Anda di halaman 1dari 21

LAPORAN PENGLIBATAN AJK PIBG SKSD SESI

2016-2018 SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU


PERINGKAT SEKOLAH 2016
Pada 16 Mei yang lalu, AJK PIBG sesi 2016-2018 telah turut serta
meraikan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah untuk tahun 2016.
Pihak persatuan mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar SK
Serkam Darat, Encik Azman bin Janudin kerana telah menjemput AJK
PIBG untuk bersama-sama dalam sambutan ini. Pihak sekolah telah
menetapkan tema Kesultanan Melayu Melaka untuk sambutan kali ini.
Semua guru-guru dan staf sekolah kelihatan amat gembira dan seronok
menyambut Hari Guru pada tahun ini. Sambutan ini turut diserikan lagi
dengan kehadiran Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jasin dan Pegawai
Angkat PPD untuk sekolah ini. Pihak persatuan sekali lagi mengucapkan
terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberikan peluang dan
ruang untuk AJK PIBG bersama-sama dalam acara permainan, sesi
bergambar, jamuan dan penyampaian hadiah. Sesungguhnya sambutan
pada tahun ini telah menyaksikan satu perubahan yang positif di mana
pihak persatuan turut sama dijemput meraikannya. Justeru, pihak
persatuan

amat

berbesar

hati

dan

berasa

terpanggil

untuk

berkerjasama dengan Kelab Keluarga SKSD untuk menganjurkan


sambutan Hari Guru tahun 2017. Pihak persatuan mengucapkan terima
kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga guru

sekolah ini di atas segala khidmat bakti yang dicurahkan sebagai


pendidik. Tidak lupa juga ucapan terima kasih diucapkan kepada staff
sokongan sekolah yang turut membantu menggembling tenaga dalam
memastikan kejayaan sekolah. Pihak persatuan mengucapkan selamat
Hari Guru dan Selamat Hari Pekerja buat seluruh warga sekolah. Guru
Pembina Negara Bangsa. Berikut adalah gambar-gambar yang dapat
diambil sekitar sambutan ini berlangsung.

Anda mungkin juga menyukai