Anda di halaman 1dari 1

Karangan Jenis Catatan

Catatan Saya

6.00 pagi

Saya bangun pagi dan terus mandi. Saya menunaikan solat Subuh
berjemaah bersama-sama dengan ayah. Setelah selesai berpakaian
sekolah, saya bersarapan . Biasanya saya bersarapan dua keping roti dan air
milo.

7.00 pagi

Saya bersiap sedia ke sekolah. Setibanya di sekolah, saya menjalankan tugas


harian dengan membersihkan bilik darjah. Kemudian, saya mengikuti sesi
pembelajaran dengan penuh semangat. Saya pulang ke rumah pada pukul
1.00 petang.

2.00 petang

Saya ke sekolah agama dengan menaiki van sekolah. Di sana saya belajar
mengenai hukum - hukum agama dan cara - cara melakukan ibadat. Saya
suka mempelajari ilmu yang berkaitan Islam walaupun waktu itu saya berasa
penat.

5.20 petang

Pada waktu ini, saya meluangkan masa untuk bermain. Biasanya saya
bermain badminton. Melalui sukan seperti ini, saya bukan sahaja dapat
merehatkan otak tetapi dapat menjaga kesihatan.

8.00 malam

Saya mengulang kaji pelajaran. Saya suka belajar pada waktu malam
kerana suasananya tenang dan damai. Semua kerja sekolah diselesaikan
pada waktu ini. Setelah itu, barulah saya masuk tidur.

Anda mungkin juga menyukai