Anda di halaman 1dari 2

Halangan Kemahiran mendengar

Masalah dan Halangan Kemahiran mendengar Hasil dapatan kajian Saliha Said (2004) menunjukkan sebanyak 100% murid menyatakan mereka tiada masalah deria pendengaran. Terdapat murid yang suka berbual dengan kawan ketika pembelajaran sedang dijalankan. Pelajar tidak akan mendengar dengan baik tentang isi pengajaran pensyarah dengan sepenuhnya. Dapatan juga menunjukkan para pelajar berada di tahap yang sederhana bagi kategori Kemahiran Mendengar. Gangguan fizikal murid seperti kurang pendengaran merupakan salah satu masalah yang tidak dapat diatasi melainkan pelajar menggunakan alat bantu mengajar. Selain itu menurut kajian pelajar lelaki kurang member tumpuan dalam aktiviti pendengaran berbanding murid perempuan ini berikutan murid lelaki lebih aktif dan lebih berminat dengan persekitarannya. Status sosioekonomi juga merupakan salah satu factor yang menentukan

keberkesanan kanak-kanak dalam menguasai kemahiran mendengar. Murid-murid yang status sosioekonominya lebih baik lebih mudah memperolehi kemudahan yang membantunya untuk menguasai kemahiran mendengar dengan lebih baik. Bagi kanakkanak yang mempunyai status ekonomi yang lebih rendah tumpuan mereka dan pendedahan kepada kemahiran mendengar adalah lebih rendah tambahan pula ibu bapa mereka selalunya kurang member tumpuan kepada mereka dalam membantu mereka menguasai peringkat awal kemahiran mendengar. Gangguan bunyi ialah masalah yang dihadapi oleh murid-murid apabila berlakunya gangguan dalam bilik darjah seperti bunyi bising kenderaan. Ini selalunya berlaku di sekolah yang berhampiran dengan Jalan Raya. Kanak-kanak juga terdedah dengan masalah membezakan bunyi. Kanak-kanak selalunya terkeliru dalam membezakan bunyi-bunyian yang didengar mereka. Oleh itu guru perlu sentiasa mendedahkan mereka dengan bunyi-bunyi alam semulajadi dalam melatih kemahiran mendengar mereka.

Masalah mental merupakan masalah yang juga mempengaruhi pendengaran kanakkanak. Kanak-kanak yang mempunyai masalah mental selalunya lebih berkhayal dan tidak member tumpuan keatas apa yang disampaikan kepada mereka. Masalah mental tidak hanya tertumpu pada perspektif gila semata-mata tetapi juga merujuk kepada emosi dan masalah tekanan yang dihadapi oleh kanak-kanak samada dirumah ataupun di sekolah. Kanak-kanak juga menghadapi masalah memahami apa yang dipertuturkan terutamanya apabila guru menggunakan bahasa aras tinggi dan juga dialek dari negeri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai