Anda di halaman 1dari 18

HBML3103 0

PENGAJARAN KOMSAS DALAM


BAHASA MELAYU

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI / 2016

HBML 3103
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

NAMA

NOR ANITA BINTI ISMAIL

NO. MATRIKULASI
NO. KAD PENGENALAN

:
:

741118035822001
741118035822

NO. TELEFON

013-9343306

E-MEL

dannisha_04@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

MENTAKAB LEARNING CENTRE

HBML3103 1
PENGAJARAN KOMSAS DALAM
BAHASA MELAYU

ISI KANDUNGAN
NO

PERKARA

1.0 Pengenalan
1.1 Definisi bahasa dan Sastera
Konsep pengajaran menggunakan menggunakan bahan-bahan
2.0
kesusasteraan
3.0
3.1
3.2
3.3
3.4
4.0
5.0
5.1
5.2
5.3
5.4
6.0

Bentuk bahan-bahan pengajaran yang sesuai dalam kesusasteraan


melayu
Bahan Novel
Bahan cerpen
Bahan puisi
Bahan Drama
Rasional pemilihan bahan sastera dalam pengajaran Kesusasteraan
Melayu
Aktviti pengajaran yang dipilih adalah amat sesuai dan dihuraikan
kreatif dan dihuraikan secara kreatif dan berkesan
Pengenalan
Pendekatan
Langkah-langkah
Tugasan tambahan
Kesimpulan
Bibliografi

MUKA
SURAT
2
2-3
4
4-5
6
67
8
8-9
10
11
11
12
12 13
14
14
15 17

HBML3103 2
PENGAJARAN KOMSAS DALAM
BAHASA MELAYU
1.0

PENGENALAN
Kesusasteraan adalah salah satu bidang penting dalam kehidupan. Kesusasteraan

Melayu adalah peninggalan nenek moyang kita yang amat berharga dan merupakan lambang
sejarah budaya serta kesenian bahasa dan bangsa Melayu. Pengajaran Kesusasteraan Melayu
sebagai satu komponen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu mula diajar di sekolah rendah
dan juga di sekolah menengah. Matlamat Kesusasteraan Melayu diajar di sekolah untuk
melengkapkan murid-murid dengan ilmu sastera agar dapat menghayati, menghargai,
mencintai dan membanggakan bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan
kerjaya, ke arah pemantapan cita rasa sastera dalam kalangan masyarakat.
1.1

Definisi bahasa dan Sastera


Hashim Awang (1985) memperincikan sastera sebagai hasil ciptaan seni yang

disampaikan melalui bahasa. Hasil sastera disebarkan melalui bahasa manakala bahasa
mampu memancarkan keindahan yang terkandung dalam karya sastera. Wahana bahasa
menjadikan karya sastera dapat difahami segala isi dan tujuan yang mahu dilakarkan oleh
pengarang. Karya sastera membicarakan apa yang berlaku dan terlibat pada sesuatu
masyarakat sambil mengemukakan sikap, nilai dan pandangan tertentu. Bagi Ali Ahmad
(1994) karya sastera terkandung di dalamnya nilai-nilai estetika atau keindahan manakala
bahasa sastera lahir bersama-sama pembinaan rasa, cita-cita, imaginasi kehidupan, dan
fikiran. Selain itu karya sastera tidak dapat lari dari membawa bersamanya unsur nilai yang
ada perkaitan dengan keagamaan, kebudayaan, dan kemasyarakatan.
Terdapat tiga aspek utama, iaitu bahan, kesusasteraan dan pengajaran kesusasteraan.
Apabila tiga aspek ini jelas, maka perbincangan kertas kerja ini akan tepat pada sasarannya.
i.

Bahan Pengajaran
Bahan membawa pengertian yang luas. Dalam bilik darjah ia bermaksud guru atau

pengajar. Bahan pegajaran pula boleh bermaksud buku teks, buku rujuka atau bahan-bahan
yag disebut dalam sukatan pelajaran yang boleh membantu guru dalam pengajaran. Bahanbahan tersebut boleh juga merujuk kepada bahan-bahan yang bukan bertulis yang membantu
guru secara langsung atau tidak langsung, seperti papan putih, slaid, OHP, Komputer, LCD
dan seumpamanya.

HBML3103 3
PENGAJARAN KOMSAS DALAM
BAHASA MELAYU
Bahan pengajaran yang dimaksudkan di sini ialah bahan sastera yang digunakan
untuk dijadikan bahan pengajaran sastera di sekolah.

ii.

Kesusasteraan
Kesusasteraan ialah seni pengucapan lewat bentuk dan kata-kata ( A.Wahab Ali,

1992: 5). Sebagai hasil seni, kesusasteraan tetap mempunyai fungsi, sama ada fungsi sosial
mahupun fungsi seninya. Fungsi sosialnya berbagai-bagai, sebagai wahana sosial: mendidik,
mengkritik, propaganda, moral, pemikiran dan sebagaiya. Fungsi seninya pula, antara lain
sebagai alat pengucapan si sasterawan dan sebagai alat penghibur.

Justeru, dalam

pendidikan, kesusasteraan mempunyai dua keperluan utama: pertama, keperluan mengukuh


dan menyuburkan rasa kemanusiaan; kedua, keperluan menilai hasil seni. Keperluan pertama
merupakan kegiatan yang mengarah kepada pemahaman isi atau makna sastera; keperluan
kedua kea rah konsep seni sebagai satu bentuk ( Mohammad Kassim Ismail, 1992: 2). Tidak
akan menjadi karya seni, sesebuah karya sastera itu, melainkan karya itu mesti bernilai
estetik.
iii.

Pengajaran
Pengajaran dalam institusi formal merupakan usaha menanam ilmu (pelajaran).

Orang yang cukup mendapat pelajaran di sebut orang terpelajar. Orang terpelajar, orang yang
terlatih berfikir. Pengajaran memerlukan bahan dan latihan. Pengajaran yang mengandungi
latihan memerlukan aktiviti dan cara berfikir yang teratur dan kreatif. Sasaran pengajaran
ialah fikir manakala unsur pengajaran pula menjadi bahan pengetahuan. Orang terpelajar
dilihat dari ilmu dan buah fikirannya. Oleh hal yang demikian fungsi pengajaran adalah
membentuk cendikiawan.
iv.

Pengajaran Kesusasteraan
Pengajaran kesusasteraan adalah segala yag berkaitan dengan proses mengajar

pelajar sekolah bagi menimbulkan kefahaman dan minat yang berkekalan terhadap
penikmatan dan penciptaa seni sastera. Dalam proses mengajar itu terselit usaha-usaha
menerapkan nilai-nilai murni yang terkandung dalam karya sastera sesuai dengan keperluan
membangun manusia menurut acuan yang diperlukan sesebuah masyarakat yang melahirkan
sastera itu.
3

HBML3103 4
PENGAJARAN KOMSAS DALAM
BAHASA MELAYU
2.0

KONSEP

PENGAJARAN

MENGGUNAKAN

BAHAN-BAHAN

KESUSASTERAAN .
Ilmu sastera pada abad ke-21 merupakan satu bentuk ilmu yang penting dan relevan
pada zaman ini. Kemajuan sesebuah negara tidak hanya berasaskan ukuran pembangunan
jasmaniah, sains, dan teknologi tetapi perlu mengambil kira aspek-aspek kemanusiaan dan
kerohanian. Kesusasteraan mempunyai perkaitan dengan cabang ilmu lain seperti agama,
falsafah, budaya, politik, perubatan, undang-undang, dan sebagainya. Teks sastera penuh
dimensi dan ia memberi banyak ruang untuk diteroka oleh pelajar. Selain itu ilmu
kesusasteraan merupakan disiplin ilmu yang berkait rapat dengan aspek emosi dan nilai hidup
manusia. Sastera bukan sekadar memberi maklumat tentang keintelektualan tetapi
melengkapkannya dengan dunia emosi dan nilai kepada manusia. Kehadiran aspek nilai
menjadi penting dalam pemupukan dan pembentukan kualiti insan.
Unsur sastera dalam pendidikan berfungsi untuk memperluaskan pemikiran individu kerana
genre sastera yang bermutu tinggi mempunyai makna yang tersirat yang perlu diperhalusi
oleh pembaca. Bahan bacaan sastera boleh menanam sikap suka membaca di kalangan pelajar
dan membudayakan tabiat membaca dalam masyarakat.

3.0

BENTUK

BAHAN-BAHAN

PENGAJARAN

YANG

SESUAI

DALAM

KESUSASTERAAN MELAYU
Guru seharusnya menggunakan pelbagai teknik untuk memotivasi pelajar semasa
pengajaran dan pembelajaran. Penerapan model pembelajaran Role Playing digunakan oleh
Sadali dalam menjalankan kajian tindakan untuk meninjau pengaruh model ini ke atas 30
orang pelajar dengan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Dapatan kajian ini menunjukkan
bahawa :
(a) Terdapat peningkatan kemampuan guru dalam mencapai objektif pembelajaran,
memotivasikan pelajar dan membimbing perbincangan.
(b) Pelajar lebih berani menyatakan pendapat
(c) Terdapatnya kesedaran hubungan antara peranan yang dimainkan dengan masalah
kehidupan masyarakat yang sebenar.
(d) Memudahkan pelajar mengingat kembali tentang konsep, fakta dan teori. Model Main
4

HBML3103 5
PENGAJARAN KOMSAS DALAM
BAHASA MELAYU
Peranan dicadangkan sebagai salah satu alternatif untuk mengatasi masalah kualiti proses
dan hasil pembelajaran.
Patricia & Barbara (1993) mengkaji perspektif guru dalam pengajaran sastera.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa:
(a) Guru perlu faham dan menilai kepentingan pelajar terhadap pendedahan bentuk karya
sastera.
(b) Guru sentiasa meminta pelajar faham kriteria spesifik dan teknik-teknik untuk
menganalisis sastera
(c) Guru mengutamakan penghayatan estetika karya sastera
(d) Guru mengutamakan penglibatan pelajar dalam aktiviti penulisan kreatif
(e) Guru membantu pelajar membentuk kemahiran pembelajaran kolaboratif
(f) Guru perlu memilih bahan bacaan sastera yang diminati oleh pelajar. Ini bemakna dari
sudut guru, pelajar perlu menguasai kemahiran menganalisis, kemahiran penghayatan,
kemahiran pembelajaran kolaboratif, dan kemahiran membaca genre sastera.
Bentuk-bentuk bahan pengajaran sastera yang sesuai digunakan oleh guru yang
mengajarkan Kesusasteraan Melayu, ialah novel, cerpen, puisi moden, cerita klasik, puisi
tradisional dan sebagainya.

Bahan pengajaran yang dipilih haruslah dapat mendorong

perkembangan pelajar supaya aktif sesuai dengan kehendak, dapat mengembangkan minat
serta menepati kurikulum dan mengikut model yang ditetapkan oleh pihak tertentu.
Pemilihan bahan perlu dilakukan dengan mempertimbangkan beberapa perkara secara
menyeluruh yang perlu dilihat dari tiga aspek, iaitu:
A) Pandangan guru Kesusasteraan Melayu.
B) Kemampuan pelajar, yang bergantung pada umur, tingkat kesedaran, pengalaman,
pencapaian bahasa, jantina dan sebagainya.
C) Selain menyeronokkan, adakah karya sastera itu sesuai untuk mengajarkan
Kesusasteraan Melayu?

HBML3103 6
PENGAJARAN KOMSAS DALAM
BAHASA MELAYU
3.1

Bahan Novel
Bentuk bahan yang paling sesuai dan amat bermanfaat. dalam mengajarkan

Kesusasteraan Melayu ialah novel.

Novel boleh menarik minat pelajar untuk menilai

masyarakat secara langsung atau tidak langsung.

Lutfi Abas (1987: 1) menggariskan

beberapa kebaikan yang diperoleh melalui penggunaan bahan sastera dalam pengajaran.
Antaranya:
a) Bahan sastera seperti novel dapat memberikan keseronokan kepada pelajar. Hal ini
demikian kerana novel ialah karya yang indah dan mempunyai huraian tentang halhal yang aneh dan ajaib yang telah disusun dalam keselarasan yang jitu dan
sekaligus memberi hiburan kepada pelajar.
b) Novel juga boleh digunakan untuk mengajarkan Kesusasteraan Melayu mengikut
peringkat yag sesuai dengan umur, minat, tahap pemikiran dan peringkat
kesukaran pelajaran. Mengikut Prof. Madya Dr. Ramli Isin (1992: 8) kesesuaian
sesebuah novel itu untuk dijadikan bahan pengajaran kesusasteraan bergantung
kepada bahawa novel-novel itu benar-benar mempunyai unsur-unsur kemanusiaan
dan nilai akhlak yang tinggi dan boleh membentuk sahsiah atau keperibadian
manusia untuk menjadi insan yang mulia dan bercita-cita tinggi dalam membina
serta memajukan bangsa dan negara dengan berlandaskan kebenaran dan kejujuran
sejati. Hal ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kesusasteraan Melayu yag
ternukil dalam Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu yang berbunyi :
Pendidikan Kesusasteraan Melayu di Malaysia bertujuan
untuk menjana minda, rohani dan emosi, mengukuhkan
jati diri, menyuburkan budaya bangsa, dan memupuk sikap
ke arah pembinaan insan bestari.
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003: ix)
3.2

Bahan Cerpen
Cerpen ialah bentuk cereka naratif yag pendek dan padat tetapi mampu

mengungkapkan persoalan dan keindahan. Ini dapat dilakukan dengan berkesan melalui dua
daya kuasa utama, iaitu penghematan dan saranan. Kedua-dua ini menjadi penyebab yang
6

HBML3103 7
PENGAJARAN KOMSAS DALAM
BAHASA MELAYU
paling penting untuk menjadikan cerpen sebagai salah satu sumber maklumat yang kaya
(Hashim Awang, 1992: 1).
Dari penegasan konsep cerpen di atas, kita dapat melihat ciri-ciri keistimewaan yang
membolehkannya menjadi bahan pengajaran yag baik.

Satu daripadanya ialah cerpen

merupakan hasil seni yag terucap dalam bentuk paling ringkas dan padat. Pada cerpen
terdapat unsur-unsur pengawalan dan pengkhususan yang amat ketara.

Cerpen, dengan

demikian amat peka dalam melaksanakan pemilihan dan pengawalan terhadap bahan serta
pengolahannya sehingga pembentukannya menjadi begitu seni dan indah.
Dari ciri keistimewaan yang pertama tadi, cerpen dapat memberikan manfaat yang
bukan sedikit kepada para pelajar. Mereka dapat melihat cara cerpen mengawal pemilihan
dan pengisahan unsur-unsur dalamannya: watak, plot, latar dan tema. Tiap satunya pasti
dikawal supaya berkaitan dan berfungsi bukan sahaja untuk melahirkan cerita, tetapi juga
keindahan dan maknanya. Hal ini secara tidak langsung dapat memberi kesan mewujudkan
sifat pengawalan (disiplin) dan pemilihan pada diri pelajar.
Cerpen tidak diizikan untuk ditulis dalam jumlah perkataan yang tanpa batas seperti
yang dilakukan oleh bentuk novel (Hashim Awang, 1992: 3).

Tiap perkataan harus

berperanan untuk memperjelaskan dan menghidupkan gambaran, supaya jumlah kata-kata


yang dipakai menjadi berpadanan dengan keseluruhan jalan cerita dan persoalan yang
terungkap. Tiada satu pun kata-kata yang dapat terbuang sehingga berlakunya pembaziran
atau pemborosan.
Di sini, cerpen dapat menunjukkan kepada para pelajar tentang kepentingan dan
keberkesanan dalam segi penghematan atau penjimatan. Cerpen mengajarkan cara memilih
perkataan yang betul dan padat utuk menjelaskan sesuatu dengan tepat dan berkesan.
Dari ciri ialah seterusnya cerpen dikatakan boleh dengan berkesan memandu pelajar
ke arah mewujudkan sifat prihatin terhadap kata-kata yang diucapkan dalam percakapan atau
yang digunakan dalam penulisan.

HBML3103 8
PENGAJARAN KOMSAS DALAM
BAHASA MELAYU
3.3

Bahan Puisi
Sehubungan dengan bahan ini, sering ditegaskan, bahawa bahan puisi yang baik dan

tepat adalah menjadi sebahagian daripada faktor keberhasilan tujuan pendidikan dan
pengajarannya ( Sumardi dll., 1985: 20). Penegasan demikian bererti, betapa pentingnya
ketelitian, kecekapan serta keahlian dikuasai oleh para guru dalam proses pemilihan bahan.
Penggunaan bahan puisi sebagai bahan pengajaran Kesusasteraan Melayu telah terbukti dapat
membentuk perubahan dalam diri pelajar. Melalui pembacaan karya puisi pelajar dapat
menikmati serta menghayati kesusasteraan Melayu struktur bahasa yang indah. Selain itu,
puisi dapat memupuk rasa cinta pelajar kepada tanah air. Untuk mencapai matlamat
pemupukan nilai-nilai kewarganegaraan, bahan pengajaran puisi dapat membina kemuliaan
sikap hendaklah diutamakan (Kamaruddin Hj.Husin dan Siti Hajar Ab.Aziz, 1999: 106).
Sebagai hasil budaya dan masyarakat yang bertaraf tinggi, puisi dapat digunakan
sebagai bahan pengajaran bagi mendidik jiwa masyarakat, khususnya pelajar-pelajar dengan
nilai seni sastera dan nilai budi masyarakatnya. Sastera khususnya puisi, dapat memainkan
peranan secara tidak langsung menanam nilai-nilai akhlak murni dalam memanusiakan
seseorang pelajar, ia dapat mengimbangi diri di dalam menghadapi pengaruh kebendaan di
dalam kehidupan yang makin mencabar (Shafie Abu Bakar, 1992: 16).

3.4

Bahan Drama
Apa yang menjadi hasrat kita ialah drama yang dikatakan hasil kreatif itu dapat

melahirkan pelajar yang kreatif juga pelajar yang hidup pada zaman ini secara kreatif dapat
menguasai zamannya, mengiktibar masa lampau dan mengenal masa hadapannya ( Mana
Sikana, 1992: 7 ). Genre ini mempunyai keunikan ciri-ciri yang boleh menjadikannya bahan
pengajaran yang baik serta mampu menanam kesedaran dalam kalangan pelajar terhadap
unsur dan nilai kemanusiaan selaras dengan kehendak pendidikan Kesusasteraan Melayu.
Dalam masa beberapa tahun belakangan ini, semakin jelas bahawa drama dapat
membantu guru mewujudkan pengajaran bahasa dan sastera

yang menarik dan

menggembirakan. Melalui drama, guru dapat membantu pelajar-pelajar menggunakan


kemahiran bahasa dan mengajar mereka tentang bahasa dan kesusasteraan sebagai sesuatu
yang hidup.
8

HBML3103 9
PENGAJARAN KOMSAS DALAM
BAHASA MELAYU
Drama dapat membina nilai-nilai utama dalam kehidupan, membentuk suatu budaya
untuk menciptakan sesuatu yang baru. Inilah sebenarnya teras, falsafah dan nilai pendidikan
drama. Di sinilah letaknya peranan drama dalam alam pendidikan kita, di mana kita dapat
menggunakannya untuk pendidikan kesenian, kebajikan dan hidup bekerjasama dalam
masyarakat. Ia dapat menyokong penggunaan berbagai-bagai kepandaian dan kemahiran
seperti bahasa, kesusasteraan, bercakap dengan irama, menghafal, menghilangkan tabiat
malu, pelajaran gerak-irama, menyanyi, menyesuaikan kata dengan fikiran, rasa dan tenaga
dan berbudi bahasa ( Azman Wan Chik, 1981: 88 ).

Rahmah Bujang (1980) telah meyenaraikan tujuan pengajaran drama di bilik darjah
adalah antara lainnya seperti berikut:
a. Melatih dan membekalkan murid ke arah mempercayai kebolehan/bakat diri
sendiri (berdikari).
b. Melatih dan membekalkan murid ke arah pembentukan pemikiran yang lebih aktif
dan kreatif.
c. Membina kesedaran murid bahawa mata pelajaran yang diajar di sekolah itu
adalah saling berkait satu sama lain.
d. Membantu menambahkan lagi daya pemikiran murid-murid yang lemah dan
mempermajukan lagi daya pemikiran murid yang cergas.
e. Melatih murid mengamati penggunaan segala pancaindera mereka dengan baik.
Potensi drama sebagai bahan pengajaran Kesusasteraan Melayu adalah amat besar.
Melalui drama dapat disalurkan aspek-aspek budaya yang lain dan ia lebih senang diterima
oleh masyarakat kerana ia menyentuhi keperluan asas mereka tanpa memerlukan sebarang
kebolehan yang kompleks. Justeru saluran ini haruslah dipergunakan dengan sebaik-baiknya,
iaitu melalui sistem pengajaran dan pembelajaran.

HBML3103 10
PENGAJARAN KOMSAS DALAM
BAHASA MELAYU
4.0

RASIONAL PEMILIHAN BAHAN SASTERA DALAM PENGAJARAN


KESUSASTERAAN MELAYU
Kenikmatan yang tinggi dan murni adalah kenikmatan yang dicapai melalui

pemahaman yang mantap terhadap kesusasteraan. Oleh kerana pemahaman diperlukan, maka
kesusasteraan harus dipelajari. Demikian maka kesusasteraan menjadi satu bahan pengajaran
yang penting. Rasional pemilihan bahan sastera dalam pengajaran dapat memberi beberapa
kebaikan kepada pengembangan ilmu para pelajar antaranya:
a. Bahan sastera boleh memberi inspirasi. Hal ini demikian, kerana bahan tersebut
boleh memupuk dan membina prihatin manusia kerana ia menyatakan perasaan dan
membawa pembaca kepada emosi yang mendalam tentang watak dalam sesebuah
karya.
b. Bahan sastera dapat melahirkan insan yang liberal kerana dengan mempunyai potensi
mendidik, bahan sastera dapat menolong pembaca memahami kehidupan. Menurut
ahli psikologi Bruno Bettelhem, karya sastera boleh membantu kanak-kanak dalam
pembinaan sahsiah (Borhan Md.Zain, 1992: 2).
c. Bahan sastera juga merancang pembaca meningkatkan kebolehan empatik dan kreatif.
d. Bahan

sastera boleh membina perkembangan bahasa.

Terdapat interaksi yang

berterusan antara pembaca dengan bahasa tulisan dan lisan.


e. Bahan sastera seperti seni yang lain, memaparkan kehidupan, mententeramkan keadaa
huru-hara, menerangkan yang gelap dan mencadangkan alteratif untuk mengatasi
masalah.
f. Bahan sastera mampu menyerlahkan fungsionalnya sebagai mewakili tamadun bangsa
sejajar dengan warga dunia yang lain. Khazanah sastera yang tersimpan dalam
dokumentasi yang membanggakan bangsa Melayu adalah bukti yang tidak boleh
dinafikan.

10

HBML3103 11
PENGAJARAN KOMSAS DALAM
BAHASA MELAYU
5.0

AKTIVITI PENGAJARAN YANG DIPILIH ADALAH AMAT SESUAI DAN


DIHURAIKAN SECARA KREATIF DAN BERKESAN
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kejayaan mengajar cerpen bukan sahaja

terletak kepada alat bantuan mengajar dan murid sahaja malah melibatkan faktor guru itu
sendiri. Kejayaan dan kegagalan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran itu bergantung
juga kepada guru yang menyampaikan pelajaran itu. Guru bukan sahaja perlu memiliki
pengetahuan yang cukup malah guru juga harus memiliki pengetahuan psikologi, sosiologi
dan pedagogi.
Tajuk : Cerpen
Perkara: Mengkaji Cerpen Cerpen Mariah oleh Sharif Putera.
Tingkatan: 5 Arif
Masa: 40 minit
5.1

Pengenalan
Penulisan ini bertujuan untuk memperdekatkan lagi para pelajar dengan hasil-hasil

penulisan karya Sastera Melayu yang berbentuk cerpen. Dengan pelajaran ini diharapkan
pelajar-pelajar akan dapat ditanamkan dengan semangat suka membaca, terutama cerpen.
Dalam pelajaran ini para pelajar adalah diharapkan supaya lebih tertumpu kepada aspek
penghayatan dan menikmati keseluruhan karya tersebut.
Genre/bidang cerpen dalam kesusasteraan Melayu termasuk dalam kategori cereka,
merupakan satu bidang yang popular. Terdapat lima genre/bidang dalam kesusasteraan
Melayu moden iaitu cerpen, drama, esei/kritik, novel dan puisi.
Para pelajar tidak akan merasa terlalu bosan dengan teknik ini kerana dapat
menghayati cerpen tersebut secara keseluruhan. Walaupun demikian, adalah diharapkan
pelajar secara tidak langsung dapat memahami aspek-aspek struktural seperti tema, plot, dan
perwatakan serta juga gaya bahasa di dalam sesebuah cerpen.

5.2

Pendekatan
11

HBML3103 12
PENGAJARAN KOMSAS DALAM
BAHASA MELAYU

Pendekatan yang digunakan adalah gabungan antara pendekatan mengalamimenghayati dengan pendekatan struktural. Bagaimanapun, pendekatan yang digunakan
adalah lebih bermiripkan pendekatan mengalami-menghayati daripada struktural.
Pendekatan mengalami-menghayati digunakan di sini sebagai satu pendekatan yang
melibatkan kegiatan pelajar secara lebih aktif di dalam kelas (Azman Wan Chik, 1981: 85).
Mereka digalakkan untuk menikmati sesebuah karya itu dengan melakukan sendiri peranan
yang dimainkan oleh watak utamanya dengan berpandukan kepada pengalaman sendiri serta
juga penghayatan karya. Mereka juga digalakkan memberi pandangan atau pendapat tentang
sesuatu watak atau peristiwa tertentu yang menarik atau menimbulkan minat mereka di dalam
cerpen tersebut.
Selain itu, diselitkan juga, unsur-unsur pengajaran moral dan nasihat. Aspek bahasa
juga tidak dilupakan bersesuaian dengan matlamat pelajaran Kesusasteraan Melayu untuk
memperkayakan pemebelajaran Bahasa Melayu dengan lebih berkesan.
5.3

Langkah-langkah
Dalam pengajaran set induksi atau pendahuluan dipersembahkan dengan mengajak

para pelajar berbincang dan mengemukakan pendapat mereka tentang seseorang yang mereka
sayangi di dalam keluarga mereka, bertujuan supaya murid-murid dengan cepat tertarik
kepada persoalan utama yang akan dibincangkan seterusnya di dalam cerpen Mariah karya
Sharif Putera. Di dalam pelajaran ini guru telah meyediakan tiga bahan rakaman yang
merupakan dialog atau lakonan.

Dialog-dialog ini diambil daripada cerpen itu sendiri.

Dengan adanya bahan-bahan rakaman ini, para pelajar akan lebih berminat untuk mendengar
serta dapat pula dengan mudah mengingati kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku di
dalam cerpen tersebut. Di sini tidak sahaja digunakan pancaindera mata dalam menghayati
sastera tetapi juga pendengaran. Adalah diingatkan bahawa para pelajar telah membaca
cerpen ini di rumah setelah diarahkan oleh guru terlebih dahulu.
Bahan rakaman 1 diperdengarkan dan para pelajar diarahkan mendengarkan apa yang
dibualkan oleh watak-watak yang terlibat.

Selain itu pelajar juga digalakkan untuk


12

HBML3103 13
PENGAJARAN KOMSAS DALAM
BAHASA MELAYU
menyelami perasaan watak-watak yang terlibat. Para pelajar akan ditanya tentang perasaan
mereka setelah mendengar bahan rakaman.
Bahan rakaman 2 yang telah disediakan merupakan dialog-dialog yang bernada sedih
dan merayu. Jika pelajar turut terharu setelah medengar rakaman tersebut, guru akan bertanya
pula mengapa boleh berlaku demikian.

Justeru para pelajar bebas untuk melahirkan

pendapat-pendapat mereka sendiri berdasarkan pengalaman mereka tentang perkara yang


hampir menyerupai peristiwa yang terjadi dalam dialog tersebut.
Selain itu pelajar juga digalakkan untuk mengenali sesuatu watak itu melalui sifat dan
peribadinya. Mereka juga digalakkan memberi pandangan mereka sama ada bersetuju atau
tidak megenai sifat-sifat watak di dalam cerpen tersebut. Guru akan membuat rumusan
supaya para pelajar lebih jelas mengenai perkara yang telah dibincangkan.
Bagi rakaman 3 juga diperdengarkan kepada pelajar dan seperti biasa diarahkan agar
mereka memberi perhatian terhadap perbualan dan watak-watak yang terlibat. Setelah itu
pelajar disoal mengenai topik perbualan dialog dan diminta memberikan pandangan mereka
sendiri.
Langkah seterusnya setelah pelajar faham dan menikmati keseluruhan cerita dari awal
hingga akhir ialah guru akan menyoal pelajar tentang aspek-aspek Cerpen Mariah
berdasarkan keseluruhan cerpen tersebut. Guru bertanya sama ada cerpen yang diperkatakan
itu menarik atau sebaliknya. Adalah dijangkakan pelbagai jawapan yang akan diberikan oleh
murid-murid dan setiap jawapan akan dituruti oleh alasan-alasan mereka masing-masing.
Selanjutnya guru akan menanyakan mengenai persoalan dan tema cerpen tersebut
sama ada menarik atau tidak.
Akhir sekali guru membuat satu kesimpulan sebagai penutup untuk mengakhiri
pelajaran. Guru juga mengarahkan para pelajar agar membuat catatan mereka sendiri di
rumah dengan tumpuan kepada aspek-aspek yang menarik tentang plot, tema, bahasa watak
dan juga persoalan.
5.4

Tugasan Tambahan

13

HBML3103 14
PENGAJARAN KOMSAS DALAM
BAHASA MELAYU
1. Dalam pelajaran ini para pelajar boleh diarah membuat dialog-dialog mereka sendiri
dan cuba berlakon di hadapan kelas. Lakonan pelajar ini boleh dirakamkan, setelah
itu boleh dimainkan semula untuk dipersembahkan kepada kelas.
2. Pelajar juga boleh diarahkan membuat sebuah cerpen lain yang sederhana panjangnya
dengan tema yang hampir sama.
3. Pelajar juga boleh diminta menceritakan (secara lisan) akan kesan-kesan atau
pengalaman diri yang mungki berkaitan dengan cerpen yang telah dipelajari itu.
4. Pelajar juga boleh menceritakan kesan-kesan atau peristiwa yang menarik minat
mereka dalam cerpen tersebut.
6.0

KESIMPULAN
Oleh itu, guru sastera perlu menggunakan pelbagai bahan media yang sesuai dan

menarik supaya boleh menukar suasana pembelajaran yang kaku kepada pembelajaran yang
melibatkan pelajar. Penglibatan pelajar yang aktif dapat menjadikan suasana pengajaran dan
pembelajaran itu hidup dan lebih berjaya dan pelajar juga cepat faham dengan apa yang
sedang dipelajari oleh mereka. Aplikasi dan manipulasi genre sastera melalui media
elektronik, pengisian komputer, borang grafik dan sebagainya dapat mengekalkan minat dan
tumpuan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran sastera. Guru sastera perlu kreatif dan
inovatif serta menguasai kemahiran teknologi maklumat seiring dengan arus perkembangan
pendidikan semasa. Guru sastera yang kreatif dan berimiginasi tinggi dapat menjamin
kejayaaan pelajar dalam memahami pelajaran yang sedang diajar oleh guru.
Bahan sastera itu sendiri juga mampu menyerlahkan fungsinya sebagai mewakili
tamadun bangsa sejajar dengan warga dunia yang lain. Khazanah sastera yang tersimpan
dalam dokumentasi yang membanggakan bangsa Melayu adalah bukti yang tidak boleh
dinafikan.

BIBLIOGRAFI

14

HBML3103 15
PENGAJARAN KOMSAS DALAM
BAHASA MELAYU
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003. Sukatan Pelajaran KBSM, Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Marohaini Yusof, 1999. Strategi Pengajaran Kefahaman Membaca. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rasid Jamian dan Arbaie Sujud (2001). Integrasi Media; Pengajaran Bahasa dan
Sastera.Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Arbaie Sujud.2007. Apresiasi Bahasa interpretasi & Ekspresi. Kuala Lumpur: Sarjana Press
Sdn. Bhd.
Asmah

Hj

O m a r.

( 1 9 8 4 ) . Kaedah

Pengajaran

Bahasa.

Kuala

L u m p u r : D e w a n Bahasa dan Pustaka.


Nik Safiah Karim, ArbakOthman (2005). Kamus Komprehensif Bahasa Melayu.Shah
Alam. Fajar Bakti Sdn Bhd.
Rozlan Musa, Masri Karjah, Junaidah Jaafar dan Tg. Adnan Raja Daud. Antologi Kerusi &
Novel Julia. Kuala Kangsar: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Rozaiman Makmun. (2007).BAHTERA: Bahan Sastera dalam Pengajaran Bahasa.Bandar
Seri Begawan. Universiti Brunei Darussalam.
Siti Jasmina,2011.6:20.Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distrubutors Sdn.Bhd.
Ali Ahmad (1994). Pengantar Pengajian Kesusasteraan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Awang Sariyan (2003). Isu-Isu Asas Penggunaan Bahan Sastera Dalam Pengajaran Bahasa.
Dewan Bahasa. Jil 3 Bil 4 : 7 11
Abdul Hamid Mahmood dan Ab Rahman Ab Rashid (2002). Teknik Pengajaran Sastera
15

HBML3103 16
PENGAJARAN KOMSAS DALAM
BAHASA MELAYU
Dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa. Jilid 2 Bil 6 : 12 17.
Gardener, H (1993). Frames of Mind:The Theory of Multiple Intelligences. (2nd edition)
London: Fontana
Gutirrez, Kris (2000) . Teaching and Learning in the 21st Century. English Journal. 7 :
290 298
Geertz, Clifford. (1973). The interpretation of cultures, Basic Books, New York.
Hashim Awang. (1985). Teman Pelajar Kesusasteraan. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn Bhd.
Mana Sikana (2001). Pengajaran Drama Sebagai Peneguhan Bahasa Melayu. Dewan
Bahasa. Jil 1 Bil 9 : 7 -13.
Muhammad Haji Salleh (2004). Sastera Di Ambang Globalisasi Dlm. Ilmu Kesusasteraan
Abad Ke 21. Jelani Harun (ed). Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia
Mohd Taib Osman (1977). Pengajaran Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marohaini Yusoff. (2001). Landasan Pengajaran Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu.
Dewan Bahasa. Jil 1 Bil 6 : 20 26.
Modul Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS Tingkatan 4 dan 5. (2004). Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Meek Spencer, Margaret. (2001). Childrens literature and national identity, Trentham Books,
Stoke on Trent.
Nafii Mat (2006). Keperluan Teks Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Dewan
Bahasa. Jilid 6 Bil 9. : 44 47.

16

HBML3103 17
PENGAJARAN KOMSAS DALAM
BAHASA MELAYU
Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu Bahasa Tamadun Moden. Dewan Bahasa. Jil 4
Bil 1. : 10 15.
Noriah Taslim. (1996). Menggarapi Dunia Faedah dan Keilmuan Sastera Melalui
Penstrukturan Kurikulum dan Pemantapan Kaedah Pengajaran. Dlm. Pengajaran Sastera.
Othman Puteh (Peny.). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (1994). Buku Panduan Guru Kesusasteraan Melayu
Tingkatan IV dan V . Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

17

Anda mungkin juga menyukai