Anda di halaman 1dari 5

1.

Model Pengurusan Disiplin dan Tingkah Laku


1.2.1

Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner

Model ini telah dipelopori oleh Skinner. Model ini menggunakan prinsip
peneguhan yang mengutamakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan
tingkah laku (Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel, Pengurusan Bilik Darjah,
2006). Terdapat dua jenis peneguhan dalam model ini iaitu peneguhan positif
dan peneguhan negatif. Peneguhan positif berlaku apabila ransangan seperti
hadiah, pujian dan sokongan di atas apa yang dilakukan. Peneguhan ini
diberikan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Namun begitu,
peneguhan negatif berlaku apabila ransangan yang lebih keras diberi.
Ransangan yang dikeluarkan adalah untuk meningkatkan tingkah laku pelajar.
Misalnya, cikgu kerap kali berleter tentang kebersihan kelas, akhirnya pelajar
akan bekerjasama untuk membersihkan kelas. Dendaan adalah satu proses atau
tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang
tidak diingini. Secara konkritnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa
kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.
Sebagai contoh, guru memberikan amaran terhadap pelajar yang membuat
bising. Pembentukan tingkah laku boleh dilakukan dengan memberikan
peneguhan yang berkala setiap kali selepas sesuatu tingkah laku yang diingini
ditunjukkan.

1.2.2

Model Disiplin Asertif Canter

Lee and Marlene Canter menubuhkan Canter Associates Dan Buku Assertive
Discipline A Take-Charge Approach For Todays Educator (1976). Model ini
adalah berasaskan kepada peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan
penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan.
Model ini lebih menekankan kepada penetapan dan kuat kuasa peraturan dan
memastikan peraturan dipatuhi dengan tegas. Model ini juga melibatkan
ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan di samping
pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas).
Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam bilik darjah. Oleh itu,

penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan


lancar. Hak tersebut adalah seperti hak guru adalah mengajar tanpa gangguan.
Oleh itu, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang membantu
murid memilih tingkah laku yang sesuai. Manakala hak murid ialah untuk belajar
dalam persekitaran yang kondusif.

Jadi, murid perlu memilih tingkah laku.

Canter berpendapat guru yang asertif harus jelas dengan matlamat pengurusan,
yakin, dan tegas dalam menetapkan peraturan. Pada masa yang sama, guru
asertif mengambil perlu memberikan pengiktirafan kepada murid-murid untuk
menggalakkan tingkah laku yang diingini manakala tindakan pembetulan
dikenakan kepada murid-murid yang menganggu hak murid-murid lain untuk
belajar dengan selesa. Model ini turut memperkenalkan langkah-langkah
penerangan pelan pengurusan bilik darjah. Langkah langkah tersebut ialah :

Bertindak secara tenang


Konsisten
Berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini
Beri peluang murid luahkan perasaan
Teguran langsung kepada murid peringkat rendah
Tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa.

1.2.3

Model Akibat Logikal Dreikurs

Tujuan utama Model Akibat Logikal Dreikurs adalah mewujudkan suasana bilik
darjah yang bersifat demokratik di mana murid-murid rasa dipunyai. Oleh itu,
guru yang ingin kawalan bilik darjah yang baik tidak seharusnya menggunakan
hukuman. Selain itu juga, model ini menekankan guru perlu mengenal pasti
punca salah laku dan murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam
bilik darjah. Oleh sebab itu murid sendiri perlu dilatih untuk mendapat kawalan
kendiri terhadap pengurusaan disiplin bilik darjah.
Terdapat beberapa motif utama salah laku, antaranya :
1

Mendapatkan perhatian : murid sering kali cuba mendapatkan perhatian

guru dengan cara yang salah


Membalas dendam : murid bertindak balas dendam apabila guru dilihat
sebagai bersikap tidak adil dan bersikap autokratik

Mencabar kuasa (konflik) : apabila murid bertindak mencabar kewibawaan


guru. Guru tindak seharusnya mengikut emosi tetapi bertenang dan cuba

kenal pasti punca kelakuan mereka.


Menunjukkan kekurangan : murid yang gagal mendapat pengiktirafan
melalui motif sebelumnya mungkin akan bertindak menunjukkan dirinya
sebagai seorang yang lemah dan tidak upaya.

Bagi murid-murid yang mempunyai salah laku motif seperti tersebut, Dreikurs
telah menyediakan cara untuk menangani murid-murid yang mempunyai salah
laku motif iaitu kenal pasti motif murid, bantu murid memahami motif yang
ditunjukkan, bantu murid tukar matlamat salah kepada matlamat sebenar,
bimbing murid bertanggungjawab ke atas matlamat baharu dan bantu murid
melihat akibat di sebalik tingkah lakunya.

1.2.4

Model Pengurusan Kelompok Kounin

Model ini telah dicipta oleh seorang ahli teoris dalam bidang pengurusan bilik
darjah iaitu Jacob Kounin. Buku yang berjudul Discipline And Group
Management merupakan karya beliau mengenai pengurusan tingkah laku
berkesan. Terkenal dengan konsep riak apabila seorang murid akur kepada
arahan murid lain juga akan ikut bersama. Ciri-ciri teori ini adalah mengenai teori
berkaitan disiplin dan pengurusan kumpulan manakala matlamat teori ini pula
ialah pengajaran dengan disiplin dapat dicapai (seiring). Terdapat perkaraperkara utama dalam model pengurusan kelompok kounin
Perkara-perkara tersebut ialah :
1

Bertindih (overlapping) : merujuk kepada kebolehan guru menguruskan dua

atau lebih aktiviti individu atau kumpulan pada masa yang sama
Merangkumi semua (withitness) : merujuk kepada kebolehan guru
membetulkan tingkah laku buruk sebelum ia sampai sesuatu situasi yang

tidak boleh dikawal.


Momentum (momentum): ia merujuk kepada kebolehan guru untuk

menggunakan pergerakan yang sesuai sepanjang masa pelajaran.


Kelancaran (smoothness): cirinya ialah kontinuiti, tanpa sebarang
gangguan.

Fokus kumpulan (group focus) : iaitu memusatkan perhatian semua murid

lain
Menggalakkan akauntibiliti : merujuk kepada komunikasi terhadap semua
murid bahawa penyertaan mereka semua sedang diperhatikan dan ditaksir.
Implikasi model kounin terhadap tingkah laku bermasalah di dalam kelas
seperti :

Seorang

murid

mempengaruhi

yang
tingkah

melakukan
laku

rakan

tingkah
sedarjah

laku
yang

buruk

akan

berada

di

sekelilingnya. Fenomena ini adalah dikenali sebagai kesan riak (ripple

effect)
Guru harus sedar semua aktiviti yang berlaku di dalam seluruh bilik
darjah dalam setiap masa. Kesedaran ini adalah dikenali sebagai

withitness sesuatu istilah yang dicipta oleh kounin


Kebolehan memberi peralihan yang lancar antara dua aktiviti adalah

penting untuk pengurusan kumpulan dengan berkesan


Guru hendaklah berusaha mengekalkan kewaspadaan kumpulan dan
menjamin setiap individu mempunyai akauntibiliti dalam pembelajaran

dan memastikan pembelajaran optimal berlaku


Kebosanan murid boleh dielakkan dengan memupuk perasaan
kemajuan atau kejayaan, menambah pelbagai aktiviti dalam kurikulum
dan alam bilik darjah.

1.2.5

Model Terapi Realiti Glasser

Diperkenalkan oleh William glasser iaitu pengasas kepada terapi realiti. Beliau
dilahirkan di Cleveland Ohio, California pada tahun 1925. Pada tahun 1944,
ketika berumur 19 tahun, Glasser telah mendapat ijazah pertamanya dalam
bidang kejuruteraan kimia dari Case Institute of Technology. Pada tahun 1956,
Glasser telah menjadi ketua psikiatarist di Venture School For Girls, iaitu sebuah
institusi yang dikendalikan oleh kerajaan California untuk merawat gadis-gadis
yang rosak moral dan melanggar peraturan atau undang-undang. Dalam tahun
1961, Glasser menghasilkan bukunya yang pertama iaitu Mental Health or
Mental Illness yang menjadi asas kepada teknik dan konsep terapi realiti

Terapi realiti berlandaskan 3 prinsip berikut :

Setiap individu bertanggungjawab ke atas tingkah laku masing-masing


Setiap individu berupaya untuk berubah dan hidup secara berkesan

sekirannya diberikan bimbingan dan sokongan


Setiap individu bertingkah laku mengikut cara tertentu agar dapat
membentuk persekitaran mengikut kehendak masing-masing
Pelan

pengurusan

bilik

darjah

Glasser

ialah

guru

hendaklah

melapangkan masa untuk mengenal pasti punca tingkah laku bermasalah murid
tersebut. Seterusnya guru perlu mempertimbangkan cara penyelesaian. Guru
juga perlu berusaha mencegah salah laku melalui dua cara iaitu berikan latihan
dalam kelas yang menarik dan bina hubungan yang positif dengan murid. Selain
itu, guru harus mempertingkatkan cara penyoalan. Guru juga perlu mengadakan
perbincangan dengan murid-murid. Murid dikehendaki membentuk satu pelan
yang mengandungi tindakan positif dengan bantuan guru. Jika tidak berkesan,
murid diasingkan dengan menggunakan time-out dalam bilik darjah. Murid
dihantar ke satu lokasi yang selesa tetapi tidak mengancam orang yang
menyelia mereka. Bagi murid yang di luar kawalan, guru hendaklah
menghubungi ibu bapa untuk berpindah sekolah. Jika masih serius, rujuk murid
kepada pihak berkuasa.
Elemen disiplin yang berkesan Glasser

Membantu murid membuat pilihan yang wajar


Mengajar murid memikul tanggungjawab secara peribadi
Menangani tingkah laku masa kini, bukan masa lampau
Memerlukan murid membuat penghakiman berunsurkan nilai terhadap

tingkah laku
Membantu murid merancang ke arah perubahan tingkah laku
Percaya bahawa murid boleh berubah ke arah positif

Anda mungkin juga menyukai