Anda di halaman 1dari 3

Selamat pagi tuan, nama saya Diong Mei Xin.

saya dari kelas bimbingan dan kaunseling


4. Saya diberi amanah untuk membuat refleksi melalui cara rakaman video ini untuk
menyampaikan perasaan dan apa ilmu pengetahuan serta kemahiran yang saya dapati melalui
penulisan perancangan kertas kerja bagi aktiviti rakit Program Bina Insan Guru (BIG) ini.
Pertama sekali, saya berasa sangat rugi kerana program big ini tidak dapat dijalankan
kerana pandemik covid 19 telah mendatangkan banyak dugaan tidak kira secara fizikal atau
mental pada tahun 2020 dan tahun 2021, tetapi kami tetap perlu berusaha untuk mengatasi
masalah ini pandemic ini bersama-sama dengan memberi kerjasama menjaga SOP, jarak 1
meter dan elakkan aktiviti berkumpulan. Walaupun dalam keadaan ini, kami pun bersyukur
kerana mampu menyesuaikan diri dengan norma baru dan mempelajari secara online
contohnya merakam video tugasan ini.

Perasaan saya pada permulaan, saya tiada idea bagaimana untuk menjalankan BIG
sedangkan kami semua di rumah kampung masing-masing kerana MCO. Namun begitu,
dugaan telah diatasi kerana pensyarah Unit GERKO telah memberi kuliah melalui Google Meet
tentang aktiviti rakit UNTUK KAMI. Ribuan terima kasih kerana Pensyarah-pensyarah telah
menunjukkan gambar, prosedur, cara pelaksaan, SOP dan video-video yang berkaitan aktiviti
rakit. Semua usaha penyarah ini memang banyak membantu saya sebelum membuat
perancangan kertas kerja ini bagi aktiviti rakit. Perkara tersebut telah memberi satu gambaran
jelas kepada saya terhadap aktiviti rakitnya. Dengan itu, saya dan ahli kumpulannya barulah
dapat membayangkan situasi sebenar aktiviti rakit ini dan mulanya perancangannya.

Disebabkan pendamik covid-19, semua ahli kumpulan saya duduk di negeri yang
berbeza, jadi saya dan ahli kumpulannya tidak dapat berjumpa secara bersemuka demi
membuat perbincangan. Antara alternative yang telah kami guna untuk mengatasi cabarannya
adalah berbincang melalui aplikasi dalam talian seperti whatsapp, Telegram, Google Docs,
Google Slide dan sebagainya. Dengan cara tersebut, barulah kami dapat mula membuat
perancangannya. Melalui perbincangan secara atas talian. Saya berasa amat bersyukur kerana
rakan-rakan semua sudi membantu untuk melaksanakan tugasan ini dengan penuh kerjasama.
Saya juga bersyukur kerana kami dapat membuat apa-apa jua perkara dengan hanya
menggunakan hujung jari kerana teknologi yang semakin canggih ini. Situasi kini telah banyak
memudahkan segala pengurusan saya.

Selain itu, oleh sebab kami semua x pernah menjalani aktiviti rakit, kami langsung xde
pengalamannya. Oleh itu, kami telah membuat banyak usaha demi memastikan
perancangannya dapat dijalankan dengan lancar. Contohnya, kami telah mencari gambar-
gambar, video youtube, jurnal tentang aktiviti kembara, buku panduan program luar kampus
dan sebagainya demi membantu kami mengetahui perkara apa yang perlu dilaksanakan
sebelum, semasa dan selepas aktiviti kembara. Dengan itu, barulah kami dapat
membayangkan apa yang akan berlaku, dan memerlukan apa peralatan dan bilangannya, apa
sop sebelum, semasa dan selepas aktiviti kembara, tempat mana yang sesuai, tentatif serta
senarai ahli jawantakuasa.

Seterusnya, perasaan saya terhadap kerjasama kumpulan saya adalah bersyukur


kerana rakan-rakan saya mempunyai sikap tanggungjawab semasa melaksanakan tugasan ini.
Sebenarnya sikap tanggungjawab ini sangat penting pada setiap orang kerana ia akan
mempengaruhi kecekapan seseorang. Oleh kerana kami berbincang secara online untuk
melakukan tugasan. Oleh itu, kami menetapkan suatu masa untuk online terlebih dahulu
supaya semua ahli kumpulan hadir dan menyiapkan tugasan yang dibahagikan. Seterusnya,
saya berasa semangat kerjasama amat penting dalam suatu perbincangannya. Hal ini kerana
tanpa semangat kerjasama tersebut, maka tidaklah dapat menghasilkan perancangannya
dengan efektif dan dapat menghantar tugasannya dalam masa yang ditepatkan. Oleh kerana
Sikap tanggungjawab ini yang telah melancarkan penyiapan tugasan kami.

Tambahan pula, saya juga berasa mengekalkan hubungan baik dan bersosial dengan
orang lain amat penting. Hal ini kerana apabila kami mengalami masalah atau apa apa benda
yang kurang jelas, kami dapat meminta tunjuk ajar daripada abang atau kakak senior dan
meminta mereka menceritakan pengalaman big mereka. Saya bersyukur kerana mereka juga
sudi untuk berkongsi pengalaman mereka walaupun mereka pun sibuk tentang praktikum
mereka. Walau bagaimanapun, kami telah mendapat pencerahan untuk merancang kertas kerja
bagi aktivit rakit ini terutamanya tentatif. Selain itu, kami juga ada meminta tunjuk ajar dengan
pensyarah dan melayari pelbagai laman web atau jurnal ntuk mengkaji setiap perkara
pengurusan tentang aktiviti kembara contohnya penggunaan peralatan seperti compass, SOP
yang perlu dipatuhi dan sebagainya.

Akhirnya, kami telah berjaya menghasilkan kertas kerja ini dan mendapat banyak ilmu
pengetahun tentang aktiviti rakit tersebut walaupun akhirnya tidak dapat dilaksanakan dan
mengalaminya. Apa yang telah saya belajar daripada tugasan 1 adalah pelbagai kemahiran
insaniah. Semasa menyiapkan kertas kerja ini, saya perlu mengaplikasikan kemahiran
komunikasi samasa dalam perbincangan kumpulan atas talian. Selain itu, saya juga berfikir
secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah, contohnya kami mengantikan
perbincangan secara online. Selain itu, kemahiran kerja berpasukan juga membolehkan kami
berjaya menghasilkan kertas kerja ini. Bukan itu sahaja, melalui penulisan kerja kerja ini, saya
dapat belajar cara merakit dan dapat diaplikasikan apabila posting ke sekolah yang
kemungkinan menjadi seorang guru penasihat Unit Beruniform.

Secara kesimpulannya, saya sangat berterima kasih kepada tunjuk ajar daripa
pensyarah dan senior sepanjang saya dan ahli kumpulan menulis kertas kerja ini. Sekian terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai