Anda di halaman 1dari 4

Penjodoh Bilangan

Latihan

1. Ayah membeli dua biji durian di pasar.


2. Polis melepaskan lima das tembakan ke arah perompak itu.
3. Beliau memulakan ucapannya dengan serangkap pantun.
4. Beberapa putung rokok bertaburan di lantai.
5. Pemuda itu membeli senaskhah surat khabar mingguan di kedai Ali.
6. Mak Limah membawa sekaki payung kerana cuaca kelihatan mendung.
7. Suzana mempunyai seorang abang yang tinggal di Kuala Lumpur.
8. Mak Senah membeli seikat bayam untuk dimasak gulai lemak.
9. Pak Mail membawa setandan pisang pulang dari kebunnya .
10. Emak menghadiahkan sepasang baju kurung untuk Nadia.
11. Juhaira ternampak beberapa ekor burung hinggap di atas pokok kelapa.
12. Sekuntum bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia.
13. Bangau-bangau itu sedang mencari makan di sebatang sungai.
14. Ibu meletakkan secubit garam di dalam masakannya.
15. Farah makan dua bungkus nasi lemak kerana terlalu lapar.
butir ekor das
rangkap kaki ikat
naskhah biji
cubit
putung tandan orang
pasang kuntum batang
ketul ulas helai
laras bilah utas
cebis buku pucuk
lembar keping ruas
gugus ketul potong

Anda mungkin juga menyukai