Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN PROJEK KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS

ANGKAT PIBG SKSD 2016-2018


Pada 14 Mei yang lalu, AJK PIBG sesi 2016-2018 telah menyambung
tugasan mengecat kelas yang ketiga iaitu kelas Tahun 4 Kreatif.
Tugasan ini merupakan aktiviti yang telah dirancang oleh pihak
persatuan dengan persetujuan daripada pihak pentadbir sekolah. PIBG
SKSD telah bersetuju mengambil empat kelas sebagai kelas angkat
untuk projek kebersihan dan keceriaan kelas. AJK PIBG telah
berkumpul pada jam 8:30 pagi bagi memulakan kerja-kerja mengecat
kelas ini. Alhamdulillah, AJK dari kalangan ibu bapa dan guru serta ibu
bapa turut sama hadir bagi membantu menyiapkan kerja-kerja
mengecat ini. Bersyukur ke hadrat Allah, segala yang dirancang dapat
dilaksanakan. Tugasan yang dilaksanakan ini tamat pada jam 12:30
tengah hari. AJK PIBG akan menyambung lagi tugasan pada hari Sabtu
hadapan untuk kelas yang berikutnya. Semoga murid-murid dan guruguru akan lebih bersemangat untuk proses pengajaran dan pembelajaran
di kelas yang telah dicat ini. Berikut adalah gambar-gambar yang dapat
diambil sekitar aktiviti ini berlangsung.

Anda mungkin juga menyukai