Anda di halaman 1dari 17

BMM 3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

1.1 Sipnosis
Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami kajian
semantik yang berkaitan dengan makna kata dan ayat. Kajian ini menumpukan kepada aspek
makna bentuk linguistik dan hubungannya dengan dunia rujukannya. Semantik merujuk kepada
aspek makna bahasa. Untuk memahami bahasa, kita kita perlu memahami makna kata dan
morfem yang membentuknya. Kita juga perlu mengetahui makna kata bergabung menjadi frasa
dan ayat yang bermakna. Seterusnya kita perlu menginterpretasikan makna ujaran berdasarkan
konteks ayat yang diujarkan.
1.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini anda akan dapat:
i. Menjelaskan tentang makna semantik; fitur makna; makna leksikal; dan makna ayat.
ii. Menghubungkaitkan antara bidang semantik dengan makna, semantik dengan ilmu
linguistik, dan semantik dengan sejarah.
1.3 Pendahuluan
Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat. Kata
merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. idang makna atau semantik
sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik kerana bahasa tidak akan sempurna
jika tidak ada unsur makna. !. ". !obbins #$%&'( menyatakan baha)a kajian makna
merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. *irth #$%++( pula
menegaskan baha)a makna menjadi inti dalam kajian bahasa.
,stilah semantik agak baharu digunakan jika dibandingkan dengan istilah bidang-
bidang ilmu yang lain iaitu di.ipta pada akhir abad ke-$%. loomfield mentakrifkan makna
sebagai suatu bentuk linguistik sebagai keadaan apabila penutur tersebut
mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan daripada pendengar. Seseorang
itu boleh mentakrifkan makna sesuatu bentuk pertuturan dengan tepat apabila makna ini
berkaitan dengan pengetahuan saintifik yang dimiliki oleh seseorang # /eonar d
l oomf i el d, $%%'( . Menur ut 0abe.h, semant i k dal am per i st i l ahan moden
1
TAJUK 1 SEMANTK !A"AM #AHASA ME"A$U
BMM 3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
di gunakan dengan maksud kaj i an t ent ang hubungan ant ar a i t em- i t em bahasa
seper t i perkataan, penamaan #nama am dan nama khas(, ekspresi predikat.
1.% Seman&i' dan Ma'na
1pakah yang dimaksudkan dengan istilah semantik2 Menurut Palmer #$%%'(, istilah
semantik merujuk kepada bidang kajian makna. ,stilah ini merupakan istilah yang agak baharu
dalam bidang linguistik. Kata semantik juga diertikan sebagai 3ilmu tentang makna atau erti4.
5ari segi istilah pula, semantik berasal daripada perkataan 6unani 3semantikos yang
bermaksud penting atau bererti. ,stilah semantik mula diperkenalkan oleh M.real daripada kata
Peran.is semantique. Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan
ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. 5alam bahasa, kita
dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.
7ika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantik ialah .abang linguistik
yang akan membahas erti atau makna #7.8.M. 9erhar, $%%:(. Selain itu semantik merupakan
bidang pengkajian linguistik yang objek penelitiannya mengenai makna bahasa #1bdul ;haer,
$%%+(. *erdinand de Saussure pula berpendapat semantik merupakan bahasa yang diu.apkan
untuk menyampaikan makna. Manakala bagi ;hoamsky semantik bermaksud makna ayat yang
ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan.
Kamus 5e)an mendefinisikan semantik sebagai kajian tentang makna perkataan dan
penambahan makna sesuatu kata. Se.ara umumnya dapatlah dikatakan semantik ialah ilmu
tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Se.ara khusus pula semantik ialah kajian
tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna
dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.
Kini istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada kajian makna dalam bidang
linguistik. Ma'na menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik. Se.ara umumnya ma'na
memba)a erti <maksud= atau <erti=. 8alau bagaimanapun, kata ma'na boleh diberikan
berma.am-ma.am pengertian yang lain.
2
BMM 3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
Kamus Linguistik #$%%>( memasukkan dua entri bagi kata ma'na iaitu:
#i( erti yang didukung oleh kata atau kumpulan kata;
#ii( pemahaman sesuatu ujaran oleh pendengar, atau pemahaman kata
atau frasa bertulis oleh pemba.a.
?gden dan !i.hard #$%&:( pernah memberikan tidak kurang $: pengertian bagi
perkataan makna dalam buku mereka yang berjudul The Meaning of Meanings. 1ntara
pengertian yang diberikan termasuk makna seperti <suatu sifat intrinsik, konotasi sesuatu kata,
suatu inti, pokok, suatu <kemahuan=, dan <emosi yang ditimbulkan oleh sesuatu=. 7adi,
berdasarkan pengertian oleh ?gden dan !i.hard, kita fahami baha)a erti makna .ukup
menarik tetapi rumit sekali untuk memahami maksud kata makna.
Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat
dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim #perkataan yang mempunyai makna
yang sama dari segi makna nahu tetapi berbe@a daripada segi makna leksikal(, antonim
#perkataan yang mempunyai makna yang berla)anan(, hiponim #perkataan yang maknanya
sebahagian daripada makna perkataan lain(, homonim #perkataan yang mempunyai bentuk dan
bunyi yang sama tetapi maknanya berbe@a(, polisemi #perkataan yang mempunyai makna yang
banyak(, dan peribahasa #beberapa perkataan yang mempunyai satu makna(.
1.( Seman&i' dan "in)uis&i'
/inguistik ialah kajian tentang bahasa se.ara saintifik. ahasa Melayu jelas mempunyai
makna sedia ada dan penambahan makna melalui proses akronim, pengimbuhan,
penggandaan, dan pemajmukan. ;ontohnya makna kata <makan= berbe@a daripada
<pemakanan= dan <dimakan=, dalam proses pengimbuhan. 5alam proses penggandaan, kata
<kuda= juga berbe@a dengan <kekuda.= 5alam proses pemajmukan pula kata <sapu= dan <tangan=
mempunyai makna yang berbe@a apabila membentuk kata majmuk <sapu tangan=.
Semantik adalah sebahagian daripada linguistik. Kini semantik sudah boleh diterima
sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu linguistik seperti bidang fonetik dan
3
BMM 3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
tatabahasa. 1hli-ahli bahasa meletakkan bidang semantik pada sebelah hujung, manakala
fonetik pula pada sebelah hujung yang lain, dan tatabahasa atau nahu terletak di tengah-tengah
deretan ini.
idang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna jika
tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting dalam tatabahas. Kita mungkin dapat
membina atau melafa@kan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi tidak tepat dari
segi ilmu semantik. Sebagai .ontohnya perhatikan ayat di ba)ah :
i. Pokok pisang itu berlari-lari di tepi pantai.
ii. Sampan itu tersenyum memandang !ahimi.
8alaupun ayat i dan ii menepati aturan bahasa, iaitu menurut susunan subjek dan
predikat #S A P( tetapi dari segi makna adalah tidak bertepatan."al ini kerana maknanya adalah
taksa. Tegasnya, maklumat semantik amat penting dalam linguistik.
1.* Seman&i' dan Sejarah
erdasarkan sejarah linguistik, pada mulanya istilah semantik digunakan untuk merujuk
kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Sebelum tahun $%BC, kajian
semantik telah memberi fokus kepada aspek kajian tradisional, iaitu perubahan makna. Tetapi,
selepas tahun $%BC, perubahan telah berlaku dan semantik sudah mula melihat masalah
deskriptif dan struktur dalam semantik #Ullmann, $%%:(. Tahun $%B$ merupakan detik
bersejarah dalam sejarah semantik. "al ini demikian kerana pada tahun itu telah mun.ul tulisan
Dustaf Stren yang berjudul Meaning and Change of Meaning with Special Reference to English
Language. Penerbitan tulisan ini telah menjadi titik tolak trend baharu dalam bidang semantik.
Sifat bahasa adalah sentiasa berkembang. Perkembangan bahasa merupakan sejarah
bahasa. Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sehingga kini, mungkin berubah, menyempit,
meluas atau menghilang. ;ontohnya perkataan <khal)at= yang bermaksud 3berseorangan untuk
mendekatkan diri kepada-Eya4 telah disempitkan maksudnya kepada 3berdua-duaan dalam
keadaan men.urigakan4. Perkataan <pondok= yang bermaksud 3tempat tinggal yang usang4 pula
telah dikembangkan maknanya menjadi 3tempat belajar4. 7usteru sejarah bahasa ini perlu
direkodkan dalam kamus besar bagi men.atatkan perubahan bahasa yang berlaku dalam
setiap hari bagi tujuan penggunaan bahasa dan pengkaji bahasa kelak.
4
BMM 3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Menurut Ullmann #$%%:(, kajian semantik selepas tahun $%&C tidak lagi memberi
perhatian terhadap perubahan makna dan sebab-sebabnya. Sebaliknya, kajian mula beralih
kepada aspek dalaman tentang perbendaharaan kata dan juga daripada prinsip umum kepada
kajian bahasa yang tertentu.
5
A'&i+i&i 1,
a( 1pakah maksud istilah semantik2
b( erikan dua definisi bidang semantik.
.( Selain bidang /inguistik dan Sejarah, bidang apakah yang boleh dikaitkan
dengan kepentingan semantik2 7elaskan kepentingannya.
BMM 3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
2.1 Sinopsis
5alam tajuk ini, diharap pelajar mengetahui dan mendalami fitur makna dalam ahasa
Melayu. Kajian ini menumpukan kepada aspek fitur atau .iri semantik yang merupakan
hubungan makna bagi sejumlah kata yang masing-masing mempunyai .iri-.iri tersendiri. Pelajar
juga perlu mendalami kelas makna yang timbul akibat adanya reaksi penutur atau sikap penutur
mengenai atau terhadap sesuatu yang difikirkan atau dirasakan. erkaitan dengan itu, terdapat
juga le)ah dalam makna iaitu kata, hal dan keadaan yang berlebih-lebihan digunakan oleh
penutur.
2.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda dapat:
i. Menjelaskan tentang fitur makna atau .iri semantik.
ii. Menjelaskan tentang sifat makna, kelas makna dan le)ah dalam makna.

2.3 Si-a& Ma'na
*itur atau .iri semantik merupakan hubungan makna bagi sejumlah kata yang masing-
masing mempunyai .iri-.iri tersendiri. ;iri semantik bermaksud, perkataan-perkataan
dimasukkan ke dalam golongan masing-masing menurut makna perkataan berkenaan. Sebagai
.ontohnya 0a=aba #$%:&( menggolongkan perkataan kepada jenis-jenis yang berikut :
i. Perkataan nama F Segala perkataan yang menyebut benda atau orang misalnya kakak
!urung me"a kerusi !antal dan sebagainya.
ii. Perkataan perbuatan F Segala perkataan yang menyebut perbuatanyang dikerjakan atau
keadaan yang )ujud misalnya am!il masak duduk mahu "adi dan sebagainya.
iii. Perkataan sifat #nama( F Segala perkataan yang menerangkan atau menunjukkan sifat
sesuatu nama atau perbuatan atau lainya sepertinya kecil !esar tua cantik dan
sebagainya.
iG. Perkataan sendi F Menyambungkan antara perkataan dengan perkataan, antara bahagian-
bahagian .akap atau ungkapan misalnya dengan dan oleh, sebab dan sebagainya.
6
TAJUK 2 .TU/ MAKNA !A"AM #AHASA ME"A$U
BMM 3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
G. Perkataan seruan F Perkataan yang semata-mata gunanya bagi mengeluarkan perasaan
hati semasa memanggil, terperanjat, hairan, mengejek dan sebagainya misalnya aduh
am!oi cis dan sebagainya.
1pabila melihat kritiria menggolongkan kata oleh 0a=aba, maka kita dapat memahami
baha)a beliau menggunakan .iri semantik sebagai asas bagi memasukkan perkataan ke dalam
golongan masing-masing.
*itur semantik ini dapat menjelaskan se.ara lebih mendalam tentang eleman semantik.
Kaedah ini digunakan bagi melihat kehadiran atau ketidakhadiran elemen semantik bagi satu
set kata. 1nalisis .iri semantik menggunakan tanda #A( atau #-(. Tanda #A( bermaksud baha)a
.iri tersebut hadir atau )ujud pada perkataan yang hendak dianalisis maknanya, manakala
tanda #-( pula menunjukkan baha)a kata itu tidak mempunyai .iri tersebut.
agi melihat dengan lebih jelas lagi mengenai analisis makna, lihat !ajah $.$ yang
menunjukkan baha)a terdapat pelbagai perkataan yang boleh dikaitkan dengan manusia.
1ntara perkataan tersebut ada yang berkongsi .iri yang sama yang diberikan tanda #A(.
Sebagai .ontoh, kelas kata yang merujuk kepada <suami= diberikan tanda #A( bagi orang,
de)asa, lelaki dan bapa. "al ini bermakna .iri-.iri tersebut terdapat pada perkataan suami dan
dapat digunakan bagi menjelaskan makna perkataan suami itu dari segi semantiknya.
suami is&eri 'a'a' aban) Adi'
A orang A orang A orang A orang A orang
A de)asa A de)asa A de)asa A de)asa - de)asa
A lelaki - lelaki - lelaki A lelaki A lelaki
- )anita A )anita A )anita - )anita A )anita
A bapa A ibu H H A kanak-kanak
!ajah $.$ 1nalisis *itur Semantik bagi Kata Manusia
"a&ihan
$. uat satu analisis tentang fitur semantik bagi hai)an
2.% Kelas Ma'na
7
BMM 3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
i. Ma'na emo&i-
Menurut Sipley #dalam Mansoer Pateda, 'CC$:$C$( makna emotif adalah makna yang
timbul akibat adanya reaksi pembi.ara atau sikap pembi.ara mengenai atau terhadap sesuatu
yang difikirkan atau dirasakan. 5alam kata lain, makna emotif ialah makna yang sama tetapi
berbe@a nilai rasa bahasanya. Misalnya perkataan meninggal dunia mati wafat mampus
mangkat dan ko"ol adalah makna emotif yang memba)a maksud sudah meninggal dunia.
Eamun penggunaan perkataan yang berbe@a ini boleh menimbulkan nilai yang berbe@a
terhadap orang lain. egitu juga .ontoh perkataan !odoh dalam ayat Engkau !odoh kata itu
tentunya menimbulkan perasaan tidak senang bagi pendengar.
ii. Ma'na Kono&a&i-
Makna konotatif berbe@a dengan makna emotif kerana makna konotatif .enderung
bersifat negatif, sedangkan makna emotif adalah makna yang bersifat positif #*athimah
5jajasudarma, $%%%:%(. Makna konotatif mun.ul sebagai akibat asosiasi perasaan kita terhadap
apa-apa yang diu.apkan atau didengar.
Makna konotatif ialah makna yang diperolehi berbe@a daripada makna yang tertulis atau
makna yang diujarkan. ahasa seperti ini )ujud dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya
keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Makna ini lebih mengutamakan nilai
komunikatif. Tujuannya tentulah untuk menegur, memberi nasihat, tunjuk ajar dan panduan
tetapi dalam .ara yang sopan agar tidak menyinggung perasaan pihak lain. 5alam kata lain,
makna konotatif ialah makna tersirat.

;ontohnya dalam ujaran 3Cantikn#a muka macam tu4, kata cantik bukan memba)a
maksud 3la)a4 atau 3indah4 tetapi makna yang sebaliknya. 6ang dimaksudkan oleh pengujar
dalam ayat ini ialah muka orang yang dila)an .akap itu bukanlah .antik tetapi tidak jelita atau
rupa)an. 7elasnya makna ayat ini ditentukan oleh konteks pengguna.
Selain itu, makna konotatif juga sering dikaitkan dengan peribahasa. Peribahasa
la@imnya #termasuk simpulan bahasa( mengandungi hanya satu makna )alaupun terdiri
daripada dua atau lebih perkataan. 5engan kata lain, makna ungkapan itu diambil kira daripada
keseluruhan perkataan dalam peribahasa itu. Misalnya !unga dedap kepala !atu lidah
!erca!ang dan harapkan pegar pegar makan padi.
8
BMM 3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Tegasnya makna peribahasa ialah makna yang diperolehi hasil daripada gabungan
kata-kata yang terkandung di dalamnya, maknanya tidak difahami se.ara literal tetapi se.ara
kiasan. ;ontohnya:
$. Muka tembok
'. agai langit dengan bumi
B. agai menarik rambut dalam tepung
5alam ayat #$( kiasan ini tidak memba)a makna 3mukaI)ajah seperti tembok4, tetapi
ayat ini memba)a maksud orang yang tidak tahu malu. 5ikiaskan dengan tembok kerana .iri-
.iri tembok menepati maksud yang mahu disampaikan.

Manakala pada ayat #'( kiasan itu memba)a maksud perbe@aan yang terlalu jauh
antara seseorangIsesuatu dengan dengan seseorangIsesuatu. egitulah juga dengan
perumpamaan yang ketiga.
iii Ma'na Pi'&orial
Makna piktorial menurut Shipley #dalam Mansoer Pateda, 'CC$:$''( adalah makna
yamg mun.ul akibat bayangan pendengar atau pemba.a terhadap kata yang didengar atau
diba.a.
Makna piktorikal menghadapkan manusia dengan kenyataan terhadap perasaan yang
timbul kerana pemahaman tentang makna kata yang diujarkan atau ditulis
2.( "e0ah dalam Ma'na
/e)ah dapat didefinisikan sebagai berlebih-lebihan sehingga tertambah perkara, hal,
dan sebagainya yang tidak perlu, misalnya perkataan yang digunakan dalam ayat. Kele)ahan,
atau hal dan keadaan yang berlebih-lebihan ini sering ditemukan dalam komunikasi, sama ada
komunikasi lisan ataupun komunikasi tulisan. Kele)ahan merupakan fenomena yang
memperlihatkan berlakunya penambahan ataupun pengulangan unsur yang sudah )ujud dan
pada hakikatnya tidak diperlukan lagi.
5alam bahasa Melayu, konsep kele)ahan berlaku disebabkan pelbagai keadaan seperti
pengulangan perkataan seperti semua guru-guru, segala bahan-bahan, kebanyakan buku-buku,
9
BMM 3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
dan seka)an burung-burung. entuk-bentuk ini akan menjadikan ayat yang dibina tidak
gramatis. Penggunaan imbuhan yang tidak diperlukan turut menjadikan perkataan tersebut
mempunyai unsur kele)ahan. ;ontohnya ialah memperbesarkan, memperolehi, dipersetujui,
dan diperhalusi. 6ang betul ialah memperbesar, memperoleh, disetujui, dan dihalusi.
Pengulangan kata sendi nama se.ara berturutan juga merupakan kele)ahan seperti
3selain daripada itu4 dan 3demi untuk4. Kebanyakan pengguna bahasa, khususnya para guru
dan pelajar sering didedahkan berkenaan hal ini. Kele)ahan telah diberikan penilaian yang
negatif, iaitu sebagai bentuk yang salah atau tidak gramatis berdasarkan aturan tatabahasa
pegangan.
Tanpa menafikan hakikat baha)a bahasa sepatutnya diujarkan atau ditulis dengan
paling baik, sempurna, dan tanpa sebarang kesilapan, seharusnya kita turut menyedari baha)a
bahasa merupakan alat utama untuk berkomunikasi dan penekanan, pengulangan, mahupun
penegasan dalam keadaan-keadaan tertentu akan menguatkan mesej yang hendak
disampaikan. Kele)ahan adakalanya memperlihatkan falsafah yang dimanifestasikan melalui
akal, aspirasi, nilai, dan adat yang didukung oleh masyarakat Melayu.
7ika frasa 3hadiah per.uma4 dianggap tidak gramatis kerana hadiah sememangnya
bersifat per.uma, bagaimanakah pula dengan 3hari Sabtu42 ukankah Sabtu itu merupakan
salah satu hari2 8ajarkah perkataan 3hari4 ditulis2
10
"a&ihan ,
a( Kenal pasti perkataan yang mengandungi unsur le)ah tetapi kerap digunakan
dalam komunikasi sehari-hari. Senaraikan perkataan tersebut.
BMM 3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
3.1 Sinopsis
Topik ini akan menerangkan tentang makna leksikal dalam bahasa Melayu. Makna leksikal
bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada
hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat. Selain itu, diterangkan juga mengenai
sinonim, antonim, hiponim, homonim dan polisem. Perlu diingat, sesuatu perkataan yang
digunakan mestilah bersesuaian serta selaras dengan sesuatu situasi atau keadaan. Perkaitan
tersebut la@imnya mempunyai hubungan dengan budaya sesuatu kaum.
3.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda dapat:
i. Menjelaskan makna leksikal dalam bahasa Melayu
ii. Menjelaskan jenis-jenis sinonim dan antonim
iii. Membe@akan antara sinonim dan antonim
iG. Menjelaskan maksud homograf, homofon dan polisem
3.3 Ma'na "e'si'al !alam #ahasa Mela1u
Makna leksikal adalah makna unsur-unsur bahasa #leksem( sebagai lambang benda, peristi)a,
objek, dan lain-lain. 5alam kata lain makna leksikal adalah perkataan yang diterbitkan
daripada istilah leksikon yang bermaksud kosa kata atau perbendaharaan kata. Unit
leksikon ialah l eksem i ai t u bent uk bahasa yang ber makna # , br ahi m 1hmad,
$%%+( . Makna l eksi kal bermaksud makna yang bersifat leksikon, makna yang
sesuai dengan referennya, makna yang sesuai dengan pemer hat i an al at i nder a
at au makna yang nyat a # 1dr i enne /ehr er , $%%'(.
Makna leksikal biasanya dikaitkan dengan kata sedangkan kosa kata tidak
hanya terdiri daripada kata sahaja, tetapi juga terdiri daripada beberapa kata. ;ontohnya,
<kambing hitam=. Makna kambi ng hi t am bukan mer upakan gabungan makna
kambi ng dan makna hitam, tetapi memiliki makna yang tersendiri iaitu <orang yang
dipersalahkan=. ?leh itu, makna tidak dapat ditelusuri dari makna setiap kata
pembentuknya, maka perkataan <kambing hitam= dikatakan mempunyai makna
idiomatis ataupun lebih dikenal i sebagai makna gramatikal #Kushartanti et.al., 'CC&(.
11
TAJUK 3 MAKNA "EKSKA" !A"AM #AHASA ME"A$U
BMM 3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
3.3 Sinonim
Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai makna
yang sama atau hampir sama. Misalnya kata <kuat= mempunyai makna yang hampir sama
dengan tegap teguh !ertenaga tidak mudah ro!oh dan sebagainya. Semua .ontoh perkataan
ini merupakan kata-kata yang bersinonim.
Se.ara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti, misalnya perkataan
$kereta% dan $motokar% $se"uk% dan $dingin% $suka% dan $gemar% $ganggu% dan $kacau% $lupus% dan
$luput% $loncat% dan $lompat% dan sebagainya.
Kata-kata yang bersinonim itu bukanlah mempunyai kesamaan makna seratus peratus.
Perbe@aan makna ini dapat dilihat daripada pelbagai konteks.
$. Konteks yang tidak boleh ditukar ganti F Perkataan perempuan dan wanita )alaupun
bersinonim tetapi ungkapan &ersatuan 'anita tidak dapat ditukar menjadi &ersatuan
&erempuan.
2. Konteks yang formal dan tidak formal F Kata ganti nama diri orang pertama sa#a
digunakan dalam suasana formal sebaliknya kata aku digunakan dalam situasi tidak formal.
B. Konteks susun lapis masyarakat F Kata ganti nama diri !eta digunakan oleh raja dan
kerabat tetapi bagi rakyat biasa kata ganti nama diri yang digunakan untuk berhubung dengan
golongan dieaja ialah patik.
+. Konteks perbe@aan penggunaan F Kata mati digunakan dalam konteks biasa menakala
kata meninggal dunia digunakan dalam konteks yang lebih sopan.
Perlu diingat baha)a tidak semua kata dalam bahasa Melayu mempunyai sinonim
misalnya kata padi dan !atu. Eamun, ada kata yang bersinonim pada bentuk kata dasar, tetapi
tidak bersinonim pada bentuk kata terbitan. Misalnya kata !enar bersinonim dengan sungguh
tetapi ke!enaran tidak bersinonim dengan kata kesungguhan.
Terdapat juga kata yang tidak mempunyai sinonim pada bentuk dasar tetapi memiliki
sinonim pada bentuk terbitan. Misalnya kata tinggi tidak sinonim dengan kata tingkat tetapi kata
meninggikan taraf kehidupan bersinonim dengan kata meningkatkan taraf kehidupan. 1da juga
kata yang menurut makna asalnya tidak bersinonim tetapi mempunyai sinonim apabila
digunakan sebagai kiasan. Misalnya kata putih tidak bersinonim dengan kata baik dalam
12
BMM 3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
pengertian sebenar tetapi bersinonim apabila kata putih digunakan sebagai kiasan seperti
dalam ungkapan watak putih sama dengan watak !aik.
Sememangnya dalam kehidupan seharian, kita biasa bersua dengan penggunaan
sinonim di sekeliling kita. Sebagai .ontoh, di ka)asan @oo kita akan melihat papan tanda yang
tertulis <Tolong "angan usik kacau atau ganggu !inatang(!inatang di kawasan ini=. 5i
perpustakaan pula, terdapat kata-kata yang berbunyi <)ilarang mem!uat !ising !ercakap dan
!er!ual(!ual=. Perkataan-perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama. 8alau
bagaimanapun tidak terdapat perkataan yang bersinonim atau mempunyai makna yang benar-
benar sama se.ara tepat.
5alam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, sinonim konteks,
laras sosial, dan kolokasi.
3.3.1 Sinonim Pinjaman
<elalang= bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. 8alau bagaimanapun,
dalam dialek Perak, <belalang= bermakna <.ak.ibau=.
5alam dialek Kedah, <batas= ialah <jalan raya=, yang maksud konGensionalnya ialah
<timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sa)ah=.
3.3.2 Sinonim Kon&e's
Perkataan <jemput= dan <undang= banyak digunakan dalam konteks protokol.
Sebenarnya, <jemput= digunakan dalam konteks lisan, manakala <undang= dalam konteks tulisan.
,ni bermakna konteks me)ujudkan perkataan yang sama makna.
3.3.3 Sinonim "aras Sosial
Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya
$pen#an#i% ialah orang yang $!ern#an#i%, manakala $!iduan% bermaksud $status% yang tinggi dalam
profesionalisme seni.
3.3.% Sinonim Kolo'asi
13
BMM 3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
Sinonim jenis ini )ujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. ;ontohnya
perkataan <banyak= dan <ramai= mempunyai makna yang sama. ;ontoh ayat, 3anyak kilang
kekurangan tenaga pekerja mahir4 dan 3!amai pelajar yang gembira setelah memperoleh
pen.apaian baik dalam peperiksaan tersebut.4
3Perkataan <banyak= boleh digunakan sama ada bagi <manusia=, <tumbuh-tumbuhan=,
<hai)an= dan <benda= tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata
sifat. 7ika anda menyebut 3anyak pelajar yang gembira setelah memperoleh pen.apaian baik
dalam peperiksaan tersebut4 akan menunjukkan makna yang salah. 1lasannnya, ramai #untuk
manusia sahaja( hanya bermakna jika ada kata sifat #gembira( dalam ayat tersebut.
3.% An&onim
1ntonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna
yang tidak sama. Se.ara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berla)anan, misalnya
sejuk la)annya panas, baik la)annya jahat, .antik la)annya hodoh, tinggi la)annya rendah,
miskin la)annya kaya dan sebagainya. Eamun demikian, tidak semua perkataan mempunyai
pertentangan makna satu la)an satu seperti .ontoh tersebut. ?leh itu kata nafi <tidak= kadang
kala digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan <lena=
la)annya <tidak lena=.
Terdapat beberapa jenis antonim seperti:
#a( 1ntonim pasangan komplemen
#b( 1ntonim hubungan darjah
#.( 1ntonim hubungan bertentangan
3.%.1 An&onim pasan)an 'omplemen
1ntonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berla)anan yang saling
melengkapi antara satu sama lain. ;ontohnya, perkataan tidur-jaga, hidup-mati, duduk-bangun,
tajam-tumpul, kembang-kun.up, sihat-sakit, gembira-sedih dan sebagainya.
Selain itu, perkataan F perkataan seperti tidak hidup-mati, dan tidak mati-hidup, tidak
tidur-jaga dan tidak jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk dalam antonim jenis ini.
14
BMM 3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
3.%.2 An&onim hubun)an darjah
7enis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan darjah seperti
perkataan besar-ke.il, tebal-nipis, tinggi-rendah, panjang-pendek, kurus-gemuk dan
sebagainya. Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kata ini mempunyai hubungan
rujukan dengan benda yang dimaksudkan. Sebagai .ontoh, sebatang kayu itu dikatakan bersai@
panjang dengan merujuk kepada kayu itu se.ara spesifik berbanding dengan kayu yang sama
jenis.
Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah se.ara mutlak. Sebagai
.ontoh, perkataan <ke.il= pada <kerbau ke.il= sebenarnya ,menunjukkan darjah dan makna yang
tidak sama pada perkataan <tikus ke.il=. 5emikian juga perkataan <laju= bagi merujuk kepada
kereta lumba tentulah tidak sama darjahnya jika merujuk kepada kereta biasa.
3.%.3 An&onim hubun)an ber&en&an)an
7enis pasangan kata antonim yang ketiga dinamakan hubungan bertentangan. 5alam
hal ini, kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya memba)a makna yang setara,
misalnya beri-terima, jual-beli, murid-guru, majikan-pekerja dan sebagainya. ;ontohnya guru
mengajar, murid terima pengajaran.
3.( Hiponim
"iponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai
.ontoh, nuri, kakak tua, helang, puyuh, dan raja)ali ialah hiponim kepada burung. Misalnya
gincu ialah hiponim terhadap alat solek. erdasarkan .ontoh, gincu sememangnya alat solek
tetapi alat solek boleh merangkumi benda lain seperti bedak, pe)arna pipi, .elak, pelembab
dan sebagainya. 5apatlah dikatakan alat solek mempunyai makna umum, manakala benda-
benda yang lain itu merupakan makna khusus.
?leh itu, kata gincu berhiponim dengan kata alat solek tetapi kata alat solek tidak
berhiponim dengan kata gincu.
Se.ara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan
kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum
yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus.
15
BMM 3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
3.* Homonim
"omonim merujuk kepada hubungan antara homonim iaitu dua kata atau lebih yang
mempunyai sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna. Perkataan yang
mempunyai sebutan yang sama, tetapi berbe@a makna seperti yang disebutkan tadi dikatakan
mempunyai hubungan homonim. Sebagai .ontoh, perkataan <kepala= yang memba)a maksud
<ketua= tidak sama maknanya dengan <kepala kereta api. <kepala manusia= dan <kepala surat=.
Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan kekeliruan jika
tidak berlatarbelakangkan konteks tertentu. "al ini demikian kerana homonim mempunyai
sebutan dan bentuk ejaan yang sama, tetapi berbe@a dari segi makna.
3.*.1 Homo)ra-
Perkataan homograf sama ejaannya tetapi mungkin berlainan sebutannya. Misalnya
semak <mengkaji= dengan <semak= <hutan ke.il=.
3.*.2 Homo-on
Perkataan homofon mempunyai sebutan yang sama. Jjaannya perlu dapat
membe@akan istilah yang berlainan. Misalnya sebutan !ang dan !ank.
3.2 Polisem
Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada
se.ara konseptual atau sedarjah. 5engan kata lain, polisem ialah hubungan kata atau frasa
yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama.
Sebagai .ontoh, kata bantu <tentang= boleh bermaksud berkaitan sesuatu perkara. 1da
masanya perkataan <tentang= boleh memba)a maksud <la)an=, seperti dalam ayat 3Keputusan
itu kami tentang4. ;ontoh lain ialah perkataan <bisa= yang memba)a maksud sakit sangat dan
boleh. 5alam perbualan di ,ndonesia, se.ara normalnya <bisa= digunakan untuk menggantikan
perkataan <boleh=. erdasarkan .ontoh-.ontoh tersebut, <tentang= dan <bisa= berGariasi
maknanya, tetapi ke)ujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan.
"a&ihan
#a( "uraikan jenis-jenis sinonim beserta dengan .ontohnya.
16
BMM 3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
#b( erdasarkan .ontoh, terangkan perbe@aan antara hiponim dan polisem
17

Anda mungkin juga menyukai