Anda di halaman 1dari 10

http://mcana71.blogspot.com/2009/09/v-behaviorurldefaultvml-o.

html

Dalam kerja kursus pendek bagi subjek Ilmu Pendidikan pelajar semestar Ketiga Tahun Kedua, setiap kumpulan diminta menghasilkan satu laporan analisa terhadap lampiran yang diberi dan memberi reaksi berkenaan masalah disiplin pelajar dan bagaimana seorang guru itu mencari penyelesaian menggunakan model disiplin yang dipelajari dari tokoh penting seperti Skinner, Canter, Dreikurs, Gassels dan Kounin. 1.2 MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNER B.F.Skinner merupakan bapa tingkah laku psikologi. Antara model dan hasil karyanya yang popular ialah Model Modifikasi Tingkah Laku yang mementingkan tingkah laku pembentukan keinginan. Tingkah laku mestilah menjadi akibat kesan. Tingkah laku adalah kekuatan jika ia diikuti dengan peneguhan positif manakala ia akan berubah kepada kelemahan individu jika ia tiada peneguhan dan hanya diberi hukuman. Dalam permulaan pembelajaran, peneguhan diperlukan setiap masa agar ia dapat menghasilkan tingkah laku yang diharapkan. Tingkah laku dapat dikekalkan dengan peneguhan yang tidak sama dan berlainan. Peneguhan termasuklah pembekalan vokal, senyuman, gred yang tinggi, masa membaca yang terluang, ganjaran dan token ekonomi. Menurut teori ini, tingkah laku adalah berbentuk akibat, iaitu apa yang berlaku kepada seseorang itu selepas melakukan sesuatu. Ini dapat dijelaskan dengan contoh apabila seseorang murid tidak hadir ke sekolah ini akan menyebabkan dia akan ketinggalan pembelajaran pada hari tersebut. Tingkah laku juga akan mejadi lemah jika tidak diikuti dengan latihan yang kerap. Akan tetapi, sesuatu tingkah laku itu akan menjadi semakin mahir apabila kanak-kanak melakukannya dengan kerap dan selalu. Hukuman adalah sesuatu yang kurang baik jika dikenakan kepada kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang negatif. Ini kerana apabila hukuman dijalankan, maka tingkah laku itu akan menjadi menjadi semakin lemah apabila hukuman dikenakan. Hukuman adalah sesuatu yang berlainan jika dibandingkan dengan pengukuhan negatif. Semasa awal sesuatu sesi topik pembelajaran, pengukuhan yang secara terus menerus akan menghasilakn keputusan yang bagus. Penerusan itu bermaksud sesuatu tingkah laku itu di buat pengukuhan pada setiap masa dan terjadi. 1.3 MODEL ASERTIF CANTER Penegasan pengurusan tingkah laku. Model ini dicipta oleh Lee Canter. Model ini adalah salah satu model yang termashur dan sangat diminati oleh ramai guru kerana

mudah difahami dan diamalkan di dalam kelas serta sangat berkesan. Model ini juga didapati jelas, tegas, teguh dan tidak merumitkan murid-murid didalam bilik darjah. Pelan disiplin ini terbahagi kepada tiga bahagian :a) peraturan b) pengenalan positif c) akibat/kesan Seorang guru hendaklah menegaskan tingkah laku yang sopan santun, dan sentiasa bertanggungjawab dengan dengan tingkah laku murid-muridnya. Seoarang murid perlu mempunyai sikap yang bersopan-santun seiring dengan kehendak ibu bapa, comuniti dan juga proses pendidikan kini. Jika seorang guru itu gagal, ini bermakna kelas guru tersebut juga gagal. Seoang guru perlu mempunyai perkara-perkar asa di dalam kelasnya, ternasuk: a) menggunakan semaksimum mungkin persekitaran pembelajaran b) mempunyai hak untuk menentukan, meminta, dan mengharapakn sikap murid yang sentiasa dapat memberikan kerjasama c) mendapat hak dan bantu apabila guru meminta pertolongan daripada ibu bapa mahupun penjaga murid-murid Murid-murid juga mempunyai hak-hak yang tertentu, termasuk: a) mandapat seorang guru yang boleh membantu mereka sehingga tahap kerjasama mereka b) mendapat sokongan yang positif daripada guru apabila mereka memberikan kerjasama yang positif 1.4 MODEL LOGIKAL DREIKURS Pengajaran demokratik dan berdepan kesalahan. Disiplin adalah bukannya satu bentuk hukuman. Sebaliknya ia adalah satu cara untuk mengajar kanak-kanak untuk mengenakan satu tahap kepada diri mereka sendiri. Seorang guru yang mempunyai sifat demokratik akan memberikan bimbingan dan sifat kepimpinan yang kukuh dan kuat. Semua kanak-kanak mempunyai perasaan untuk dimiliki. Mereka mahukan satu keadaan dimana mereka selalu dihargai dan juga diberikan penghargaan . Kebanyakan tingkah laku mereka adalah untuk menarik perhatian orang lain agar memberikan perhatian kepadanya. Segala kesilapan berkaitan dengan empat kesilapan, iaitu mendapatkan perhatian, kebolehan mencari, membalas dendam, dan mempamerkan ketidak puasan hati. Guru

perlu mencari dan mengidentiti kesalahan yang dilakukan oleh kanak-kanak dan jangan mengukuhkan mereka untuk melakukannya. Sebaliknya guru perlu mencari jalan untuk menyelesaikannya. Merujuk kepada kes di lampiran 9 The Phantom Pregnancy pelajar bernama Teri Leigh yang mempunyai masalah keluarga menjadi pelajar bermasalah dan menyebabkan pelajaranya terganggu. Merujuk kapada model ini sebagai seorang guru yang berdedikasi, Barbara Thompson harus mencari punca-punca yang menyebabkan murid itu menjadi bermasalah. Sebagai seorang guru beliau perlu mengenalpasti kesalahan dalam cara pengajaranya dan berusaha untuk mencari jalan untuk meyakinkan murid berkenaan serta menyelesaikan masalahnya. 1.5 MODEL KELOMPOK KOUNIN Pengurusan kelas, bersedia, pengurusan kumpulan , perlu betulkan pelajar lain jika betulkan seorang, peralihan yang perlahan dan lembut antara aktiviti, kekalkan keadaan kunci pengurusan kumpulan efektif, pembelajaran yang optimal akan berlaku apabila guru sentiasa berjaga-jaga tentang murid dan bertanggungjawab terhadap sesi pembelajaran. Kebosanan dapat dielakkan dengan memperlengkapkan sesi dengan bermacam-macam aktiviti, persekitaran dan suasana kelas serta berjaga-jaga dengan kemajuan murid. Model Kounin ini mempunyai lima perkara utama iaitu: a) Merangkumi semua (withitness):Guru hendaklah menjadi mesra, bersimpati, serta memahami perasaan serta menghapuskan tingkah laku yang buruk dengan cara berbincang, dan ambil tahu latar belakang murid. b) Bertindih (overlapping): Guru hendaklah mempunyai kebolehan untuk menguruskan banyak perkara pada sesuatu masa sambil mengawal keadaan kelas. c) Momentum (momentum): Guru yang bijak dapat mengagak perkara yang akan berlaku kelak. Mereka ialah guru-guru yang peka dan. d) Kelancaran (smoothness): Guru harus mengekalkan proses pembelajaran dan pengajaran secara maksima dan teratur tanpa menyentuh perkara-perkara yang luar tajuk atau topik pengajaran. Guru mestilah lancar dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas. e) Fokus kumpulan (group focus):Semua murid hendaklah mengikuti pengajaran kelas iaitu :i) melibatkan murid secar atotal ii) mewujudkan P & P yang lebih menarik iii) menarik perhatian murid

1.6 MODEL TERAPI REALITI GLASSER Perilaku/tingkah laku yang baik hasil daripada keputusan yang baik/bijak. Glasser memfokuskan lebih kepada perbincangan kelas, di mana ia bermaksud membina disiplin kelas. William Glaser menegaskan timbang rasa akan mendatangkan nilai yang serius/penting. Murid-murid adalah memiliki tingkah laku yang rasional. Mereka mempunyai tingkah laku yang sendiri dan mereka boleh mengawal tingkah laku mereka. Seterusnya, pemilihan yang baik akan mendatangkan hasil yang bagus, sebaliknya pemilihan pemilihan keputusan yang buruk akan mendatangkan kesan yang buruk. Untuk mendapatkan hasil tingkah laku yang baik, guru hendaklah sentiasa membantu murid-muridnya membuat pemilihan keputusan yang baik. Guru juga sebaik-baiknya menerangkan segala kesan dan akibat yang mungkin daripada kesan pemilihan tindakan mereka, sama ada baik ataupun buruk. Akibat daripada pemilihan sesuatu tingkah laku itu, ia akan diikuti oleh kesan dan akibat yang baik mahupun buruk. Mereka juga perlu bertanggungjawab ke atanya. Guru hendaklah sentiasa mengambil berat terhadap semua murid-muridnya.Guru sepatutnya tidak boleh menerima segala keburukan yang dilakukan oleh muridnya. Seterusnya, murid-murid juga perku bertanggungjawab dan mernerima segala akibat yang mungkin terjadi hasil daripada tingkah laku mereka. 2.1 HURAIAN KEFAHAMAN KES Dalam kes yang diberikan kepada kumpulan kami iaitu lampiran 9, watak utama yang diceritakan ialah Barbara Thompson dan Teri Leigh. Barbara Thompson merupakan seorang guru perempuan yang mengajar subjek pendidikan Seks di sekolah dan mempunyai 2 orang anak yang masih kecil iaitu Shawn dan Keshia. Manakala Teri Leigh pula merupakan pelajarnya yang dirisaukan kerana mempunyai masalah peribadi. Teri Leigh telah dibawa ke rumah jagaan kerana telah mengalami penderaan seksual yang dilakukan oleh teman lelaki ibunya. Adik-adiknya pula telah dihantar ke rumah anak yatim dan dipelihara oleh keluarga angkat. Tetapi Teri merupakan seorang pelajar yang berfikiran matang dan berkelakuan baik. Dalam satu sesi pengajaran yang dijalankan Barbara, Barbara mengajar topik kehamilan dan melahirkan anak. Disinilah bermulanya konflik apabila Teri memberitahu kelas bahawa beliau akan hamil. Barbara berasa terkejut dan mengambil keputusan berjumpa

dengan Teri selepas tamat sesi pengajaran. Selepas berbincang dan menyiasat apa yang berlaku, Barbara mengetahui bahawa Teri ingin melahirkan anak kerana ingin mendapatkan perhatian pelajar lain. Ini amat membimbangkan Barbara yang mengambil berat terhadap pelajar-pelajarnya. Barbara telah mengambil langkah menasihatkan Teri akan keburukan menjadi ibu muda dan melahirkan anak pada usia yang awal. Beliau juga menerangkan penyakit jangkitan Seks yang boleh dihidapi dan berjangkit kepada Teri agar Teri membuat keputusan yang lebih baik. Barbara ingin mengelakkan Teri daripada tersilap memilih langkah sematamata kerana tindakan mental yang tidak rasional. 2.2 KONSEP / MODEL / TEORI UNTUK MEMAHAMI KES YANG DIANALISA DISIPLIN Disiplin ialah peraturan-peraturan yang dipersetujui sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan masyarakat itu. Disiplin juga merujuk kepada cara berfikir yang tersusun seterusnya membawa kepada sifat rasional serta keyakinan diri seseorang. P.F. Olivia (1956) mengatakan bahawa disiplin ialah kawalan diri dari luar yang patuh kepada outoriti keadaan bilik darjah yang teratur, kursus pengajian yang sistematik dan cara menetapkan peraturan dan hukuman. G.V Sheriakov F.Redi (1956) mengatakan disiplin ialah perihal ketenteraman dan peraturan di dalam sesuatu kumpulan termasuk cara-cara mendapatkan ketenteraman dan peraturan. Dalam konteks pendidikan, disiplin seorang murid bukan sahaja dipengaruhi alam sekitar dan masyarakat di luar sekolah. Disiplin juga dipengaruhi oleh sikap dan tingkah lkau rakan sebaya dan orang dewasa seperti ibu bapa, guru, dan pemimpin masyarakat. Di sekolah, peraturan yang dikenakan kepada murid adalah bertujuan untuk mengawal tingkahlaku mereka melalui hukuman dan ganjaran. Konsep/Model/Teori untuk memahami kes Pelajar tidak perlu dihukum atau didenda. Pelajar melakukan kesalahan disiplin kerana mereka masih belum membina kemahiran untuk bersendirian dan mengawal diri sendiri (disiplin diri). Mereka memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan untuk membentuk sikap mereka. Kita dapat membantu mereka dengan memerhatikan apakah yang telah mereka lakukan dan melatih mereka kemahiran yang baik yang berkaitan.

Model yang sesuai digunakan untuk masalah ini adalah Model Glasser. Model Glasser. Perilaku/tingkah laku yang baik hasil daripada keputusan yang baik/bijak. Glasser memfokuskan lebih kepada perbincangan kelas, di mana ia bermaksud membina disiplin kelas. William Glaser menegaskan timbang rasa akan mendatangkan nilai yang serius/penting. 1. Pelajar dapat berfikir dengan rasional adakah mereka dapat mengawal tingkah laku mereka. 2. Membantu pelajar membuat keputusan yang terbaik, kerana keputusan yang baik akan menghasilkan tingkah laku yang baik. 3. Jangan menerima alasan kepada tingkah laku yang buruk. Tanya, Apakah pilihan yang ada? Mengapa memilih pilihan itu? Adakah keputusannya bagus dan disukai? Apakah yang akan dipelajari kelak? 4. Akibat yang musabah akan datang hasil daripada tingkah laku pelajar yang baik atau buruk. a. (Biasakan untuk menerapkan nilai-nilai/peraturan dalam perbincangan kelas), peraturan kelas adalah jalan yang penting untuk mereka belajar dan perlu ada penegasan. b. Perbincangan dalam kelas adalah jalan yang terbaik untuk membina dan meneruskan tingkah laku di dalam kelas. 2.3 STRATEGI DALAM MENYELESAIKAN KES Untuk menyelesaikan kes tersebut, model Glasser adalah model yang sesuai digunakan. Glasser memberi kenyataan bahawa tingkah laku yang terbaik terjadi hasil daripada pilihan yang terbaik. Beliau turut memfokuskan kepada perbincangan kelas untuk membina disiplin kelas. Merujuk kepada kes yang dihadapi oleh Barbara Thompson dan Teri Leigh ini, beberapa stretegi boleh diatur untuk menyeselesaikannya. Melihat kepada model Glasser, pilihan yang terbaik akan menghasilkan tingkah laku yang terbaik. Ini bermaksud, Barbara Thompson harus membantu dan meyakinkan pelajarnya, Teri Leigh untuk membuat

keputusan yang bijak sebelum melakukan sesuatu. Bagi meyakinkan pelajarnya, Barbara Thompson perlu mempunyai bukti-bukti tentang keburukkan kepada individu yang melahirkan anak ketika usia muda. Selain itu, risiko untuk mendapat penyakit jangkitan seks adalah tinggi. Oleh sebab itu, untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi terhadap Teri Leigh, Barbara Thompson bertanggungjawab untuk menyedarkannya untuk mendapatkan keputusan yang bijak. Strategi kedua yang boleh digunakan untuk menyelesaikan kes ini adalah melalui perbincangan bersama. Ia selari dengan apa yang difokuskan oleh Glasser iaitu melalui perbincangan akan menghasilkan disiplin. Barbara Thompson perlu tahu masalah utama pelajarnya, Teri Leigh. Selain itu, beliau perlu berbincang denga dengan individuindividu lain bagi mendapatkan maklumat, nasihat dan cadangan untuk menguruskan masalah tersebut. Individu-individu tersebut termasuklah ibu, guru-guru yang mengajar Teri Leigh dan kauselor untuk mendapatkan khidmat kaunseling. Strategi lain untuk menyelesaikan kes ini ialah melalui pemerhatian. Barbara Thompson boleh menjalankan pemerhatian terhadap Teri Leigh berkaitan dengan hubungannya dengan rakan-rakan, hubungan dengan guru-guru, hubungan dengan masyarakat luar serta pemerhatian terhadap tingkah laku yang ditunjukkan oleh Teri Leigh. Hasil pemerhatian ini dijalankan untuk direkodkan. Seperti yang dinyatakan di dalam kes berkenaan, Teri Leigh adalah pelajar yang berfikiran matang dan berkelakuan baik. Jadi, melalui rekod tersebut, Barbara Thompson perlu tahu mengapa pelajarnya mengeluarkan kenyataan akan melahirkan anak serta mencari penyelesaian. Ini menunjukkan bahawa Barbara Thompson amat mengambil berat terhadap pelajarnya. Sudah menjadi adat seorang guru mengambil berat masalah-masalah yang dihadapi pelajarnya. Sikap ini diharapkan dapat memberi perangsang kepada Teri Leigh untuk membuat keputusan yang bijak. Kaedah kaunseling merupakan salah satu strategi yang boleh digunakan. Kaunseling digunakan untuk menguatkan emosi dan psikologi Teri Leigh. Cara yang dilakukan olehnya untuk mendapatkan perhatian orang lain merupakan langkah yang salah.
BAB III LAPORAN PENUH ANALISIS KES

Menurut Kamus Dewan Edisi Keenam cetakan 2000, tingkah laku ialah perbuatan pelbagai kelakuan. Tingkah laku merujuk kepada perlakuan individu yang boleh dilihat. Ia juga berbentuk dari segi lisan atau bukan lisan. Aspek penting dalam tingkah laku bukan sahaj memerlukan tindakan dari manusia tetapi juga dilakukan sebagai cara untuk berinteraksi dengan pelbagai elemen di sekeliling kita ( Maag,2004).

Masalah-masalah tingkah laku selalunya muncul dan kelihatan bukan hanya kerana anasir luar tetapi apabila keperluan sesorang individu itu tidak dipenuhi dengan sebaiknya. Antara keperluan-keperluan itu ialah keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan dan keperluan kesempurnaan kendiri. Kesemua keperluan ini mempunyai peranannya yang tersendiri bagi mengelakkan seseorang itu menghadapi masalah tingkah laku. Disiplin ialah peraturan-peraturan yang dipersetujui sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan masyarakat itu. Disiplin juga merujuk kepada cara berfikir tersusun seterusnya membawa kepada sifat rasional serta keyakinan diri seseorang. Menurut Debbie Roswell (1999), kanak-kanak memerlukan empat perkara dalam memastikan disiplin yang baik untuk mengelakkan tingkah laku negatif. Antaranya ialah keinginan, persekitaran, kemampuan dan sumber yang betul. Dalam kes yang dilampirkan, masalah disiplin tersebut berpunca dari institusi kekeluargaan pelajar yang tidak stabil sekaligus memberi impak yang negatif terhadap perkembangan menyeluruh pelajar. Disiplin diri yang tidak berkembang secara positif membuatkan kawalan diri menjadi rapuh dan tidak mementingkan peraturan. Ini sesuai dengan pendapat P.F.Olivia (1956) yang mengatakan bahawa disiplin ialah kawalan diri dari luar yang patuh kepada autoriti keadaan bilik darjah yang teratur, kursus pengajian yang sistematik dan cara menetapkan peraturan dan hukuman. Teri ialah seorang pelajar yang bermasalah tingkah laku. Antara masalah yang sering ditimbulkannya adalah seperti mengelamun atau berkhayal, kurang tumpuan di dalam kelas, menimbulkan konterversi untuk mendapatkan simpati, dan seorang yang pasif di dalam bilik darjah. Masalah-masalah ini dikenal pasti oleh gurunya melalui pemerhatian terhadap pelajar-pelajar di dalam kelas tersebut. Kecenderungan Teri dalam permasalahan ini, menimbulkan tanda tanya terhadap gurunya apa yang sedang berlaku. Seterusnya, Teri pelajar yang bermasalah tersebut tidak mempunyai cara berkomunikasi yang baik walaupun digambarkan sebagai seorang yang matang. Ini boleh dibuktikan apabila telah dia mengambil keputusan untuk hamil tanpa berbincang dengan rakan sebaya atau orang yang lebih berpengalaman seperti guru dan senior. Tindakannya itu mengambarkan bahawa Teri seorang pelajar mengalami masalah disiplin iaitu tidak mampu mewujudkan tingkah laku yang baik dalam kehidupan bermasyarakat. Masyarakat yang digambarkan di dalam kes ini adalah masyarakat sekolah yang terdiri daripada rakan-rakan sekelas Teri dan guru kelas Teri itu sendiri iaitu Barbara Thompson. Tujuan sebenar Teri yang inginkan melahirkan anak adalah disebabkan untuk mendapatkan perhatian rakan-rakan dan komuniti yang ada di sekitarnya.

Walaubagaimanapun, masalah keluarga atau penderaan yang dialaminya menyebabkan dia hilang kemampuan untuk berfikiran secara rasional dan berkelakuan tidak matang. Sebagai seorang guru yang berdedikasi satu langkah yang bijak harus diambil untuk mengembalikan pelajar ini ke pangkuan jalan yang betul. Maka gurunya iaitu Barbara telah mengambil berberapa langkah yang bijak untuk mendekati murid berkenaan dan membantu Teri untuk menyelesaikan masalahnya. Antara langkah yang diambil oleh beliau adalah dengan berjumpa dengan pelajar itu secara bersendirian dan berbincang denganya akan masalah-masalah yang dihadapinya. Secara tidak langsung, beliau boleh memahami keadaan sebenar yang dihadapi oleh murid sebenar. Selain itu beliau juga telah menghubungi guru kelas lamanya dan bertanyakan akan perstasi dan tingkah lakunya di sekolah dahulunya. Beliau mendapati bahawa segala masalah yang berlaku berpunca daripada rumahnya. Barbara juga cuba untuk menyelesaikan masalah ini dengan mengaturkan satu perjumpaan dengan keluarganya, tetapi gagal. Gurunya juga mengambil anisiatif lain iaitu dengan membaca dan mengambil berta latar belakang Teri dan keluarganya. Seperti mana yang telah dibincangkan, Model Glasser adalah model yang sesuai untuk diaplikasikan oleh Barbara untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh Teri. Menurut model ini, Galsser menekankan perilaku yang baik akan mendatangkan kesan yang baik. Ini boleh kita jelaskan dengan contoh guru yang baik akan menghasilkan murid yang baik, seperti peribahasa Melayu, kalau guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Ini menunjukan bahawa betapa pentingnya peranan seorang guru dalam membimbing dan membentuk pelajar. Glasser juga memfokuskan lebih kepada perbincangan kelas, dimana ia bermaksud membina disiplin kelas. Terdapat berberapa model yang boleh digunakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid berkenaan dan juga boleh diterapkan dalam penyelesaian masalahmasalah lain yang bakal timbul dalam kehidupan seorang guru apabila berhadapan dengan murid-murid bermasalah sebegini. Model-model disiplin ini sebenarnya mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri, bergantung kepada keadaan situasi dan kes yang dihadapi. Namun, terdapat satu model yang selalunya serasi dengan satu-satu kes. Antaranya adalah seperti model logikal Dreikurs yang menekankan pengajaran demokratik dan berdepan kesalahan. Disiplin adalan bukannya satu bentuk hukuman. Sebaliknya ia adalah satu cara untuk mengajar kanak-kanak untuk menganakan satu tahap kepada diri mereka sendiri. Seorang guru yang mempunyai sifat demokratik akan memberikan bimbingan dan sifat kepimpinan yang kukuh dan kuat.

Semua kanak-kanak mempunyai perasaan untuk dimiliki. Mereka mahukan satu keadaan dimana mereka selalu dihargai dan juga diberikan penghargaan . Kebanyakan tingkah laku mereka adalah untuk menarik perhatian orang lain agar memberikan perhatian kepadanya dan ianya memberikan impak kepada mereka. Segala kesilapan berkaitan dengan empat kesilapan, iaitu mendapatkan perhatian, kebolehan mencari, membalas dendam, dan mempamerkan ketidak puasan hati. Guru perlu mencari dan mengidentiti kesalahan yang dilakukan oleh kanak-kanak dan jangan mengukuhkan mereka untuk melakukannya. Sebaliknya guru perlu mencari jalan untuk menyelesaikannya. Merujuk kepada kes di lampiran 9 The Phantom Pregnancy Teri Leigh yang mempunyai masalah keluarga menjadi pelajar bermasalah dan menyebabkan pelajarannya terganggu. Merujuk kepada model ini sebagai seorang guru yang berdedikasi, Barbara Thompson harus mencari punca-punca yang menyebabkan murid itu menjadi bermasalah. Sebagai seorang guru, beliau perlu mengenal pasti kesalahan dalam cara pengajaranya dan berusaha untuk mencari jalan untuk meyakinkan murid berkenaan serta menyelesaikan masalahnya. Selain itu, model kelompok Kounin juga boleh digunakan kerana model ini mementingkan pengurusan kelas yang betul. Seorang guru harus bersedia, pengurusan kumpulan dengan baik, perlu betulkan pelajar lain jika betulkan seorang, peralihan yang perlahan dan lembut antara aktiviti, kekalkan keadaan kunci pengurusan kumpulan efektif, pembelajaran yang optimal akan berlaku apabila guru sentiasa berjaga-jaga tentang murid dan bertanggungjawab terhadap sesi pembelajaran. Kebosanan dapat dielakkan dengan memperlengkapkan sesi dengan bermacam-macam aktiviti, persekitaran dan suasana kelas serta berjaga-jaga dengan kemajuan murid. Merujuk kepada kes tadi, jika guru berkenaan boleh mengubah fikiran atau menghalakan fikiran dan minat murid berkenaan kepada jurusan pendidikan, maka murid itu tidak akan memikirkan hal-hal yang akan memusnahkan hidupnya seterusnya membantu pelajar masalah untuk menghindari serta memikirkan langkah yang terbaik untuk dirinya serta masa depannya. Kesimpulannya, apabila berhadapan dengan sesuatu masalah, kita perlu mencari jalan penyelesaian, atau model-model yana sesuai agar mudah untuk mencari jalan penyelesaian yang sempurna dan baik. Selain itu, kita juga perlu memikirkan akibat dan kesan daripada keputusan yang dibuat. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita harus memahami dan menyelami perasaan pelajar serta peka terhadap persekitaran kelas demi mewujudkan disiplin yang tinggi dan suasana pembelajaran yang kondusif.

Anda mungkin juga menyukai