Anda di halaman 1dari 6

A04 Pernyataan Profesional

PERNYATAAN PROFESIONAL SEBELUM INTERNSHIP

Pada 2 Mei 2023, sesi internship bagi semua guru pelatih Program Ijazah
Sarjana Muda Ambilan Jun 2019 akan dijalankan. Internship ini akan dijalankan
selama 4 minggu. Saya ditempatkan di sekolah asal tempat saya menjalani
praktikum fasa 2 dahulu iaitu di Sekolah Kebangsaan Pahu Himbaan, Ranau.
Sebelum menjalani internship, taklimat internship telah diadakan oleh Unit Praktikum
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent pada 27 April 2023 secara atas talian.
Sepanjang taklimat internship ini, saya dan rakan diberitahu tentang pengurusan
internship, penulisan refleksi dan sebagainya.

Seterusnya, saya dan rakan-rakan diberi taklimat tentang pengajaran di


dalam kelas, kemahiran berfikir dan penerapan nilai serta persediaan portfolio di
sepanjang tempoh internship dilaksanakan. Sebelum menjalani sesi internship, saya
telah menyediakan beberapa keperluan untuk menjalani sesi ini seperti menyediakan
portfolio khusus untuk subjek major saya iaitu Bahasa Kadazandusun. Hal ini kerana
saya dan rakan-rakan difahamkan bahawa segala rekod di sepanjang menjalani
internship seperti penulisan refleksi, penulisan jurnal, adalah tidak lagi akan ditulis
dalalm laman MYPOROM tetapi perlu ditulis dan disimpan ke dalam portfoli.

Untuk penulisan ini, saya perlu menulis tentang perkara yang akan
dilaksanakan di sepanjang internship nanti. Penulisan ini memerlukan saya untuk
memberi fokus kepada PdPc bagi subjek minor serta penulisan rekod Major. untuk
maklumat lebih lanjut, saya dan rakan yang berada di bawah penyeliaan pensyarah
yang sama iaitu Encik John Gitom telah berkolaborasi dengan pensyarah
pembimbing kami iaitu Encik David Gundiba. Sepanjang tempoh berkolaborasi
tersebut, beliau telah banyak berbincang dengan kami tentang apa yang perlu kami
lakukan semasa di sekolah nanti.

Kami juga turut mengambil peluang untuk berbincang dengan lebih


lanjut mengenai jadual pelaksanaan kajian tindakan kami di sepanjang tempoh
menjalani internship di sekolah. Setelah selesai perbincangan bersama dengan
pensyarah pembimbing diadakan, saya dan dan rakan internship saya berbincang
mengenai perkara yang akan diadakan di sekolah. Kami dikehendaki untuk membuat
satu projek di sekolah baik dilaksanakan secara individu mahupun secara
berkumpulan. Antara isi kandungan perbincangan kami ialah mengenai cara
penyediaan kertas kerja seterusnya membuat beberapa langkah untuk
menyenaraikan kos dan sebab projek tersebut dijalankan. Kemudian, setelah projek
tersebut dijalankan, kami dikehendaki menulis satu laporan tentang pelaksanaan
projek secara individu.

Laporan ini bertujuan untuk menilai kejayaan tindakan yang telah saya
gunakan. Laporan ini akan disertakan dalam portfolio individu masing-masing.
Amnya, kami masih belum memilih tajuk yang akan dilaksanakan di sekolah. Kami
perlu mengadakan perbincangan dengan mentor kami di sekolah terlebih dahulu.
Akhir sekali, saya berharap agar sesi internship ini dapat memberi input dan segala
pengalaman yang amat bermakna buat saya. Semoga sesi internship ini akan
berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
PERNYATAAN PROFESIONAL SELEPAS INTERNSHIP

Selepas sebulan menjalani internship di Sekolah Kebangsaan Pahu


Himbaan, Ranau, banyak ilmu dan pengalaman baharu yang telah saya perolehi.
Melalui projek yang telah dilaksanakan, ia telah banyak membantu saya untuk
meningkatkan kemahiran saya dalam pelbagai aspek. Sepanjang menjalani
internship, segala proses pelaksanaan projek telah dilakukan secara efisien dan
lancar bermula daripada proses merancang projek yang akan dijalankan di sekolah
hinggalah selepas tamat projek. Kerjasama daripada rakan dan pihak sekolah juga
telah memudahkan lagi pelaksanaan program selama sebulan berinternship di
sekolah ini.

Melalui program yang dilaksanakan juga, saya telah belajar untuk


merancang, mengurus dan melaksanakan sesuatu projek atau aktiviti dengan baik.
Sebagai bakal guru, proses tersebut merupakan salah satu kemahiran yang perlu
saya pelajari apabila berada di sekolah kelak. Selain itu, melalui projek yang
dirancang juga, ia telah membantu dalam meningkatkan proses komunikasi saya
bukan sahaja bersama dengan rakan seprofesion yang menjalani sesi internship di
sekolah tetapi juga bersama guru-guru sekolah, murid-murid dan juga pihak
pentadbir sekolah.

Melalui internship juga, saya dapat meningkatkan tahap keyakinan saya


untuk bekerja bersama dengan orang lain. Ini sekaligus dapat mengeratkan lagi
hubungan dan keakraban bersama guru-guru dan juga warga sekolah. Sebulan
berada di sekolah adalah terlalu singkat buat saya. Terdapat banyak perkara yang
perlu dilakukan dan diselesaikan di sepanjang menjalani sesi internship terutamanya
menyiapkan projek yang telah dirancang bermula daripada minggu pertama hingga
tempoh terakhir berinternship di sekolah. Dipanjatkan syukur kepada tuhan,
segalanya telah dipermudahkan walaupun terdapat banyak kekangan yang terpaksa
dihadapi oleh saya dan rakan saya di sepanjang menjalani sesi internship di sekolah.

Secara kesimpulannya, program internship telah banyak membantu saya


daripada pelbagai aspek dan kemahiran. Saya juga telah menimba pelbagai
pengalaman daripada guru-guru di sekolah dan kesemua guru-guru di sekolah
berkenaan sangat baik dan memberikan kerjasama yang sangat baik. Saya berharap
agar segala pengalaman yang diperolehi dapat membantu saya untuk menjadi bakal
guru yang lebih baik pada masa hadapan dengan persediaan dari pelbagai aspek
sebagai seorang guru.
PERNYATAAN PROFESIONAL SEMASA INTERNSHIP

Pada minggu pertama menjalani internship di Sekolah Kebangsaan Pahu


Himbaan, Ranau, saya bersama dengan rakan saya iaitu Adreon Danil telah melapor
diri terlebih dahulu di pejabat di mana kami telah berjumpa dengan Guru Besar
Sekolah iaitu En. Vers @ Chalvers Mail. Kami juga telah mengambil kesempatan
bagi membincangkan mengenai projek yang akan dijalankan di sepanjang tempoh
kami menjalani sesi internship selama sebulan di sekolah. Saya telah menyampaikan
hasrat untuk melakukan projek utama iaitu melaksanakan satu projek pertandingan
menulis cerpen dalam Bahasa Kadazandusun di sekolah dangan mengaplikasikan
inovasi. Hasrat tersebut disambut dengan baik oleh guru besar. Kegiatan kurikulum
dan kokurikulum juga tetap dilaksanakan oleh saya sebagai guru pelatih semasa
program internship ini. Walau bagaimanapun, minggu pertama internship adalah
sangat singkat kerana cuti pada hari Khamis dan Jumaat menyisakan 2 hari
persekolahan pada minggu tersebut.

Pada minggu kedua internship di sekolah, saya telah bertungkus lumus bagi
menyiapkan kertas kerja projek seterusnya menghantar kertas kerja projek tersebut
kepada guru besar sekolah bagi mendapatkan kelulusan. Kertas kerja projek telah
diluluskan oleh guru besar dan saya telah bersedia untuk melakukan tindakan
seterusnya. Projek yang akan saya laksanakan bertajuk ‘Piboian Monuat Suniba
Boros Kadazandusun SK. Pahu Himbaan, Ranau. Saya telah meminta keizinan
untuk menjalankan mini mesyuarat bagi membincangkan perlaksanaan projek
bersama guru besar dan beberapa ahli jawatankuasa yang terlibat. Mesyuarat
tersebut telah mencapai kata sepakat dan saya telah bersedia untuk menjalankan
projek pada minggu seterusnya iaitu minggu ketiga. Di samping itu, saya juga telah
menyiapkan beberapa persediaan berkaitan projek.

Pada minggu ketiga, saya telah menjalankan projek ‘Piboian Monuat Suniba
Boros Kadazandusun SK. Pahu Himbaan, Ranau ini. Saya telah mengambil langkah
pertama dengan mengumumkan berkaitan pertandingan semasa perhimpunan
sekolah. Seterusnya, saya juga telah masuk ke setiap kelas bagi memberi perincian
berkaitan pertandingan dan menggalakkan penyertaan murid-murid. Murid-murid
telah mula menulis/ mengarang cerpen masing-masing sepanjang minggu dan
menghantar hasil akhir pada hari Jumaat. Selepas mengutip hasil akhir murid-murid,
saya mula memeriksa dan memberi markah kepada cerpen tersebut. Saya telah
memilih tiga cerpen terbaik yang akan menerima hadiah. Penyampaian hadiah akan
dilaksanakan pada hari Isnin minggu keempat semasa perhimpunan.

Pada minggu keempat, penyampaian hadiah kepada pemenang


pertandingan telah dijalankan. Tiga peserta terbaik telah menerima hadiah berupa
wang dan sijil. Peserta-peserta yang telah menyertai pertandingan juga telah
menerima sijil penyertaan. Saya sangat bersyukur serta berterimakasih kepada pihak
yang telah terlibat dan membantu program yang telah dilaksanakan ini. Secara
keseluruhannya, melalui segala pengalaman yang telah ditimba di sepanjang tempoh
menjalani sesi internship selama sebulan di sekolah, saya berharap dapat
mengaplikasikan segala ilmu dan kemahiran-kemahiran yang diperolehi apabila
menjadi guru sebenar kelak.

Anda mungkin juga menyukai