Anda di halaman 1dari 5

PERHIMPUNAN BULANAN JULAI &OGOS 2017

INTAN KAMPUS SABAH

TEKS PENGACARA MAJLIS

ATURCARA TEKS SAPAAN CATATAN


Cue: Apabila cue diberikan tetamu masuk ke dewan.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Samsul bin


Dollah, Pengarah Wilayah, INTAN Kampus Sabah.

Ketibaan
Tetamu Sidang hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu
kehormat Negaraku, Sabah Tanah Airku serta Lagu INTAN.

Cue: Selepas habis nyanyian lagu

Sidang hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum wbt dan salam


1Malaysia.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
Kata-kata
aluan
Yang Berbahagia,
Encik Samsul bin Dollah
Pengarah Wilayah, INTAN Kampus Sabah..

Yang Berusaha,
Puan Ervinah Ibrahim
Timbalan Pengarah Wilayah Kana, INTAN Kampus Sabah.

Ketua-ketua Unit, dan semua kakitangan INTAN Kampus Sabah


yang dihormati sekalian.

Para hadirin sekalian,


Selamat datang ke Perhimpunan Bulan Julai & Ogos 2017
Kata-kata INTAN Kampus Sabah yang bertemakan :
aluan
MERDEKAKAN DIRI

1
Sesungguhnya majlis ini amat bermakna dengan kehadiran hadirin
dan hadirat sekalian.

Untuk makluman sidang hadirin sekalian, majlis kita pada hari ini
adalah di bawah anjuran

Unit Kewangan Bahagian Latihan dan Unit Aset & Teknikal, INTAN
Kampus Sabah

Hadirin sekalian, bagi memohon keberkatan majlis kita pada


petang ini, majlis mempersilakan saudara

Muslin bin Jaim dari unit Pentadbiran bagi mengetuai bacaan doa.

Bacaan Doa Majlis mempersilakan dengan hormat dan takzimnya.

Cue: Setelah selesai bacaan doa.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar


tadi.

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Majlis menjemput Yang Berbahagia Tuan Pengarah


Wilayah, INTAN Kampus Sabah, Encik Samsul bin Dollah
bagi menyampaikan amanat beliau.

AMANAT Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.


TUAN
PENGARAH Cue: setelah ucapan selesai.

Mohon Yang berbahagia Tuan Pengarah terus kekal di atas


pentas.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia


Tuan Pengarah Wilayah, INTAN Kampus Sabah, Encik Samsul bin
Dollah di atas ucapan yang telah disampaikan tadi.

Semoga amanat tersebut dapat kita dijadikan panduan,pedoman


dan pendorong dalam melaksanakan tugas seharian kita.

Untuk makluman tuan puan semua, INTAN Sabah telah diberi


kepercayaan untuk menganjurkan sukan tahunan INTAN iaitu
Penyampaian Festival I-fit bagi tahun 2018. Oleh yang demikian, Majlis ingin
Bendera menjemput Presiden Kelab Keris, En Matlan Asli untuk
Festival I-Fit menyampaikan bendera kejohanan kepada Pengarah INTAN
2018 Sabah.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.


2
Demikianlah tadi penyampaian bendera kejohanan I-fit kepada
Pengara INTAN Sabah yang menandakan bermulanya perjuangan
kita semua dalam memberikan yang terbaik untuk pelaksanaan
Festival I-Fit 2018 kelak.

Terima kasih Tuan Pengarah dan Presiden Kelab Keris.

Pada 17 hingga 20 Ogos yang lalu, seramai 42 atlit dari INTAN


Sabah terbang ke INTIM untuk menyertai Festival I-Fit bagi tahun
2018. Penyertaan INTAN Sabah kali ini masih lagi mengekalkan
kedudukan 3 teratas iaitu kedudukan ke-3 dari 7 kampus yang ikut
bertanding.

Berikut adalah keputusan acara yang disertai oleh kontinjen INTAN


Kampus Sabah.

( Baca di slide)
Persembahan
Montaj I-Fit
Mari kita saksiakan persembahan montaj Festival I-Fit baru-baru ini
dan juga Kursus Pengukuhan Pasukan di Pulau Redang.

***************************

Demikianlah tadi persembahan montaj Festival I-Fit INTAN Sabah


tahun 2017. Semoga kejayaan yang diperolehi akan terus
dikekalkan dan akan bertambah baik semasa kejohanan tahun
2018 nanti. Insyallah.

Kita hangatkan lagi Perhimpunan Bulanan kita pada petang ini


dengan menjemput penari-penari kebudayaan INTAN Sabah iaitu
Persembahan Tarian Aloha yang telah meraih tempat ke-3 semasa
Majlis Penutupan I-Fit 2017 baru-baru ini di INTIM. Dengan
hormatnya dipersilakan.
Persembahan
Aloooohaaa!!
Tarian
**********************************

Demikianlah tadi persembahan bertenaga dari penari-penari


kebudayaan INTAN Sabah. Cukup menghiburkan.

Majlis diteruskan lagi dengan Ikrar Aku Janji yang akan dipimpin
oleh En Matlan Asli. Majlis menjemput En Matlan Asli naik ke
pentas dan memimpin bacaan ikrar.
Ikrar Aku
*****************
Janji
Semoga pembaharuan ikrar Aku Janji tersebut mengingtkan kita
janji-janji kita kepada perkhidmatan awam.

3
Cue: setelah penyampai bersedia.

Hadirin warga dewan yang dikasihi,

Majlis pada petang ini diteruskan dengan penyampaian berita


semasa dan berita perkhidmatan INTAN Kampus Sabah yang
Penyampaian
akan disampaikan oleh Encik Rajim Latif.
Berita
Semasa
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan
INTAN
Kampus
Cue: setelah penyampai selesai
Sabah

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas penyampaian berita


semasa sebentar tadi.

Cue: Setelah penyampai bersedia

Seterusnya, adalah penyampaian Anugerah Pekerja Contoh bagi


bulan Julai & Ogos 2017.

Bagi menyempurnakan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh


ini, Majlis ingin menjemput Yang Berbahagia, Tuan Pengarah
Wilayah, INTAN Kampus Sabah untuk naik ke pentas bagi
menyampaikan hadiah Anugerah Pekerja Contoh .

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan


Penyampaian
Berita Penerima Anugerh Pekerja Contoh bagi Bulan Julai 2017 adalah
Perkhidmatan .

Penerima Anugerh Pekerja Contoh bagi Bulan Ogos 2017 adalah


.

Cue: Setelah tamat penyampaian Anugerah

Majlis ingin memohon Ybhg Tuan Pengarah Wilayah, agar terus


berada di hadaapan bagi acara yang seterusnya.

Cue: Setelah tray girl bersedia dengan kad hari lahir

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Kad Hari lahir kepada


semua kakitangan yang meraikan hari kelahiran bagi bulan Julai &
Ogos 2017.
Penyampaian
Kad Hari Jadi
Bagi menyempurnakan penyampaian Kad Hari Lahir ini, Majlis
dan Tukar2
ingin menjemput Yang Berbahagia, Tuan Pengarah Wilayah,
Hadiah
INTAN Kampus Sabah untuk menyampaikan kad hari lahir ini
kepada penerima.

Bagi penerima Kad Hari Lahir dipersilakan :

4
Semua penerima diumumkan.

Mohon semua penerima kad hari lahir agar kekal berada di atas
pentas untuk aktiviti Tukar-Tukar Hadiah.

MAJLIS TAMAT
Dipersilakan Yang Berbahagia Tuan Pengarah Wilayah, INTAN
PENUTUPAN
Kampus Sabah dan sidang hadirin sekalian untuk meninggalkan
MAJLIS
dewan dan menikmati jamuan makan di lobi utama INTAN Kampus
Sabah.

Anda mungkin juga menyukai