Anda di halaman 1dari 10

CERITA 1 : NANAS

Nanas. Ini nanas. Ini nanas masak. Kakak beli nanas masak. Kakak beli nanas masak di pasar. Kakak belah nanas masak itu. Kakak makan nanas masak itu. Kakak suka makan nanas manis.

CERITA 2 : GAJAH

Gajah. Ini gajah. Ini gajah jinak. Gajah jinak tepi hutan. Gajah jinak makan pucuk kayu. Datuk bawa Halim lihat gajah. Halim takut lihat gajah jinak itu. Datuk pujuk Halim supaya tidak takut.

CERITA 3 : LOBAK

Lobak. Ini lobak. Ini lobak merah. Sarah beli lobak merah ini. Sarah beli lobak merah di pekan. Sarah mahu masak bubur lobak merah. Sarah makan bubur lobak merah. Sarah suka makan bubur lobak merah.

CERITA 4 : BETIK

Betik. Ini betik. Ini betik masak. Razak beli betik masak. Razak belah betik masak. Razak letak betik dalam bekas. Razak makan betik masak itu. Betik masak rasa manis.

CERITA 5 : TIKUS

Tikus. Ini tikus. Ini tikus hitam. Kakak takut tikus hitam. Tikus hitam ada di dapur. Kakak letak jerat tikus di dapur. Tikus hitam kena jerat lalu mati. Kakak tidak takut tikus hitam lagi.

CERITA 6 : WISEL

Wisel. Ini wisel. Ini wisel besi. Ini wisel besi baru. Ini wisel besi baru Fatin. Fatin beli wisel di pekan. Fatin guna wisel ketika sukan. Fatin letak wisel dalam kotak.

CERITA 7 : KATIL

Katil. Ini katil. Ini katil besar. Ini katil besar Mamat. Katil besar Mamat katil kayu. Ada tilam atas katil Mamat. Tilam itu tilam merah. Mamat suka ada katil besar.

CERITA 8 : KASUT

Kasut. Ini kasut. Ini kasut sukan. Ini kasut sukan Farid. Farid beli kasut sukan ini. Farid beli kasut sukan di pekan. Kasut sukan Farid mahal. Farid basuh kasut jika kasut kotor.

CERITA 9 : KAPUR

Kapur. Ini kapur tulis. Ini kapur tulis Cik Nurul. Cik Nurul selalu guna kapur tulis. Cik Nurul guna kapur di papan hitam. Cik Nurul tulis cerita di papan hitam. Cik Nurul suruh murid baca cerita. Murid baca cerita dan rasa suka.

CERITA 10 : SIPUT

Siput. Ini siput. Ini siput tanah. Siput tanah tidak ada kaki. Siput tanah ada kulit keras. Siput tanah makan sayur muda. Sayur muda jadi busuk. Datuk sedih sayur muda jadi busuk.

Anda mungkin juga menyukai