Anda di halaman 1dari 10

PENGHARGAAN

Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-NYA, dapat juga saya menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Tanpa pertolongan dari-NYA sudah tentu tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya. Seterusnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada

pensyarah pembimbing saya iaitu Cik Asniza Bt. Musa kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang tempoh saya menyempurnakan tugasan mencipta poster ini. Segala ilmu yang telah dicurahkan, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak membantu saya terutamanya dari segi sumber kewangan. Walaupun bukan dari segi ilmu namun segala perbelanjaan yang telah diberikan selama ini adalah amat berguna bagi saya. Terima kasih atas pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini. Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua rakan seperjuangan saya terutama dari PISMP Bahasa Melayu dan semua yang telah membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Segala pandangan dan kritikan yang telah diberikan saya ucapakan ribuan terima kasih. Tanpa bantuan tersebut sudah tentu tugasan ini tidak akan sempurna seperti ini. Akhir sekali, sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu saya selama saya menyiapkankan tugasan ini. Semoga Allah merahmati kalian semua dan memberikan

ganjaran yang setimpal di atas segala pengorbanan yang telah dilakukan.

REFLEKSI
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta inayahnya dapat juga saya menghasilkan teknik mengubah bentuk di dalam Adobe Photoshop dengan jayanya. Saya telah berjaya menyiapkan tugasan Teras Teknologi Maklumat ini di bawah tajuk Martabatkan kembali bola sepak tanah air . Saya telah menimba banyak pengalaman dan pengetahuan berkenaan tajuk ini juga semakin bertambah sepanjang melakukan tugasan ini. Sebelum memulakan tugasan ini, pensyarah pembimbing saya iaitu Cik Asniza Bt. Musa telah memberi tunjuk ajar dalam membuat aplikasi ini. Pada mulanya saya berasa agak sangsi dengan kebolehan saya untuk menyiapkan tugasan ini kerana semasa proses P&P di dalam kelas, saya sering ketinggalan ketika proses pembelajaran berlangsung. Namun ini tidak melemahkan semangat saya untuk terus berusaha. Berdasarkan notanota yang telah diberikan, saya membuat rujukan dan ulangkaji bagi memudahkan saya mendapatkan maklumat dan bahan mengenainya tajuk ini. Kemudian, saya mula mencari bahanbahan seperti imejimej yang bersesuaian sebagai langkah permulaan bagi menghasilkan tugasan ini. Saya juga banyak bertanya dan berbincang bersama sama rakan yang lain bagi menghasilkan tugasan ini lebih sempurna. Kami telah berkongsi idea bagi menghasilkan suatu kelainan dalam tugasan ini walaupun terdapat beberapa kekurangan.

Walaupun menghadapi kekangan masa yang menghimpit namun saya tetap tabahkan diri untuk menyiapkan tugasan ini. Dalam masa yang sama, kelas saya juga telah menerima beberapa lagi tugasan yang lain. Justeru itu, saya mengahadapi bebanan kerja yang agak berat tetapi saya berusaha memperuntukkan masa bagi menyelesaikan tugasan ini walaupun agak lewat menghantarnya kerana terdapat beberapa masalah teknikal. Salah satu insiden yang hampir-hampir membunuh semangat saya adalah apabila hasil kerja saya yang pertama telah ditolak atas sebab-sebab tertentu. Namun berkat kesabaran saya mampu juga mencari penawar untuk menyedut kembali saki baki semangat yang tinggal dan seterusnya menyiapkan tugasan ini. Saya bersyukur kerana berpeluang belajar Adobe Photoshop ini dan berjaya menghasilkan imej dari pengeditan saya sendiri. Hal ni, merupakan satu pengetahuan baru bagi saya dan saya seronok melakukannya. Insyaallah, saya akan mengaplikasikan teknik yang telah dipelajari dari masa ke semasa. Saya juga ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada pensyarah saya jika terdapat sebarang kesilapan dan kelemahan dalam penghasilan tugasan ini dan juga atas keterlewatan saya menghantar tugasan ini. Harap dimaafkan. Saya hanya manusia biasa yang mana tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan dan saya akan cuba berusaha untuk memajukan diri saya pada masa akan datang. Wassalam

PENGHARGAAN.3-4 TEKNIK penghasilan karya.5-11 HASIl karya...12-13

REFLEKSI.14-16

Anda mungkin juga menyukai