Selatan amat menggemparkan dan mengundang pelbagai reaksi masyarakat. Video itu
menerangkan bahawa institusi pendidikan dan keluarga perlu memainkan peranan bagi
membendung perlakuan tidak sopan yang membabitkan pergaulan lelaki dan wanita. Nilai
murni masyarakat Malaysia yang terkenal dengan adat dan kesantunan tinggi telah tercemar
dengan pendedahan video berkenaan.

Ini bukan nilai murni yang baik dan patut dicontohi generasi muda. Etika dan nilai
murni milik generasi muda masa kini kian pudar selaras dengan perkembangan teknologi yang
dikecapi. Penggunaan media sosial telah digunakan sebagai platform oleh generasi muda bagi
mengkritik, menempelak dan meluahkan perasaan atas segala aspek yang dirasakan tidak adil
pada perspektif mereka. Etika dan nilai murni milik generasi muda masa kini kian pudar selaras
dengan perkembangan teknologi yang dikecapi. Penggunaan media sosial telah digunakan
sebagai platform oleh generasi muda bagi mengkritik, menempelak dan meluahkan perasaan
atas segala aspek yang dirasakan tidak adil pada perspektif mereka. Sekiranya ini dibiarkan
maka adalah tidak mustahil pada suatu masa nanti kejatuhan nilai murni dan sosial menjadi
semakin serius di Malaysia. Permasalahan ini perlu dibendung sejak di sekolah rendah lagi
dengan memperkenalkan subjek yang berkaitan dengan etika dan nilai murni.

Dapat dirumuskan bahawa minda beretika dibina atas landasan rasa hormat tetapi ia
mempunyai sikap yang lebih abstrak atau tinggi. Individu yang beretika mentafsir peranan
dirinya sebagai pekerja dan warga negara. Mereka melaksanakan tugas dengan baik, kerja
cemerlang, beretika dan bermakna pada dirinya. Mereka menganggap diri mereka sebagai
warga masyarakat bertindak secara membina, bukan dengan cara yang mementingkan diri (non
egocentric ways). Minda Beretika akan membantu meningkatkan tahap produktiviti dan
inovasi, mengurangkan salah laku seterusnya meningkatkan tahap amalan berintegriti.
Penghayatan etika dan nilai murni dalam pelbagai agama dan masyarakat membolehkan
generasi muda pada masa akan datang lebih bertamadun dan berketrampilan. Ini secara tidak
langsung akan bertindak sebagai pemangkin kepada agenda transformasi negara serta dapat
merealisasikan wawasan negara maju menjelang tahun 2020.

Malaysia juga boleh mengaplikasi konsep pendidikan negara Jepun dengan


menerapkan pengajaran dan pembelajaran etika sejak di sekolah rendah. Berdasarkan kepada
pepatah Melayu 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' maka adalah amat tepat jika pelajar
sekolah rendah digunakan sebagai medium mengubah etika masyarakat yang kian hancur masa
kini. Keseluruhannya, pengajaran dan pembelajaran etika amat signifikan selaras dengan hasrat
kerajaan yang mahukan generasi muda lebih bertanggungjawab, amanah dan adil dalam
menjalankan tugas.

Anda mungkin juga menyukai