Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU

SMA HAJI MUHAMAD 2013


TEMA: GURU MALAYSIA: 1 ASPIRASI 1 AGENDA
1. PENDAHULUAN
Hari guru adalah merupakan hari yang amat dinantikan dan amat bermakna
oleh setiap individu yang bergelar pendidik. Seperti kebiasaan, sambutan
Hari Guru ini akan disambut oleh setiap warga di sekolah di seluruh Negara
pada setiap 16 Mei. Pada tahun ini, SMA Haji Muhamad juga akan meraikan
sambutan Hari Guru ini seperti tahun-tahun yang lalu. Pelbagai pengisian dan
program telah dirancang dan bakal dilaksanakan semata-mata untuk
meraikan hari tersebut. Ia juga sebagai bukti bahawa tanpa guru, generasi
yang cemerlang dari segi JERIS tidak akan dapat dilahirkan.
2. TUJUAN
Tujuan utama sambutan ini adalah untuk meraikan semua warga pendidik
sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan guru selama ini.
3. OBJEKTIF
3.1.
Merancang pelbagai program bagi mengeratkan hubungan silaturahim
antara guru dan murid.
3.2.
Melahirkan murid yang berwibawa dan berkemahiran dalam
mengendalikan majlis serta dapat melahirkan dan membentuk perasaan
menghargai jasa guru.
4. TENTATIF PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU 2013
7.30 pg
Nyanyian lagu Negaraku
Ucapan pengetua dan perutusan Hari Guru
Nyanyian lagu tema Guru Malaysia
8.00 pg
Pertandingan bola jaring guru dan murid (lelaki)
Pertandingan bola tampar guru dan murid (perempuan)
8.30 pg
Sukaneka
1. Semakin jauh semakin sayang
2. Pat pat siku lipat
3. Menongkah arus
4. Musang berjanggut
10.30 pg
Jamuan
11.00 pg
Bersurai (P&P seperti biasa)
5. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bi
l
1

Perkara

Sukaneka

3
4
5

Permainan

Anugerah
Guru
Bahan dan
Alatan
Jamuan
Jumlah

Pendapatan
Bola Jaring
= RM 60.00
Bola Tampar
= RM 60.00
Semakin jauh semakin
sayang
= RM 50.00
Pat pat siku lipat
= RM 50.00
Menongkah arus
= RM 50.00
Musang berjanggut
= RM 50.00
Golek-golek sayang
= RM 50.00
Thermos mug
= RM 400
RM 120

Sumbangan murid
RM1 x 240 = RM 240
Sumbangan PIBG
RM 700

Perbelanja
an
RM 120

RM 250

Sumbangan Kelab
Staf
RM 300

RM 400
RM 170

RM 300
RM 1240

RM 300
RM 1240

6. PENUTUP
Diharapkan dengan adanya majlis sambutan Hari Guru 2013 ini dapat
mengeratkan hubungan ukhwah sesama guru serta hubungan diantara guru dan
murid, insyaAllah.

Disediakan oleh

Disemak oleh

Disahkan oleh

(NOOR RAIHAN FATIN BINTI


RUSLAN)
Setiausaha
Lembaga Pengawas
SMA Haji Muhamad

(TN HJ ABDUL HAMID BIN


HARUN)
GPK Hal Ehwal Murid
SMA Haji Muhamad

(PN HJH SAMSIAH


BINTI CHIK)
Pengetua
SMA Haji Muhamad

Anda mungkin juga menyukai