Anda di halaman 1dari 3

DEFINISI DAN KONSEP KOMUNIKASI Dalam kehidupan sehari-hari kita, komunikasi adalah sangat penting dan menjadi elemen

asas hidup bermasyarakat. Komunikasi merupakan sebuah proses dimana manusia menghantar dan menerima maklumat serta berkongsi idea mahupun perasaan. Komunikasi boleh dilakukan dalam pelbagai saluran dengan tujuan maklumat yang hendak ditujukan sampai kepada penerima dengan membawa makna yang sama. Perkataan komunikasi dipercayai berasal daripada bahasa latin communicatus yang bererti berkongsi sesuatu. Pelbagai takrif telah dibuat oleh tokoh-tokoh bahasa mengenai komunikasi : Theodorson & theodorson (1969) komunikasi merupakan proses pengiriman maklumat, pemikiran, sikap atau emosi daripada seseorang dengan menggunakan simbol-simbol. Wilbur Schramn (1971) komunikasi ialah satu perkongsian orientasi terhadap satu set isyarat maklumat. Emery Ault & Agee (1997) komunikasi ialah satu seni yang menyalurkan maklumat, idea-idea dan sikap-sikap dari seseorang kepada seseorang yang lain. Schrann & Roberts komunikasi bersamaan satu proses untuk mengongsikan sesuatu orientasi terhadap satu set tanda-tanda maklumat. Sulaiman Masri (1997) komunikasi bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada pengirim (penutur, penulis) dipindahkan menerusi alat atau saluran tertentu kepada penerima (pembaca, pendengar) yang kemudiannnya memberikan maklum balas (merekod, mentafsir) mesej tersebut. Komunikasi adalah penting dalam kehidupan kita. Jika tiada komunikasi, pelbagai masalah akan berlaku dalam kalangan masyarakat. Masyarakat akan hidup dalam yang keadaan tidak bersosial dan tiada sebarang penyebaran maklumat seperti katak di bawah tempurung. Tanpa komunikasi, proses penting seperti pemindahan maklumat, sesi pembelajaran, pemujukan, hiburan dan kehidupan sosial manusia tidak akan hadir.

Bidang-bidang komunikasi

kumpulan kecil intrapersonal awam (public speaking)

interpersonal

BIDANGBIDANG KOMUNIKASI

komunikasi massa

INTERPERSONAL Komunikasi interpersonal ialah proses interaksi yang melibatkan seorang individu dengan orang lain. Proses ini boleh melibatkan penyampaian maklumat anatara seorang individu lain atau lebih. INTRAPERSONAL Proses komunikasi yang berlaku dalam diri sendiri. Komunikasi ini terjadi dalam diri individu itu sendiri dengan memberikan tumpuan kepada proses pemahaman ingatan dan interpretasi terhadap simbol-simbol lengkap yang diterima oleh panca indera manusia. KUMPULAN KECIL Komunikasi seperti ini melibatkan beberapa orang dalam satu kumpulan. Komunikasi kumpulan berperanan untuk membuat sesuatu keputusan dan dipatuhi oleh sumua ahli. Komunikasi yang berlaku dalam kumpulan kecil ini berlaku dalam bentuk formal dan tidak formal, contohyna seperti mesyuarat.

AWAM (PUBLIC SPEAKING) Pengucapan awam atau public speaking ialah sejenis komunikasi antara seorang individu sebagai penyampai kepada orang ramai sebagai penerima. KOMUNIKASI MASSA Komunikasi massa berlaku unutk menyebarkan maklumat secara umum. Proses ini berlaku melalui medium alat-alat media massa seperti akhbar, majalah, radio, televisyen, buku dan risalah. Komunikasi ini adalah berbentuk sehala dan jika berlaku tindakbalas, ia mengambil masa dan tidak sepantas komunikasi interpersonal.

Anda mungkin juga menyukai