Anda di halaman 1dari 3

Berikut adalah syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur

Syarat-syarat Penyertaan Belia Car Boot Sales

1. Penyertaan terbuka kepada semua penduduk negeri Perak dan luar.


2. Aktiviti Car Boot Sales dijalankan setiap hari Jumaat dan Sabtu dari jam 5pm hingga 12am.
3. Peserta hanya dibenarkan membawa sebuah kenderaan seperti kereta,van,suv atau mpv. Lori bersaiz 1
tan keatas tidak dibenarkan.
4. Setiap peserta hanya dibenarkan menjual barangan dari belakang bonet kenderaan.(ikut faktor saiz yg
telah ditentukan)* 6 kaki lebar dan kedepan 5 kaki. Ianya juga perlu dipatuhi dan saksama antara peserta
lain.
5. Peserta hanya dibenarkan menggunakan meja lipat mudah alih bersaiz 2' x 4' atau meja bersaiz 3' x 3'
atau tiang penyangkut baju( bagi yang jual pakaian). Peralatan ini adalah dibeli oleh peserta sendiri.
Lampu tambahan adalah dibawah tanggungan peserta sendiri.
6. Sebarang jenis kanopi adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali. RANGKA KANOPI juga tidak
dibenarkan sama sekali digunakan di aktiviti Car Boot Sales.
7. Payung dibenarkan hanya untuk perlindungan kepanasan atau hujan bagi peserta.
8. Peserta hanya DIBENARKAN mengambil hanya 1 TEMPAT PARKING SAHAJA. Tiada kompromi
peserta mengambil parking tambahan. Tindakan akan diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
9. Peserta tidak dibenarkan menjual Barang atau peralatan yang melibatkan undang undang penguatkuasa
tempatan seperti menjual ubat kuat,pistol,CD atau CD lucah peralatan tujuan memburu dan sebagainya.
Sekiranya gagal berbuat demikian,pihak penganjur dan juga penguatkuasa tempatan akan merampas dan
juga mengambil tindakan Polis.
10. Peserta Car Boot Sales boleh menjual peralatan lama,antik,unik,barangan hobi dan juga
peralatan/barangan baru. Anda juga boleh pelbagaikan hasil jualan anda.

11. Peserta hanya DIBENARKAN menjual minuman bertin atau kotak/botol. Atau makanan yang ber pek
sahaja seperti kerepek,kek,biskut,minuman berubat atau produk IKS. PASTIKAN ianya sudah SIAP
BERBUNGKUS.
12. Makanan seperti sausage(hot dog),nugget,ayam goreng,burger tidak dibenarkan sama sekali atas
arahan penganjur. Sekiranya gagal mematuhi,pihak penganjur akan mengambil tindakan tegas.
13. SETIAP PESERTA yang mengendalikan produk makanan HARUS dan WAJIB mempamerkan kad
Typoid Injection. Pihak berkuasa akan membuat pemeriksaan kepada yang mengendalikan makanan.
14. Ikan,sayur,daging,bahan mentah tidak dibenarkan membuat aktiviti jualan tersebut.
15. Peserta harus pastikan kawasan setempat kenderaan dalam keadaan bersih dan kemas apabila sebelum
balik berniaga. Kebersihan adalah tanggungjawab peserta bersama.

16. Peserta dilarang sama sekali membuat/mencetuskan PROVOKASI ATAU BERGADUH diantara
peserta dan juga penganjur semasa aktiviti Car Boot Sales. Sekiranya terdapat unsur dan Bukti
sedemikian.Pihak penganjur akan mengambil tindakan tegas iaitu melucutkan penyertaan aktiviti Car
Boot Sales serta merta. Berkongsilah idea dan eratkan silaturrahim sesama peserta yang lain. Sepakat
yang positif membawa berkat.
17. Amalam tawar menawar amat digalakkan bagi meningkatkan penjualan perniagaan.
18. Sekiranya cuaca tidak mengizinkan menjalankan aktiviti,maka proses jualan akan meminda ke hari
yang lain.
19. Tempat parking kereta adalah terbuka dan ianya tiada booking dibuat oleh para peserta.
( first come first serve). Sekiranya terdapat aktiviti booking tempat dan mendapat aduan dari peserta lain.
Tindakan tegas akan diambil seperti lucut penyertaan.

20. Pihak Berkuasa boleh mengambil TINDAKAN SERTA MERTA seperti merampas barangan jualan
dan juga saman dikenakan sekiranya terdapat aktiviti jualan atau Set Up barangan sebelum pukul 4 petang
pada tarikh jualan/aktiviti Car Boot Sales.
21. Sekiranya terdapat aktiviti jualan tanpa permit selain dari hari dan masa diberikan,Pihak Berkuasa
akan membuat tindakan tegas seperti saman seterusnya merampas barangan jualan.
22. Peserta digalakkan melabelkan atau meletakkan tag jualan pada barangan.
23. Proses pembayaran hanya akan dilakukan pada selepas maghrib. Urusetia akan membuat collection.
24. Pembayaran hanya RM 30 sahaja semalam.
25. Sebarang kehilangan,kecurian,kerosakan terhadap kenderaan dan juga barangan jualan adalah
dibawah tanggungjawab peserta sendiri. Anda perlu memastikan peralatan peribadi dan juga perniagaan
anda dikawal rapi dan selamat.
26. Segala informasi terkini boleh anda layari di page facebook Belia Car Boot Sale.
* Segala syarat2 ini telah pun ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan juga penganjur.
* berniagalah dengan hati yang gembira di tempat yang menarik,santai dan juga menyeronokkan.
Terima Kasih
Pihak pengurusan Belia Car Boot Sales
The Lolipop Enterprise.
*bahagian parking telahpun ditanda.. Nanti hanya kenderaan akan masuk ke park tanda diberikan.. Itulah
keluasan/ kelebaran parking. Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai