Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

KM 10, JALAN PADANG TENGKU,

27200 KUALA LIPIS,

PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KERJA:

PROJEK KEMASYARAKATAN KE RUMAH ORANG-ORANG TUA

TARIKH :

5 APRIL 2018

TEMPAT :

RUMAH ORANG TUA JERANTUT, PAHANG

ANJURAN :

PERSATUAN KEBAJIKAN KEMASYARAKATAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN


1.0 Pengenalan

Proses pembelajaran bukan sahaja berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran


semata-mata. Guru boleh mempelbagaikan teknik proses pembelajaran melalui
aktiviti-aktiviti di luar kelas yang boleh mendorong murid merasai sendiri suasana
berkenaan bukan sekadar teori sahaja. Guru boleh mengadakan lawatan sambil
belajar bagi memberi peluang kepada murid mengkaji, menganalisis dan membuat
perbandingan apa yang mereka lihat dan pelajari. Lawatan ke rumah orang-orang tua
dapat memberi peluang murid belajar tentang kepentingan warga tua dalam
masyarakat. Murid dapat lebih memahami situasi kehidupan warga emas dan belajar
pengalaman kehidupan daripada mereka juga. Murid juga dapat merasai susah payah
kehidupan warga tua yang dipinggir di rumah orang tua.

2.0 Rasional

Program ini akan memberi pendedahan kepada murid mengenai aktiviti yang
dijalankan oleh warga tua sepanjang di rumah orang-orang tua. Di samping itu, ia akan
memberi pengalaman baru dan melihat sendiri kehidupan warga tua dengan lebih
dekat lagi. Tambahan pula, program ini dapat memberi kesedaran kepada murid
tentang tingginya komitmen dan inspirasi negara bagi membangunkan modal insan
yang berkualiti dan bebas daripada masalah sosial.

3.0 Objektif

Program ini bertujuan melatih guru pelatih bekerjasama dalam satu pasukan untuk
mengendalikan kerja-kerja gotong-royong dan kebajikan di luar kawasan sekolah iaitu
di rumah orang-orang tua. Selain itu, pelajar dapat diterapkan rasa simpati, empati,
kasih sayang dan keprihatinan kepada golongan kurang bernasib baik dan terpinggir
melalui program ini. Banyak manfaat dan faedah dapat diperolehi pelajar melalui
pengalaman baru ini. Akhir sekali, program ini juga dapat mengembirakan golongan
tua yang kesunyian dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan menceriakan. Memang
tidak dinafikan bahawa program ini dapat meningkatkan hubungan pelajar dengan
warga tua dalam masyarakat.
4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua Murid Tahun 5

Bilangan Nama Jantina

1 Law Fang Ting P

2 Kelvin Ting Hong Ming L

3 Yong Yieng Ming P

4 Angelina Lau Hui Jing P

5 Chan Lin Yuan L

6 Ting Sing Ho L

7 Lau Ge Hong L

8 Shirleen Law P

9 Connie Law P

10 David Lau L

5.0 Tarikh

Program ini akan berlangsung pada 5 April 2018 iaitu pada hari Khamis pada pukul
7.15 pagi hingga 2 petang.

6.0 TEMPAT

Program ini akan bertempat di Rumah Orang Tua, Jerantut, Pahang.

7.0 Aktiviti

Sila rujuk lampiran untuk jadual aktiviti

8.0 PERALATAN DAN BAHAN


- Cenderamata
- Hadiah kecil
- Penyapu, baldi, sabun, mop , beg plastik

9.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : WONG PAK SHEN

Naib Pengerusi : SHAUN MOO

Setiausaha : LEE PING QI

Naib Setiausaha :TEE DENG LE

Bendahari : CHIN JIN VUN

AJK Aktiviti :YEW ZHI YONG


THARANI A/P KANNAN

AJK Hadiah dan : NUR SHUHADA SYAMIMI BINTI ZULKIFLI


Cenderamata GOH JIE NIN

10.0 SUMBER KEWANGAN


Bilangan Perkara Pendapatan Perbelanjaan

1 Sarapan pagi 10 orang murid x


RM 2 = RM 20

2 Makan Tengah 10 orang murid x


Hari RM 4 = RM 40

3 Cenderamata RM 10 X 3=
RM30

4 Hadiah kecil RM 5 X 20 = RM
kepada orang tua 100

5 Tabung Amanh RM 200

JUMLAH RM 200 RM 190

 Permohonan Bas IPGKTAA X 1

11.0 PENUTUP

Semoga apa yang dirancang akan dapat direalisasikan dengan menepati segala
objektif yang digariskan. Kerjasama daripada pihak tuan didahulukan dengan
ucapaan jutaan terima kasih.
Disediakan oleh, Ulasan :

_______________________
(LEE PING QI)
Setiausaha Persatuan Kebajikan
Kemasyarakatan,
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Disemak oleh, Ulasan :

_______________________
(WONG PAK SHEN)
Pengerusi Persatuan Kebajikan
Kemasyarakatan,
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Disahkan oleh, Ulasan :

_______________________
(ENCIK SHAFIE BIN MAJID)

Ketua Jabatan ,

Jabatan Hal Ehwal Pelajar,

IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan


Diluluskan oleh, Ulasan :

_______________________
(TN HJ ABDULLAH BIN MOHD YUSOF)
Pengarah,
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

JADUAL AKTIVITI PROGRAM KEMASYARAKATAN

MASA AKTIVITI

7.15 am- 7.45 am Pendaftaran dan sarapan pagi

7.45 am- 8.00 am Bertolak ke Rumah Orang Tua,


Jerantut, Pahang

8.00 am- 9.00 am Aktiviti “Ice Breaking”

9.00 am- 11.30 pm Riadah bersama Orang-orang Tua

11.30 am-12.30pm Aktiviti gotong-royong bersama


orang tua

12.30pm-1.00pm Makan Tengah hari

1..00pm-2.00pm Solat dan bersurai

Anda mungkin juga menyukai