Anda di halaman 1dari 4

NO ACARA TEKS CATATAN

1 Ucapan Yang Berusaha


Aluan Tuan Haji Zulkifli b Kamarudin
Pengerusi Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Selangor
Majlis (Mewakili) YB Dato’ Seri Dr Haji Dzulkefly bin Ahmad

Yang Berusaha
En Nor Azli bin Yusop
Timbalan Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor

Yang Berusaha
En Wan Muhammad Zaini Bin Wan Hasan
Pengetua SMK Seri Desa,

Yang Berusaha
En Norazaludin Azmil bin Razaly
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Unit Pembangunan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor

Yang Dihormati
Pn. Siti Zubaidah binti Kasim
Penolong Kanan Pentadbiran,

En Mazzam bin Abu Bakar


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Tuan Haji Kamarudin Bin Thahir


Penolong Kanan Kokurikulum

En Hamsan bin Jamion


Penolong Kanan PPKI

guru-guru besar, pengetua-pengetua dan pentadbir sekolah-


sekolah daerah Kuala Selangor, pegawai dan jurulatih, guru-
guru pengiring kontinjen dan peserta kejohanan merentas desa
sekolah-sekolah daerah Kuala Selangor serta hadirin yang
dihormati sekalian.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera salam Malaysia


Madani.

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan


limpah kurnia dan keizinanNya dapat sama-sama kita
berkumpul pada hari ini dalam Majlis Penutupan Kejohanan
Merentas Desa MSSD Kuala Selangor bagi tahun 2023.

Pihak majlis terlebih dahulu mengalu-alukan kehadiran


Tuan Haji Zulkifli b Kamarudin, Pegawai Khas Ahli Parlimen
Kuala Selangor yang mewakili YB Dato’ Seri Dr Haji Dzulkefly
bin Ahmad atas kesudian hadir pada majlis kita hari ini.

Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta kejohanan


merentas desa kerana telah menunjukkan semangat
kesukanan yang tinggi dan berjaya menamatkan larian anda
pada hari ini.

2 Bacaan Doa Hadirin yang dirahmati sekalian

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama


kita menghayati dan mengaminkan doa yang akan dibacakan
oleh Ustaz Wan Samiyum bin Wan Yusoff

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan


Ustaz Wan Samiyum
ke pentas bagi membacakan doa.

Amin, Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga kita semua mendapat


kerberkatan dari majlis yang akan berlangsung hari ini.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Wan


Samiyum atas bacaan doa itu tadi.

3 Ucapan 1 Bagi memulakan tirai acara majlis pada hari ini, majlis
mempersilakan

En Nor Azli bin Yusop


Timbalan Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor ke pentas bagi
menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


En Nor Azli bin Yusop atas ucapan beliau sebentar tadi.’

4 Ucapan 2 Hadirian yang dihormati sekalian,

Bagi meneruskan acara majlis pada hari ini, majlis dengan


sukacitanya mempersilakan
Tuan Haji Zulkifli b Kamarudin
Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Selangor ke pentas bagi
menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis penutupan
Kejohanan Merentas Desa MSSD Kuala Selangor 2023.

Dengan sukacitanya majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji


Zulkifli b Kamarudin atas ucapan dan kesudian merasmikan
majlis kita pada hari ini.

5. Penyampaian Hadirin sekalian,


hadiah
Tibalah sudah kita ke acara yang dinanti-nantikan iaitu
penyampaian hadiah dan sijil buat pemenang kejohanan
merentas desa.

Bagi menyempurnakan acara, majlis mempersilakan

mengiringi

bagi menyampaikan pingat dan sijil bagi acara individu.


(Tempat 1-20)
Kategori:
L1
L2
L3
P1
P2
P3

Menyampaikan pingat dan sijil bagi acara berpasukan.


Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga
Kategori:
L1
L2
L3
P1
P2
P3

Juara Keseluruhan
6. Bersurai Dengan berakhirnya acara penyampaian hadiah, maka
selesailah sudah majlis kita pada hari ini. Syabas dan tahniah
diucapkan kepada semua pemenang. Yang tidak berjaya,
jadikan usaha anda pada hari ini sebagai pembakar semangat
agar lebih berjaya pada masa hadapan.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Kami mewakili pihak penganjur kejohanan memohon maaf


sekiranya ada kekurangan dan kesalahan yang berlaku
sepanjang majlis berlangsung. Sekalung penghargaan dan
ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak sepanjang pengelolaan
kejohanan. Allah sahaja yang dapat membalas segala bakti
dan jasa kalian.

Sesungguhnya yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t


dan yang terkurang itu datangnya daripada kami.

Sekian, wassalam.

Anda mungkin juga menyukai