Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PEMBINAAN TEMPAT MURID

MENUNGGU IBU BAPA / PENJAGA KETIKA


PULANG DARI SEKOLAH
Pada 4 Ogos 2016 yang lalu, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah
mengeluarkan peruntukan untuk kerja-kerja pembinaan tempat muridmurid menunggu ibu bapa atau penjaga pada waktu pulang dari sekolah.
Tempat murid menunggu ibu bapa atau penjaga ini dibina di kawasan
pintu

pagar

belakang

sekolah.

Pembinaan

ini

bertujuan

untuk

memastikan anak-anak murid yang pulang dari sekolah dapat duduk


sementara menunggu kehadiran ibu bapa atau penjaga mereka. Pihak
persatuan amat-amat berharap agar ibu bapa atau penjaga dapat
memberi pesanan kepada anak-anak mereka supaya menunggu di sini.
Pihak persatuan juga berharap, usaha yang dilakukan ini adalah sebagai
langkah-langkah bagi memastikan tahap keselamatan anak-anak ketika
waktu pulang dari sekolah berada di tahap yang sewajarnya. Semoga
dengan usaha yang dilakukan ini, kita semua dapat bersama-sama
membantu pihak sekolah dalam meningkatkan tahap keselamatan muridmurid sewaktu pulang dari sekolah. Berikut adalah gambar-gambar yang
dapat diambil sekitar pembinaan tempat murid menunggu ibu bapa atau
penjaga ketika waktu pulang dari sekolah.

Anda mungkin juga menyukai