Anda di halaman 1dari 7

NAMA:MOHD HAZIQ BIN JEBAT REFLEKSI SEBELUM Pensyarah Bahasa Melayu kami telah memberikan tugasan ini sekitar

bulan Februari.Tugasan ini mengkehendaki kami untuk menyediakan rancangan pengajaran harian dan Membina bahan bantu mengajar untuk kemahiran membaca iaitu Buku Besar tiga dimensi .Pensyarah berkenaan telah memberikan taklimat yang lengkap tentang tugasan Oleh itu,kami bertiga pergi ke perpustakaan dan melayari internet untuk mencari maklumat tentang Kemahiran membaca,Rancangan Pengajaran harian dan Buku Besar Tiga dimensi .Kami juga mendapatkan maklumat Rancangan pengajaran harian melalui sekolah daripada guru-guru yang berpengalaman.Beberapa siri perbincangan dengan ahli sekumpulan berbincang mengenai penyediaan rancangan pengajaran harian dan buku besar tiga dimensi Beberapa masalah kami hadapi sebelum melaksanakan kerja kursus ini.Antaranya kurang pengetahuan tentang konsep kemahiran membaca .Hal ini menyulitkan keadaan di mana tugasan memerlukan kami membina bahan bantu mengajar untuk kemahiran membaca.Selain itu,kami menghadapi sedikit masalah mengenai pemilihan alat bantu mengajar yang sesuai. Namun,kami berjaya mengatasi masalah ini dengan efisien dan baik.Kami banyak buat rujukan mengenai kemahiran bahasa dan buku besar 3 dimensi.Selain itu,kami banya berkolaborasi bersama pensyarah dan banyak mencari maklumat mengenai Buku 3D yang menarik melalui internet.

REFLEKSI SEMASA Dalam masa dua minggu kami berbincang mengenai pelaksanaan Rancangan Pengajaran Harian.Kami juga membahagikan pembahagian masa untuk penyediaan rancangan pengajaran harian dan buku besar 3D..Disamping itu,kami sering merujuk pandangan rakan-rakan dan pensyarah IPTHO tentang Rancangan Pengajaran Harian Antara perkara yang kami tekankan dalam penghasilan rancangan pengajaran harian kami ialah: a.Kemahiran utama dan sampingan iaitu kemahiran membaca dan menulis b.Objektif P&P berdasarkan hasil pembelajaran yang sesuai c.Sistem bahasa d.Strategi,kaedah dan teknik yang sesuai untuk kemahiran membaca e.Aktiviti yang sesuai untuk P&P Manakala dalam penghasilan buku 3D beberapa aspek diambil kira: 1.Jenis cerita 2.Sasaran murid-murid 3.Nilai-nilai murni 4.Bahan atau alatan yang digunakan 5.Saiz Buku 3D REFLEKSI SELEPAS Sepanjang kerja kursus ini dijalankan,banyak input dan maklumat baru yang saya dapat berguna sebagai bakal guru Bahasa Melayu. Pertama sekali,saya dapat mendalami kemahiran bahasa iaitu Kemahiran Membaca dengan lebih jelas.Saya dapat mengkaji pendekatan,kaedah dan teknik pengajaran Kemahiran bacaan.

Kedua,saya dapat mempelajari cara membina alat bantu mengajar untuk Kemahiran Membaca iaitu Buku Besar 3D.Kami dapat menghasilkan alat bantu mengajar yang sesuai untuk Kemahiran Membaca dan dapat menggunakannya untuk P&P Selain itu,kami dapat mempertajamkan lagi kemahiran kami dalam penghasilan rancangan pengajaran harian Bahasa Melayu KBSR dan ini amat membantu kami dalam praktikum yang akan datang. Akhir sekali,saya berharap kerja kursus ini membantu saya sebagai bakal guru Bahasa Melayu.

NAMA : MUHAMMAD AKMAL BIN ZAWI Pertama sekali,saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana akhirnya kami Berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan lancar dan jayanya.Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing dan rakan sekumpulan kerana memberikan sepenuh komitmen untuk kerja kursus ini. REFLEKSI SEBELUM Taklimat kerja kursus telah diberikan pada bulan Februari lalu oleh pensyarah BMM 3104 iaitu Puan Siti Dahlia.Beliau telah memberikan kami tugas untuk menghasilkan satu rancangan pengajaran di mana kemahiran membaca sebagai focus utama.Selain itu,kami perlu menbuat satu buku besar 3D sebagai alat bantu mengajar. Dalam berkumpulan,kami telah duduk berbincang cara menghasilkan rancangan pengajaran harian dan penyediaan Buku Besar 3D.Kami juga banyak berkolaborasi dengan pensyarah pembimbing untuk mendapatkan bimbingan mengenai tugasan ini. Berikut merupakan beberapa halangan atau masalah sepanjang kerja kursus ini bermula: 1.Kurang pengetahuan tentang kemahiran bahasa 2.Tidak pernah membina atau melihat buku besar 3D 3.Memilih hasil pembelajaran dan objektif P&P yang sesuai.

REFLEKSI SEMASA Kami telah membahagikan tugasan untuk melaksanakan kerja kursus ini.Tugasan ini merangkumi: 1.Penyediaan folio 2.Penghasilan Buku Besar 3D 3.Perancangan Rancangan pengajaran harian. Bagi Buku 3D pula alatan/bahan yang kami gunakan sesuai dengan saiz dan berat serta mudah dibawa.Ia diperbuat daripada mounting board bersaiz A3 serta ilustrasi 3D yang sesuai. Langkah-langkah penyediaan Buku 3D: a.Memilih cerita kanak-kanak b.Memilih dan membeli bahan-bahan yang sesuai c.Proses mereka bentuk Buku Besar 3D d.Proses kemaskini Buku besar 3D d.Proses menghias Buku Besar 3D REFLEKSI SELEPAS Dengan siapnya tugasan ini maka bertambahlah satu lagi kemahiran kami sebagai guru pelatih dalam penghasilan alat bantu mengajar.Sebagai bakal Guru Bahasa Melayu,semua ini amat penting sebagai pengalaman untuk dibawa pada masa hadapan.Saya berharap pesyarah pembimbing berpuas hati dengan hasil tugasan ini.

NAMA : HAZMAN BIN MOHAMAD AMINI Syukur ke hadrat ilahi kerana tugasan ini dapat dihasilkan dengan jayanya tanpa ada halangan yang besar.Terima kasih diucapkan kepada rakan sepasukan kerana Berjaya menyiapkan tugasan ini dengan lancar.Tidak lupa kepada Puan Dahlia kerana banyak membimbing kami. REFLEKSI SEBELUM Tugasan ini telah diberikan oleh Puan Siti Dahlia iaitu Pensyarah BMM 3104 sekita bulan Februari. Tiga tugasan utama yang perlu kami penuhi ialah 1.Rancangan Pengajaran harian 2.Buku Besar 3D 3.Penyediaan folio. Namun beberapa masalah kami hadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini.Pertama sekali kami tidak berapa jelas dengan kemahiran membaca.Kedua,kami tidak pernah membina Buku Besar 3D. REFLEKSI SEMASA Banyak perkara yang perlu dititikberatkan dalam penghasilan rancangan pengajaran harian yang baik.Pertama sekali,pemilihan objektif dan hasil pembelajaran yang sesuai.Kami telah memilih kemahiran membaca sebagai focus utama dan kemahiran menulis sebagai focus sampingan. Kedua,penggunaan Buku Besar 3D dalam Rancangan pengajaran harian.Buku 3D ini kami gunakan sebagai bacaan mekanis,soalan pemahaman dan kosa kata baru sesuai dengan objektif Pengajaran dan Pembelajaran. Aspek-aspek penting dalam penghasilan Buku Besar 3D ialah saiz,berat,bahan yang Digunakan,aras cerita dan ilustrasi yang sesuai.

REFLEKSI SELEPAS Banyak perkara baru yang saya pelajari sepanjang menyiapkan tugasan ini.Pertama sekali ialah saya dapat mendalami konsep kemahiran membaca dengan lebih mendalam.Hal ini membantu saya dalam peperiksaan semester yang akan datang.Kedua saya dapat mempelajari cara membina buku Besar 3D dengan betul.Akhir sekali kemahiran saya dalam penghasilan rph bertambah mantap dan baik.Diharapkan tugasan ini akan membantu saya kelak Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai