Anda di halaman 1dari 7

MASALAH TINGKAH LAKU MURID PRASEKOLAHOleh Hj Zulkiply bin Hj Yaakob IPG Kampus THO En Muhammad bin Sulaiman IPG

Kampus TINGKAH LAKU NEGATIF: a) Tingkah laku hiperaktif keadaan murid yang tidak boleh dudukdiam, bergerak ke sana kemari tanpa tujuan, dan sukar dikawal.b) b) Tingkah laku bimbang murid yang berkeadaan tidak tenteramatau kurang senang atautakut disebabkan kepercayaan bahaawa sesuatu yang tidakdiingini akan berlakuc) c) Tingkah laku bergantung murid yang bergantung secaraberlebihan kepada orang lainseperti ibu / bapa, guru, rakan sebaya daan tidak dapat berdikariatau membuat keputusansendiri.d) d) Tingkah laku pengunduran diri keadaan murid yang menarikdiri daripada sesuatu situasiatau aktiviti kerana rasa rendah diri ,rasa tidak selamat ,rasaterancam, kurang kemahiran, ataumalu.e) e) Tingkah laku permusuhan nyata murid yang menampilkanpelakuan fizikal atau lisan yangbertujuan untuk menyakiti atau melukai hati seseorang.f) f) Tingkah laku murung keadaan murid yang amat sedih , diamtak mahu bercakap dan pasif sebab masalah keluarga atau kurang penerimaan atau gagal memperoleh sesuatug) g) Tingkah laku pengasingan diri keadaan murid yang rasa rendah diri , tidak mahu bergaul,suka menyendiri kerana kurang mahir berkomunikasi/interpersonalh) h) Tingkah laku merosakkan keadaan murid yang menunjukkan tingkah laku agresif untukmelihat orang lain mengalami kesusahan atau menderita ataau merasa seronok orang lain mendapat malang seperti merosakan sesuatu alatan atau benda ,mematahkan, menconteng 1 dan lain-lain.i ) Tingkah laku mengganggu

pelakuan yang melampau yangmengganggu ketenteramanorang lain atau pengajaran seperti membuat bising, pergerakanyang tak perlu, mengganggurakan, menolak-nolak, bertumbuk dan lain-lain. MODEL-MODEL PENGURUSAN TINGKAH LAKU a) Model disiplin asertif ( Assertive Discipline Model)b) Model Glaserc) Model Ginottd) Model Driekurs a)Model disiplin tegas ( Assertive Discipline Model) diperkenalkan oleh Lee Canter (1976) sistem yang peraturan bilik darjah yang dibentuk oleh guru dandiamalkan dalam bilik darjah. Perkara-perkara yang melanggar peraturan bilik darjah juganyatakan Jika murid melanggar peraturan namanya akan dicatat sama adadi papan kapur, di klip board atau buku catatan. Murid yangnamanya dicatat lebih daripada sekali akan di hantar ke bilikGuru Besar atau atau ibu/bapanya dipanggil berjumpa guru. Canter percaya sistem disiplin tegas membolehkan gurumenguruskan bilik darjah dengan lebih berkesan. Canter mendasari sistem disiplin tegasnya dengan tanggapanbahawa murid hendak mengganggu guru dan mengelak belajaratau supaya guru tidak mengajar. Guru yang percaya murid mempunyai keinginan berbeza untukbelajar menyatakan tanggapan itu tidak wajar. Satu masalah lagidengan disiplin tegas ialah menganggap murid boleh melakukansesuatu mengikut disiplin. Guru yang berpengalaman menganggap murid boleh belajarbahawa sesetengah tingkah laku boleh diterima di sekolah dansebahagiannya tidak.

Guru yang percaya bahawa murid mempunyai keinginan kuatuntuk belajar beranggapan bahawa tanggapan ini tidak wajar. 2 Mereka tahu bahawa belajar biasanya mengambil masa, perlubimbingan, dan ulangan pengalaman. Sistem disiplin tegas beranggapan apabila murid diberi tahuperaturan dan menghukum mereka yang melanggarnya akanmengelakkan pelakuan yang tidak diingini. Pendekatan ini akanmengawal tingkah laku murid pada waktu itu, tetapi murid tidaktahu mengapa sesuatu pelakuan itu tidak diterima ataupunadakah mereka belajar untuk menyesuaikan diri pada situasiyang lain. Sistem pengurusan tingkah laku yang menguatkuasakanperaturan oleh golongan dewasa yang berautoriti tidak akanmembantu murid belajar bertanggungjawab. Walau bagaimanapun sistem ini mengajar murid untukmematuhi peraturan yang diamalkan melalui kuasa yang tegas.Ada masanya orang dewasa perlu tegas dandan menuntut kepatuhan semerta. Misalnya, untuk mengelakkankecederaan atau semasa kecemasan seperti kebakaran. Orangdewasa perlu mengawal disiplin sehingga murid memahamirasionalnya mereka perlu mengawal tingkah laku dalam keadaandemikian. Walau bagaimanapun , mengawal tingkah laku murid dengankuasa dan menuntut kepatuhan semerta tidak semestinyasebagai cara pengurusan tingkah laku. Pada pandangan Gartrell (1987a) menegaskan disiplin tegasakan merosakkan konsep kendiri murid dan menjadikan guru pengurus teknikal . Malahan ia menyebabkan murid tidak dapatmemastikan tingkah laku yang sesuai dan tidak membina rasatanggungjawab dalam diri mereka. Model disiplin tegas gagal memastikan sebab berlakunya tingkahlaku mengganggu. Sistem ini diaplikasikan tanpa

mengambilkirakurikulum, susun atur bilik darjah atau jadual waktu. Sistemdisiplin perlu mengambil kira semua faktor dan individu yangterlibat dalam situasi pengajaran. Jones dan Jones(1990) melaporkan sesetengah sekolah yangmengamalkan program disiplin tegas selama ini telah tidak lagimengamalkannya sebab:- ramai guru kecewa kerana murid bermasalah kurang berkaitdengan prosedur itu- murid yang tidak memerlukan kaedah disiplin tegas merasa aibatau bimbangguru yang sering melaungkan duduk!, diam! keluar!semasa di bilik darjah adalahgagal memenuhi keperluan asas dan akademik murid- guru lebih banyak menggunakan disiplin tegas untukmengelakkan tingkah lakumengganggu daripada menilai kaedah pengajarannya

b)Model Glasser berdasarkan penyediaan banyak pilihan yang baik untuk muriddan menguruskan gangguan yang berlaku secara tenang danlogik. Glasser percaya pilihan yang baik menghasilkan tingkah lakuyang baik dan pilihan yang tidak baik menyebabkan tingkah lakutidak baik. Tingkah laku individu menggambarkan keinginannya memenuhikeperluannya . Jika Sekolah mempunyai disiplin yang baik iaakan menjadi tempat di mana kurang terdapat murid atau guruyang kecewa dalam nenenuhi keperluan masing-masing. Antara keperluan yang dikenal pasti ialah keperluan dimiliki,keperluan kebebasan dan keperluan untuk berjenaka ataugembira. Sekolah yang muridnya tidak mempunyai perasaan memiliki( sense of belonging) atau tiada peluang membuat pilihanmerupakan sekolah yang sering mengalami masalah disiplin. Glasser mencadangkan guru menstruktur pengalamanpembalejaran murid supaya mereka mempunyai motivasi yangtinggi bekerja

dalam kumpulan dan murid yang pandaimembantu murid yang lemah. Ini memberi peluang kepadamurid yangpandai memenuhi keperluan memimpin/kuasa danyang lemah untuk menyumbang kepada kumpulannya. Dalam model glasser, mesyuarat kelas antara murid akanmembincangkan peraturan dan tingkah laku dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, model Glasser sering digunakan untukmurid menengah, tetapimodel ini berfokus kepada penyelesaian masalah, pilihan yangdisediakan guru dan cara guru membantu murid bermasalahdengan cara yang bersesuaian. c)Model Ginott berdasarkan pengelolaan iklim bilik darjah yang kondusif untukdisiplin yang baik melalui komunikasi berkesan antara guru danmurid. Beliau percaya , disiplin adalah proses berterusan yang perludicapai sepanjang masa. Prinsip model ini ialah sebagai mesej membaiki kepada muriddalam menangani masalah. 4 Ginott menggunakan istilah komunikasi kongruen (setimpal)untuk menerangkan tindak balas yang harmoni denganperasaan murid tentang sesuatu situasi atau diri mereka. Ginott menggalakkan kerjasama bukan memaksanya. Guru yang menggunakan cadangan Ginott tidak melabel muriddan berkomunikasi berdasarkan kerelaan mereka untukmembantu murid menyelesaikan masalah. Laporan Charles dan Barr (1989), guru yang gunakan pandanganGinott merasa perlu pengurusan yang berstruktur dalam situasipengajaran.

Ginott menegaskan tentang kebolehan komunikasi berkesandengan murid amat perlu kepada guru prasekolah. Beliau juga menegaskan perlunya guru meningkatkan keyakinanmurid dan tingkah laku guru sebagai contoh/model. d)Model Driekurs Dreikurs mendifinisikan disiplin sebagai mengajar muridperaturan yang membataskan mereka. Beliau percaya semua murid ingin rasa dimiliki , dan tingkah lakumereka menggambarkan usaha untuk dimiliki, Masalah salahlaku berpunca daripada matlamat yang tidak jelas atau silap,seperti untuk mendapat perhatian atau kuasa, dendam danmendedahkan kelemahan orang lain. Dreikurs mencadangkan kaedah mendisiplin yang baik ialahmenggalakkan tingkah laku positif. Untuk mengatasi masalah tingkah laku, Dreikurs mencadangkanguru menjelaskan kepada murid secara logik tindakan merekaambil terhadap mereka. Penjelasan secara logic tehadap dendaan adalah berbezadengan hukuman. Hukuman (punishment) ialah aksi yangdiambil oleh guru kepada masalah tingkah laku dan untukmenunjukkan siapa berkuasa. Hukuman menyebabkan inginmelawan . Penjelasan ini mengajar mrid memahami bahawasetiap tingkah laku ada implikasinya. Tingkah laku yang baikmendapat ganjaran yang baik dan menggembirakan, begitulahsebaliknya. Charles dan Barr (1989) berpendapat kaedah Dreikurs memberipeluang kepada murid membina tingkah laku secara asli keranamurid mengamalkan tingkah laku yang baik kerana muridberanggapan mereka wajar berbuat demikian. CIRI-CIRI INTELEKTUAL PENYAYANG GURU PRASEKOLAH 5 a)Menyedari kepelbagaian murid : murid berbeza JERIS danbudaya. Cara menangani dan melayani murid akan

berbeza.b)Penghayatan kurikulum: guru perlu mahir dalam subjek dari segiilmu dan cara menyampaikannya supaya pengajaran lebihberkesan.c)Kemahiran pedagogi: menggunakan pelbagai strategi , teknikpemudahcaraan dan BBM untuk pembelajaran muridd)Amalan budaya penyayang : Budaya guru penyayangdipraktikkan semasa mengajar dan melayani murid di dalam dandi luar kelas.e)Kemahiran isi kandungan: Guru mahir merancang isi dankomponen pembelajaran serta dapat menyampaikannya denganberkesanf)Kemahiran menilai : memahami dan mengamalkan teknik-teknikpenilaian yang sesuai untuk mengesan perkembangan dankemajuan murid.g)Membantu pembelajaran: Guru membantu pembelajaran muriddengan melibatkan pelbagai deria , menggalakkan berfikir,membuat penerokaan dan membuat perkaitan. Mempelajaripelbagai konsep secara bersepadu dan menyeronokkan.h)Mengamalkan sisat-sifat guru yang wajib mengikut Islam:seperti zuhud, bersih, ikhlas, halim, berilmu dan lain-lain.i)Mengamalkan sifat-sifat yang disukai oleh murid: emosi stabildan sabar, ceria, suara dan tingkah laku beradab, bersimpati danberempati, tegas dan lain-lain lagi. j)Guru yang reflektif: sentiasa muhasabah diri untuk menilaikekurangan dan membuat pembolehbaikan ataumemperbaikinya.

Anda mungkin juga menyukai